* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 12, 2008

Ramadhan Kareem...





Sejenak akalku berputar-putar. Mengimbau tarikh 1 Ramadhan 1429 Hijrah. Tarikh yang agak keramat bagiku. Malam pertama Ramadhan, selepas solat Maghrib saya memulakan misi "Khatam 3 Kali". Rasanya bacaan saya kalah jet Sukhoi. Akan tetapi, alunan indah yang kututurkan berhenti tatkala seorang sahabat yang amat aku kasihi Inah menepuk-nepuk belakangku sambil berkata, "Jom salam semut!".


Baru aku sedari, hanya aku yang berada di tengah-tengah bulatan Salam Semut. Agak kelakar gelaran ini kan. Kali pertama saya mendengarnya, terlopong juga. Gelaran Salam Semut ini diperkenalkan oleh abang-abang Generasi Pertama SMASKL (rindu kat depa). Sambil mengucapkan Ramadhan Kareem, saya terus menyertai Inah dalam bulatan.


Tiba-tiba namaku disebut bertalu-talu.

"Kak Aisyah mula dulu.. Cepatla Kak Aisyah!"

"Alah Aisyah.. Anti kepala"

Sambil menggaru kepala yang tidak gatal, saya mengepalai Salam Semut. Satu persatu wajah sahibah-sahibah kutatapi. Sebak melanda jiwa. Apakan perasaan ini. Ah endahkan aja.
"Kita kena gembira dengan kehadiran Ramadhan. Tak baek nangis-nangis" Pesanan Kak Syamila, best girl student di SMASKL tahun lepas memacahkan neuron otakku.


Tujuh orang terawal yang kusalami, semuanya terdiri daripada adik-adik Tingkatan Dua dan Satu. Berpeluk-peluk mereka denganku. Dan seperti biasa, mereka menyakat-nyakatku.

"Moga Kak Aisyah jadi isteri solehah ya..."

"Nanti bile nak kawen cari suami soleh tau.. Jangan lupe ajak ana sekali".

Usikan yang sudah lali kudengari.
Masakan tidak, di dalam kelas lidah saya asyik mengutarakan kata-kata berkenaan perkara ini. Saya tersenyum tawar cuma. Kebiasaanya, saya akan mencubit pipi mereka. Entah kenapa, perasaan saya galau semacam. Hati saya berbisik,

"Mana la budak-budak Form 3 nih.."

Hati saya rasa semacam. Mesti mereka merancang sesuatu untuk mengusik saya. Tak mengapa!! Saya sudah bersedia. Kekadang saya rasa geli hati melihat ulah sahabat-sahabat seperjuangan saya yang begitu bersemangat merancang pelbagai rancangan untuk mengenakan saya. Sungguh terharu. Mereka begitu geram dan tidak puas hati akan saya. Masakan tidak, asyik saya mengusik mereka. Saya seorang dapat mengusik mereka semua seramai 18 orang.


Akan tetapi, sangkaan saya meleset sekali, orang kelapan yang saya salami adalah Shatirah, pelajar Tingkatan Tiga Fakhrul Razi, teman seperjuangan saya merangkap sahabat baik saya, berkongsi suka dan duka. Perasaan pelik di jiwa makin terasa. Saya bersalaman. Sambil mengucapkan kalimah keramat,

"Uhubbuki Fillah Billah Lillah".

Tiba-tiba, tangan Shatirah merentap salaman tadi lantas memeluk saya sekemas yang mungkin. Ya Allah, kenapa ni? Hatiku keliru. Sesaat kemudian, saya mendengar esakan di sebelah pipi saya. Apa mungkin Shatirah menangis di khalayak ramai. Kenapa ni? Saya masih keliru akan keadaan ini. Saya cuba menenangkan diri. Adakah ini permulaan bagi perancangan mereka. Oh mesti tidak! Sehebat mana pun rancangan mereka, mereka tidak akan menggunakan Shatirah untuk menangis di hadapan saya. Ini memang kelemahan saya. Saya tidak dapat melihat insan menangis. Saya akan turut menangis. Menggunakan prinsip selemah-lemah ukhuwah, saya kekal husnul zhon terhadap sahabat yang amat kucintai ini. Tanpa disedari, tanganku merangkul erat badannya yang agak besar. Saya seakan tenggelam dalam pelukannya. Mujurlah saya agak tinggi, kalau tidak mahu lemas juga.


Saya tidak mengerti. Mengapa Shatirah menangis. Nak pulangkan paku buah keras ke? Sebab seingat saya hari Rabu sebelum itu, saya juga menangis di pangkuannya. Memang dia agak terkejut dengan reaksi saya yang tiba-tiba menangis. Masakan tidak, saya tidak pernah menangis di khalayak ramai. Bukan tak pernah. Pernah sekali tahun lepas. Sewaktu abang kakak Generasi Pertama nak keluar. Nanti saya akan ceritakan dalam post yang lain. Sewaktu hari Rabu tu, kami pelajar Tingkatan Tiga baru sahaja usai mendapat keputusan Percubaan PMR. Saya mendapat 7A. Hanya TUJUH subjek saya mendapat A..!! Saya amat sedih dan saya menangis di sebelah Shatirah. Dia yang selalunya bercanda dengan saya tiba-tiba memberi tazkirah kepada saya sewaktu kesedihan saya. Dia mengingatkan saya bahawa itu semua dugaan yang Allah nak bagi kepada saya supaya saya berusaha lebih giat dalam PMR sebenar nanti. Sungguh terharu. Kemudian dia menyebut satu sintaksis yang amat kukenali.

"Ana yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya".

Itu merupakan moto hidup saya. Esakan saya makin hilang. Dan kami qailulah bersama-sama di atas bangku di pondok milik sahibah. Sakit juga belakang saya. Apa tak sakitnya, tidur di atas kayu. Ingatan saya berpusar ke hari Rabu itu.


Erm, telinga saya tertumpu kembali akan tangisan Shatirah. Saya diam seribu bahasa. Tidak mengerti serta tidak mengetahui apa yang patut saya ucapkan. Masa seakan bergerak terlalu perlahan. Saya dapat melihat sahibah-sahibah yang lain semakin rancak melaksanakan Salam Semut.

"Ruginya aku", getus hatiku.

Cemburu. Baru saya sedar. Kami menjadi tumpuan orang!! Semua orang bersalam sambil melihat kami berdua. Malu. Yelah, pelik kelihatan apabila saya memeluk Shatirah sambil dia bercucuran air mata. Entahla air mata kesedihan atau kegembiraan atau keinsafan atau yang lain. Mungkin dia terlalu gembira kerana berjaya memasuki Madrasah Ramadhan.


Ya Allah berilah aku tanda. Mengapa Shatirah menangis. Kemudian, kedengaran desiran suara saya memecah kesunyian tangisannya.

"Ana sayang anti. Ana sayang sangat-sangat kat anti. InsyaAllah kita akan jumpa di syurga Firdausi. Membawa ukhuwah kita yang hakiki"

Hanya itu yang mampu ku tuturkan padanya. Dah tak ada modal nak diluahkan. Hanya ini sahaja. Moga dengan empat sintaksis itu, saya boleh memecahkan galau di hatinya, yang saya tidak mengetahui mengapa. Saya berharap sangat dia meluahkan apa yang terbuku. Adakah saya pernah menyakiti hatinya. Macam-macam berlegar di kotak fikiranku.

"Aisyah, ana banyak dosa. Ana tak layak untuk syurgaNya. Ana tak layak bersama anti ke syurga".

Jiwaku bagai direnjat elektrik. Akhirnya lidahnya menuturkan kata-kata. Namun ianya amat menyentap hatiku. Bercucuran air mataku jatuh lalu meresap ke dalam kapas kain solatku. Begitu sensitif jiwanya. Sekarang giliranku pula menangis sepuas-puasnya. Ingin lidahku bergerak, memujuk kalbunya yang pilu. Tapi tangisan ini menghalangku.


Makin ramai menyaksikan adegan kami. Ah, hiraukan mereka semua! Semua orang terlopong melihat kami. Dua sahabat yang asyik berjenaka tiba-tiba menangis di hadapan mereka!! Aku memeluknya erat. Semakin lama semakin erat dan semakin lama semakin menjadi-jadi esakanku. Kini, esakanku lebih kuat daripada esakan Shatirah. Aku berusaha menuturkan pujukan buatnya.

"Ana sayang anti. Ana akan bawa anti ke syurga. InsyaAllah. Jangan bimbang. Ana tak akan tinggalkan sahabat yang ana cintai. Ana akan bawa anti sambil menjunjung ukhuwah yang agung ini. Percayalah!!"

Ku gagahkan jua. Kedengaran desis suara serak-serak basah berbicara. Tangannya dilonggarkan. Pelukanku dan dia terlerai. Saya tersenyum dan Shatirah sambut dengan ketawa kecil. Saya turut tertawa. Mana taknya, malu bila memikirkan kami menangis di tengah lautan manusia.


Kami terus ke tandas. Malu. Lama saya di tandas. Menghapuskan jejak-jejak tangisan di mataku. Ku lihat diriku di hadapan cermin. Gadis tinggi lampai ini merenung jauh dirinya sambil berjanji akan melalui Ramadhan ini sebaik yang mungkin. Akan ku capai misi Ramadhan kali ini.

"Huh, besar dah aku yer! Dah 15 tahun!!".

Aku melangkah keluar setelah mengambil wudu'. Aku merapati halaqah Salam Semut. Hajatku untuk menyertainya. Akan tetapi, aku sedari ada 2 tubuh sedang berpautan di belakang Halaqah Salam Semut. Ku dekati mereka.


Ya Allah!! That's ma fren. Sarah and Shatirah again. Menangis lagi. Saya masih sebak. Tapi tak larat dah nak menangis lagi. Saya rapati mereka lebih dekat lalu mengusap-usap belakang mereka. Mereka uraikan pelukan, melihat seorang sahabat mereka berdiri di hadapan mereka. Tiba-tiba, kurasakan tanganku bergerak sendiri. Seakan-akan ada suatu kuasa menariknya lalu merangkul erat dua orang sahabat yang amat aku kasihi.


Kami bertiga menangis. Tidak lama. Kemudian aku menyandarkan badanku yang amat penat ke dinding. Saya mengesat-ngesat air mataku dengan tudung unguku. Saya hanya bereaksi biasa. Seakan-akan tiada apa yang berlaku. Sarah dan Shatirah ke tandas.


Ramai berpusu-pusu ke arahku. Saya hanya tersenyum. Adik-adik yang amat saya sayangi datang untuk menyalamiku. Mereka sedar yang saya tidak menyertai dalam Salam Semut tadi. Sungguh sensitif mereka ya. Ada yang datang dengan tersenyum, menangis, sugul.

" Kak Aisyah menangis ke?"

Saya hanya tersengih seperti kerang busuk. Mereka kurang pasti saya menangis atau tidak. Pada riak wajah saya langsung tidak menunjukkan saya baru sahaja usai menangis dengan begitu dasyat. Inilah kelebihan yang Allah kurniakan. Tiada siapa akan tersedar saya menangis kerana ianya langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan di wajah saya. Alhamdulillah.


Saya berfikir dan merenung lama. Ada sesuatu yang kurang. Oh, Siti! Aisyah, Sarah, Shatirah dan Siti. 4 paksi kenakalan. Semua kenal 4 paksi ini. Masakan tidak, muka-muka inilah yang selalu mengusik pelajar-pelajar. Senang cerita, kami ni penceria di SMASKL. =) Saya seorang sahaja pengawas. Namun, langsung tidak menjejaskan apa-apa.


Sebenarnya, kami Tingkatan 3 semuanya rapat. Tiada jurang. Pengawas ke, tak pengawas ke, kami semua sama. Ukhuwah kami amat erat. Alhamdulillah. Cuma, saya senang bersama mereka. Koya-koya la katakan. Sebab tu saya lebih rapat dengan mereka. Mana Siti ya. Mata saya melilau mencari kelibatnya. Tak apalah. Nanti saya cari dia.


Saya mula meneropong wajah adik-adik halaqah saya. Mereka juga mencari saya sebenarnya. Saya berjalan dan duduk di sebelah mereka. Mereka semua menangis di samping saya. Nampaknya kesedihan saya dan Shatirah dikongsi bersama sebahagian besar sahibah. Ramai yang mencucurkan air mata.

"Kak Aisyah, kami janji kami akan buat yang terbaik Ramadhan kali ni"

"Kak Aisyah sayang saya kan. Bawalah saya menemuiNya. Bawalah saya ke Firdausi"

"Saya janji tak akan nakal dah"

"Saya minta maaf Kak Aisyah tau kalau saya ada buat Kak Aisyah sedih".

Terharu diri ini mendengar apa yang terpacul daripada mulut mereka. Afaf, Ain, Ilyana, Nora. Merekalah pelengkap hidupku.

"Kak Aisyah sayangkan kamu semua. Jadi anak soleh ya".

Ayat ini sentiasa menjadi penutup setiap kali halaqahku berakhir. Orang yang terakhir yang kusalami adalah Tengku Farhah atau lebih mesra aku panggil, Kak Farhah. Dia adalah teman seperjuanganku dalam mengendalikan keempat-empat adik halaqahku tadi. Kami amat rapat. Dia sering mengutamakanku. Dia sentiasa memberikan ruang kepadaku untuk bertutur dalam halaqah. Dia jarang bercakap. Dia mengatakan, dia lebih suka mendengar ulasan saya. Em, berat juga sebenarnya. Iyalah, dia lebih tua setahun daripada saya. Dia lebih layak. Tapi demi memenuhi permintaannya, saya hanya lakukan tanpa banyak soal.

"Kak Farhah mintak maaf tau kalau Kak Farhah tak buat yang terbaik dalam halaqah"

Ringkas sahaja kata-katanya ketika saya mencium pipinya. Tapi ayat ini sudah cukup menunjukkan betapa tawaduknya Kak Farhah. Saya amat menyanjunginya.


Semakin lama, Surau Al Hidayah semakin sesak. Pak cik dan mak cik datang menunaikan Solat Tarawikh di sini. Tak sabar rasanya nak mendengar iman-iman yang hebat mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tertunggu-tunggu Imam Muhammad. Sungguh indah bacaannya. Iyelah, anak Sheikh Zaki. Moga Allah merahmatinya.


Ya Allah, indahnya biah di sini. Bumi Wakafan SMASKL. Sekolah yang paling hebat di dunia. "Kamu semua kena yakin! Mungkin sekolah kita bukan yang terbaik di dunia tapi, product yang keluar daripada SMASKL adalah yang terbaik di dunia". Terngiang-ngiang ucapan Ustaz Rajaie di telinga saya. Inilah 'trade mark' nya. Ayat ini akan keluar setelah dia memberi apa-apa penyampaian. Mungkin ramai yang tidak sedar. Tapi memang ini hakikatnya. Matlamat SMASKL, nak lahirkan individu yang boleh berbakti di jalan Dakwah dan Tarbiyah.



SMASKL.... Saya tak akan tinggalkannya. Moga biah solehah yang membahagiakan kami ini berkekalan. Rahmatilah kami ya Allah. Sebenarnya, titipan ini hanyalah untuk koleksi kenangan ku. Pengalaman yang tak dapat diputar kembali. Dan saya coretkan di sini supaya ramai orang dapat mengambil manfaat daripadanya. Memang hobi saya bercerita. Kalau dalam kelas tu, suara saya ja yang berbunyi sepanjang hari (kecuali saya tidur). Oklah, moga kalian semua mendapat sesuatu daripada cerita ini. Pengajarannya, didik hati saya dan hati kalian supaya menjadi sesensitif hati Shatirah. Ramadhan Kareem. Moga Allah sayang kamu semua.

Video di bawah ini adalah Video Salam Semut Sahabat. Video ini dirakam sebelum pelajar pulang ke kampung masing-masing sewaktu cuti pertama tahun 2008. Sungguh indah suasana ini. Ruginya video cerita di atas tiada. Isk3.








Erm.. Ingat.. Tiada GAP antara kami...!! Moga ianya berkekalan...!!

No comments: