* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 30, 2008

Selamat Berperang Jundullah Semua....!!

Tingkatan 5 Ibn Sina 2008

Di MATRI 08

Entah di mana

Lawatan depa

Kem F1 2007 - Jadi FC

Kem Kepimpinan F3 dan F4 2006

FC Kem Pemantapan Sahsiah F1 2007

FC lagi..

Dalam Kelas 2008 - Kak Athiroh sesat sorang

SMASKL dapat makcik dapur baru

Maen bnda plik sokmo

Entah di mana

Form 1 2005

Besnyek.. Ape daa.. Tinggal adik2 Form 1 sorang2 kat asrama.. Depa syok makan jagung..!!

Muhaimin Amad Syahed
Model SMASKL
Esok ada Pertandingan Tugu SMASKL
Nih depa practise..!!

Di MATRI 2007

No comment..!!

Salam Sejahtera.. Post saya kali ini berkisar tentang Gen 2 SMASKL. Tak lama lagi, dalam 2 hari ni, mereka akan tamat SPM. Hihi mesti seronok. Tapi, jangan ingat mudah, sebab selepas ini kalian akan menempuh satu medan yang lebih mencabar.

Jika kalian kata SPM susah, medan ini lebih susah. Lebih menguji iman dan lebih yang macam-macam lagi. Saya nak cakap pun, tak ada experience lagi. Tapi, masing-masing tahu lah kan. Masing-masing sedar mas'uliyyah yang harus dipikul.

Jadi, kat sini saya mahu memberi sedikit wasiat (cewah). Buat...

Naim
Zharif
Anas
Daud
Syafiq Klate
Syafiq Shahrin
Ali
Syahid
Rijal
Muhaimin
Tajuddin
Raji
Zubir
Shakirin
Saeed
Basyir
Auzan
Izul

Dalam Kenangan
Ahmad
Azlan
Ihsan
Ibrahim
(ini jer yang sempat ingat)

Deeni
Safwah
Nashrah
Khamsiah
Ramziah
Asuhana
Athiroh
Khalilah
Faatihah
Rufaidah
Rumaisa'

Dalam Kenangan
Najibah
Afifah

Saya harap kalian akan membawa bekal secukupnya untuk menghadapi medan masyarakat yang amat menguji. Yang mana di dalamnya,

# sesiapa yang mengamalkan ISLAM secara syamil dan kamil akan dianggap manusia pelik
# sesiapa yang memakai tudung labuh dianggap jelek
# sesiapa yang memakai kopiah ke kuliah dianggap kolot
# sesiapa yang tidak berpartner (couple) dianggap ketinggalan zaman
# sesiapa yang tiada boyfriend atau girlfriend dianggap tak laku
# sesiapa yang macam-macam dianggap macam-macam (faham-faham ek)

Jadi, saya di sini amat mengharapkan kalian agar tidak lagha dengan biah di luar sana. Ingat, kita adalah syabab dan fatayat ISLAM. ISLAM tiada pewaris selain kita. Jika kita pun asyik nak enjoy-enjoy macam mereka di luar sana, apa akan jadi..! Saya rasa kalian faham akan peranan masing-masing.

Dan jangan lupa, untuk doakan kami di sini. Kami masih amat lemah dan butuh akan nasihat serta doa kalian. Dan insyaALLAH kami tak akan lupa untuk mengrafa'kan tangan dan menghulurkan doa buat kalian. Kami juga mahu menyusun beribu-ribu jari, memohon kemaafan atas segala salah tak tersedar kata tak disenangi dan macam-macam lagi.

Doakan kesejahteraan iman kami. Moga tahun-tahun selepas ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

Buat pengunjung blog yang lain, ambillah apa-apa manfaat daripada blog ini. Moga ALLAH sayang kalian semua.

Menulis dengan sedikit sedih dan bersemangat serta perasaan pre-rindu..

p/s - Siapa yang rasa pernah jumpa gambar-gambar di atas, saya pinjam yerk.. Hik hik..!!

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 30 Nov 08 9:08 pm



Thursday, November 27, 2008

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya..

Salam Sejahtera..

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Hihi. Sewaktu Kem Ibadah (antara Program Lepasan PMR SMASKL 2008), Ustaz Zul suruh kami menulis moto hidup masing-masing pada file yang ada pada kami. Saya tulis lah...

Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya

Di sampingitu, saya juga menulis sesuatu yang tidak dipinta, trand mark saya. Seperti yang diketahui saya pun tulislah....

Aisyah Ulya ~ Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya ~

Sahabat saya yang amat prihatin (terima kasih ya kerana bertanya, ALLAH akan bagi anti banyak pahala), Fatin telah bertanya..

"Aisyah, kenapa ketinggian sahsiah bukan kemantapan iman? Iyalah anti pernah pesan kat kami, Jaga iman dan jaga sahsiah. Anti sebut jaga iman dulu sebelum sahsiah. Dan kan iman lagi penting daripada sahsiah? Bingung la.."

"Fatin sayang, sori keh buat anti bingung. Anti punye soalan panjang sangat la.. Dah la tanya soalan pelik. Kikiki. Gurau je"

"Cepatla!"

"Ok ok. Hihi. Ana nak tanya. Anti rasa iman ana power tak?"

"Hah iman anti? Erm, entahla. Power kot.. Orang tanya dia, dia tanya balik. Jawab la dulu"

"Sabarlah sayang. Hihi. Nak jawab la nih. Kan ana suka orang faham apa yang ana nak cakap melalui kata-kata yang dikeluarkan mereka sendiri"

Ya, memang saya suka begitu. Mereka bertanya, dan menjawab sendiri. Itu lebih bermakna. Saya cuma pemudah cara. Yang mengubahnya adalah diri mereka sendiri dengan izin ALLAH.

"Macam mana anti tahu iman ana power?"

"Haha.. Anti suka usik orang.. Hihi, tak adalah.. Ana rasa..."




"Ok2 ana tak nak anti lagi bingung.. Fikir ya, IMAN, sesuatu yang kita tak nampak. Ana tak tahu iman anti cana, ana tak tahu iman ikhwan kat depan kita ni cana, ana tak tahu iman akhawat di samping kita ni cana, dan ana pun tak tahu iman Ust Zul yang kat depan n akan mulakan program ni sekejap lagi cana. Ana bukan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ana dan anti dan semuanya tak akan tahu"

"Dah tu, cana boleh nampak iman orang tu kuat. Truely I', said, iman anti kuat"

Tergelak ana dibuatnya.

"Aik, ana yang dah diiktiraf nakal oleh Ustaz Pian ni pun iman kuat? Something wrong tu, Fatin Hihi. Ok ok. Sambung balik. Ana tak habis lagi cakap, anti da potong. Ada TAPI lepas tu.. Tapi, kita boleh menilai iman seseorang melalui sahsiahnya. Akhlaknya, percakapannya, kelakuaanya, muamalahnya. Kan?"

"Ha'ah la. Asal jumud sangat ana ni. Perempuan selalu fikir pendek"

"Haish. Mana ada lah. Ana tak mengaku. Mana boleh cakap cantu. ALLAH izin semuanya. Ana tak nak fikir pendek"

"Hihi. Ok, Ustaz nak mula dah tu. Terima kasih ya Aisyah. Saaaayyaaang anti"

"Peluk-peluk kat cini tak boleh ya. Dalam dorm tak apa. N satu lagi. Syukran bangat sebab sayang ana. Tapi, ana tak sayang anti. Kih kih kih"

Hihi. Kelakar pula. Alhamdulillah. Saya punya sahabat sebegitu (Fatin, U've to thank me coz praise U). Hihi. Ketinggian Sahsiah bukan Kemantapan Iman. Bagus ni. Nanti boleh jadi idea untuk bagi apa-apa penyampaian. Jaga Iman dan Jaga sahsiah. 2 perkara ni, memang saya sentiasa sebut. Adik halaqah saya, serta ikhwan akhawat mesti sudah jemu mendengar. Hihi

Sewaktu majlis penutupan Kem Pemantapan Lepasan PMR (aktiviti pertama selepas PMR) juga saya ada menyebut, selaku wakil daripada akhawat. Kelakar juga time tu.

"Kita sebagai wanita, kena banyak jaga.. Sebaaab, kita ni mahal.. Sat sat. Ana tak kata laki ni murah, tapi macam tuh la"

Gamat dewan bila dengar saya cakap macam tu. Mulanya, tak sedar pun. Lama-lama baru sedar kenapa mereka gelak. Hihi. Mesti yang ada bersama saya ketika itu tengah tersenyum (^_^).

Ok Iman dan Sahsiah/Akhlak. 2 perkara yang berkait rapat. Amat berkait rapat. Teringat pula kata-kata makcik halaqah saya, Teacher Zainab.

"Akhlak adalah buah iman"

Yeah. Akhlah adalah hasil daripada Iman. Akhlak Islamiyah adalah hasil daripada Iman yang mantap. Am I rite? Kalau salah betulkan saya. Sebab tu, kita kena berakhlak.




Jadi, my trandmark "Ketinggian Sahsiah" tu, ada makna yang mendalam. Dalam saya mahu mencapai matlamat saya iaitu memiliki sahsiah terpuji, saya mesti, saya ulangi, saya MESTI ada iman yang mantap dahulu, saya mesti memperbaiki ibadah saya dahulu, dan saya mesti sentiasa look after saya punya iman dahulu. Barulah saya akan mencapai matlamat saya.

Bukan saja-saja saya letak trandmark tu, ada maksud tersirat. Yang tersurat tu, adalah hasil jika saya mencapai matlamat yang tersirat.




Kalian doakan saya agar dapat mencapai kedua-dua matlamat saya tu. Yang tersurat dan yang tersirat. Jika tak mampu, doakan yang tersirat sudah la. That's enough for me. Walaupun saya tak layak pun didoakan. Tapi, saya pasti, kalau tak ada doa mereka yang menyayangi saya, maka tiadalah saya di sini. Mak saya mesti doakan saya dahulu ketika dalam kandungannya.

Oklah, doakan saya ya. InsyaALLAH saya akan doakan kalian. Ambillah apa-apa yang bermanfaat daripada post ini. Saya sentiasa berdoa agar blog saya ini, tak melalaikan saya dan kalian. Susah juga kalau dah lagha.




Oklah saya mesti solah Asar. Salah saya juga. Selalu tulis post pada masa-masa begini. Semalam Zohor, hati ini Asar. Jangan esok Maghrib dah la. Hihi. Ok, saya pergi dating dulu ya. Doakan saya. Moga ALLAH sayang kalian.

AISYAH ULYA
KETINGGIAN SAHSIAH MATLAMAT UTAMANYA
(tulis dengan huruf besar sebab post ni special)
Thursday 27 Nov 2008 4:29 pm

Wednesday, November 26, 2008

Delicious.. Yummy...

Salam Sejahtera buat semua. Hari ini banyak saya tulis post ya (2 ja). Iyalah biasanya, nak tulis satu pun susah. Bukan apa, saya tulis direct on blog. Biasanya, sesetengah orang akan tulis dalam Microsoft Word dulu, barulah publish. Saya, boleh saja buat begitu, tapi rumah saya 24 hours internet. Jadi, tak adalah susah. Baik tulis direct. Tak perlu copy paste and so on. Tapi ni sebab sampingan. Sebab utama saya berdasarkan kalimah saya sendiri iaitu..

Something that truely from hearts is easier to diffuse into other hearts.

Jadi, kalau saya tulis dalam Mic. Word dan simpan, takut hilang manisnya. Hihi. Yeah, someword from heart is sweetest. Kalau simpan lama-lama. Takut jadi budu dalam hard disk ni.

Adus, tak habis-habis merapu. Hihi. Bukan apa, post ini saya ingin kongsi satu resepi. Hihi. Lawak sikit. I create this recipe (rajin kan). But I'm so lazy, really lazy at that time. But, I think this is the most special recipe that I've created. Bila dah kurang rajin ni, macam-macam boleh jadi. Setakat ni, saya pun tak tahu nak namakan apa resepi ni. Just it's very delicious.

Ceritanya macam ni, saya lapar sangat-sangat petang tu. Ada nasi, tapi hehehe.... Saya kurang suka nasi (keep this as a secret). Saya cari roti (I prefer wheat than rice). Tapi, tak ada. Ada sangat lauk, best pula tu. Ada ayam masak merah, sayur goreng udang. Tak ada selera lah pula. Last-last buka kabinet. Nampak telur. Ambil 2 biji.

"Ha.. Bley buat scrambled egg.. Alhamdulillah ada teluq"

Tengah pukul-pukul telur, teringat pula tak lunch. Dan teringat pula menu sepinggan lengkap yang telah saya pelajari dalam subjek KHB. Sepinggan lengkap means contains all nutrients. Teringat fibre, ada dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. Buka peti sejuk, ambil carrot. Saya potong dadu and then put it in a small container. Pour some water in that container. Boil the carrot in the microwave (or using common heat) and left it for 5 minutes until it cooked well.

Hehe. Sambil tunggu tu, saya teringat carbohydrates. Yang biasa ada dalam cereals.

"Tapi mana nak cari ek. Nasi? Tak nak..! Roti tak ada. Kalau ada boleh makan dengan scrambled egg ni. Aduh, susah gini dong!"

Tiba-tiba mata saya tertumpu kepada tin merah yang berlabel "Quacker Oat".

"Ha... Oat! Best ni"

Saya letak oat dalam mangkuk dan tuang sedikit air panas. Oat ni, akan lebih effective jika ianya kembang. Kemudian, saya letak dalam telur. Tengah-tengah pukul telur, adik perempuan saya, Nabila datang menjenguk. Dia sedang menonton televisyen tadi. Iklan, dia terus menuju ke dapur.

"Eeee, apa tu angah. Oat? Campur telur? Boleh ke?"

Dia teringat pesanan mak saya. Protein tak boleh campur-campur. Ayam-ayam, telur-telur, ikan-ikan. Sebab nanti digestive system akan rosak.

"Adik, oat bukan macam ikanla. Oat macam nasi. Kalau oat tak boleh makan dengan telur, kiranya telur pun tak boleh makan dengan nasi yang macam adik selalu makan tu"

"Oooooo, ye ke? Tapi kan angah, best ke? Nampak macam tak best je.. Eeeee"

"Takpe, angah bukan nak bagi kat adik pun. Nak makan sorang-sorang je. Ni bukan makanan awak key. Kat atas meja tu makanan awak. Hihi"

"Okeylah. Nak makan lah ni"

"Eh, tadi bukan da makan ke? MasyaALLAH gemukla adik aku sorang ni. Eh, jangan pecah rekod ya! Adik beradik kita sume slim. Haha"

Dia berlalu sambil mencebikkan muka. Saya terus memukul telur. Dah kembang telur. Tak sedar. Boleh buat kek ni. Hihi. Saya filter carot tu dan masukkan kat dalam telur. Then, put on frying pan. Then buat scrambled egg macam biasa. Cuma ia likat sikit. Iyalah, dah ada oat. Hihi. Goreng punya goreng sampailah crunchy. Saya suka kalau crunchy. Bila dah masak. Letak dalam pinggan, then rasa macam kurang sesuatu. Haah, fibre kurang sangat. Mana cukup kalau carrot je.

Saya pun teringat nak buat juice. Bukak peti, erm carrot sikit je lagi. Takut nak masak malam ni pula. Memang kekurangan bahan dapur. Last-last tau saya buat juice ape? Cucumber juice. Ape yer dalam malay. Ha, timun batang. Bez.....!! Jangan terkejut. Tapi boleh try. Mmg best. Saya buat ice blended. Letak ais kemudian, put some drops of water (hehe, xdela sikit sgt, budget sniri la). Letak sikit gula. Jangan banyak sangat. Diabetes nanti. Amalkan 5M macam dalam iklan tu. After that, blend macam biasa.

Ha.. Akhirnya, siap lunch saya! Late-lunch. Ade gambarnya tapi ada dalam hp adik. Nanti saya masukkan. Rupanya tak lawa sangat, tapi rasanya sungguh hebat. Alhamdulillah.

This recipe is so suitable for the lazy. Eh, bukan malas! Kurang rajin. Hihi. Orang Islam tak malas. Oklah. Ada manfaat bagi yang mahu. Mungkin somebody yang kematian akal untuk memasak. Boleh cuba. Oklah. Moga ALLAH sayang kalian.

Paksaan..??

Salam Sejahtera..

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Hihi. First of all!! Saya mahu mangalungkan seutas rantai pada kalian. Tanda saya berterima kasih kerana melayari blog saya. Terima Kasih! Thank you! Toche! Arigato! n_n



Erm, lama dah ye saya tidak berceloteh. Rumah memanggil-manggil saya supaya datang kepadanya dan belainya. Tak lain tak bukan memang kena kemaslah. Saya kakak sulung dan saya ada seorang abang. Tapi nampaknya, memang saya je yang patut jadi anak sulung. Yeah, my brother always disappeared. Hihi. Tak adalah. Dia ada kelas. Ayah dan mak saya pula kerja. Pukul 6 baru balik. Jadi, sayalah ayah, sayalah mak sayalah abang dan sayalah kakak.

Alhamdulillah saya di rumah. Kalau saya di asrama, memang tak ada penghuni lah rumah ni. Alarm je yang menemani. Hihi. Sekarang saya di rumah dan terpaksalah pikul banyak-banyak masuliyah (tanggungjawab). Moga ALLAH meredhai kerja saya dan memberi saya sedikit nilai keikhlasan. That's enough for me. Better than nothing. Iyelah. Bila dah cakap sulung ni, kena lah banyak bersabar, banyak tabah. Adik-adik saya pula nakal semuanya (macam kakaknya lah).

Biasanya bila sebut holiday, everybody is happy. But no me. Hihi. Mula imagine bakul-bakul yang penuh dengan baju yang tak terlipat, naughty siblings, internet, makanan, dan macam-macam lah. Huh. Berat juga. Hehe, mak saya pandai, dah tau anak perempuan dia nak balik asrama, mak longgokan baju banyak-banyak. Hehe. Tak mengapalah. Memang dah mengerti. Jadi, kalau tak nak buat, memang kena buat juga. Kalau nak buat, memang itu yang terbaik.

Sebenarnya kita ni, perlu diberi sedikit paksaan sebelum relakan hati. Ya, memang fitrah kita begitu. Lihatlah bagaimana setiap makhluk lahir. Apabila si ibu ini meneran, barulah nak keluar. Bagi saya, memang setiap kerja kita perlu kepada paksaan. Tapi paksaan itu ada dua. Daripada diri kita atau someone else. Senang cerita Paksaan Luaran dan Paksaan Dalaman. Paksaan Luaran amat menyeksakan dan Paksaan Dalaman amat bermakna.

Pandangan yang saya beri ini, mungkin ada yang tidak setuju. Pernah saya dikomen.

"Aisyah, kalau anti nak jadi doctor atas kehendak parents, baik tak payah. Medic bukan mudah tanpa kesungguhan atau minat"

"Tak mengapa, ana suka paksa. Hihi. Lagipun, tak baik tau kuburkan hasrat parents. Ana senang kalau diorang senang. Lagipun, Medic ini mudah dengan kesungguhan atau minat. Ana tak ada minat, tapi ana ada kesungguhan. InsyaALLAH ana akan usaha. Dan yakinlah bahawa ALLAH akan menolong sesiapa yang membahagiakan kedua ibu-bapanya"

"Ya, memang tapi bab-bab paksa tu, ana tak setuju"

"Tak pe, paksaan itu bermakna. Lebih membuahkan ikhlas"

Sahabat ana (cannot mention his name. he take medic) senyap setelah ana sebut kalimat ikhlas. Yah. Ikhlas milik ALLAH. Redha milik ALLAH. Dan redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa kita.

Ceritanya macam ini. Long time ago (hihi when I was 11 years old), I was in the car with my family (dalam kereta adalah tempat terbaik bagi apa-apa announcement dalam family saya). Dan tiba-tiba mak saya cakap.



"Yang mana satu anak mak nak jadi doktor nanti? Nanti tua-tua, kalau mak dan ayah sakit tak payah pergi jauh-jauh. Jumpa anak sendiri je"

Semua senyap lantaran lebih meminati Physics berbanding Biology (walaupun ketika itu masih tidak belajar, kecenderungan itu ada kepada Physics).

"Along nak ambil electric and electronic"

"Abang nak kereta-kereta"

"Oooo, tak nak lah semua ya. Takpelah, mak harap akan ada jugak nanti"

"Tu sorang lagi tu... Kat tepi tingkap tu.."

Ayah saya bersuara...

"Hah.. Angah ke? Erm ntahla.. Tengok dululah ayah."

"Mak tak paksa. Tapi harap je. Iyalah kadang-kadang ALLAH kabulkan, kadang-kadang tak. Adalah hikmahnye. Maybe my grandson will be a doc. Hihi"

"Mak..!!"

Serentak menjawab. Hehe. Kami paling tak suka cakap pasal kahwin-kahwin, menantu dan cucu. Cukup sensitif.

"Mak gurau. Tapi mak da cakap. Mak tak paksa."

Mungkin mak cakap begitu sebab bimbang akan saya yang memang suka memaksa diri. Dan suka memuaskan kehendak orang lain (yaka?)

"Tak pelah, I'll be da doc"

Lancar je. Hadus!! Memang selalu macam ni. Tak tahu dari mana suara tu keluar. Bila dah cakap memang kena tunaikan lah.

"Ok, we've da volunteer, ayah. Angah terima cabaran mak"

"Ya ALLAH, apa aku dah cakap ni"

Monolong hati. Along memandangku sambil tersengih.

"Kalau nak buat sesuatu ni, kena sungguh-sungguh. Kena dapat cemerlang selalu. Tak kiralah apa-apa pun. Barulah nampak kita power. Macam superpower tu. Islam tu, supersuperpower. Jadi jangan hampakan Islam k.

Sempat ayah memberi pesanan. Sejak daripada hari tu, memang sungguh-sungguh belajar. Medic punya pasal. Tapi dalam kelas saya, ALLAH izin memang dapat no 5. Tak berganjak. Tak naik dan tak turun. Kadang-kadang tu geram juga. Sejak daripada darjah Empat. Sebelum tu, dapat no 1 @ 2 @ 3. Dan mereka-mereka yang berada di atas saya, heh saya tak akan lupa. Memang saya tak akan lupa sampai lah satu masa ALLAH izin saya akan lupa.

1. Solehuddeen Shaatibi
2. Hami Asmai'
3. Mohamad Faiz
4. Ahmad Faizuddin
5. Aisyah Humairah Najihah

Huh. Kalau tengok, semua lelaki. Memang macam ni kedudukan. Setiap kali exam, semua dah tau. No 1 - 5, memang nama-nama di atas yang pegang. No 1, 2 dan 5 memang initial je. No 3 dan 4 selalu bertukar. Hihi. Kadang tu, memang agak geram. Tapi, saya pun tak adalah study mana. Macam mereka juga. Selalu main-main. Sekolah rendahla katakan. Tapi mungkin mereka dapat kelebihan daripada hafazan Al-Quran. Setiap petang, mereka berempat dan yang mahu ada kelas hafazan dengan Ustaz Wan Zaharuddin. Girls are not allowed. Saya nak masuk. Tapi tak dapat. Herm, tapi silap saya juga. Boleh sangat kalau nak hafaz keseorangan. Tapi nafsu menguasai diri. Asyik nak main.

Tapi... Sampailah waktu trial UPSR, saya dapat pintas keempat-empat lelaki macho ni. Huhu. Naik nama puteri. Hehe. Asobiah kuat sangat dulu. Markah saya dengan penyandang tempat kedua, Shaatibi tak banyak. Cuma 4 markah. Alhamdulillah. Cuma ketika itu, tak merasa sangat kegembiraannya. More focus on incoming UPSR.

Tapi, memang saya salute orang yang menghafaz Al-Quran. ALLAH banyak tolong. Samalah sekarang di SMASKL.

"Intansurullah Yansurukum"

Insya-ALLAH. Berbalik kepada paksaan tadi. Saya yakin, memang ada orang yang akan disagree. Tapi, cuba renung balik. Paksaan luaran maybe tiada bagi sesetengah insan, tapi kita tak dapat lepas daripada paksaan dalaman. Paksaan untuk mengalahkan hawa nafsu kita. Am I rite? Iyalah. Nafsu kita nak seronok-seronok. Juz nak rehat. Tak suka kalau rumit. Kan?

Contoh yang senang. Belajar. Saya bawa contoh belajar kerana saya yakin semua orang sedang belajar. Dan membawa contoh belajar adalah pendekatan yang terbaik. Iyalah saya sendiri masih belajar. Dan hakikatnya, kita akan belajar hingga ke liang lahad.

Ok, belajar. Ada ek orang belajar dengan relanya? Mungkin ada yang kata ada. Herm. Sebenarnya, serela mana pun kita belajar, ianya bermula dengan paksaan. Mungkin kita tak sedar. Ianya berlaku tanpa kawalan kita. Tak percaya? Saya mahu bertanya. Kenapa kadang-kadang ada sesetengah pelajar stress bila belajar. Ya, mestilah kerana si dia tidak menyahut atau sudah jemu dengan paksaan tersebut. Tak percaya lagi?

"Menuntut ilmu wajib ke atas semua muslim"

Hah. Kalau belajar dengan rela hati, tak perlu ada hadith ini. Semua orang belajar tanpa disuruh. Herm.. Betul kan? Cumanya paksaan ini bahasa kasarnya. Bahasa yang saya biasa gunakan untuk diri saya adalah ajakan atau seruan. Sengaja saya meletakkan 'PAKSAAN'. Iyalah manusia ni, disogok dengan bahasa kasar barulah nak bergerak. Memang kerja nafsu.

Jadi, kita sebagai hamba ALLAH ni, perlulah didik nafsu kita. Susah wo.. Huh. Amat-amat susah. Tapi, kita kena lah sedar. Pendekatan yang terbaik untuk nafsu kita adalah Tarbiyah Islamiyah. Ya! This the most right. Am I right? Betulkan saya sekiranya tersilap.

Letakkan kehendak nafsu di tangan kita bukan di hati. Nah, sekarang senang jika ini berlaku! Tapi senang ke nak letak kehendak nafsu di tangan. Nak lepas daripada tulis post kat blog pun susah. Terlambat Zohor. Macam saya sekarang. Entahla. Aisyah, muhasabah balik!

Oklah, Result PMR 27 Dec 2008 insyaALLAH akan keluar lah. Kalian tolong doakan yang terbaik untuk saya ya.

9A for Islam insyaALLAH. Kadang tu, menyesal juga. Ya, saya banyak minat. Anything about Physics, computer, cooking.

Ha memasak. Hihi. Saya keturunan sebelah mak. Sebab suka memasak. Memang suka sangat-sangat. Setakat ni, kalau mak saya tiada, sayalah chef nya. Chef yang suka cipta recipe sendiri.

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Dan physic, memang bidang family saya agaknya. Ayah saya Technician. Mak saya Engineer. Along saya, bakal engineer. InsyaALLAH. Yang lain pun, macam menjurus ke arah ini semuanya. Hihi

Computer, memang saya punya interest. Daripada darjah tiga dah reti emailing. ALLAH izin. Hehe. Alhamdulillah. Tak adala buta IT sangat.

Oklah, rasanya setakat ini sahaja.

Highlight
# ALLAH sediakan setiap hambaNya dengan pelbagai kemampuan
# Jangan perlekehkan kemampuan kita dengan pemikiran kita yang jumud
# Korban untuk orang lain
# Redha ibubapa amat penting
# Kemahiran boleh dipelajari
# Laksanakan amanah terhadap keluarga dan orang lain sebaik mungkin
# Macam-macam lagi, sekiranya kalian membaca dengan mata iman.


Ya ALLAH ampuni Aisyah kerana dia terlambat untuk solah Zohor dan ampuni pembaca-pembaca blognya jika blog Aisyah Ulya ini telah melalaikan mereka.

Moga ALLAH sayang kalian.


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 1:15 pm 26 Nov 08

Tuesday, November 25, 2008

Risalah Akhawat kepada Ikhwan

Ikhwan,

Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.
(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)

Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.
(Hadis riwayat Bukhari).

Ikhwah dan akhawat yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.

Hadiah daripada seseorang..
And I'm so apreciate this letter..

Monday, November 24, 2008

Pening + Demam = Kuat

Tinggal kenangan...!!


Ya ALLAH, peningnya!! Hari ini sehari suntuk saya berada di hadapan komputer. Rasa macam dah lama tak mencoret celoteh di sini. Hihi. Bukan apa, banyak sangat kerja.

Mulanya, saya dan sahabat sahibah yang lain hajat untuk pergi Kem Minda Kreatif (KMK) di Penang. Abang-abang dan kakak-kakak bertungkus-lumus usaha supaya kami dapat pergi. Jadi, di sini saya mahu menghulurkan sejambak penghargaan kepada mereka yang banyak berbakti.

Abang Siddiq Affendi
Walaupun dia tidak dapat pergi pada mulanya
Kak Asiah Fadhilah
Memang dah confirm tak dapat pergi namun diusahakan juga
Kak Wan Aisyah
Mulanya dapat kemudian tak dapat pergi
Kak Mariyah
Banyak juga memberi idea (sambil kacau-bilaukan keadaan heh heh jangan marah)
Kak Nur Afifah
Kena jaga rumah tak dapat pergi tapi banyak bagi sokongan
(U've to thanx me also coz I drop ur name here)

Dan mana-mana nama yang lain yang tak dapat saya sebut
(Kalau nak nama ditulis di sini, bagi tahu ya).

Setelah berbincang + berusaha dengan agak lama + sekeras mungkin (yaka?), akhirnya kami tak dapat pergi juga. Lantaran tiada orang nak menemani. Tengah-tengah bincang sempat juga la nak melawak dengan Kak Asiah dan Kak Mariyah. Iyalah. Berat juga kalau duk serius memanjang. Dah la tengah lapar. Mujurlah EQ kuat. Hehe (puji memanjang). Daripada pagi tadi duduk di hadapan laptop ni. Dah la tak lunch. Handphone pulak berbunyi je. Macam bussiness woman pula. Tapi, last-last sekali tak jadi juga. Sekarang, perut menyanyi pula. Tak mengapa! Dun worry. Memang dah bersedia untuk redha. Mesti ada hikmahnya. Hehe ^_^ Iya, my moto is...

Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya

So, tak mengapalah. Allah izin kami tak dapat pergi. Pasti suatu hari nanti, ALLAH janjikan KMK atau program lain yang lebih baik lagi daripada KMK 12 ini. Oklah. Moga ALLAH membalas usaha kita ya.

Terima kasih ya abang-abang dan kakak-kakak. Satu yang saya mahu highlight kan di sini. Buat kerja jangan mengharapkan natijah. Hehe. Kalau tak jadi, memang frust menungging la. Tak percaya? Cubalah. Hehe. Macam sekarang, tak adalah nak marah-marah atau nak kecewa sangat. Sebab saya tak mengharap natijah. Cuma berusaha sehabis mungkin. Kadang tu, rasa macam nak mengalah juga. Tapi kuatkan juga. KMK Jumaat ni. Ada 3 hari lagi. Kalau ALLAH izin kami pergi, Alhamdulillah. Cuma dah tak tahu nak ikhtiar. Doakan kami ya. Moga ALLAH sayang kalian dan diri saya.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 24 November 2008
5:54 pm

Saturday, November 22, 2008

Bicaraku




~.:Mujahidah Bidadari Syurga:.~



Bicara Hati Mujahidah Itu..



Rahsia cintanya

Hanya Tuhan yang tahu

Kepada-Nya berdoa selalu

Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal

Sedangkan api cinta marak bahangnya

Pada Allah tersimpan rahsianya

Di luaran dia tenang

Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut

Cinta Allah selalu mengunggul

Hari demi hari masa berlalu

Kepada nafsu dipesan selalu



Dikatakan orang diam saja

Sedangkan dia masih remaja

Kata orang mengapa tak punya rasa

Sedangkan dia tetap ceria

Kata orang mengapa dia bahagia

Sedangkan dia tak punya cinta

Kata orang mengapa mantap hatinya

Tapi tiada rijal penguatnya



Rabiatul Adawiyah itulah idolanya

Sumayyah itulah obornya

Khawlah itulah kecemburuannya

‘Atikah itulah kekagumannya

Nusaybah itulah pahlawannya

Fatimah itulah teladannya

Aishah itulah buktinya

Khadijah itulah kebanggaannya



Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!

Itu mimpinya di malam hari

Itu angannya di siang hari

Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti

Kepada suami bakal berbudi

Pilihan Allah akan terbukti

Ia janji yang sudah pasti!





Ya, Gadis itu!

Tidak takut kehilangan cinta

Biar pelbagai ujian melanda

Lelaki itu perlukan masa

Buat keputusan terbaik

Pilihan terbaik

Calon ibu buat zuriatnya!

Penyeri dunia itulah temannya!

Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya

Menyedar mereka memainkan peranan

Bahawa wanita bukan mainan

Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..

menghitung diri

memuhasabah langkahnya

katanya dia, masih banyak kurangnya!



Mujahidah itu..

Hanya menggeleng..

Tatkala datangnya lelaki menggoda

Hanya bisu berdiam saja

Sentiasa mantap bicara imannya

Tunduk saja itu pandangannya..

Rijal kekasih Allah itulah harapannya!

Pejuang agama itulah pembimbingnya!

Redha ibubapa itulah pilihannya!



Bukan dia tidak punya hati

Tetapi hatinya sudah kelat

Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar

Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat

Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat

Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan

Tak punya masa berkasih-kasihan

Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman

Menjulang Islam bukannya berangan



Mujahidah itu..

Membara semangatnya mantap ukhuwahnya

Bersinar wajahnya terang hatinya..

Pada insan mantap bicaranya

Kepada Allah mengadu hinanya

Di sisi malaikat didoakan bahagia

Tidak dia rasa kekurangan

Sedangkan cukup adanya Tuhan

Tidak dia sepi sendirian

Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan



Bagaikan permata di celahan kaca

Kerdipnya sukar dibezakan

Dialah wanita harapan Tuhan

Kebanggaan umat zaman berzaman



Menjadi gadis sudah fitrahnya

Menjadi pilihan bukan pintanya

Sebagai penyeri itulah hakikatnya

Menjadi khalifah itulah tugasnya



Membuat silap bukan sekali

Namun mengalah tidak sekali

Menjadi seorang mukminat sejati

Itulah usahanya tiap hari



Mujahidahku..

Tetaplah dirimu teguh di medan



Menjadi bidadari sudah impian

Tetap menjejak penuh harapan

Cinta Allah dalam keredhaan

Moga beroleh Syurga idaman

Aamiin.

Kalian pimpinlah daku..
Teguri jika ada tersilap..
MasyaALLAH..
Ampuni dosa hambamu ini..

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Moga ALLAH sayang Aisyah

Wanita Solehah.....!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh

Sebaik-baik wanita adalah yang tidak dipandang dan tidak memandang..iaitu hendaknya ia tidak melihat lelaki lain(ghadul basyar) dan dilihat lelaki lain..(berhias sekadar tanpa menarik perhatian)

-Saiyidatina Fatimah Azzahra-

MasyaALLAH..
Sungguh terkesan dengan ayat ini..

Amazing of Mathematics

Mathematics is my favourite. I have some strange feeling of it. Now, I have found the Magic of Math. Only One can do this. He's ALLAH. This make my 'Aqidah tighten.

Did all of you understand my meaning.. Masya-ALLAH

Take your calculator and just try it out
Amazing..!! Isn't it..!!

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321
……………..

1 x8 +1 =9

12 x8 +2 =98

123 x8 +3 =987

1234 x8 +4 =9876

12345 x8 +5 =98765

123456 x8 +6 =987654

1234567 x8 +7 =9876543

12345678 x8 +8 =98765432

123456789 x8 +9 =987654321

Hadiah daripada Akhi Izzat Ibrahim

Tuesday, November 18, 2008

Ana Kangan Sama Kalian....!!!!


Ah...
Tiba-tiba hati ini amat merindui kalian..
Ah.. Rindu yang teramat!!!!!
Tak tau kenapa tiba-tiba sahaja hadir feeling ini..

Ah..
Hadiah buat 1st Gen SMASKL...
Tengok video ni.. Nak tergelak pula.. Then, tiba-tiba je rasa syahdu..
Kangan sama kalian..!!





Nih time abang-abang makan durian (sampai ati tak ajak adik-adik).
Kelakar pula..
Teringat pesanan daripada salah seorang daripada mereka.

"Bersama bukan muhrim, matangkan diri
Bersama bukan muhrim yang non-muslim, pamerkan syakhsiyah Islamiyah
Bersama sahabat-sahabat kita yang thiqah, apa pun boleh buat asalkan tak langgar syara"

Sebab tu dalam video kat atas ni, nampak macam qouya-qouya sikit.
Argh!!! Saya rindukan ahli-ahli Jilus Sabiq.

Teringat pula ketika mereka baru masuk ke SMASKL dan kelas mereka menumpang di SRIQ (sekolah rendah saya). Saya Tahun 4 ketika itu dan kelas saya bersebelahan dengan mereka. Banyak benda yang lawak berlaku. Kelas mereka selalu kecoh-kecoh. Saya kenal dengan abang-abang terlebih dahulu memandangkan sepupu saya juga bersama mereka. Hehe. Antara mereka juga ada yang memang saya dah kenal sebelum ini. Mereka adalah teman abang saya. Hasyimi, Umar, Uthman, Epi (Afif), Fatah. Memang dah selalu kena sakat dengan depa ni. Macam-macam gelaran saya dapat. MAK NGAH, NENEK. Huh, da sinonim dengan saya bagi mereka.

Abang-abang dan kakak-kakak selalu gaduh dulu. Aci tak saya cerita?

"Beruk mati tinggalkan bulu!"
"Badak mati tinggalkan lemak"

Hihihihi. Hanya yang mengerti sahaja tahu maksudnya. Mesti yang tahu tengah tersenyum. Main baling penyapu. Yang tu ok lagi. Ada juga yang baling kerusi. Huh. Dasyat kan. Tapi apa hasilnya ketika Form 5? Sampai sahabat terima jemputan ke rumah salah seorang sahibah (bab-bab makan memang laju). Kalau dulu, tak boleh selisih langsung. Semua benda kena ada dua. Kalau kad jemputan cikgu kahwin, kena ada dua. Softboard ada satu je. Dah la tampal tu sebelah-menyebelah pula. Hehe. Aci keh saya cerita.

Abang-abang yang kuat semuanya
Fattah, Epi, dan Faiz tak ada

Kakak-kakak yang comey-comey semuanya

Tiga tahun mereka bergaduh. Hehe. Tapi akhir tahun 2005, iaitu selepas mereka PMR, mereka ada 1 kem di Sekayu. Waktu tu bulan Ramadhan. Kalau nak cerita satu-satu, susah juga. Sebab saya tiada dengan mereka. Dan incident paling best sekali, JUNGLE TREKKING!!!! Sedang seronok-seronok mereka meneroka hutan rimba, seorang pelajar perempuan lelah (agak teruk and I cannot write her name here!! hehe yang tahu tu, tahulah). Herm, tak boleh sangat nak tulis ni. Cerita ni ada dalam majalah HALUAN. Cari la yer.

Nanti kalau mana-mana daripada kalian terbaca post dan terasa nak cerita balik, jangan segan silu untuk tulis dalam komen. Saya akan paste kan kat sini. Tapi yang saya dapat nilai daripada cerita itu, kerjasama itu amat penting dalam sesuatu organisasi. Bukan sahaja sesama jantina, tetapi berlainan jantina juga amat penting. Tak lahir lelaki tanpa perempuan dan tak sempurna perempuan tanpa lelaki. Am I rite?

Sejak daripada detik itu, UKHUWAH ISLAMIYAH mula terasa. Persaudaraan atas keimanan yang teguh mula terbina. Hinggalah menular kepada hati saya ini. Bukan saya pintai. Tapi Allah telah izini. Moga berkekalan hingga akhir ukhrawi.

Pautan antara saya dan mereka makin lama makin utuh. Tatkala 13 tahun, hanyalah saya adik Tingkatan 1 yang amat kamcing dengan kakak-kakak 1st Gen yang waktu itu adalah Tingkatan 4. Muka saya selalu menjengah ke kelas mereka. Sehinggakan abang-abang pelik.

Huh. Ingat lagi tahun lepas. Ketika itu, saya sedang trial PMRU. Esoknya ada paper Nahu wa Sorof dan Imla'. Saya hanya membelek-belek buku lantaran sudah bersiap-sedia. Hehe. Sambil tu, saya duduk di bangku (popular dengan panggilan kerusi batu di SMASKL) bersama Kak Nabihah dan Kak Maisarah. Mereka berdua sedang bercerita. Bercerita tentang satu krisis di samping meminta pandangan saya. Tiba-tiba keluar daripada mulut Kak Maisarah atau yang lebih senang saya panggil Kak Sa.

"Kami ni nak keluar dah tahun depan. Korang nak buat apa tahun depan, buatlah."

Hati saya tersentak. Saya memang agak sensitif dengan ayat 'keluar tahun depan'. Hiba seketika. Namun ditahan. Biar mereka luahkan dahulu. Lokasi kerusi batu itu, bersebelahan dengan kelas saya. Dari situ, saya nampak kawan-kawan saya sedang menghafaz Qawaid Nahu. Saya palingkan wajah ke arah mereka sambil melambai-lambai. Sengaja saya buat begitu. Takut menjadi-jadi sebaknya.

"Syah!! Studi la.. Depa lambat lagi SPM (mereka maksudkan Kak Sa dan Kak Biha). Kita ni esok pekse Nahu..."
"Alah.. Baru trial"

Sengaja mahu menyakat mereka dengan jawapan yang agak slumber. Sahabat-sahabat saya memang tahu kerenah saya. Belajar last-last minit. Nampaknya memang saya pandai cover. Mereka tak sedar langsung yang saya sedang pilu. Mereka matikan perbualan lantaran cikgu AddMath mereka sudah sampai. Saya pun menyertai sahabat-sahabat saya dalam kelas. Shahidah menyapa saya.

"Sembang apa tadi ek. Dah hafaz ke blom nih?"
"Hehe. Takpe.. Jawab jela.. Tibai-tibai je nahu ni.. Imla' pulak.. reka-reka la. Kan selalu baca Al-Quran. Hazaf ke Zaid ke, kan dah nampak dalam Al-Quran. Alah.. Tak kira ana tembak dengan bazooka je esok.."
"Iyelah tu. Bazooka bazooka pun dapat A. Tak acila.. Sembang apa tadi?"
"Tak, depa cerita pasal sesuatu sampailah keluar pasal perancangan depa tahun depan"
"Oh..."

Yang lain mendengar isi bualan kami. Dan mereka semua kembali menghafaz selepas Shahidah menjawab 'Oh'. Mereka semua bertumpu di tengah-tengah kelas. Meja milik sahabat jadi port. Iyelah. Meja mereka tiada buku. Semuanya dibawa ke asrama. Sahabat saya, Sarah menepuk saya yang seakan-akan mengelamun (memang mengelamun sebenarnya). Dia mahu bertanya tentang Nahu bab I'rab (macam apa ya.. Tak reti la nak cakap). Saya memang suka bab I'rab ni.

"Syah, cane nak I'rab Ahmad selepas Kaana ni?"

"Meh ana cakap, anti tulis kat situ"

"Ok.. Cepat sikit.. Nak hafaz qawaid pulak lepas ni"

"K.. Tulis ya.. Ahmad pastu buat dash n tulis y ni.. Isim Kaana marfu' bid dammah"

"Asal marfu'?"

"Hehe.. Tadi kata nak hafaz.. Nanti lps trial ana ajar blik k.. Tak sempat dah klu nak ajr anti skrg"

Rupa-rupanya semua mendengar. Mereka menyuruh saya memberi tips nak jawab soalan I'rab. Hehe. Macam tok guru pula. I'rab ni senang je. Siapa yang belajar Bahasa Arab memang akan bersetuju dengan saya. Khusyuk mereka menyalin apa yang saya tuturkan. Memang macam tok guru sungguh. Dah la tak pegang apa-apa buku. Tok guru pun macam ni. Bukan apa. Saya jenis cool (cool ke? kecut prut jugak sbenarnya). Mereka senyum bila melihat saya yang bersahaja setelah usai menulis.

"Syukran syah. Terima kasih ya. Kami saaaaaaayyyaaaaang awak"

Ucap Siti lantas memeluk saya.

"Korang memang macam ni.. Bila ajar baru nak sayang lah, nak peluk lah.. Dah-dah rimas ni. Pi hafaz nung"

"Ok Ustazah!!"

Hehe. Memang seronok bersama mereka. Tiba-tiba, suara kecil saya memecah dengungan suara hafazan mereka.

"Tak percayalah. 1st Gen dah tiada tahun depan. Tak duk dengan kita dah."

Entah dari mana suara saya terbit. Mungkin dari hati. Entahla. Tapi yang pasti, air mata mula menitik. Saya malu. Pertama kali sahabat-sahabat saya melihat saya menangis di khalayak ramai dalam suasana yang terbuka dan cerah. Huh. Semua macam tercengang. Saya 'meminjam' belakang Shahidah untuk mengadu tangis. Tiba-tiba...

"Syah... Jom ikut Kak Sa gi........"

Kak Sa masuk ke kelas saya. Mungkin mahu mengajak ke koop. Arrrgh!! Saya dah tak dapat tahan. Kalau boleh, saya tak nak pamer kesedihan saya. Namun, apakan daya. Allah sudah izin. Saya takut air mata yang membasahi wajah saya ini bakal menambahdarabkan kesedihan yang memang sudah bertapak dalam diri mereka. Saya malu campur bersalah. Bersalah yang amat. Saya tak nampak apa-apa. Gelap di bawah bayangan tudung sahabat-sahabat saya. Semua berasak-asak untuk mengusap saya. Alhamdulillah saya punya mereka.

Terdengar desiran suara. Mungkin Kak Sa sedang bertanya apa dah jadi dengan saya. Saya pun pelik. Tak de kelas AddMath ke? Tiba-tiba tangan saya digenggam dan dibimbing ke luar. Saya cuma mengikut. Terasa amat lemah sekali. Luluh jantung seketika. Saya dibawa ke belakang asrama (kat Taman Refleksologi sekarang). Tempat tu jauh daripada orang dan agak gelap (banyak nyamuk). Kak Sa meninggalkan saya keseorangan di situ. Jahat dia kan. Hehe. Tak adalah. Kak Sa panggil Kak Bihah. Kak Sa mula bersuara....

"Kak Sa ngan Kak Bihah mintak maaf keh. Kami tak tahu syah sedih dgr kiterorg sembang. Kami sayang syah. Tak pe.. Kami tau syah kuat. Kami tak de kat sini pun, syah mesti still kuat. Sebab diri syah lebih kuat dari kami sebenarnya. Kami sayang syah."

Huh. Lagi menjadi esakan saya. Manakan tidak. Mendengar suara mereka sudah memilukan hati saya. Apatah lagi mendengar kalimah 'sayang'. Kak Biha menyambung....

"Jangan bimbang, kami janji akan selalu datang ziarah syah. Kami janji........."

Senyap seketika. Mungkin tersedar bahawa janji tersebut mungkin tak dapat ditunaikan. Kak Biha sebak. Dia menggenggam erat jari-jari saya. Kak Sa mati kata-kata lalu bangun. Saya dan Kak Biha menangis bersama-sama. Mungkin. Saya kurang jelas suaranya. Tenggelam oleh esakan saya sendiri. Kak Sa datang kembali.... Bersama seorang kakak lagi.... Kak Rumaisa' or Kak Sa'.

"Syah, kenapa ni? Tak yah nangis-nangis keh. Kami ada kat sini lagi. Tak lari mana-mana. Kat sini je kami."

Pandai Kak Sa' memujuk. Huh..

"Aisyah.. dah la nangis.. Sakit tekak dah ni!!"

Saya memujuk diri....

"Nanti..... Kalau korang dah tak de kat cni, jangan lupakan saya ya..."

Halus suara saya menyahut pujukan mereka. Macam anak kecil lagaknya.

"Masya-Allah.. Tak nye.. Insya-Allah.. Kami kan sayang Syah..."

Kak Sa' memberi jawapan. Mengusap kepala saya lantas merangkul erat saya yang sedang mencangkung. Memang sakit tekak. Lama dah tak menangis macam ni. Rasanya masa kecil-kecil dulu je. Dan memang sakit belakang. Bayangkan satu jam duduk mencangkung. Tak dapat port yang selesa. Hehehe.

Saya mula mengesat air mata. Memandang mereka. Mata-mata mereka. Argh.. Nak menangis pula rasanya. Saya dah tak ingat apa yang saya buat selepas itu. Memori saya hanya bertumpu kepada kata-kata mereka. Sebab itulah boleh tulis fully ni. Lagipun ni incident yang tak dapat saya lupakan. 1st time saya menangis di SMASKL.

Yang malunya, esakan saya ni agak kuat. Sampai koop boleh dengar. Siapa yang pernah datang sekolah saya, bolehlah bayang. Hehe. Orang kat atas asrama pun boleh dengar. Malulah jugak.

Oklah.. Jujurnya, saya khaskan post ini untuk abang-abang dan kakak-kakak 1st Gen yang amat amat amat saya cintai. Saya amat rindu akan kalian. Kangan. Kangan bangat!!! Kalaulah abang-abang dan kakak-kakak ni bersatu menjadi sebuah hp ring (hehe), saya tak akan menggantungnya di hand phone saya. Tetapi, akan saya simpan dalam sebuah kotak khusus. Kerana bimbang ianya tercicir di jalanan. Kotak saya lebih selamat untuk kalian. Saya akan menatap keychain itu setiap malam sebelum saya tidur dan setiap pagi sejurus sahaja saya bangun.

Dan ketahuilah kotak itu adalah hati saya. Saya akan menyelongkar hati saya, di mana di situlah terselit nasihat serta kalimah indah kalian. Saya tulis juga di buku. Tapi, apa makna sebuah buku. Dengan izin Allah, hancur juga buku itu. Tapi, diri ini agak menyesal. Kadang-kadang mengambil mudah akan pesanan kalian. Ruginya.

Abang-abang sedang lepak n rest kat umah salah seorang sahibah

Sama la dengan kakak-kakak

Kalian jangan lupakan kami di sini ya. Mohon doa dan tenaga sentiasa. Saya doakan kalian dipermudahkan segala urusan, lebih-lebih lagi dalam final exam ni. Ingat... Saya sayang kalian!!!

"Ya ALLAH, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu"

Barisan mujahid yang mantap!!!

Serikandi Mujahidah yang ku kagumi

Bagi pembaca post ini, satu seruan dari saya untuk saya khususnya dan untuk kalian secara umum. Yakinlah bahawa tali ukhuwah yang benar-benar ikhlas kerana Allah semata-mata boleh menghalang sohibuha (pemiliknya) daripada masuk ke dalam neraka. Tak percaya? Cubalah. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 18 November 2008
11:35 pm


UNTUK TATAPAN 1ST GEN SMASKL
(dan yang lain)



TINGKATAN 1

Hahahahahahahahahaha

Muka tiada matured.. huhu

Smile.. Teacher Irma



TINGKATAN 2

Kecik lagi sume.. Sek pun masih lawa lagi...



TINGKATAN 4


Macho...!!

Equation of SMU.. Tidur+Main+Qouya+Nakal+Malas+Hentam je+Bazooka(tembak) =Gempak

Rindu bangat!!



2 orang kat belakang tu, asal??

Aisyah wif Nabihah

Hehe.. Vokalis paling 'mantap'

No gap among them.. InsyaAllah

No gap also.. InsyaALLAH.. Ukhuwah 4eva

Moga rahmat Allah milik kalian....




TINGKATAN 5

Hehe.. Kak Edah

Sayang korang...

Rindu...

Student Science.. Yang Sastera pi exam SPM

Makan-makan sokmo

Jangan berebut air... Tahulah SMASKL kurang air.. Cuba teka sapa 2 orang ni.. Hehe..

Kak Rai n Kak Biha

Atas dari kanan : Kak Biha, Kak Ai, Kak Nor, Kak Asma', Kak Sa'
Tengah dari kanan : Kak Syam, Kak Mun, Kak Sa, Kak Zack
Bawah dari kanan : Kak Limah, Kak Edah, Kak Aisyah, Kak Rai, Kak Syahid

Wif Ustazah Zue

Kak Mun n Kak Syahid

Makan-makan lagi

SPM is around da corner

Study depan koop

'Rajin' nyeer..

Ntahla.. Da xtau nak tulis pe..

Sijil Padang Mahsyar (SPM) - Ayat Faris

Makan kek batik hasil air tangan Aisyah dan Nabihah

Kak Biha n Kak Sa'- Siblings.. huhu yaka?

Amboi.. Sedap hingga menjilat jari..

Equation of Excellent = Stuya = Study + Qouya = Hasil ciptaan 1st Gen




SPM

Pandang pa?

Pose lagi...

Chaiyoo la.. Result sume gempak

Gembiranya Kak Mun.. Leh jawab la tu

Relax...

Kenangan..... Huh

Tulis still ada masa



MY BELOVED
Kak Biha

Kak Sa'

Kak Sa