* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 29, 2008

Doakan saya..

Salam Sejahtera..

Aduhai.. Rasa tak puas hati ni. Saya bukan main tulis lenguh-lenguh cerita pasal PEWARIS. Tapi orang baca sekejap je. Tak aci macam ni...!!

Hihihi. Saja ja. Tapi, betul la. Saya bukan main susah nak tulis. Kalau tak percaya boleh tanya mereka yang selalu tanya bila sambungan post ini nak keluar. Dah la nak kena ingat tuh dah susah. Hihihi.

Oklah. Itu hanya sebagai pembuka bicara. Hasrat saya menulis post ini untuk meminta kalian doakan saya. Lagi 10 jam 20 minit, keputusan PMR akan keluar.

Segala usaha yang saya curahkan selama ini akan ternampak hasilnya esok.

Pesanan parents saya..

"Esok, tahula langit tinggi ke rendah. Doa banyak-banyak"

~Angah da tau langit tinggi hik hik~

Pesanan daripada Akhi Hafiz
"Doa banyak-banyak. Tidur kat rumah je esok. Tak payah pergi sekolah"

~Ada ka patut?? Ish ish ish~

Pesanan daripada Akhi Tengku Fahmi
"Ok, moga ALLAH kasik yang terbaik esok untuk anti. Nak hadiah kena message result dulu. Tido awal sikit, esok nak pergi sekolah amik result"

~Thanx Abang Fami, ingat hadiah tu..!!~

Pesanan daripa Ukti Aesyah Zunairah
"Ameen untuk semua doa Aisyah malam ni. Nasib baik akak terlepas daripada group yang kena bagi hadiah untuk Aisyah"

~Kedekut betul~

Pesanan daripada Akhi Hassan Al Basri (tak tahu nama betul ka nama jadian)
"Semoga Allah membantu kita smua dalam mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin"

~Thanx akhi, doakan ya~

Pesanan daripada ukhti Mardiyati Jamili
"Semoga berjaya"

~Ameen~

Pesanan daripada Kak Sofiyah Nordin
"Moga Allah kurniakan kejayaan yg terbaik buat adik Aisyah"

~Thanx bangat akak walaupun ana tak kenal akak~

Pesanan daripada Akhi Ahmad Fadhli SMIK
"Nanti bagitahu ana result"

~Amboi.. hihi, doakan ana wahai pemegang rekod 9A PMR 2007~

Pesanan daripada Akhi Faruqi
"Terus usaha ya. Ada hadiah untuk adik"

~Terima kasih Abang Faruqi, yang tulah nak dengar..!!~

Pesanan daripada Akhi Zaid
"InsyaALLAH moga result cemerlang. Study molek molek"

~Ok, insyaALLAH. Hutang ana ngan Abang Zaid mesti dibayar. 3 ringgit kan?~

Pesanan daripada Akhi Syakir
"Malam ni solat hajat banyak-banyak"

~InsyaALLAH. Hihihi. Congrats nanti jadi uncle"

Pesanan daripada Izzati Saadan
"Doakan anti dapat yang terbaik esok hari"

~InsyaALLAH. Ana pun akan doakan anti dan student MATRI len. Nanti bagi report tau~

Pesanan daripada Kak Nawal
"Ya Allah, kurniakanlah adikku ini sedikit makanan yg bisa mengenyangkan. Jikalau tiada makanan, kau kenyangkan lah si adik ini hanya dengan minuman. Mesti dapat result bagus"

~Hihi, tau aje Kak Nawal ana selalu lapar~

Pesanan daripada Ukti Afeefah Saalihah
"InsyaALLAH, ALLAH Maha Adil. Segala keputusan tu adalah usaha kita belajar selama ni. Moga dapat 9A. Aisyah memang bagus sokmo. Nanti sambung tau cerita. Nak tahu betul ke tak akak teka no 3. Jangan cepat-cepat sangat nak fikir kahwin. Aisyah tuh budak kecik lagi"

~Kan da cakap, ana ni kasyaf kak...! Hik3 Sumtin tuh nanti akak dapat ya.. Akak nih sama ja dengan somebody suh cepat-cepat sambung. Doakan ana kawen cepat kak... Hik hik"

Ha.. Antara doa yang saya dapat malam ni. Banyak kan? Kalian doakan saya dapat yang etrbaik esok. Setimpal dengan usaha saya. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah MAtlamat Utamanya
Tuesday 30 Dec 2008 12:36 am

Ada lagi 9 jam 30 minit lagi. Doakan saya...!

3 comments:

ummu_ammar said...

syah...
malu lah..
ada ke doa dlm
YM anti publish kat sini.
yg akak doakan dalam
pewaris.net tak amik lak..
huhu..
apepun..
mg dapat yg terbaik.
ehem..
kak sofiyah nordin tu
my best friend juga..
jiran..kwn dari kecik..
nak kenal nanti ana kenalkan..hehe

daemeen said...

Ni pesanan dari ana-daemeen... "Anggaplah apa yg anti akan hadapi esok adalah keputusan anti semasa anti berhadapan dengan ALLAH nanti, dengan sheer dedication and unbelievable strife, ALLAH akan bagi yg terbaik...Tapi dengan usaha seperti org tak ada masa depan...Anda akan mati hangus dijilat the burning inferno of HELL"

Anonymous said...

SALAM..

SIan ukhti Aesyah Zunairah tu..
x pasal2.. dpt 'kedekut betul'.
x kedekut tu.. coz dy da doakan anti.

hee =)

anyway.. TAhniah la YUp!