* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 14, 2008

^_^ Maaf maaf maaf

Salam sejahtera buat semua..

Masya-ALLAH. Tak sedar yang dah lama tak posting kat blog. Tadi bila baca comment daripada Ayah Nik baru la tersedar.

Seingat saya, blog ini tak menerima post baru sejak Hari Raya Aidiladha. Wish note untuk Aidiladha pun tak buat.

Macam-macam yang berlaku. Memang tak sempat nak berblog. Malam raya, kena masak lontong. Hihi. Sayur lodeh. Nanti ada pula yang tak tahu. Hihi. Lontong pula, tak jadi sebab santan tak elok. Membazir satu periuk. Jadi juadah untuk angsa belakang rumah.

Saya beraya di rumah tok (nenek) sebelah mak. Memang setiap tahun macam ni. Tak pernah raya haji sebelah ayah dulu. Hihi. Iyelah, rumah di kampung mak. Tahun ni, kami korban 3 ekor lembu. Seronok. Dapat kumpul ramai-ramai. Saya jadi cameraman je. Then, pack and deliver daging untuk orang kampung. Tengah pack tu, jumpa bat ping pong di celah-celah daging. Hihi. Nanti saya tunjuk gambar.

Esoknya pula, korban di sekolah saya. Bawah sebuah organisasi NGO iaitu HALUAN. 6 ekor lembu habis ditumpaskan. Lokasi di belakang aspura. Hihi. Tengokla apa dah jadi dengan ampaian aspura. Hihi. Penuh darah lembu. Hihi.

Then, ada aqiqah di rumah bapa saudara saya sebelah ayah. Tolong makan saja.

Hari Khamis dan Jumaat, saya pergi ke Misi Kemasyarakatan Untuk Mangsa Banjir di Taman Pusu 3, Gong Badak, Terengganu tajaan HALUAN. Banyak pengalaman yang saya dapat. Bakal diceritakan di dalam post lain. Jumaat malam tu pula, ada taklimat tentang Misi Kemasyarakatan Untuk Mangsa Banjir di Pekan, Pahang. Sekadar menuntut ilmu. I'll not attend that. Ada urusan lain. Insya-ALLAH. Tapi, tidak rugi ke sana. Cikgu Ishak memberi kami peringatan tentang pelbagai perkara.

"Masya-ALLAH, banyaknya yang aku kena pikul. Sempat ke? Sekolah, masyarakat..! Masya-ALLAH"

Monolog hati. Betul la pesanan Imam Hassan Al Banna "Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada". Ya ALLAH, moga fasa fatayat aku ini diperjuangkan untuk thoriq Dakwah dan Tarbiyah, untuk Deen-Mu. Kalian doakan saya ya.

(Merenung Seketika......)

Ok, sambung lagi. Hari Sabtu pula, ada amal jamaie di SMASKL. Kena susun-susun katil untuk adik-adik Tingkatan 1 yang akan intensif. Seronok intensif ni. Moga adik-adik yang bakal datang dapat menyesuaikan diri. Ya ALLAH, berilah aku sedikit ruang untuk bersama mereka sewaktu intensif ini. Memang saya agak sibuk. Tapi, mohon ALLAH bagi masa. Mereka perlu kami. faham-fahamla kan macam mana pelajar Tahun 6 yang bakal menjadi Tingkatan 1. Perlu dipandu betul-betul agar mereka sedar dan sanggup dikorbankan seluruh hidup mereka untuk Islam. Tak mustahil jika mereka faham. Malah lebih mula untuk mereka amal (bekerja). Doakan mereka.

Jadi, hari ini saya ke bandar bertemankan Kak Nasibah untuk mengurus sim card saya yang ada sedikit masalah. Rasa tak selesa di bandar. Ayah pula selalu telefon supaya pulang cepat. Pulang menaiki bas keseorangan. Bertaaruf dengan seorang makcik yang menuju ke kampungnya di Kerteh. Banyak yang kami sembang. Anak-anaknya comel. Moga ALLAH sayang makcik tu (Ya ALLAH, lupa nak tanya nama). Tak apa lah, moga dia dapat sesuatu yang bermanfaat daripada perbualan kami. Tolong doakan ya.

Jadi, sekarang saya luangkan sedikit masa untuk berblog. Kalau ada yang perasan, post saya kali ini nampak macam tergesa-gesa. Memang tengah rushing. Saya perlu packing barang. Akan turun ke Melaka dan Johor dan naik ke Wilayah Tengah dan Utara untuk pelbagai hal. Moga penat lelah saya diredhai ALLAH. Kalian doakan ya.

Special for Ayah Nik...

Semua gambar, video tentang cerita-cerita di atas akan Angah letak di sini dan Youtube selepas balik daripada Johor. Tuh pun tak tahu bila boleh balik sebab kena jaga Najmi. Mak Ang kena tanda kertas SPM (kot). Jadi, Mak Ang mintak tolong Angah jaga Najmi. Maaf ya.

Ok, maaf sekali lagi. Agak rushing. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 14 Dec 2008 4:53 pm

1 comment:

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

salam ya ukhti

i linked ur url in my blog^^