* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 26, 2008

Paksaan..??

Salam Sejahtera..

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Hihi. First of all!! Saya mahu mangalungkan seutas rantai pada kalian. Tanda saya berterima kasih kerana melayari blog saya. Terima Kasih! Thank you! Toche! Arigato! n_n



Erm, lama dah ye saya tidak berceloteh. Rumah memanggil-manggil saya supaya datang kepadanya dan belainya. Tak lain tak bukan memang kena kemaslah. Saya kakak sulung dan saya ada seorang abang. Tapi nampaknya, memang saya je yang patut jadi anak sulung. Yeah, my brother always disappeared. Hihi. Tak adalah. Dia ada kelas. Ayah dan mak saya pula kerja. Pukul 6 baru balik. Jadi, sayalah ayah, sayalah mak sayalah abang dan sayalah kakak.

Alhamdulillah saya di rumah. Kalau saya di asrama, memang tak ada penghuni lah rumah ni. Alarm je yang menemani. Hihi. Sekarang saya di rumah dan terpaksalah pikul banyak-banyak masuliyah (tanggungjawab). Moga ALLAH meredhai kerja saya dan memberi saya sedikit nilai keikhlasan. That's enough for me. Better than nothing. Iyelah. Bila dah cakap sulung ni, kena lah banyak bersabar, banyak tabah. Adik-adik saya pula nakal semuanya (macam kakaknya lah).

Biasanya bila sebut holiday, everybody is happy. But no me. Hihi. Mula imagine bakul-bakul yang penuh dengan baju yang tak terlipat, naughty siblings, internet, makanan, dan macam-macam lah. Huh. Berat juga. Hehe, mak saya pandai, dah tau anak perempuan dia nak balik asrama, mak longgokan baju banyak-banyak. Hehe. Tak mengapalah. Memang dah mengerti. Jadi, kalau tak nak buat, memang kena buat juga. Kalau nak buat, memang itu yang terbaik.

Sebenarnya kita ni, perlu diberi sedikit paksaan sebelum relakan hati. Ya, memang fitrah kita begitu. Lihatlah bagaimana setiap makhluk lahir. Apabila si ibu ini meneran, barulah nak keluar. Bagi saya, memang setiap kerja kita perlu kepada paksaan. Tapi paksaan itu ada dua. Daripada diri kita atau someone else. Senang cerita Paksaan Luaran dan Paksaan Dalaman. Paksaan Luaran amat menyeksakan dan Paksaan Dalaman amat bermakna.

Pandangan yang saya beri ini, mungkin ada yang tidak setuju. Pernah saya dikomen.

"Aisyah, kalau anti nak jadi doctor atas kehendak parents, baik tak payah. Medic bukan mudah tanpa kesungguhan atau minat"

"Tak mengapa, ana suka paksa. Hihi. Lagipun, tak baik tau kuburkan hasrat parents. Ana senang kalau diorang senang. Lagipun, Medic ini mudah dengan kesungguhan atau minat. Ana tak ada minat, tapi ana ada kesungguhan. InsyaALLAH ana akan usaha. Dan yakinlah bahawa ALLAH akan menolong sesiapa yang membahagiakan kedua ibu-bapanya"

"Ya, memang tapi bab-bab paksa tu, ana tak setuju"

"Tak pe, paksaan itu bermakna. Lebih membuahkan ikhlas"

Sahabat ana (cannot mention his name. he take medic) senyap setelah ana sebut kalimat ikhlas. Yah. Ikhlas milik ALLAH. Redha milik ALLAH. Dan redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa kita.

Ceritanya macam ini. Long time ago (hihi when I was 11 years old), I was in the car with my family (dalam kereta adalah tempat terbaik bagi apa-apa announcement dalam family saya). Dan tiba-tiba mak saya cakap.



"Yang mana satu anak mak nak jadi doktor nanti? Nanti tua-tua, kalau mak dan ayah sakit tak payah pergi jauh-jauh. Jumpa anak sendiri je"

Semua senyap lantaran lebih meminati Physics berbanding Biology (walaupun ketika itu masih tidak belajar, kecenderungan itu ada kepada Physics).

"Along nak ambil electric and electronic"

"Abang nak kereta-kereta"

"Oooo, tak nak lah semua ya. Takpelah, mak harap akan ada jugak nanti"

"Tu sorang lagi tu... Kat tepi tingkap tu.."

Ayah saya bersuara...

"Hah.. Angah ke? Erm ntahla.. Tengok dululah ayah."

"Mak tak paksa. Tapi harap je. Iyalah kadang-kadang ALLAH kabulkan, kadang-kadang tak. Adalah hikmahnye. Maybe my grandson will be a doc. Hihi"

"Mak..!!"

Serentak menjawab. Hehe. Kami paling tak suka cakap pasal kahwin-kahwin, menantu dan cucu. Cukup sensitif.

"Mak gurau. Tapi mak da cakap. Mak tak paksa."

Mungkin mak cakap begitu sebab bimbang akan saya yang memang suka memaksa diri. Dan suka memuaskan kehendak orang lain (yaka?)

"Tak pelah, I'll be da doc"

Lancar je. Hadus!! Memang selalu macam ni. Tak tahu dari mana suara tu keluar. Bila dah cakap memang kena tunaikan lah.

"Ok, we've da volunteer, ayah. Angah terima cabaran mak"

"Ya ALLAH, apa aku dah cakap ni"

Monolong hati. Along memandangku sambil tersengih.

"Kalau nak buat sesuatu ni, kena sungguh-sungguh. Kena dapat cemerlang selalu. Tak kiralah apa-apa pun. Barulah nampak kita power. Macam superpower tu. Islam tu, supersuperpower. Jadi jangan hampakan Islam k.

Sempat ayah memberi pesanan. Sejak daripada hari tu, memang sungguh-sungguh belajar. Medic punya pasal. Tapi dalam kelas saya, ALLAH izin memang dapat no 5. Tak berganjak. Tak naik dan tak turun. Kadang-kadang tu geram juga. Sejak daripada darjah Empat. Sebelum tu, dapat no 1 @ 2 @ 3. Dan mereka-mereka yang berada di atas saya, heh saya tak akan lupa. Memang saya tak akan lupa sampai lah satu masa ALLAH izin saya akan lupa.

1. Solehuddeen Shaatibi
2. Hami Asmai'
3. Mohamad Faiz
4. Ahmad Faizuddin
5. Aisyah Humairah Najihah

Huh. Kalau tengok, semua lelaki. Memang macam ni kedudukan. Setiap kali exam, semua dah tau. No 1 - 5, memang nama-nama di atas yang pegang. No 1, 2 dan 5 memang initial je. No 3 dan 4 selalu bertukar. Hihi. Kadang tu, memang agak geram. Tapi, saya pun tak adalah study mana. Macam mereka juga. Selalu main-main. Sekolah rendahla katakan. Tapi mungkin mereka dapat kelebihan daripada hafazan Al-Quran. Setiap petang, mereka berempat dan yang mahu ada kelas hafazan dengan Ustaz Wan Zaharuddin. Girls are not allowed. Saya nak masuk. Tapi tak dapat. Herm, tapi silap saya juga. Boleh sangat kalau nak hafaz keseorangan. Tapi nafsu menguasai diri. Asyik nak main.

Tapi... Sampailah waktu trial UPSR, saya dapat pintas keempat-empat lelaki macho ni. Huhu. Naik nama puteri. Hehe. Asobiah kuat sangat dulu. Markah saya dengan penyandang tempat kedua, Shaatibi tak banyak. Cuma 4 markah. Alhamdulillah. Cuma ketika itu, tak merasa sangat kegembiraannya. More focus on incoming UPSR.

Tapi, memang saya salute orang yang menghafaz Al-Quran. ALLAH banyak tolong. Samalah sekarang di SMASKL.

"Intansurullah Yansurukum"

Insya-ALLAH. Berbalik kepada paksaan tadi. Saya yakin, memang ada orang yang akan disagree. Tapi, cuba renung balik. Paksaan luaran maybe tiada bagi sesetengah insan, tapi kita tak dapat lepas daripada paksaan dalaman. Paksaan untuk mengalahkan hawa nafsu kita. Am I rite? Iyalah. Nafsu kita nak seronok-seronok. Juz nak rehat. Tak suka kalau rumit. Kan?

Contoh yang senang. Belajar. Saya bawa contoh belajar kerana saya yakin semua orang sedang belajar. Dan membawa contoh belajar adalah pendekatan yang terbaik. Iyalah saya sendiri masih belajar. Dan hakikatnya, kita akan belajar hingga ke liang lahad.

Ok, belajar. Ada ek orang belajar dengan relanya? Mungkin ada yang kata ada. Herm. Sebenarnya, serela mana pun kita belajar, ianya bermula dengan paksaan. Mungkin kita tak sedar. Ianya berlaku tanpa kawalan kita. Tak percaya? Saya mahu bertanya. Kenapa kadang-kadang ada sesetengah pelajar stress bila belajar. Ya, mestilah kerana si dia tidak menyahut atau sudah jemu dengan paksaan tersebut. Tak percaya lagi?

"Menuntut ilmu wajib ke atas semua muslim"

Hah. Kalau belajar dengan rela hati, tak perlu ada hadith ini. Semua orang belajar tanpa disuruh. Herm.. Betul kan? Cumanya paksaan ini bahasa kasarnya. Bahasa yang saya biasa gunakan untuk diri saya adalah ajakan atau seruan. Sengaja saya meletakkan 'PAKSAAN'. Iyalah manusia ni, disogok dengan bahasa kasar barulah nak bergerak. Memang kerja nafsu.

Jadi, kita sebagai hamba ALLAH ni, perlulah didik nafsu kita. Susah wo.. Huh. Amat-amat susah. Tapi, kita kena lah sedar. Pendekatan yang terbaik untuk nafsu kita adalah Tarbiyah Islamiyah. Ya! This the most right. Am I right? Betulkan saya sekiranya tersilap.

Letakkan kehendak nafsu di tangan kita bukan di hati. Nah, sekarang senang jika ini berlaku! Tapi senang ke nak letak kehendak nafsu di tangan. Nak lepas daripada tulis post kat blog pun susah. Terlambat Zohor. Macam saya sekarang. Entahla. Aisyah, muhasabah balik!

Oklah, Result PMR 27 Dec 2008 insyaALLAH akan keluar lah. Kalian tolong doakan yang terbaik untuk saya ya.

9A for Islam insyaALLAH. Kadang tu, menyesal juga. Ya, saya banyak minat. Anything about Physics, computer, cooking.

Ha memasak. Hihi. Saya keturunan sebelah mak. Sebab suka memasak. Memang suka sangat-sangat. Setakat ni, kalau mak saya tiada, sayalah chef nya. Chef yang suka cipta recipe sendiri.

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Dan physic, memang bidang family saya agaknya. Ayah saya Technician. Mak saya Engineer. Along saya, bakal engineer. InsyaALLAH. Yang lain pun, macam menjurus ke arah ini semuanya. Hihi

Computer, memang saya punya interest. Daripada darjah tiga dah reti emailing. ALLAH izin. Hehe. Alhamdulillah. Tak adala buta IT sangat.

Oklah, rasanya setakat ini sahaja.

Highlight
# ALLAH sediakan setiap hambaNya dengan pelbagai kemampuan
# Jangan perlekehkan kemampuan kita dengan pemikiran kita yang jumud
# Korban untuk orang lain
# Redha ibubapa amat penting
# Kemahiran boleh dipelajari
# Laksanakan amanah terhadap keluarga dan orang lain sebaik mungkin
# Macam-macam lagi, sekiranya kalian membaca dengan mata iman.


Ya ALLAH ampuni Aisyah kerana dia terlambat untuk solah Zohor dan ampuni pembaca-pembaca blognya jika blog Aisyah Ulya ini telah melalaikan mereka.

Moga ALLAH sayang kalian.


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 1:15 pm 26 Nov 08

3 comments:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

nti ni baru form3 rupenye=D

syah93 said...

Aah.. baru fom 3 kak..
Kanak-kanak ribena lagi..

ainunsailahnordin said...

SALAM UKHUWWAH, SAUDARI..