* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 27, 2008

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya..

Salam Sejahtera..

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Hihi. Sewaktu Kem Ibadah (antara Program Lepasan PMR SMASKL 2008), Ustaz Zul suruh kami menulis moto hidup masing-masing pada file yang ada pada kami. Saya tulis lah...

Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya

Di sampingitu, saya juga menulis sesuatu yang tidak dipinta, trand mark saya. Seperti yang diketahui saya pun tulislah....

Aisyah Ulya ~ Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya ~

Sahabat saya yang amat prihatin (terima kasih ya kerana bertanya, ALLAH akan bagi anti banyak pahala), Fatin telah bertanya..

"Aisyah, kenapa ketinggian sahsiah bukan kemantapan iman? Iyalah anti pernah pesan kat kami, Jaga iman dan jaga sahsiah. Anti sebut jaga iman dulu sebelum sahsiah. Dan kan iman lagi penting daripada sahsiah? Bingung la.."

"Fatin sayang, sori keh buat anti bingung. Anti punye soalan panjang sangat la.. Dah la tanya soalan pelik. Kikiki. Gurau je"

"Cepatla!"

"Ok ok. Hihi. Ana nak tanya. Anti rasa iman ana power tak?"

"Hah iman anti? Erm, entahla. Power kot.. Orang tanya dia, dia tanya balik. Jawab la dulu"

"Sabarlah sayang. Hihi. Nak jawab la nih. Kan ana suka orang faham apa yang ana nak cakap melalui kata-kata yang dikeluarkan mereka sendiri"

Ya, memang saya suka begitu. Mereka bertanya, dan menjawab sendiri. Itu lebih bermakna. Saya cuma pemudah cara. Yang mengubahnya adalah diri mereka sendiri dengan izin ALLAH.

"Macam mana anti tahu iman ana power?"

"Haha.. Anti suka usik orang.. Hihi, tak adalah.. Ana rasa..."




"Ok2 ana tak nak anti lagi bingung.. Fikir ya, IMAN, sesuatu yang kita tak nampak. Ana tak tahu iman anti cana, ana tak tahu iman ikhwan kat depan kita ni cana, ana tak tahu iman akhawat di samping kita ni cana, dan ana pun tak tahu iman Ust Zul yang kat depan n akan mulakan program ni sekejap lagi cana. Ana bukan Tuhan Yang Maha Mengetahui. Ana dan anti dan semuanya tak akan tahu"

"Dah tu, cana boleh nampak iman orang tu kuat. Truely I', said, iman anti kuat"

Tergelak ana dibuatnya.

"Aik, ana yang dah diiktiraf nakal oleh Ustaz Pian ni pun iman kuat? Something wrong tu, Fatin Hihi. Ok ok. Sambung balik. Ana tak habis lagi cakap, anti da potong. Ada TAPI lepas tu.. Tapi, kita boleh menilai iman seseorang melalui sahsiahnya. Akhlaknya, percakapannya, kelakuaanya, muamalahnya. Kan?"

"Ha'ah la. Asal jumud sangat ana ni. Perempuan selalu fikir pendek"

"Haish. Mana ada lah. Ana tak mengaku. Mana boleh cakap cantu. ALLAH izin semuanya. Ana tak nak fikir pendek"

"Hihi. Ok, Ustaz nak mula dah tu. Terima kasih ya Aisyah. Saaaayyaaang anti"

"Peluk-peluk kat cini tak boleh ya. Dalam dorm tak apa. N satu lagi. Syukran bangat sebab sayang ana. Tapi, ana tak sayang anti. Kih kih kih"

Hihi. Kelakar pula. Alhamdulillah. Saya punya sahabat sebegitu (Fatin, U've to thank me coz praise U). Hihi. Ketinggian Sahsiah bukan Kemantapan Iman. Bagus ni. Nanti boleh jadi idea untuk bagi apa-apa penyampaian. Jaga Iman dan Jaga sahsiah. 2 perkara ni, memang saya sentiasa sebut. Adik halaqah saya, serta ikhwan akhawat mesti sudah jemu mendengar. Hihi

Sewaktu majlis penutupan Kem Pemantapan Lepasan PMR (aktiviti pertama selepas PMR) juga saya ada menyebut, selaku wakil daripada akhawat. Kelakar juga time tu.

"Kita sebagai wanita, kena banyak jaga.. Sebaaab, kita ni mahal.. Sat sat. Ana tak kata laki ni murah, tapi macam tuh la"

Gamat dewan bila dengar saya cakap macam tu. Mulanya, tak sedar pun. Lama-lama baru sedar kenapa mereka gelak. Hihi. Mesti yang ada bersama saya ketika itu tengah tersenyum (^_^).

Ok Iman dan Sahsiah/Akhlak. 2 perkara yang berkait rapat. Amat berkait rapat. Teringat pula kata-kata makcik halaqah saya, Teacher Zainab.

"Akhlak adalah buah iman"

Yeah. Akhlah adalah hasil daripada Iman. Akhlak Islamiyah adalah hasil daripada Iman yang mantap. Am I rite? Kalau salah betulkan saya. Sebab tu, kita kena berakhlak.




Jadi, my trandmark "Ketinggian Sahsiah" tu, ada makna yang mendalam. Dalam saya mahu mencapai matlamat saya iaitu memiliki sahsiah terpuji, saya mesti, saya ulangi, saya MESTI ada iman yang mantap dahulu, saya mesti memperbaiki ibadah saya dahulu, dan saya mesti sentiasa look after saya punya iman dahulu. Barulah saya akan mencapai matlamat saya.

Bukan saja-saja saya letak trandmark tu, ada maksud tersirat. Yang tersurat tu, adalah hasil jika saya mencapai matlamat yang tersirat.




Kalian doakan saya agar dapat mencapai kedua-dua matlamat saya tu. Yang tersurat dan yang tersirat. Jika tak mampu, doakan yang tersirat sudah la. That's enough for me. Walaupun saya tak layak pun didoakan. Tapi, saya pasti, kalau tak ada doa mereka yang menyayangi saya, maka tiadalah saya di sini. Mak saya mesti doakan saya dahulu ketika dalam kandungannya.

Oklah, doakan saya ya. InsyaALLAH saya akan doakan kalian. Ambillah apa-apa yang bermanfaat daripada post ini. Saya sentiasa berdoa agar blog saya ini, tak melalaikan saya dan kalian. Susah juga kalau dah lagha.




Oklah saya mesti solah Asar. Salah saya juga. Selalu tulis post pada masa-masa begini. Semalam Zohor, hati ini Asar. Jangan esok Maghrib dah la. Hihi. Ok, saya pergi dating dulu ya. Doakan saya. Moga ALLAH sayang kalian.

AISYAH ULYA
KETINGGIAN SAHSIAH MATLAMAT UTAMANYA
(tulis dengan huruf besar sebab post ni special)
Thursday 27 Nov 2008 4:29 pm

2 comments:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

insyaAllah u will dear=), we will..

syah93 said...

Ameen.. Thanx Kak Ati.. May ALLAH loves you