* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 3, 2008

Kemeriahan Di Aidilfitri 2008

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Segala puji Allah, tuhan semesta alam yang telah memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di sini. Tidak lupa juga kepada Rasulullah tercinta, penyampai risalah terpuji sehingga kita pada hari ini mendapat deen yang petut dianuti. Alhamdulillah. Seterusnya kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, tabi'-tabiin ila yamud din.....

Hehe. Bukan ape sangat post saya kali ni. Cuma nak bercerita sedikit pasal Hari Raya sebulan yang lalu. Macam biasa, saya berpagi raya di kampung mak dahulu (memang macam ni tiap-tiap tahun sebab rumah saya memang kat kampung mak). Kampung mak saya kat Marang dan di situ jugalah rumah saya. Nanti datang-datang jemput lah ke rumah saya (call dulu takut tiada di rumah hehe). Kami sekeluarga solat raya di Surau Kubur. Hehe Surau Kubur sebab surau ni dekat dengan kubur. Usai sahaja khutbah raya, saya dan keluarga pergi ke tanah perkuburan. Nak lawat kubur tok (nenek), moyang dan ayah saudara saya.


Biasanya selepas aktiviti solat raya, kami akan berkumpul di rumah mak saudara saya yang sulung. Saya panggil dia Cik. Anak mak saudara saya yang ini memang ramai. 11 orang semuanya. Tak masuk dengan cucu dan menantu lagi. Yang sulung dah ada anak tiga orang dan yang bongsu sekali Tingkatan 1. Hehehe. Tapi bila saya nak masuk rumah tu, nampak diorang tengah bergambar. Jadi, tak naklah kacau. Walaupun saya ni suka kacau orang, tapi tengok tempat lah juga kan? Hihihi. Saya tak nak tunggu jadi pergi ke rumah tok saya dahulu. 10 langkah je pun daripada rumah tu. Hehehe.


Naik-naik je memang riuh la. Dengan anak-anak kecil lagi. Tahun ni memang ramai yang beraya di sini. Mak Ang dan Pok beraya kat sini. Jadi 4 orang anak kecil dan 2 orang baby la. Hehe. Saya memang suka main-main dengan baby ni. Habis terlepas buku Sejarah. Pergi main dengan budak-budak dulu. Hehehe. Lagipon saya ni memang ade aura kanak-kanak. Saya naik rumah je, habis kena serbu dengan budak-budak. Duk pegang-pegang kaki saya.

"Angah, nak duit raya!"
"Angah, nak dukung!"

Heh. Memang macam ni la selalunya.

"Angah mana kerja lagi. Takde duit la Apan. Angah kan nak pekse"

Saya jawab sambil mencubit Apan atau nama sebenarnya Zarfan. Memang seronok masa tu. Kemudian kami bergambar sama-sama. Nampaknya, gambar tahun ni tak penuh la. Along tak ada. Dia lambat. Adus memang rugi betul.

My mom's sibling and the in-law

My mom's siblings
Dari kanan : Mak Ang, Pok, Mak, Cik Jid
Duduk : Cik Ngah
5 orang lagi tiada
Che De di Kedah
Che Mah sudah arwah
Ayah De sudah arwah
Ayah Nik tak sampai lagi
Mak Bah tak sampai lagi

My big family
Hanya 54% dalam gambar ni
Ramai yang tak de di sini.

Kemudian, kami semuanya turun balik. Nak pergi rumah cik semula. Kat sinila dapat duit raya banyak sikit. Hehehe. Lagi best budak-budak PMR dan SPM dapat lebih duit raya. Hahaha. Jangan jelez tau yang lain. Lama juga saya di sini. Duduk dengan Fatonah, sepupu saya yang PMR juga tahun ni. Saya pandang dia. Dia pandang saya.

"Angah, jangan nak rosakkan raya ya! Jangan sebut benda tuh"

Entah kenapa serta-merta dia cakap macam tu.

"Ape Nah? Benda ape? PMR ke?"

Haha. Dia menjerit. Rupanya dia tak nak saya sebut PMR. Haha. Saya dah rosakkan rayanya. Saya senyum. Memang saya selalu tanya mereka. Tahun ni, ada 4 orang nak PMR sebelah mak. Saya, Fatonah, Fahmi, Faruq. Dan 1 je soalan kalau saya jumpa mereka.

"Study tak cuti nih?"

Haha. Bukan nak kata saya study. Saya pun tak sentuh buku cuti ni. Tapi saya takut mereka study. Jadi, saya ketinggalan la kiranya. Tapi nampaknya tak. Sebab selalunya mereka jawab macam ni.

Fatonah - "Dak yoh (tak payah) tanye la angah. Memang tak study"
Fahmi - " relax r angoh. Kate pon cuti. Watpe stdi?"

Haha. Memang syok sangat kalau ikut depa. Faruq tak tanya pula. Tak jumpa lagi dia cuti-cuti ni. Tapi selalunya, jawapannya sama juga. Hihi. Sekarang ni, mereka bertiga tengah guling-guling kat rumah. Saya ada banyak program yang tak putus-putus di sekolah. Ayahanda (Mudir) bagi banyak tugasan kepada kami. Nanti saya akan ceritakan dalam post lain.

Tengahari tu, ramai saudara-mara ke rumah saya. Gamat satu rumah. Mana tak nye, saya ade 90 orang sepupu. Tak termasuk dengan sepupu ipar dan anak-anak mereka. Alhamdulillah Allah kurniakan kami rumah yang agak besar. Tak ada la sesak sangat.

Petang itu pula, saya ke rumah tok (nenek) sebelah ayah di Seberang Takir. Traffic Jam!! 1 jam baru sampai. Sampai-sampai pula, selepas bersalaman dengan semua sanak-saudara yang ada, saya terus cari port untuk tubuh saya berlabuh. Ruang tamu menjadi pilihan. Hehe. Letih sangat. Azan maghrib baru saya bangun. Kemudian, barulah bersembang dengan sepupu-sepupu yang lain. Saya duduk bersama sepupu yang juga ambil PMR tahun ini iaitu Izzah, Fatin, dan Razin. Semuanya kata tak study.

Kak Teh and her nephew Aiman n Faris


Kak Teh n Tonah n Faris
Ayu girlz

Conclusionnya, raya kali ini tak semeriah mana. Tapi stil mencapai matlamat saya pada kali ini. Matlamat apa?? Hihi. Sirr (rahsia). Lagipun, saya berkenalan dengan seorang teman pada malam 1 Syawal tu. Hihihi. Moga taaruf kami ini mendapat keredhaan Illahi. Amin.

Saya rasa mungkin sampai di sini sahaja coretan saya. Nasihat saya, gunalah HARI RAYA ini untuk ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan. Mungkin pada hari yang lain, kita sibuk dengan urusan dunia sehingga terabai kedua-dua perkara ini. Perlu banyak muhasabah.

Moga sama-sama dapat kita ambil iktibar. Dan jangan lupa, Ramadhan yang berlalu tidak pergi begitu sahaja. Amalan-amalan di dalamnya, moga sama-sama kita amalkan serta pertingkatkan di bulan-bulan yang lain. Moga keredhaan Allah memayungi kalian. Setakat ini sahaja. Saya berharap kalian mendapat manfaat daripada post ini. Moga Allah sayang kalian.

No comments: