* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, October 18, 2008

PMR sudah usai...



Alhamdulillah..

Akhirnya PMR sudah pun usai. Dan nampaknya, saya bolehlah berblog untuk tatapan kalian. Tapi........ Alamak saya kena duduki SMU pula tahun depan.

Herm. Inilah resmi hidup di SMASKL. Saya dan sahabat-sahabat di sini kadang-kadang rasa lah juga tekanannya. Cuba bayangkan, sewaktu kami Tingkatan 1 sahaja kami tiada exam. Tingkatan 2 ada PMRU, Tingkatan 3 ada PMR, Tingkatan 4 ada SMU, Tingkatan 5 ada SPM. Memang tak sempat bernafas.

Apabila saya ceritakan semua ini kepada abang-abang yang saya kenal, mereka syorkan saya pindah ke MATRI. Ada ke patut. Hehe, Saya cuma gelak apabila mereka bertutur demikian. Bagi saya, SMASKL is da best and no one can replace SMASKL in my heart!!

Erm, tak percaya pula saya dah habis PMR. Sebelum PMR tu, 3 hari berturut-turut saya menangis. Takut maksiat yang saya lakukan pada Allah menjadi hijab kepada kejayaan saya dalam PMR nanti. Ramai sahibah-sahibah bimbang melihat saya menangis.

"Aiseh. Cane nih. Aisyah nangis. Mesti soklan susah kuar nanti. Takut weh. Jangan nangis syah. Wat kami takut jer."

Antara ungkapan yang keluar ketika saya menangis. Sahibah-sahibah ingat saya menangis kerana takut tak dapat 9A. Bukan sebenarnya. Saya takut maksiat yang saya lakukan menghalang saya mendapat kejayaan. Dan kalau saya mendapat 9A pun jika 9A itu adalah istidraj, saya rela tak dapat 9A. Saya harap kalian, sahabat-sahabat saya mengerti kenapa sebenarnya saya menangis tempoh hari.

Kejadian saya menangis ni tersebar satu sekolah (satu sekolah ke? lebih kurang la). Hari Sabtu malam 2 hari sebelum kami PMR, kakak-kakak buat satu suprise kat kami. Mereka buat satu majlis untuk kami. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Kak Ramziah, Tingkatan 5 dan diikuti oleh Kak Akasyah, Tingkatan 4. Senior kami semuanya. Terkejut juga tiba-tiba Kak Akasyah menjemput semua akhawat Tingkatan 3 tampil ke hadapan. Heh rupa-rupanya majlis ni khas untuk kami. Kemudian Kak Akasyah selaku pengerusi menjemput wakil pelajar Tingkatan 1. Amirah Arba'iyyah tangkas berdiri memberi kata-kata semangat dan nasihat buat kami. Terharu rasanya. Saya bertelekung. Malas nak cabut. Sebab nanti Isyak terus je masuk sof. Hehe. Kata-kata yang dilontarkan oleh adik Amirah menguatkan semangat kami. Tergambar kematangan dari sudut ini walaupun baru usia setahun jagung. Sebentar diri ini kagum dengan TARBIYAH yang telah dialirkan dalam darah kami di SMASKL.

Kemudian, Tengku Balqis pula perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya untuk mewakili adik-adik Tingkatan 2. Ucapan yang terpacul dari bibirnya, menggetarkan jiwa kami. Sebak diulit kalimah-kalimah ukhuwah itu. Saya sebak lagi. Namun ditahan dan dileraikan dengan gelak ketawa adik-adik dan kakak-kakak apabila ucapannya ditutup dengan kata-kata lucu.

Nanti bile kakak-kakak dah abes PMR, janji dengan kami 1 benda. (Sume cam berdebar jugak. Takut kene buat program untuk depa). Akak-akak kene ajar kami PMRU pulak!

Saya cuma tersengih dan mengucapkan insyaAllah. Ucapan kemudiannya disusuli oleh Kak Jamilah mewakili kakak-kakak Tingkatan 4 kemudiannya disambung oleh kakak-kakak Tingkatan 5, iaitu Kak Nasyrah. Suara mereka kurang jelas kedengaran oleh kerana alunan bacaan Al-Quran oleh sahabat-sahabat di depan terlalu kuat. Bunyinya tak lain seperti sekumpulan tebuan sedang berada di dalam surau.

Namun, saya sempat menangkap 2 perkara yang disampaikan oleh kakak-kakak.

1. Kak Jamilah - Tolong kami tahun depan dalam DnT di sekolah ini
2. Kak Nasyrah - Jaga sekolah elok-elok

Kedua-dua pesanan yang tertangkap oleh telinga saya ini amat mendalam maksudnya. Hati saya hiba. 1 lagi generasi SMASKL akan keluar ke medan masyarakat yang menguji. Tiba pula giliran kami, wakil Tingkatan 3 untuk melontarkan sedikit kata-kata. Senyap seketika. Semuanya nampak macam langsung tak bersedia ditambah pula dengan kesedihan yang tiba-tiba datang. Adik-adik melaung-laungkan nama saya. Memang saya nak sangat-sangat bercakap. Cuma, zhuruf tidak mengizinkan. Suara saya langsung tak keluar. Saya menepuk-nepuk belakang Shahidah lalu lidahnya mula berkata-kata. Saya memegang bahunya. Kami berbaris rapat-rapat. Terasa darah ukhuwah mengalir di celah-celah kami. Damai hati ini.

Shahidah mati kata-kata. Air mata mengalir di pipinya. Saya mengesat dan memegang bahunya. Kaku semuanya. Hanya Allah yang tahu betapa kami sayang-menyayangi antara satu sama lain. Adik-adik melihat drama dengan 'sapu tangan' dalam genggaman mereka. Adik-adik Tingkatan 1 mula ternganga melihat saya, yang terkenal dengan kenakalan yang jenaka, mengalirkan air mata membasahi telekung putih ini. Kakak-kakak mula tunduk, memikirkan tempoh mereka meneguk tarbiyah di SMASKL bakal tamat tak lama lagi. Masa amat mencemburui kami.

Di celah-celah tangisan saya, saya berpesan dengan suara yang amat keras.

"Marilah sama-sama kita memantapkan iman kita. Dan........"

Ya Allah, kenapa Kau campakkan kesedihan di saat mereka butuh akan pesanan dari kami. Saya memang tidak dapat meneruskan kata-kata. Shahidah memegang kedua-dua belah tangan saya. Bahu saya dipegang erat oleh Amirah, temanku sejak melangkah ke alam persekolahan. Azan berkumandang memecahkan kesunyian akibat drama kami. Azan dilaungkan oleh Saudara Fatmi, sahabat yang sekelas dengan saya(moga Allah merahmatinya). Entah kenapa, esakan saya makin menjadi-jadi setelah mendengan azan yang dilaungkan oleh Fatmi. Mungkin memikirkan tentang generasi kami. Generasi 4 SMASKL yang bakal menggegarkan dunia. InsyaAllah. Terasa amat ukhuwah di antara ahli-ahli yang bersama saya dalam Gen 4.

Saya memeluk Shahidah erat. Fizikalnya yang agak rendah daripada saya memaksa saya berbongkok sedikit. Saya mula merasakan banyak tangan-tangan mengusap saya dari belakang. Azan usai. Pelukan lerai. Kami semua terpanggil untuk solat dan pengerusi majlis, Kak Aksyah dan Kak Ramziah cepat-cepat menutup majlis.

Saya memburu saf depan. Kalau lambat sikit, memang tak sempatla. Menunggu iqamah, saya bersandar di dinding sejuk surau. Kak Husna, kakak Tingkatan 4 menjamah tangan saya. Tulus wajahnya yang bersih itu memandang saya lantas berkata,

"9A"

Saya melepaskan keluhan berat. Dan tersenyum. Kami solat Isyak berjemaah kemudian melaksanakan rutin kami sehari-hari, iaitu solat hajat. Nampaknya ramai yang bersujud panjang malam ini. Seronok melihat biah ini. Langkahan saya ke kelas untuk prep bagai berjalan di atas udara. Ringan terasa apabila beriringan dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya masuk ke dalam kelas dengan senyuman sambil menghulurkan salam buat penghuni-penghuni di dalam kelas. Sahabat-sahabat menjawabnya dengan perlahan. Sahibah-sahibah mula mengambil tempat. Saya membuka buku lantas membaca doa. Sahibah di sebelah saya, Adibah turut menadahkan tangan. Ambil berkat katanya. Saya terlalu khusyuk berdoa. Saya seakan-akan tenggelam dalam tadahan doa.

Usai berdoa, saya mendengar semua sahabat sahibah mengaminkan doa saya. Rupa-rupanya mereka tidak bersuara seketika dan menyedari saya sedang berdoa. Jadi, mereka turut menyertai Adibah dan saya. Agak malu. Mujurlah ada seorang sahabat membuka bacaan doa yang lain. Kalis juga la malunya. Empunya siapa suara ini, saya pun tidak tahu. Saya tidak memandang ke hadapan. Huh.... 1 day more... Saya mula membelek-belek buku Tatabahasa.

Khusyuk saya menconteng-conteng buku. Tiba-tiba, Luqman, berdiri membelakangi white board dan bersuara..

"Ana wakil pelajar putera nak mintak maaf la kat puteri kalu ade kami wat korang terasa n geram. Doakan kami. Maafkan kami ya. InsyaAllah kami akan doakan antunna."

Semua tertunduk malu bercampur nak tergelak. Hihihi. Malas nak hurai. Bayang la sendiri macam mana suasana masa tu.

Kami menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar (SMKB) untuk PMR kali ini. Sekolah kami tiada dewan. Still menggunakan nombor pusat SMASKL cuma bertapak di situ. Keesokan harinya, kami pergi ke sekolah tersebut untuk melihat-lihat dewan yang bakal kami duduki. Saya naik kereta bersama ustaz-ustaz(pelajar paling rapat dengan ustaz-ustaz la katakan). Turun sahaja dari kereta, kami mendengar suara-suara yang aneh dan siulan yang agak tidak syarak. Husnul zhon menguasai diri.

Berjalan sahaja di sekolah itu, saya mula berasa tidak tenteram, serabut. Rasa nak balik cepat-cepat SMASKL. Sahabat-sahabat jalan tertunduk-tunduk. Masakan tidak, wajib ke atas mereka untuk menundukkan pandangan ketika itu. Kami langsung tidak bergerak. Lama kemudian, setelah semua pelajar lelaki sudah mengosongkan laluan yang bakal kami lalui, barulah kaki kami bergerak setapak demi setapak.

Saya mula memikirkan tentang esok hari dan hari-hari seterusnya yang bakal kami lalui sepanjang PMR. Huh. Keluhan berat menjadi natijahnya. Tak sanggup rasanya. Namun apakan daya.

Inilah peristiwa-peristiwa yang berlaku 2 hari sebelum saya dan sahabat sahibah Tingkatan 3 menduduki PMR. Doa yang abang, kakak dan adik-adik selalu mendampingi kami.

Alhamdulillah kami punya antum.
Ya Allah, jagalah mereka dan kami. Teguhkan iman di dalam jiwa kami. Kuatkan semangat kami untuk meneruskan dakwah ke jalan mencapai redha-Mu. Ikhlaskan diri kami untuk menjalani proses di kilang Tarbiyah Islamiyah. Amin.

Wahai pembaca yang setia hingga ke akhir huruf post ini, 1 pesanan daripada saya. Bacalah dengan mata iman. Mungkin kalian bosan dengan post saya.

"Apelah Aisyah ni asyik-asyik nangis."

Hehe. Tapi biar saya bagitau. Saya tulis ini sebenarnya bukanlah untuk tatapan kalian. Saya cuma mahu transfer kenangan-kenangan indah pahit manis ke dalam bentuk tulisan agar saya dapat membacanya di saat saya merindui saat-saat tersebut. Cuma, rasa igin berkongsi kuat dalam diri saya. sebab itulah saya letakkannya di dalam blog. Adalah juga sedikit manfaat bagi yang mahu. Apa-apa pun, syukran kerana berjaya membaca.Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
8 November 08
1:20 am
(post ni selalu bertangguh)

Saturday, October 4, 2008

PMR

Ade 19 minit lagi nak balik sekolah...
Kesempatan ini saya nak mintak sangat sangat sangat kalian doakan saya dapat 9A PMR..
Tolong ya..
Post pasal sambutan Aidilfitri saya tengah usahakan.
Mungkin akan publishkan selepas PMR...
Doakan saya ya..
Moga ALLAH sayang kalian..

Aisyah balik sekolah dulu ya..

Friday, October 3, 2008

Kemeriahan Di Aidilfitri 2008

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji Allah, tuhan semesta alam yang telah memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tidak lupa juga kepada Rasulullah tercinta, penyampai risalah terpuji sehingga kita pada hari ini mendapat deen yang petut dianuti. Alhamdulillah. Seterusnya kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, tabi'-tabiin ila yamud din.....

Hehe. Bukan ape sangat post saya kali ni. Cuma nak bercerita sedikit pasal Hari Raya sebulan yang lalu. Macam biasa, saya berpagi raya di kampung mak dahulu (memang macam ni tiap-tiap tahun sebab rumah saya memang kat kampung mak). Kampung mak saya kat Marang dan di situ jugalah rumah saya. Nanti datang-datang jemput lah ke rumah saya (call dulu takut tiada di rumah hehe). Kami sekeluarga solat raya di Surau Kubur. Hehe Surau Kubur sebab surau ni dekat dengan kubur. Usai sahaja khutbah raya, saya dan keluarga pergi ke tanah perkuburan. Nak lawat kubur tok (nenek), moyang dan ayah saudara saya.


Biasanya selepas aktiviti solat raya, kami akan berkumpul di rumah mak saudara saya yang sulung. Saya panggil dia Cik. Anak mak saudara saya yang ini memang ramai. 11 orang semuanya. Tak masuk dengan cucu dan menantu lagi. Yang sulung dah ada anak tiga orang dan yang bongsu sekali Tingkatan 1. Hehehe. Tapi bila saya nak masuk rumah tu, nampak diorang tengah bergambar. Jadi, tak naklah kacau. Walaupun saya ni suka kacau orang, tapi tengok tempat lah juga kan? Hihihi. Saya tak nak tunggu jadi pergi ke rumah tok saya dahulu. 10 langkah je pun daripada rumah tu. Hehehe.


Naik-naik je memang riuh la. Dengan anak-anak kecil lagi. Tahun ni memang ramai yang beraya di sini. Mak Ang dan Pok beraya kat sini. Jadi 4 orang anak kecil dan 2 orang baby la. Hehe. Saya memang suka main-main dengan baby ni. Habis terlepas buku Sejarah. Pergi main dengan budak-budak dulu. Hehehe. Lagipon saya ni memang ade aura kanak-kanak. Saya naik rumah je, habis kena serbu dengan budak-budak. Duk pegang-pegang kaki saya.

"Angah, nak duit raya!"
"Angah, nak dukung!"

Heh. Memang macam ni la selalunya.

"Angah mana kerja lagi. Takde duit la Apan. Angah kan nak pekse"

Saya jawab sambil mencubit Apan atau nama sebenarnya Zarfan. Memang seronok masa tu. Kemudian kami bergambar sama-sama. Nampaknya, gambar tahun ni tak penuh la. Along tak ada. Dia lambat. Adus memang rugi betul.

My mom's sibling and the in-law

My mom's siblings
Dari kanan : Mak Ang, Pok, Mak, Cik Jid
Duduk : Cik Ngah
5 orang lagi tiada
Che De di Kedah
Che Mah sudah arwah
Ayah De sudah arwah
Ayah Nik tak sampai lagi
Mak Bah tak sampai lagi

My big family
Hanya 54% dalam gambar ni
Ramai yang tak de di sini.

Kemudian, kami semuanya turun balik. Nak pergi rumah cik semula. Kat sinila dapat duit raya banyak sikit. Hehehe. Lagi best budak-budak PMR dan SPM dapat lebih duit raya. Hahaha. Jangan jelez tau yang lain. Lama juga saya di sini. Duduk dengan Fatonah, sepupu saya yang PMR juga tahun ni. Saya pandang dia. Dia pandang saya.

"Angah, jangan nak rosakkan raya ya! Jangan sebut benda tuh"

Entah kenapa serta-merta dia cakap macam tu.

"Ape Nah? Benda ape? PMR ke?"

Haha. Dia menjerit. Rupanya dia tak nak saya sebut PMR. Haha. Saya dah rosakkan rayanya. Saya senyum. Memang saya selalu tanya mereka. Tahun ni, ada 4 orang nak PMR sebelah mak. Saya, Fatonah, Fahmi, Faruq. Dan 1 je soalan kalau saya jumpa mereka.

"Study tak cuti nih?"

Haha. Bukan nak kata saya study. Saya pun tak sentuh buku cuti ni. Tapi saya takut mereka study. Jadi, saya ketinggalan la kiranya. Tapi nampaknya tak. Sebab selalunya mereka jawab macam ni.

Fatonah - "Dak yoh (tak payah) tanye la angah. Memang tak study"
Fahmi - " relax r angoh. Kate pon cuti. Watpe stdi?"

Haha. Memang syok sangat kalau ikut depa. Faruq tak tanya pula. Tak jumpa lagi dia cuti-cuti ni. Tapi selalunya, jawapannya sama juga. Hihi. Sekarang ni, mereka bertiga tengah guling-guling kat rumah. Saya ada banyak program yang tak putus-putus di sekolah. Ayahanda (Mudir) bagi banyak tugasan kepada kami. Nanti saya akan ceritakan dalam post lain.

Tengahari tu, ramai saudara-mara ke rumah saya. Gamat satu rumah. Mana tak nye, saya ade 90 orang sepupu. Tak termasuk dengan sepupu ipar dan anak-anak mereka. Alhamdulillah Allah kurniakan kami rumah yang agak besar. Tak ada la sesak sangat.

Petang itu pula, saya ke rumah tok (nenek) sebelah ayah di Seberang Takir. Traffic Jam!! 1 jam baru sampai. Sampai-sampai pula, selepas bersalaman dengan semua sanak-saudara yang ada, saya terus cari port untuk tubuh saya berlabuh. Ruang tamu menjadi pilihan. Hehe. Letih sangat. Azan maghrib baru saya bangun. Kemudian, barulah bersembang dengan sepupu-sepupu yang lain. Saya duduk bersama sepupu yang juga ambil PMR tahun ini iaitu Izzah, Fatin, dan Razin. Semuanya kata tak study.

Kak Teh and her nephew Aiman n Faris


Kak Teh n Tonah n Faris
Ayu girlz

Conclusionnya, raya kali ini tak semeriah mana. Tapi stil mencapai matlamat saya pada kali ini. Matlamat apa?? Hihi. Sirr (rahsia). Lagipun, saya berkenalan dengan seorang teman pada malam 1 Syawal tu. Hihihi. Moga taaruf kami ini mendapat keredhaan Illahi. Amin.

Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya. Nasihat saya, gunalah HARI RAYA ini untuk ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan. Mungkin pada hari yang lain, kita sibuk dengan urusan dunia sehingga terabai kedua-dua perkara ini. Perlu banyak muhasabah.

Moga sama-sama dapat kita ambil iktibar. Dan jangan lupa, Ramadhan yang berlalu tidak pergi begitu sahaja. Amalan-amalan di dalamnya, moga sama-sama kita amalkan serta pertingkatkan di bulan-bulan yang lain. Moga keredhaan Allah memayungi kalian. Setakat ini sahaja. Saya berharap kalian mendapat manfaat daripada post ini. Moga Allah sayang kalian.