* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 18, 2008

Ana Kangan Sama Kalian....!!!!


Ah...
Tiba-tiba hati ini amat merindui kalian..
Ah.. Rindu yang teramat!!!!!
Tak tau kenapa tiba-tiba sahaja hadir feeling ini..

Ah..
Hadiah buat 1st Gen SMASKL...
Tengok video ni.. Nak tergelak pula.. Then, tiba-tiba je rasa syahdu..
Kangan sama kalian..!!


video


Nih time abang-abang makan durian (sampai ati tak ajak adik-adik).
Kelakar pula..
Teringat pesanan daripada salah seorang daripada mereka.

"Bersama bukan muhrim, matangkan diri
Bersama bukan muhrim yang non-muslim, pamerkan syakhsiyah Islamiyah
Bersama sahabat-sahabat kita yang thiqah, apa pun boleh buat asalkan tak langgar syara"

Sebab tu dalam video kat atas ni, nampak macam qouya-qouya sikit.
Argh!!! Saya rindukan ahli-ahli Jilus Sabiq.

Teringat pula ketika mereka baru masuk ke SMASKL dan kelas mereka menumpang di SRIQ (sekolah rendah saya). Saya Tahun 4 ketika itu dan kelas saya bersebelahan dengan mereka. Banyak benda yang lawak berlaku. Kelas mereka selalu kecoh-kecoh. Saya kenal dengan abang-abang terlebih dahulu memandangkan sepupu saya juga bersama mereka. Hehe. Antara mereka juga ada yang memang saya dah kenal sebelum ini. Mereka adalah teman abang saya. Hasyimi, Umar, Uthman, Epi (Afif), Fatah. Memang dah selalu kena sakat dengan depa ni. Macam-macam gelaran saya dapat. MAK NGAH, NENEK. Huh, da sinonim dengan saya bagi mereka.

Abang-abang dan kakak-kakak selalu gaduh dulu. Aci tak saya cerita?

"Beruk mati tinggalkan bulu!"
"Badak mati tinggalkan lemak"

Hihihihi. Hanya yang mengerti sahaja tahu maksudnya. Mesti yang tahu tengah tersenyum. Main baling penyapu. Yang tu ok lagi. Ada juga yang baling kerusi. Huh. Dasyat kan. Tapi apa hasilnya ketika Form 5? Sampai sahabat terima jemputan ke rumah salah seorang sahibah (bab-bab makan memang laju). Kalau dulu, tak boleh selisih langsung. Semua benda kena ada dua. Kalau kad jemputan cikgu kahwin, kena ada dua. Softboard ada satu je. Dah la tampal tu sebelah-menyebelah pula. Hehe. Aci keh saya cerita.

Abang-abang yang kuat semuanya
Fattah, Epi, dan Faiz tak ada

Kakak-kakak yang comey-comey semuanya

Tiga tahun mereka bergaduh. Hehe. Tapi akhir tahun 2005, iaitu selepas mereka PMR, mereka ada 1 kem di Sekayu. Waktu tu bulan Ramadhan. Kalau nak cerita satu-satu, susah juga. Sebab saya tiada dengan mereka. Dan incident paling best sekali, JUNGLE TREKKING!!!! Sedang seronok-seronok mereka meneroka hutan rimba, seorang pelajar perempuan lelah (agak teruk and I cannot write her name here!! hehe yang tahu tu, tahulah). Herm, tak boleh sangat nak tulis ni. Cerita ni ada dalam majalah HALUAN. Cari la yer.

Nanti kalau mana-mana daripada kalian terbaca post dan terasa nak cerita balik, jangan segan silu untuk tulis dalam komen. Saya akan paste kan kat sini. Tapi yang saya dapat nilai daripada cerita itu, kerjasama itu amat penting dalam sesuatu organisasi. Bukan sahaja sesama jantina, tetapi berlainan jantina juga amat penting. Tak lahir lelaki tanpa perempuan dan tak sempurna perempuan tanpa lelaki. Am I rite?

Sejak daripada detik itu, UKHUWAH ISLAMIYAH mula terasa. Persaudaraan atas keimanan yang teguh mula terbina. Hinggalah menular kepada hati saya ini. Bukan saya pintai. Tapi Allah telah izini. Moga berkekalan hingga akhir ukhrawi.

Pautan antara saya dan mereka makin lama makin utuh. Tatkala 13 tahun, hanyalah saya adik Tingkatan 1 yang amat kamcing dengan kakak-kakak 1st Gen yang waktu itu adalah Tingkatan 4. Muka saya selalu menjengah ke kelas mereka. Sehinggakan abang-abang pelik.

Huh. Ingat lagi tahun lepas. Ketika itu, saya sedang trial PMRU. Esoknya ada paper Nahu wa Sorof dan Imla'. Saya hanya membelek-belek buku lantaran sudah bersiap-sedia. Hehe. Sambil tu, saya duduk di bangku (popular dengan panggilan kerusi batu di SMASKL) bersama Kak Nabihah dan Kak Maisarah. Mereka berdua sedang bercerita. Bercerita tentang satu krisis di samping meminta pandangan saya. Tiba-tiba keluar daripada mulut Kak Maisarah atau yang lebih senang saya panggil Kak Sa.

"Kami ni nak keluar dah tahun depan. Korang nak buat apa tahun depan, buatlah."

Hati saya tersentak. Saya memang agak sensitif dengan ayat 'keluar tahun depan'. Hiba seketika. Namun ditahan. Biar mereka luahkan dahulu. Lokasi kerusi batu itu, bersebelahan dengan kelas saya. Dari situ, saya nampak kawan-kawan saya sedang menghafaz Qawaid Nahu. Saya palingkan wajah ke arah mereka sambil melambai-lambai. Sengaja saya buat begitu. Takut menjadi-jadi sebaknya.

"Syah!! Studi la.. Depa lambat lagi SPM (mereka maksudkan Kak Sa dan Kak Biha). Kita ni esok pekse Nahu..."
"Alah.. Baru trial"

Sengaja mahu menyakat mereka dengan jawapan yang agak slumber. Sahabat-sahabat saya memang tahu kerenah saya. Belajar last-last minit. Nampaknya memang saya pandai cover. Mereka tak sedar langsung yang saya sedang pilu. Mereka matikan perbualan lantaran cikgu AddMath mereka sudah sampai. Saya pun menyertai sahabat-sahabat saya dalam kelas. Shahidah menyapa saya.

"Sembang apa tadi ek. Dah hafaz ke blom nih?"
"Hehe. Takpe.. Jawab jela.. Tibai-tibai je nahu ni.. Imla' pulak.. reka-reka la. Kan selalu baca Al-Quran. Hazaf ke Zaid ke, kan dah nampak dalam Al-Quran. Alah.. Tak kira ana tembak dengan bazooka je esok.."
"Iyelah tu. Bazooka bazooka pun dapat A. Tak acila.. Sembang apa tadi?"
"Tak, depa cerita pasal sesuatu sampailah keluar pasal perancangan depa tahun depan"
"Oh..."

Yang lain mendengar isi bualan kami. Dan mereka semua kembali menghafaz selepas Shahidah menjawab 'Oh'. Mereka semua bertumpu di tengah-tengah kelas. Meja milik sahabat jadi port. Iyelah. Meja mereka tiada buku. Semuanya dibawa ke asrama. Sahabat saya, Sarah menepuk saya yang seakan-akan mengelamun (memang mengelamun sebenarnya). Dia mahu bertanya tentang Nahu bab I'rab (macam apa ya.. Tak reti la nak cakap). Saya memang suka bab I'rab ni.

"Syah, cane nak I'rab Ahmad selepas Kaana ni?"

"Meh ana cakap, anti tulis kat situ"

"Ok.. Cepat sikit.. Nak hafaz qawaid pulak lepas ni"

"K.. Tulis ya.. Ahmad pastu buat dash n tulis y ni.. Isim Kaana marfu' bid dammah"

"Asal marfu'?"

"Hehe.. Tadi kata nak hafaz.. Nanti lps trial ana ajar blik k.. Tak sempat dah klu nak ajr anti skrg"

Rupa-rupanya semua mendengar. Mereka menyuruh saya memberi tips nak jawab soalan I'rab. Hehe. Macam tok guru pula. I'rab ni senang je. Siapa yang belajar Bahasa Arab memang akan bersetuju dengan saya. Khusyuk mereka menyalin apa yang saya tuturkan. Memang macam tok guru sungguh. Dah la tak pegang apa-apa buku. Tok guru pun macam ni. Bukan apa. Saya jenis cool (cool ke? kecut prut jugak sbenarnya). Mereka senyum bila melihat saya yang bersahaja setelah usai menulis.

"Syukran syah. Terima kasih ya. Kami saaaaaaayyyaaaaang awak"

Ucap Siti lantas memeluk saya.

"Korang memang macam ni.. Bila ajar baru nak sayang lah, nak peluk lah.. Dah-dah rimas ni. Pi hafaz nung"

"Ok Ustazah!!"

Hehe. Memang seronok bersama mereka. Tiba-tiba, suara kecil saya memecah dengungan suara hafazan mereka.

"Tak percayalah. 1st Gen dah tiada tahun depan. Tak duk dengan kita dah."

Entah dari mana suara saya terbit. Mungkin dari hati. Entahla. Tapi yang pasti, air mata mula menitik. Saya malu. Pertama kali sahabat-sahabat saya melihat saya menangis di khalayak ramai dalam suasana yang terbuka dan cerah. Huh. Semua macam tercengang. Saya 'meminjam' belakang Shahidah untuk mengadu tangis. Tiba-tiba...

"Syah... Jom ikut Kak Sa gi........"

Kak Sa masuk ke kelas saya. Mungkin mahu mengajak ke koop. Arrrgh!! Saya dah tak dapat tahan. Kalau boleh, saya tak nak pamer kesedihan saya. Namun, apakan daya. Allah sudah izin. Saya takut air mata yang membasahi wajah saya ini bakal menambahdarabkan kesedihan yang memang sudah bertapak dalam diri mereka. Saya malu campur bersalah. Bersalah yang amat. Saya tak nampak apa-apa. Gelap di bawah bayangan tudung sahabat-sahabat saya. Semua berasak-asak untuk mengusap saya. Alhamdulillah saya punya mereka.

Terdengar desiran suara. Mungkin Kak Sa sedang bertanya apa dah jadi dengan saya. Saya pun pelik. Tak de kelas AddMath ke? Tiba-tiba tangan saya digenggam dan dibimbing ke luar. Saya cuma mengikut. Terasa amat lemah sekali. Luluh jantung seketika. Saya dibawa ke belakang asrama (kat Taman Refleksologi sekarang). Tempat tu jauh daripada orang dan agak gelap (banyak nyamuk). Kak Sa meninggalkan saya keseorangan di situ. Jahat dia kan. Hehe. Tak adalah. Kak Sa panggil Kak Bihah. Kak Sa mula bersuara....

"Kak Sa ngan Kak Bihah mintak maaf keh. Kami tak tahu syah sedih dgr kiterorg sembang. Kami sayang syah. Tak pe.. Kami tau syah kuat. Kami tak de kat sini pun, syah mesti still kuat. Sebab diri syah lebih kuat dari kami sebenarnya. Kami sayang syah."

Huh. Lagi menjadi esakan saya. Manakan tidak. Mendengar suara mereka sudah memilukan hati saya. Apatah lagi mendengar kalimah 'sayang'. Kak Biha menyambung....

"Jangan bimbang, kami janji akan selalu datang ziarah syah. Kami janji........."

Senyap seketika. Mungkin tersedar bahawa janji tersebut mungkin tak dapat ditunaikan. Kak Biha sebak. Dia menggenggam erat jari-jari saya. Kak Sa mati kata-kata lalu bangun. Saya dan Kak Biha menangis bersama-sama. Mungkin. Saya kurang jelas suaranya. Tenggelam oleh esakan saya sendiri. Kak Sa datang kembali.... Bersama seorang kakak lagi.... Kak Rumaisa' or Kak Sa'.

"Syah, kenapa ni? Tak yah nangis-nangis keh. Kami ada kat sini lagi. Tak lari mana-mana. Kat sini je kami."

Pandai Kak Sa' memujuk. Huh..

"Aisyah.. dah la nangis.. Sakit tekak dah ni!!"

Saya memujuk diri....

"Nanti..... Kalau korang dah tak de kat cni, jangan lupakan saya ya..."

Halus suara saya menyahut pujukan mereka. Macam anak kecil lagaknya.

"Masya-Allah.. Tak nye.. Insya-Allah.. Kami kan sayang Syah..."

Kak Sa' memberi jawapan. Mengusap kepala saya lantas merangkul erat saya yang sedang mencangkung. Memang sakit tekak. Lama dah tak menangis macam ni. Rasanya masa kecil-kecil dulu je. Dan memang sakit belakang. Bayangkan satu jam duduk mencangkung. Tak dapat port yang selesa. Hehehe.

Saya mula mengesat air mata. Memandang mereka. Mata-mata mereka. Argh.. Nak menangis pula rasanya. Saya dah tak ingat apa yang saya buat selepas itu. Memori saya hanya bertumpu kepada kata-kata mereka. Sebab itulah boleh tulis fully ni. Lagipun ni incident yang tak dapat saya lupakan. 1st time saya menangis di SMASKL.

Yang malunya, esakan saya ni agak kuat. Sampai koop boleh dengar. Siapa yang pernah datang sekolah saya, bolehlah bayang. Hehe. Orang kat atas asrama pun boleh dengar. Malulah jugak.

Oklah.. Jujurnya, saya khaskan post ini untuk abang-abang dan kakak-kakak 1st Gen yang amat amat amat saya cintai. Saya amat rindu akan kalian. Kangan. Kangan bangat!!! Kalaulah abang-abang dan kakak-kakak ni bersatu menjadi sebuah hp ring (hehe), saya tak akan menggantungnya di hand phone saya. Tetapi, akan saya simpan dalam sebuah kotak khusus. Kerana bimbang ianya tercicir di jalanan. Kotak saya lebih selamat untuk kalian. Saya akan menatap keychain itu setiap malam sebelum saya tidur dan setiap pagi sejurus sahaja saya bangun.

Dan ketahuilah kotak itu adalah hati saya. Saya akan menyelongkar hati saya, di mana di situlah terselit nasihat serta kalimah indah kalian. Saya tulis juga di buku. Tapi, apa makna sebuah buku. Dengan izin Allah, hancur juga buku itu. Tapi, diri ini agak menyesal. Kadang-kadang mengambil mudah akan pesanan kalian. Ruginya.

Abang-abang sedang lepak n rest kat umah salah seorang sahibah

Sama la dengan kakak-kakak

Kalian jangan lupakan kami di sini ya. Mohon doa dan tenaga sentiasa. Saya doakan kalian dipermudahkan segala urusan, lebih-lebih lagi dalam final exam ni. Ingat... Saya sayang kalian!!!

"Ya ALLAH, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-Mu"

Barisan mujahid yang mantap!!!

Serikandi Mujahidah yang ku kagumi

Bagi pembaca post ini, satu seruan dari saya untuk saya khususnya dan untuk kalian secara umum. Yakinlah bahawa tali ukhuwah yang benar-benar ikhlas kerana Allah semata-mata boleh menghalang sohibuha (pemiliknya) daripada masuk ke dalam neraka. Tak percaya? Cubalah. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 18 November 2008
11:35 pm


UNTUK TATAPAN 1ST GEN SMASKL
(dan yang lain)



TINGKATAN 1

Hahahahahahahahahaha

Muka tiada matured.. huhu

Smile.. Teacher Irma



TINGKATAN 2

Kecik lagi sume.. Sek pun masih lawa lagi...



TINGKATAN 4


Macho...!!

Equation of SMU.. Tidur+Main+Qouya+Nakal+Malas+Hentam je+Bazooka(tembak) =Gempak

Rindu bangat!!



2 orang kat belakang tu, asal??

Aisyah wif Nabihah

Hehe.. Vokalis paling 'mantap'

No gap among them.. InsyaAllah

No gap also.. InsyaALLAH.. Ukhuwah 4eva

Moga rahmat Allah milik kalian....




TINGKATAN 5

Hehe.. Kak Edah

Sayang korang...

Rindu...

Student Science.. Yang Sastera pi exam SPM

Makan-makan sokmo

Jangan berebut air... Tahulah SMASKL kurang air.. Cuba teka sapa 2 orang ni.. Hehe..

Kak Rai n Kak Biha

Atas dari kanan : Kak Biha, Kak Ai, Kak Nor, Kak Asma', Kak Sa'
Tengah dari kanan : Kak Syam, Kak Mun, Kak Sa, Kak Zack
Bawah dari kanan : Kak Limah, Kak Edah, Kak Aisyah, Kak Rai, Kak Syahid

Wif Ustazah Zue

Kak Mun n Kak Syahid

Makan-makan lagi

SPM is around da corner

Study depan koop

'Rajin' nyeer..

Ntahla.. Da xtau nak tulis pe..

Sijil Padang Mahsyar (SPM) - Ayat Faris

Makan kek batik hasil air tangan Aisyah dan Nabihah

Kak Biha n Kak Sa'- Siblings.. huhu yaka?

Amboi.. Sedap hingga menjilat jari..

Equation of Excellent = Stuya = Study + Qouya = Hasil ciptaan 1st Gen




SPM

Pandang pa?

Pose lagi...

Chaiyoo la.. Result sume gempak

Gembiranya Kak Mun.. Leh jawab la tu

Relax...

Kenangan..... Huh

Tulis still ada masa



MY BELOVED
Kak Biha

Kak Sa'

Kak Sa

No comments: