* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, September 30, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salam sejahtera ke atas kalian yang sentiasa mengunjungi blog Aisyah Ulya ini.

Sebagaimana yang kalian sedia maklum, saya bukanlah seorang yang reti berblog. Saya hanya memenuhi permintaan beberapa insan dalam hidup saya yang ingin sangat membaca blog saya. Pelik kan. Saya pun tidak berapa pasti kenapa mereka ingin benar melihat dan membaca blog saya. Namun apa-apa pun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana saya dapati blog adalah satu medan yang cukup baik dalam Dakwah dan Tarbiyah ini. Blog memberi ruang kepada saya untuk berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman untuk tatapan umum. Alhamdulillah. Moga kita sama-sama gunakan medium yang Allah berikan ini sebaiknya. Insya-Allah.

Mesti kalian agak pelik dan terfikir kenapa blog saya ini kurang aktif. Maaf saya tuturkan dahulu. Saya sebenarnya masih bersekolah dan bakal menghadapi PMR tak lama lagi (13 hari lagi). Jadi masa saya amatlah padat walaupun saya tidak menggunakan sepenuhnya untuk belajar. Lebih-lebih lagi saya tinggal di asrama. Jadi agak payah untuk saya selalu update blog ini. Harap kalian faham akan situasi saya.

Wah, panjangnya muqaddimah saya! Actually I create this post to wish u all something.




SALAM AIDILFITRI

Saya, Aisyah Humairah Najihah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat:

Keluarga Tercinta

Ayahanda Tercinta.. Nor Alias bin Mohamad

Ibunda Tersayang.. Noraini binti Ismail

Adik-beradik yang amat ku kasihi

Along.. Muhammad Amir Aiman

Saya sendiri.. Angah

Abang.. Muhammad Ammar Hasif

Adik.. Afiqah Humairah Nabilah

Semoga kalian dipayungi rahmat ALLAH sentiasa

Saudara Mara saya

Sebelah Ayah
Ayah Long.. Kamaruddin dan keluarga
Ba.. Norma dan keluarga
Cik Ani.. Nor Aini dan keluarga
Ayah Teh.. Nor Alias dan keluarga (family saya)
Ayah Cik.. Rosli dan Keluarga
Cik Da.. Ruziah dan keluarga
Cu Di.. Rusdi dan keluarga

Sebelah Mak
Cik.. Ramlah dan keluarga
Cik Da.. Rahmah dan keluarga
Arwah Cik Mah.. Naimah dan keluarga
Teh Ni.. Noraini dan keluarga (family saya)
Arwah Ayah Da.. Abdullah dan keluarga
Ayah Nik.. Mohamad Pauzi dan keluarga
Cik Jid.. Abdul Majid dan Keluarga
Mak Bah.. Noajibah dan keluarga
Mak Ang.. Norrhan dan keluarga
Pok.. Ahmad Syukri dan keluarga

Insan yang 'special' dalam hidup saya
Pak Cik 'Adli
Mak Cik Taaherah
Abdullah

Ahmad
Aws Qarny
Sarah Sari As-Saqati
Ahmad Mubarak
Hafsah Saedah Azzahra

Sahabat-sahabat yang saya sayang
Fatonah
Wan Nur Sakinah Fakhriah
Shakirah Wahida
Syahadah F2 MATRI

Abang-abang yang sentiasa menyokong dari belakang (depan ye jugak kot)
Abang Hafiz Zainol Abidin
Abang Hilal Asyraf
Abang Tengku Fahmi
Abang Ikhwan Mahadzir
Abang Anas Harithah
Abang Siddiq Shukri Affendi (yang jelez)
dan mana-mana abang yang teringin namanya ada di sini. Hehehe.

Kakak-kakak yang sentiasa mengingatkan saya akan pentingnya tarbiyah ini
Kak Nabihah Nordin
Kak Maisarah Ghazali
Kak Rumaisa' Nordin
Kak Afifah Adila
Kak Masyitah F5 MATRI
dan yang lain...

Ahli Halaqah saya
Kak Farhah
Ilyana
Nora
Ain
Afaf

Dan umumnya kepada
sahabat sahibah MATRI
sahabat sahibah SMIK
ikhwan akhawat SMASKL
putera puteri SRIQ
Abang-abang Ex MATRI Ex SMIK Ex SMASKL
yang amat disanjungi
dan tak lupa juga kepada
kakak-kakak MATRI Ex SMIK Ex SMASKL
yang amat dirindui dan dicintai sentiasa.

Moga ALLAH menerima amal saya n amal kamu semua.
Maafkan atas apa-apa kesilapan saya.
Moga iman sentiasa bersama kalian.
Harap-harap ALLAH pertemukan kita dalam Ramadhan yang akan datang.
Ameen. Moga ALLAH sayang kalian dan diri saya..







Heh.. Salam Aidilfitri....

Bismillahirrahmanirrahim..
Hey my friends!!!
Watch out this!!



Heloo kawan!!!

Apakah kalian mengeri apa ertinya.....

HARI RAYA AIDILFITRI....

?????
Erm.. HARI yang memang RAYA bagi SYAITAN!!

Mereka yakni SYAITAN bakal menyerang kita..

MAAF la saya terpaksa katakan..

Mereka akan mengGODA kita ZAHIR dan BATIN...

Percaya tak nih..

Hei korang..!!

Cukup ke AMALAN kita nak DEFEND diri kita daripada HASUTAN mereka yang tak pernah jemu tu...

MUHASABAH la yer..



Saturday, September 13, 2008

Nama gue AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH... =)

Salam Taaruf buat semua.

Nampaknya saya telah mungkir janji. Saya kata, saya nak mulakan ber'blog' selepas PMR, tapi entah kenapa, saya dah tak dapat menahan tangan saya daripada bergerak di atas keyboard ni. Tak mengapalah. Untunglah sesiapa yang begitu bersemangat menyuruh saya berblog tu (puas hati korang sume ye).

Jadi, tanpa memanjangkan kalam, saya perkenalkan diri saya yang amat dhaif ini. Sebagaimana yang kalian semua tahu. Nama saya Aisyah Humairah Najihah binti Nor Alias. Hidup bahagia. Putih kemerah-merahan. Bahagia. Lawa maksudnya kan. Saya anak kedua daripada empat adik beradik. Saya ni anak jati Terengganu. "Ganu Kite" lah katakan.

Em, apa lagi yang mahu saya katakan ya. Tiada apa-apa pun yang istimewa. Cuma saya ni agak terkenal di sekolah saya. Bukan terkenal sebab pandai ke apa, tapi terkenal kerana kenakalan pada tahap maximum. Bak kata Ustaz Sufian, "Anti ni pelajar yang paling nakal. SMASKL tak akan ada pelajar macam anti selepas anti keluar". Kelakar rasanya bila mengenangkan ucapan ustaz. Jadi, saya harap kalian dapat mengambil sedikit sebanyak, apa-apa yang baik daripada blog saya yang masih kekurangan ini. Salam Mahabbah buat semua. Moga Allah sayang kalian.

Friday, September 12, 2008

Ramadhan Kareem...





Sejenak akalku berputar-putar. Mengimbau tarikh 1 Ramadhan 1429 Hijrah. Tarikh yang agak keramat bagiku. Malam pertama Ramadhan, selepas solat Maghrib saya memulakan misi "Khatam 3 Kali". Rasanya bacaan saya kalah jet Sukhoi. Akan tetapi, alunan indah yang kututurkan berhenti tatkala seorang sahabat yang amat aku kasihi Inah menepuk-nepuk belakangku sambil berkata, "Jom salam semut!".


Baru aku sedari, hanya aku yang berada di tengah-tengah bulatan Salam Semut. Agak kelakar gelaran ini kan. Kali pertama saya mendengarnya, terlopong juga. Gelaran Salam Semut ini diperkenalkan oleh abang-abang Generasi Pertama SMASKL (rindu kat depa). Sambil mengucapkan Ramadhan Kareem, saya terus menyertai Inah dalam bulatan.


Tiba-tiba namaku disebut bertalu-talu.

"Kak Aisyah mula dulu.. Cepatla Kak Aisyah!"

"Alah Aisyah.. Anti kepala"

Sambil menggaru kepala yang tidak gatal, saya mengepalai Salam Semut. Satu persatu wajah sahibah-sahibah kutatapi. Sebak melanda jiwa. Apakan perasaan ini. Ah endahkan aja.
"Kita kena gembira dengan kehadiran Ramadhan. Tak baek nangis-nangis" Pesanan Kak Syamila, best girl student di SMASKL tahun lepas memacahkan neuron otakku.


Tujuh orang terawal yang kusalami, semuanya terdiri daripada adik-adik Tingkatan Dua dan Satu. Berpeluk-peluk mereka denganku. Dan seperti biasa, mereka menyakat-nyakatku.

"Moga Kak Aisyah jadi isteri solehah ya..."

"Nanti bile nak kawen cari suami soleh tau.. Jangan lupe ajak ana sekali".

Usikan yang sudah lali kudengari.
Masakan tidak, di dalam kelas lidah saya asyik mengutarakan kata-kata berkenaan perkara ini. Saya tersenyum tawar cuma. Kebiasaanya, saya akan mencubit pipi mereka. Entah kenapa, perasaan saya galau semacam. Hati saya berbisik,

"Mana la budak-budak Form 3 nih.."

Hati saya rasa semacam. Mesti mereka merancang sesuatu untuk mengusik saya. Tak mengapa!! Saya sudah bersedia. Kekadang saya rasa geli hati melihat ulah sahabat-sahabat seperjuangan saya yang begitu bersemangat merancang pelbagai rancangan untuk mengenakan saya. Sungguh terharu. Mereka begitu geram dan tidak puas hati akan saya. Masakan tidak, asyik saya mengusik mereka. Saya seorang dapat mengusik mereka semua seramai 18 orang.


Akan tetapi, sangkaan saya meleset sekali, orang kelapan yang saya salami adalah Shatirah, pelajar Tingkatan Tiga Fakhrul Razi, teman seperjuangan saya merangkap sahabat baik saya, berkongsi suka dan duka. Perasaan pelik di jiwa makin terasa. Saya bersalaman. Sambil mengucapkan kalimah keramat,

"Uhubbuki Fillah Billah Lillah".

Tiba-tiba, tangan Shatirah merentap salaman tadi lantas memeluk saya sekemas yang mungkin. Ya Allah, kenapa ni? Hatiku keliru. Sesaat kemudian, saya mendengar esakan di sebelah pipi saya. Apa mungkin Shatirah menangis di khalayak ramai. Kenapa ni? Saya masih keliru akan keadaan ini. Saya cuba menenangkan diri. Adakah ini permulaan bagi perancangan mereka. Oh mesti tidak! Sehebat mana pun rancangan mereka, mereka tidak akan menggunakan Shatirah untuk menangis di hadapan saya. Ini memang kelemahan saya. Saya tidak dapat melihat insan menangis. Saya akan turut menangis. Menggunakan prinsip selemah-lemah ukhuwah, saya kekal husnul zhon terhadap sahabat yang amat kucintai ini. Tanpa disedari, tanganku merangkul erat badannya yang agak besar. Saya seakan tenggelam dalam pelukannya. Mujurlah saya agak tinggi, kalau tidak mahu lemas juga.


Saya tidak mengerti. Mengapa Shatirah menangis. Nak pulangkan paku buah keras ke? Sebab seingat saya hari Rabu sebelum itu, saya juga menangis di pangkuannya. Memang dia agak terkejut dengan reaksi saya yang tiba-tiba menangis. Masakan tidak, saya tidak pernah menangis di khalayak ramai. Bukan tak pernah. Pernah sekali tahun lepas. Sewaktu abang kakak Generasi Pertama nak keluar. Nanti saya akan ceritakan dalam post yang lain. Sewaktu hari Rabu tu, kami pelajar Tingkatan Tiga baru sahaja usai mendapat keputusan Percubaan PMR. Saya mendapat 7A. Hanya TUJUH subjek saya mendapat A..!! Saya amat sedih dan saya menangis di sebelah Shatirah. Dia yang selalunya bercanda dengan saya tiba-tiba memberi tazkirah kepada saya sewaktu kesedihan saya. Dia mengingatkan saya bahawa itu semua dugaan yang Allah nak bagi kepada saya supaya saya berusaha lebih giat dalam PMR sebenar nanti. Sungguh terharu. Kemudian dia menyebut satu sintaksis yang amat kukenali.

"Ana yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya".

Itu merupakan moto hidup saya. Esakan saya makin hilang. Dan kami qailulah bersama-sama di atas bangku di pondok milik sahibah. Sakit juga belakang saya. Apa tak sakitnya, tidur di atas kayu. Ingatan saya berpusar ke hari Rabu itu.


Erm, telinga saya tertumpu kembali akan tangisan Shatirah. Saya diam seribu bahasa. Tidak mengerti serta tidak mengetahui apa yang patut saya ucapkan. Masa seakan bergerak terlalu perlahan. Saya dapat melihat sahibah-sahibah yang lain semakin rancak melaksanakan Salam Semut.

"Ruginya aku", getus hatiku.

Cemburu. Baru saya sedar. Kami menjadi tumpuan orang!! Semua orang bersalam sambil melihat kami berdua. Malu. Yelah, pelik kelihatan apabila saya memeluk Shatirah sambil dia bercucuran air mata. Entahla air mata kesedihan atau kegembiraan atau keinsafan atau yang lain. Mungkin dia terlalu gembira kerana berjaya memasuki Madrasah Ramadhan.


Ya Allah berilah aku tanda. Mengapa Shatirah menangis. Kemudian, kedengaran desiran suara saya memecah kesunyian tangisannya.

"Ana sayang anti. Ana sayang sangat-sangat kat anti. InsyaAllah kita akan jumpa di syurga Firdausi. Membawa ukhuwah kita yang hakiki"

Hanya itu yang mampu ku tuturkan padanya. Dah tak ada modal nak diluahkan. Hanya ini sahaja. Moga dengan empat sintaksis itu, saya boleh memecahkan galau di hatinya, yang saya tidak mengetahui mengapa. Saya berharap sangat dia meluahkan apa yang terbuku. Adakah saya pernah menyakiti hatinya. Macam-macam berlegar di kotak fikiranku.

"Aisyah, ana banyak dosa. Ana tak layak untuk syurgaNya. Ana tak layak bersama anti ke syurga".

Jiwaku bagai direnjat elektrik. Akhirnya lidahnya menuturkan kata-kata. Namun ianya amat menyentap hatiku. Bercucuran air mataku jatuh lalu meresap ke dalam kapas kain solatku. Begitu sensitif jiwanya. Sekarang giliranku pula menangis sepuas-puasnya. Ingin lidahku bergerak, memujuk kalbunya yang pilu. Tapi tangisan ini menghalangku.


Makin ramai menyaksikan adegan kami. Ah, hiraukan mereka semua! Semua orang terlopong melihat kami. Dua sahabat yang asyik berjenaka tiba-tiba menangis di hadapan mereka!! Aku memeluknya erat. Semakin lama semakin erat dan semakin lama semakin menjadi-jadi esakanku. Kini, esakanku lebih kuat daripada esakan Shatirah. Aku berusaha menuturkan pujukan buatnya.

"Ana sayang anti. Ana akan bawa anti ke syurga. InsyaAllah. Jangan bimbang. Ana tak akan tinggalkan sahabat yang ana cintai. Ana akan bawa anti sambil menjunjung ukhuwah yang agung ini. Percayalah!!"

Ku gagahkan jua. Kedengaran desis suara serak-serak basah berbicara. Tangannya dilonggarkan. Pelukanku dan dia terlerai. Saya tersenyum dan Shatirah sambut dengan ketawa kecil. Saya turut tertawa. Mana taknya, malu bila memikirkan kami menangis di tengah lautan manusia.


Kami terus ke tandas. Malu. Lama saya di tandas. Menghapuskan jejak-jejak tangisan di mataku. Ku lihat diriku di hadapan cermin. Gadis tinggi lampai ini merenung jauh dirinya sambil berjanji akan melalui Ramadhan ini sebaik yang mungkin. Akan ku capai misi Ramadhan kali ini.

"Huh, besar dah aku yer! Dah 15 tahun!!".

Aku melangkah keluar setelah mengambil wudu'. Aku merapati halaqah Salam Semut. Hajatku untuk menyertainya. Akan tetapi, aku sedari ada 2 tubuh sedang berpautan di belakang Halaqah Salam Semut. Ku dekati mereka.


Ya Allah!! That's ma fren. Sarah and Shatirah again. Menangis lagi. Saya masih sebak. Tapi tak larat dah nak menangis lagi. Saya rapati mereka lebih dekat lalu mengusap-usap belakang mereka. Mereka uraikan pelukan, melihat seorang sahabat mereka berdiri di hadapan mereka. Tiba-tiba, kurasakan tanganku bergerak sendiri. Seakan-akan ada suatu kuasa menariknya lalu merangkul erat dua orang sahabat yang amat aku kasihi.


Kami bertiga menangis. Tidak lama. Kemudian aku menyandarkan badanku yang amat penat ke dinding. Saya mengesat-ngesat air mataku dengan tudung unguku. Saya hanya bereaksi biasa. Seakan-akan tiada apa yang berlaku. Sarah dan Shatirah ke tandas.


Ramai berpusu-pusu ke arahku. Saya hanya tersenyum. Adik-adik yang amat saya sayangi datang untuk menyalamiku. Mereka sedar yang saya tidak menyertai dalam Salam Semut tadi. Sungguh sensitif mereka ya. Ada yang datang dengan tersenyum, menangis, sugul.

" Kak Aisyah menangis ke?"

Saya hanya tersengih seperti kerang busuk. Mereka kurang pasti saya menangis atau tidak. Pada riak wajah saya langsung tidak menunjukkan saya baru sahaja usai menangis dengan begitu dasyat. Inilah kelebihan yang Allah kurniakan. Tiada siapa akan tersedar saya menangis kerana ianya langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan di wajah saya. Alhamdulillah.


Saya berfikir dan merenung lama. Ada sesuatu yang kurang. Oh, Siti! Aisyah, Sarah, Shatirah dan Siti. 4 paksi kenakalan. Semua kenal 4 paksi ini. Masakan tidak, muka-muka inilah yang selalu mengusik pelajar-pelajar. Senang cerita, kami ni penceria di SMASKL. =) Saya seorang sahaja pengawas. Namun, langsung tidak menjejaskan apa-apa.


Sebenarnya, kami Tingkatan 3 semuanya rapat. Tiada jurang. Pengawas ke, tak pengawas ke, kami semua sama. Ukhuwah kami amat erat. Alhamdulillah. Cuma, saya senang bersama mereka. Koya-koya la katakan. Sebab tu saya lebih rapat dengan mereka. Mana Siti ya. Mata saya melilau mencari kelibatnya. Tak apalah. Nanti saya cari dia.


Saya mula meneropong wajah adik-adik halaqah saya. Mereka juga mencari saya sebenarnya. Saya berjalan dan duduk di sebelah mereka. Mereka semua menangis di samping saya. Nampaknya kesedihan saya dan Shatirah dikongsi bersama sebahagian besar sahibah. Ramai yang mencucurkan air mata.

"Kak Aisyah, kami janji kami akan buat yang terbaik Ramadhan kali ni"

"Kak Aisyah sayang saya kan. Bawalah saya menemuiNya. Bawalah saya ke Firdausi"

"Saya janji tak akan nakal dah"

"Saya minta maaf Kak Aisyah tau kalau saya ada buat Kak Aisyah sedih".

Terharu diri ini mendengar apa yang terpacul daripada mulut mereka. Afaf, Ain, Ilyana, Nora. Merekalah pelengkap hidupku.

"Kak Aisyah sayangkan kamu semua. Jadi anak soleh ya".

Ayat ini sentiasa menjadi penutup setiap kali halaqahku berakhir. Orang yang terakhir yang kusalami adalah Tengku Farhah atau lebih mesra aku panggil, Kak Farhah. Dia adalah teman seperjuanganku dalam mengendalikan keempat-empat adik halaqahku tadi. Kami amat rapat. Dia sering mengutamakanku. Dia sentiasa memberikan ruang kepadaku untuk bertutur dalam halaqah. Dia jarang bercakap. Dia mengatakan, dia lebih suka mendengar ulasan saya. Em, berat juga sebenarnya. Iyalah, dia lebih tua setahun daripada saya. Dia lebih layak. Tapi demi memenuhi permintaannya, saya hanya lakukan tanpa banyak soal.

"Kak Farhah mintak maaf tau kalau Kak Farhah tak buat yang terbaik dalam halaqah"

Ringkas sahaja kata-katanya ketika saya mencium pipinya. Tapi ayat ini sudah cukup menunjukkan betapa tawaduknya Kak Farhah. Saya amat menyanjunginya.


Semakin lama, Surau Al Hidayah semakin sesak. Pak cik dan mak cik datang menunaikan Solat Tarawikh di sini. Tak sabar rasanya nak mendengar iman-iman yang hebat mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tertunggu-tunggu Imam Muhammad. Sungguh indah bacaannya. Iyelah, anak Sheikh Zaki. Moga Allah merahmatinya.


Ya Allah, indahnya biah di sini. Bumi Wakafan SMASKL. Sekolah yang paling hebat di dunia. "Kamu semua kena yakin! Mungkin sekolah kita bukan yang terbaik di dunia tapi, product yang keluar daripada SMASKL adalah yang terbaik di dunia". Terngiang-ngiang ucapan Ustaz Rajaie di telinga saya. Inilah 'trade mark' nya. Ayat ini akan keluar setelah dia memberi apa-apa penyampaian. Mungkin ramai yang tidak sedar. Tapi memang ini hakikatnya. Matlamat SMASKL, nak lahirkan individu yang boleh berbakti di jalan Dakwah dan Tarbiyah.



SMASKL.... Saya tak akan tinggalkannya. Moga biah solehah yang membahagiakan kami ini berkekalan. Rahmatilah kami ya Allah. Sebenarnya, titipan ini hanyalah untuk koleksi kenangan ku. Pengalaman yang tak dapat diputar kembali. Dan saya coretkan di sini supaya ramai orang dapat mengambil manfaat daripadanya. Memang hobi saya bercerita. Kalau dalam kelas tu, suara saya ja yang berbunyi sepanjang hari (kecuali saya tidur). Oklah, moga kalian semua mendapat sesuatu daripada cerita ini. Pengajarannya, didik hati saya dan hati kalian supaya menjadi sesensitif hati Shatirah. Ramadhan Kareem. Moga Allah sayang kamu semua.

Video di bawah ini adalah Video Salam Semut Sahabat. Video ini dirakam sebelum pelajar pulang ke kampung masing-masing sewaktu cuti pertama tahun 2008. Sungguh indah suasana ini. Ruginya video cerita di atas tiada. Isk3.








Erm.. Ingat.. Tiada GAP antara kami...!! Moga ianya berkekalan...!!