* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 17, 2008

Malam Ini....

Malam ni, saya amat free dan amat seronok. Ayah, mak, dan adik saya pergi sekolah. Oh ya! Parents saya bertugas malam ni. Bertugas untuk pantau abang-abang dan kakak-kakak Tingkatan 5 yang masih ada di asrama tu. Ruginya tak ikut. Memang nak ikut mulanya. Tapi terlupa. Tak mengapalah, ada hikmahnya tu. Saya memang kena pergi juga sekolah. Sebab saya kena serahkan puisi saya kepada Kak Rufaidah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

PUISI.... Hehe. Mesti pelik. Iyalah. Sejak bila saya berpuisi? Entahlah. Tapi tahun ni lah. Puisi yang saya kena serahkan tu, puisi yang pertama saya cipta. Biah solehah di SMASKL yang makin hari makin meluntur memaksa saya menulis puisi tersebut. Erm, saya rasa saya tak nak paste puisi itu di sini. Beli majalah sekolah saya ya, barulah boleh baca puisi tu.


Dan satu lagi sebab saya nak ke sekolah juga, saya nak bagi abang-abang dan kakak-kakak makan moist chocolate cake yang saya buat (abang-abang sekali ke). Heh. Mesti kakak-kakak Tingkatan 5 2007 tersenyum baca pasal ni. Sebab tahun lepas sewaktu mereka tengah busy-busy study dalam lab, saya bawa sebiji moist chocolate cake. Gembira tak terkata mereka.


Yummy.. best!!


Saya suka macam ni. Meraikan mereka yang tak lama lagi akan keluar ke medan masyarakat dan terubatlah keresahan mereka. Pada mulanya, saya mahu tidur di asrama sahaja. Tapi bila fikir balik. Tak study lah mereka nanti. Bersembang dengan saya. Nak-nak lagi dengan Kak Bihah, Kak Sa’, dan Kak Sa (I love them so much). Memang saya amat sayang kepada 1st Gen SMASKL. Sayang amat-amat-amat. Hehe. Sebab tu, setiap kali mereka datang ke sekolah (biasanya sewaktu peljar-pelajar cuti) untuk buat mesyuarat, saya akan datang sekali. Kiranya saya ini pun ahli IKHLAS juga la. IKHLAS tu Ikatan Lepasan SMASKL.


Panjang la pula muqaddimah nya. Malam ni, saya tinggal 4 orang di rumah. Dua orang sepupu saya sebelah mak ziarah rumah saya (tiap-tiap hari hehe) dan mereka decide nak tidur di rumah saya malam ini. Abang saya ke kelas. Jadi tinggallah saya, adik lelaki saya, Ammar, sepupu saya iaitu Fahmi dan Abang Mi. Seronok juga sebenarnya duduk di kampung ni. Senang nak ziarah. Macam rumah saya ni, dah jadi port internet keluarga. Semua saudara bawa lap top kalau dah datang ke sini. Semua pakat duk sambung internet. Modem di rumah saya boleh pakai untuk banyak komputer. Lagi lah. Hehe.


Tadi, selepas Maghrib, ayah saya ambil peluang untuk memberi sedikit peringatan. Semua tersengih je. Memang ayah saya macam ni. Setiap kali ada sepupu saya tidur di rumah, mesti bagi ceramah sikit. Ayah menyebut pasal kematian, kebinasaan, dan neraka. Semua tertunduk-tunduk. Entah la khusyuk atau terlebih khusyuk (mengelamun). Sedang seronok dengar tazkirah, hand phone Abang Mi menyanyi kuat. Saya nak tergelak tapi sempat cover dengan kain telekung. Saya duduk sebelah Fahmi. Fahmi tersengih. Memang selalu jadi macam ni.


Pernah sekali tu ayah saya sedang memberi tazkirah, kami semua semua sedang khusyuk menekan-nekan keypad hand phone. Memang teruk sungguh. Last sekali, ayah suruh kami letakkan semua hand phone di tengah-tengah bulatan. Kelakar pula. Ada 6 buah hand phone tengah-tengah bulatan. Semua duk pandang hand phone, bukannya nak dengar ayah cakap. Rasa macam nak tergelak kalau ingat balik.


Tapi, sekarang tak dah. Semua dah faham. Dah matang lah kiranya. Pernah sekali, sepupu saya cakap cani...


”Nak gi rumah ayah teh (ayah saya). Jadi alim sket duk sana.”


Mereka seronok datang ke rumah saya. Bukan sebab dengar tazkirah saja, tapi sebab rumah saya ada banyak makanan. Abang Mi saya tu, kuat makan. Nanti malam adalah suruh saya masak apa-apa. Bila dia datang ja, mesti pergi dapur dulu. Dan bila dia balik, saya masuk dapur. Dah habis makanan. Dengan biskut kering yang lemau pun dia tibai. Hihi. Pernah sekali tu, Abang Mi kejut saya pukul 3 pagi. Ingat ada emergency apa. Rupanya suruh masak lauk ayam masak merah. Terbeliak mata saya. Makan nasi tengah-tengah malam. Hehe. Badannya pun bolehlah tahan. Sesuai la dengan dia yang selalu makan (jangan marah abang mi).


Sekarang ni, mereka (adik saya dan abang mi) tengah tengok cd ceramah Ustaz Azhar. Hehe. Memang jadi alim la kalau pergi rumah saya. Nak buat macam mana. Memang ALLAH dah izin.


Jadi, saya nak pesan lah kepada para pembaca. Manusia ini sebenarnya suka kepada benda yang baik. Fitrah mereka ISLAM. Fitrah yang suka kepada kebaikan. Kan? Betulkan saya kalau saya silap. Tetapi, kadang-kadang akal mereka dipengaruhi nafsu dan syaitan. Sebab tu, manusia kena selalu diberi peringatan.


Sejahat mana pun seseorang, kalau betul dengan caranya insyaAllah akan jadi manusia berguna.Jadi jangan segan lah kalau nak beri teguran. Cuma pastikan kita tidak mengharapkan natijah dan banyakkan berdoa kepada ALLAH sebab hanya ALLAH lah yang memegang hati-hati, akal-akal serta segala sesuatu milik makhluknya. Jangan fikir sangat natijah. Sebab kita akan jadi futur (lemah) apabila si dia tidak dapat mencapai matlamat kita.


Saya lihat, dewasa kini ramai yang lakukan sesuatu kerja untuk mencapai matlamat masing-masing. Contoh yang senang. Exam... Belajar sebab nak dapat 5A UPSR, 9A PMR, Straight 1A’s SPM, 4 Flat... Macam-macamlah. Cuba bayang, kalau betul kita dapat straight A’s, itu adalah istidraj. Dan bila tak dapat, mula lah menangis, tak redha dengan qada’ dan qadar tu. Kan wajib beriman dengan kedua-dua tu. Tak sempurna lah iman kita kalau dah macam tu jadinya. Nauzubillah.


Teringat pula kata-kata Saudara Shaatibi sewaktu kami berkumpul pada hari last PMR..


”Ana nak tegur satu perkara. Ana dh simpan kata-kata ni untuk satu tempoh yang ana rasa agak lama. Sebelum tu, ana nak ucap tahniah lah kepada semua sahabat-sahibah ana yang bertungkus-lumus untuk hadapi PMR sehinggalah pada saat ini, iaitu hari terakhir. Kalian kena sedar. Maaf ana katakan. Kita sebenarnya sudah terpesong jauh. Amat jauh. Cuba muhasabah balik. Pernah ke kita bangun seawal ini pada Ramadhan lalu. Pernah kah kita kelek (bawa) Al-Quran seperti mana kita bawa buku Math, Science, Sejarah dan Geog sekarang ni. Ana ingatkan sekali lagi. Kita belajar kerana ALLAH. Ana rela tak dapat 9A kalau ianya baik untuk ana. Ana rela tak dapat 9A kalau ianya bawa fitnah untuk ISLAM”


Semua tertunduk. Memang kena atas batang hidung saya. Ketika bulan Ramadhan, paling awal pun saya bangun pukul 4 pagi. Tapi nak PMR, saya bangun pukul 3.30 pagi untuk study Sejarah (my weakness). Saya banyak senyap dalam perjalanan ke Sek Men Keb Bandar. Atiqah tanya saya tentang 9A yang membawa fitnah pada ISLAM. Saya berjanji padanya saya akan terangkan petang nanti kerana hakikatnya saya juga sedang muhasabah. Tak tersangka kan? Sebab tu, saya selalu minta kalian doakan ALLAH bagi saya yang terbaik dalam PMR. Bukan 9A tapi terbaik. Allah tahu apa yang terbaik buat ciptaannya.


Oklah. Kalian tolong doakan saya ya. Result PMR entah bila keluar. Moga ALLAH bagi yang terbaik buat saya. Moga ALLAH sayang kalian.


Aisyah Ulya

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

17 November 2008

11:08 pm

No comments: