* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 22, 2008

Hurm.. Betul ke?

Saya masih terfikir. Ada yang saya dusta dalam blog saya? Tengahari tadi, kali pertama saya delete post dalam blog saya. Saya menerima comment daripada seseorang yang tidak diketahui, mengatakan saya berdusta dalam blog saya.

Masya-ALLAH. Saya sudah baca semula semua post yang ada dalam blog saya ini. Saya tidak ketemu apa-apa yang dusta. Semua yang saya tulis berkenaan apa yang berlaku pada diri saya. Saya amat kisah tentang hal ini.

Oleh kerana saya tidak mengenali commenter tu, jadi saya terpaksa tulis post ini. Saya ingin bertanya kepadanya apa yang dusta dalam blog saya. Mohon diberitahu segera. Mungkin ada yang saya terlepas pandang.

Saya harap commenter itu akan singgah lagi di blog saya dan akan membaca post ini.

"Wahai commenter, tolonglah kasi tau saya, apa yang dusta dalam blog saya? Hubungi saya di aurora_pinkygirl22@yahoo.com.my. Moga ALLAH sayang kamu"

Commenter itu meninggalkan komen tanpa nama. Jadi, saya terpaksa buat begini. Terima kasih kepada commenter itu. Tapi, saya mohon anda berterus-terang dengan saya. Mungkinkah saya ada mengambil mana-mana post di dalam blog anda? Mustahil, seingat saya. Semua post bukan dari taipan saya yang ditayangkan di blog saya berizin dan tertera nama penulisnya.

Jadi saya mohon. Tolonglah. Apa yang DUSTA di dalam blog saya....?? Jangan segan dan jangan takut. Saya akan menerima kenyataan apa yang dusta di dalam blog saya itu sebaiknya. Kalau boleh, secepat mungkin. Iyalah, saya bimbang apabila ada perkara yang dusta di dalam blog saya. Ramai yang baca, dan tentunya saya akan mendapat dosa kerana menyebarkan perkara dusta. Mohon diberitahu ya.

Moga ALLAH sayang kalian, especially si commenter itu.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 22 Dec 2008 5:41 pm

No comments: