* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 17, 2008

Ingatkan aku pada Yang Satu



Puisi ini puisi kedua yang saya cipta.
Saya lakarkan puisi indah (ye ke?) ini..
Untuk sahabat saya Fatonah..

Saya memang tiada salinannya.
Tapi setelah dia serahkan kotak yang penuh dengan surat-surat
tu (kalau tak tahu, baca post pasal cuti), saya dapati ada surat saya..
Beserta puisi yang telah saya nukil khas buatnya.

Puisi ini saya buat dengan amat singkat.
Tak sampai dua minit.
Tapi yang penting, It's from my deep hearts core.
Dan ternyata..
Something that truely from hearts is easier to diffuse into other hearts.
Khas buatmu Fatonah dan semua pelawat blog saya....

Perlulah kau ketahui
Hanya engkau bertakhta di hati
Walau telah datang manusia sesempurna sekali
Engkau tetap pilihan diri

Ukhuwah yang telah terbina
Mengajar aku apa ertinya
Sebuah kehidupan yang melagha
Membuat aku terpanar diulit manjamu

Engkau adalah insan istimewa
Menjadi penawar kerinduanku
Pada pemilik alam nan satu
Saling membina sahsiah agung
Membentuk kembali Biah Solehah

SMASKL...

Tempat kita bertemu
Saling memahami
Suka dan lara kita tempuhi
Namun engkau telah jauh di sisi
Hanya memori menemani diri

Tak mengapa.. Kan kita bertemu jua
Di syurga nan Firdausi
Sebagai tetamu perjuangan UKHUWAH hakiki
Hingga ke akhir hayatku nanti

Uhubbuki Fillah..

Fully Created by
Aisyah Ulya beserta jiwa yang beriman
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
22 Jun 2008
1:14 pm

No comments: