* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 16, 2008

Cuti sudah bermula....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam Sejahtera buat kalian, pengunjung blog Aisyah Ulya ini.

Setinggi pujian dihadapkan kepada Tuhan semesta alam, yang telah menciptakan kita dengan segala pancaindera yang selalu kita salahgunakan sama ada dengan sedar atau tidak sedar, dan yang telah menyediakan kita nikmat udara yang kita sedut saat demi saat. Bersyukurlah wahai Aisyah dan manusia sekaliannya. Tidak lupa juga kepada pembawa risalah Al-Haq, memusnahkan yang batil, iaitu Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Moga syafaatnya memudahkan kita di akhirat sana. Seterusnya kepada ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, tabi' tabiin dan mereka yang mengikuti dakwah baginda hingga ke Yaum As-Saa'ah.

Cuti datang lagi..
Memang semua orang seronok bila sebut perkataan cuti ni. Iyalah, boleh rehat. Teringat pula pesanan Saudara Shaatibi dalam kalimah akhirah terakhir pada Khamis baru-baru ini.

"Tiada perkataan cuti dalam kamus hidup seorang hamba Allah. Jika kita benar-benar fahami hakikat hidup sebagai seorang hamba, nak bercakap pun tak sempat. Takut Allah tarik nyawa kita. Sedangkan amal kita masih tidak cukup lagi"

Lebih kurang beginilah pesanan daripada Shaatibi. Moga Allah rahmatinya. Seminggu sebelum balik, saya dah plan siap-siap jadual cuti saya. Perancangan tentang SMU, SPM, ping pong, komputer, pro-Mathematics, buku fikrah, internet, tuisyen. Semua dah siap. Memang agak seronok sewaktu melakar waktu cuti. Namun...

"Mereka merancang, dan Allah jua merancang. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan"

Kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pagi Jumaat. Saya tak kesah sangat. Jumaat pun Jumaatlah. Lagipun pagi tu ada ijtima' am. Boleh buat bekalan sewaktu cuti. Namun, tak disangka-sangka, saya dapat kontrak. Kontrak kena tolong makcik-makcik. Hehe. Makcik-makcik ada seminar di sini bersama seorang ustaz daripada Penang, Ustaz Karim. Ketika menerima watikah kontrak (hiperbola), saya mula terbayang-bayang akan katil saya di dalam dorm. MasyaAllah, penuh dengan baju yang tak terlipat. Ana bisikkan pada Atiqah, sahabat ana yang turut menerima kontrak ini.

"Ana tak kemas lagi lah baju, Tiqah. Sempat ke ek"
"Masya-Allah Aisyah! Awat anti tak kemas lagi. Takpe takpe. Insya-Allah sempat"

Kami kena sedia air, kena sedia makanan, kena goreng keropok. Macam-macam la. Senang cerita, semua hal selain daripada seminar tu, kami yang kena buat. Seronok juga ya. Macam sekolah ni, kami yang punya. Hihihi. Selama ni, tak boleh guna dapur. Kami boleh guna. Memang langsung tak rest. Awal pagi Jumaat tu, saya ada mesyuarat pengawas 2009.

Pengawas.... Satu hal lagi. Tahun depan saya dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung Saf Kepimpinan Pengawas (SKP) SMASKL. Berat juga ni. Tak mengapalah. Moga ini akan menjadi asbabun najah fid dunya wal akhirah. Ameen. Doakan saya ya. Sambung balik cerita tadi. Sebenarnya seronok buat kerja-kerja macam ni. Secara tak langsung saya dan Atiqah dah menolong sekolah. Hehehe. Yang penting, kenalah ikhlas.

Pagi tu, Ijtima' Am disampaikan oleh Ustaz dari Penang, Ustaz Karim. MasyaAllah. Sungguh bertenaga pengisian yang disampaikan. Buku catatan saya terabai di riba. Saya banyak merenung sewaktu pengisiannya. Bicaranya berpusar tentang HATI. Al Qalb. Daripada hati terbit segala-galanya. Akal saya banyak berfikir. Sekali-kali kepala saya menggeleng. Berfikir tentang macam-macam yang tak pernah tercapai oleh akal. Masya Allah. Ini sahaja yang saya mampu ungkapkan. Kebiasaannya sewaktu ijtima', saya akan duduk di bahagian kiri surau, hadapan sekali.

Kalau mereka yang biasa pergi Ijtima' di sekolah saya, mesti kalian pelik. Sebab, kawasan ini kawasan makcik-makcik. Saya memang suka duduk di kawasan ini. Kalau ada di antara isi penyampaian dalam ijtima' yang saya tidak faham. Saya akan terus bertanya. Kan senang. Tapi kali ini lain jadinya. Makcik-makcik tak faham loghat utara. Dan yang kelakarnya, saya jadi translator. Memang agak lawak. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh reti loghat utara. Entahla, ALLAH izin. Hehehe. Selepas tamat penyampaian. Mak Cik Ana (Rohana) bersembang dengan saya.

"Aisyah nak buat apa cuti ni?"
"Erm.. Ingat nak gi tuisyen. Kenapa makcik?"
"Ooo.. Tuisyen. Bagus"
"Kenapa makcik?"
"Eh, tak de pape! Nanti kalau Aisyah free, datanglah tolong makcik di sini"

Saya berfikir panjang. Rupanya makcik butuh akan bantuan. Makcik Ana merupakan pembantu tadbir di SMASKL. Memang tak larat kalau buat kerja keseorangan.

"Erm, makcik. Takpelah. Cancel balik. Biar saya tolong makcik. Tapi nak mintak izin mak dulu"

Entah dari mana kekuatan yang saya dapat. Memang kena cancel semua plan. Kenapa saya ni? Pelik. Sekalanya, kerja ni paling ramai tak nak. Termasuklah saya. Tak mengapalah. Sekali lagi saya perlu membantu sekolah. InsyaAllah. Asbabun Najah!!

Dan, pada hari tu juga. Sesuatu yang amat menggembirakan, mengejutkan, menyeronokkan saya telah berlaku. Setelah siap membasuh pinggan, saya makan tengahari bersama makcik-makcik (makcik-makcik lagi hehe). Tiba-tiba, Atiqah datang..

"Tiqah, jom makan ngan ana"
"Tak pelah. Nanti ana makan. Eh Syah! Fatonah datang. Dia cari anti"
"Fatonah? Ya ALLAH. Kejap-kejap. Kata kat die, ana tengah makan. Nanti ana cari dia"

Fatonah

Saya memang amat-amat seronok. Fatonah adalah sahabat saya semenjak Tingkatan 1. Saya rindu padanya lantaran dia telah bersekolah di Sekolah Menengah Ibn Khaldun (SMIK) tahun ini. Jadi, sudah setahun saya tidak bertemu mata dengannya. Dan sekarang, macam tidak percaya yang dia ada di perkarangan Bumi Wakafan SMASKL. Satu tapak dengan saya.

Saya habiskan saki-baki makanan di dalam pinggan saya sambil bersembang dengan Kak Sumayyah, kakak kepada salah seorang adik halaqah saya, Ain. Sedang seronok kami bersembang, sayup-sayup kedengaran satu suara memanggil saya. Saya mengangkat kepala dan ternyata ia adalah FATONAH!!!! Masya Allah. Saya menarik kerusi ke belakang dan melangkah perlahan-lahan, setapak demi setapak ke arahnya. Mahu saya berlari. Alhamdulillah ada makcik-makcik. Kalau tak mesti dah menjerit ni. Semakin saya dekat, semakin dia jauh.

"Aii Fatonah ni, nak main kejar-kejar pulak. Ana tak habis makan lagi nih"

Hati saya bersuara. Dia masuk ke dalam surau. Kami tergelak-gelak.

"Kef Hal ya habibi...!! MasyaAllah"

Saya memeluknya dan lantas dia menjawab..

"Bikhair.. Macam biasa la.. Aisyah, kurus tak saya sekarang.."

Saya tergelak sakan. Ah, inilah yang berlaku sekiranya Aisyah dan Fatonah bersama! Pelbagai adegan pelik berlaku. Mungkin sebab inilah dia masuk ke dalam surau. Bimbang makcik-makcik tengok gelagat kami yang tak ubah seperti anak-anak kecil sekiranya bertemu. Kami tergelak sehinggakan terduduk.

"Tak kurus pun.. Xde perubahan pon.. Ya Allah rindunya ana..."
"Yelah-yelah. Tak kurus. MasyaAllah Aisyah.. anti tak ubah-ubah. Macam dulu. Tinggi macam nih, kurus macam nilah. Dari tahun lepas. Perangai pun still koya"

Ucapnya sambil membelai wajah saya. Saya cuma tersenyum manis.

"Eh, koya-koya pun still solehah"

Kami tergelak bersama-sama.
Bagai Surau AL Hidayah itu kami yang punya. Fatonah datang dengan Amirah tadi. Entah la Amirah di mana. Kesian Amirah. Alhamdulillah ikhwan tak ada ketika itu. Semua tengah bersiap untuk Solah Jumaat. Saya mula duduk dan mencari topik untuk bersembang. Namun dihalangnya.

"Eeeee... Tangan tak basuh lagi. Anti da abes makan ke belom ni. Gi makan lu"

Saya, Fatonah, dan Amirah beriringan ke kantin yang hanya lima tapak daripada surau.

"Eh, Cikgu Nani. Aaaa... Lari!!"
"Esh Fatonah ni, jumpa lah. Awat nak larinya?"

Saya memanggil-manggil Cikgu Nani, cikgu sewaktu saya sekolah rendah dan juga makcik halaqah Fatonah tahun lepas. Seronok Cikgu Nani nampak Fatonah. Heh Heh. Saya tinggalkan mereka bertiga. Fatonah kena brain-wash.

Dipendekkan cerita, saya berjalan bersama-sama Fatonah di tingkat 3 bangunan baru.


"Ya Allah, indahnya Kampung Laut"
"Tulah Tonah, sape suh pindah. Dah tau sini indah, aman damai, pindah gak"
"Sayangnya SMASKL!!!!!"
"Eleh Tonah ni. Ingat dia sorang sayang. Kalaulah SMASKL ni menjelma menjadi sekujur tubuh, akan ana peluknya erat-erat n tak nak lepas-lepas dah!!"

Saya suka menyakat dia. Dari tingkat 3, kami dapat melihat sawah padi menghijau, mengelilingi perkarangan Bumi Wakafan SMASKL. Subhanallah. Memang amat indah.

"Camne SMIK?"
"Ntahla. Macam tulah. Eh, nampak matang tak saya?"
"Fatonah? Matang? Heh Heh.. Entahla.. Macam biasa jer.. Lah kita kan matang sumenye"

Banyak benda yang kami bualkan sambil melihat Taman Refleksologi yang telah diusahakan oleh ikhwan Tingkatan 3.

"Lawa la kat bawah tu. Sape yang tanam-tanam ni"
"Alah. Putera-putera kita lah. Sapa lagi."

Para ikhwan yang rajin

Bagus-Bagus! Ada chance jadi jundullah

Penat lelah mereka akhirnya terbalas

Akhirnya... LaaaaawwwaDan jadilah tempat ini sebagai lokasi fotografi yang paling hangat

Dia tergelak ketika mendengar saya menyebut 'putera kita'. Dia rindu katanya. Rindu pada adik-beradik dia di SMASKL ni. Biah berkeluarga. Dia amat rindu. Saya hanya senyap. Menahan. Biar dia dengan lamunannya. Saya ingin mendengar luahan hatinya. Namun, dia masih tidak bersedia.

Kami solah Zohor berjamaah. Dia imam. Sebelum itu, banyak yang saya bualkan dengannya sewaktu menemaninya makan Tak bolehla tulis di sini. SIRR. Dia telah memberikan saya satu kotak. Bila dibuka, saya dapati kotak itu penuh dengan surat-surat. Surat yang dia punya. Atiqah yang serahkan kotak itu pada saya.

"Apa nih?"
"Surat"
"Surat?"
"Tonah suh anti simpan. Pastu nanti bila besar bagi dia balik?"

Huh. Sedih juga la.

Kami sempat bergambar. Dan tibalah masanya, dia perlu pulang. Sebelum pulang, dia menyatakan hasratnya untuk ruju' kembali ke SMASKL. Alhamdulillah. Memang saya amat bersyukur dan itulah hasrat saya.

"Tapi ana tak janji ya. Susah juga nak masuk balik, syah"
"Tak pelah tonah. Ana akan bantu. Ayah ana kan s/u. Takpe. Ana kan orang penting kat sini. Kikiki. Ana akan pujuk ayahanda (mudir). Tak ingat ke, kita berdua anak emas ayahanda. Hihihi"

Sempat saya berjenaka. Memang kami berdua suka mengusik ayahanda. Saya taklah sangat. Fatonah yang lebih-lebih. Pernah sehari tu, dia cakap kat ayahanda comel. Ayahanda tersenyum dan di kesempatan itu juga, ayahanda memberi pesanan. Erm.... Fatonah perlu pulang. Saya ingin berikan sesuatu kepadanya. Saya berpesan kepadanya. Moga pesanan saya itu diteliti setelitinya.

"Jadi hamba ALLAH keh"

Saya cepat-cepat lari selepas bersalaman dengannya. Huh. Bilalah pula nak bertemu. Saya tak menyertai lambaian mereka yang lain. Perbuatan semacam itu seperti mendoakan agar tidak bertemu lagi hendaknya. Saya cuma senyum. Nampak wajahnya cover dan buat-buat gembira.

Petang Jumaat barulah saya pulang ke rumah. Tapi tak sampai rumah lagi. Saya pergi ziarah mak saudara saya yang baru discharge dari hospital. Mak saudara saya mengandung dan alahannya teruk sangat. Kesian pula tengok. Susah juga ya. Tu baru 2 minggu. Nanti dah berbulan-bulan. Huh!! Patutla syurga di bawah tapak kaki ibu.

Malam selepas Maghrib barulah sampai. Yargh!! Letihnya. Alhamdulillah hari ni, banyak saya bantu orang. Moga esok, lagi ramai saya bantu. First thing saya buat di rumah adalah mengemas!! Sebab tulah sekarang baru boleh tulis post ni.



Lagipun, tak mengadap sangat laptop ni. Sekali-sekala ja. Saya banyak membaca buku fikrah. Saya bermula dengan buku Asas-Asas Islam oleh Abu Al A'la Al Maududi. Pening kepala membacanya. Bukan tak faham. Tapi macam kena renew balik fikrah ni. Selama ni terlalu advance. Bila da baca buku ni, banyak benda saya kena fikir. Akal saya ligat berfungsi. Pada mulanya baca macam biasa.

Dah 2 hari saya baca, namun baru baca sampai mukasurat 11. Dan saya fikir saya kena baca dari mula balik. Jadi, ingat malam ni akan mula balik. Mulanya plan nak habiskan 2 buku dalam 1 minggu. Tapi, dah jadi macam ni. Ya Allah, dah terlambat ke aku ni? Kalian tolong doakan saya agar hadam sehadam-hadam-hadam-hadamnya buku ini, agar saya menjadi hamba ALLAH sepertimana yang saya pesan kepada Fatonah. Berat juga nih. Saya butuh akan doa kalian.

Ha.. Hari ni, birthday abang saya. Muhammad Amir Aiman!! Along saya.. Macam mana ya nak ucap? Doakan saya berjaya ucap. Saya gembira dia sebagai along saya. Walaupun dia bukanlah hebat sangat. Tapi kerendahan hatinya amat saya kagumi. Thanks Allah for giving him to me!! (Along jangan bangga sangat ya!!) Hehe.

Abang saya.... Dia ambil Course Electrical Domestic Wiring. Dia banyak membantu sekolah dalam wiring. Dia mengingatkan saya akan setiap orang ada potensi. Mungkin dia tidak boleh berdakwah tapi sekurang-kurangnya dia mengikuti dakwah dan bantu sekolah melalui kemahiran yang dia miliki. I'm so appreciate him. Walaupun kadang-kadang nafsunya memberontak untuk malas pergi halaqah, pergi ijtima', ziarah. Namun, beginilah mereka yang kuat sebenarnya. Lagi kuat ujian, lagi kuatlah mereka dan lagilah Allah sayang pada mereka. Kalian tolong doakan abang saya ya.

Post saya kali ini berakhir di sini sahaja. Banyak masa saya habiskan untuk post ini. Adik saya sudah entah ke mana. Tadi, saya suruh mereka belajar dan sepatutnya saya bersama mereka sekarang ini. Blog ini telah mencuri masa saya dengan mereka. Astaghfirullah. Saya akui, kadang-kadang blog juga melaghakan saya. Oklah, saya tak nak panjang-panjang. Saya harus bersama adik-adik saya sekarang.

Saya harap kalian yang membaca dapat mengambil manfaat. Moga Allah sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 16 November 2008
3:39 pm

No comments: