* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 24, 2008

Memori yang tersemat di hati... Siri 1

Alhamdulillah. Hari ini, ALLAH telah berikan saya sedikit masa, berikan saya sedikit kekuatan, memberikan saya sedikit ilham untuk mencoret sedikit kenangan saya sewaktu menghadiri Kem Pewaris Kebangsaan anjuran HALUAN. Syukur kepada ALLAH kerana mencampakkan ke dalam hati saya syuur ingin berkongsi ini.

Satu sahaja yang saya tidak boleh lupakan. Di kem sana, mereka memanggil saya dengan nama AISYAH ULYA. Macam nak tergelak pun ada.

"Aisyah Ulya kan?"

Terpinga-pinga saya dibuatnya. Saya macam agak confuse. Ketika saya mendengar Aisyah Ulya, otak saya berligat-ligat pusing. Lambat pick-up.

"Macam pernah dengar nama ni. Tapi di mana ya. Macam familiar je dengan aku"

Sahabat-sahabat yang sudah lama mengenali saya dan mengetahui Aisyah Ulya itu nama samaran saya di alam maya pelik apabila saya tidak memberi apa-apa respon.

"Ha, ana Aisyah Ulya. Salam Taaruf. Kenal ana?"

"Kih kih kih"

Tergelak saya dalam hati. Kelakar je. Selama ni, tiada seorang pun pernah panggil saya Aisyah Ulya. Jadi, apabila dipanggil begitu rasa macam pelik. Memang saya banyak panggilan memandangkan nama saya panjang. Tapi, saya tak benarkan mana-mana insan memanggil saya kecuali dengan nama AISYAH. Hihihi.

"Aisyah, kenapa macam tanak angkat je tadi?"

"Bukan tanak angkat Kak Kinah. Cuma orang mana pernah panggil ana Aisyah Ulya. Nama ana Aisyah Humairah Najihah la. Mana boleh panggil Aisyah Ulya"

"Ha, tula.. Dah tau nama sendiri dia dah cukup lawa, cari nama lain jugak. Kan dah kena"

"Hihi, nak wat cana. Nama ori panjang sangat. Tak cukup nafas nak sebut"

"Aah la. Maybe kakak tadi tak cukup nafas nak sebut Aisyah Humairah Najihah kot"

Kami tergelak sama-sama.

Ni baru muqaddimah. Saya nak cerita panjang lagi ni. Biar la orang nak baca ke tak baca. Asalkan saya puas. Asalkan saya ada simpan memori berharga saya ini dalam bentuk tulisan dan saya boleh membacanya ketika saya rindu akan saat-saat tersebut. Kan?

Kem Pewaris Kebangsaan. Memang saya tahu, kem ini saban tahun akan diadakan. Tapi, saya hanya mengetahui yang saya perlu ke sana apabila saya mendapat offline message di Yahoo Messenger daripada seorang sahabat saya di SMASKL, Saudara Shaatibi.

"Aisyah, mintak tolong anti cari 5 orang sahibah Terengganu untuk gi Pewaris kat Penang, termasuk ANTI"

Tertelan air liur apabila membaca message tu. Entah kenapa terasa macam amanat berat. Entah kenapa. Padahal kena cari 5 orang sahaja.

Esoknya, 11 Dec 2008. Saya ada Program Misi Kemasyarakatan Mangsa Banjir di Gong Badak, Terengganu. Misi banjir ini dah lama bermula. Tapi, saya ada misi banjir di rumah saya, sepertimana yang telah saya ceritakan dalam post yang lepas. Saya tak mahu bercerita panjang tentang misi banjir ini. Tapi, ianya amat menyeronokkan.

Incident yang paling kelakar sewaktu pihak RTM datang untuk menemuramah kami. Semua tak nak pergi. Tapi, pak cik-pak cik pujuk juga. Akhirnya kami pergi dengan pakai mask. Kih Kih Kih. Memang agak lawak. Iyelah, kalau masa kecil-kecil dulu seronok kalau masuk tv. Apabila sudah besar ni, segan pula.

Misi banjir ini mengajar saya erti bersyukur dan di samping itu boleh mendekati masyarakat. Alhamdulillah. Seketika sedang leka dengan pinggan mangkuk yang amat banyak yang perlu dibasuh, saya teringat akan Pewaris.

"Kak Fifah, PEWARIS nanti sapa yang iring?"
"Wallahua'lam. Kak Fifah pun tak tau. Awak pergi ke?"
"La, cana leh tatau. Ana kena p. Shaatibi suh ana cari yang len. Cana ek? Nak pilih sapa?"
"Anti istikharah la. Allah tunjuk la tu. Bila?"
"Start 19 depan sampai 21"
"Eh, bukan time tu ada misi banjir kat Pekan ke?"
"Aah la, sebab tu ana tanya ni. Takut tak ada orang nak iring. Boleh sahaja kami pergi sendiri. tapi kena la ada sahibah yang urus sebab ana tak naik kat sini"
"Aik, kenapa?"
"Hihi SIRR"
"Ada-ada ja awak ni. Pergi tak KMK nanti?"
"Tok sah tanya la. Cdey tau"
"Nape? Tak leh pergi pulak ke? Hihihi keciannya kat sorang ni, Dah la aritu KMK kat Penang pun takleh p"
"Jahat Kak Fifah. Family ana ada holiday time th. Tak ada masa lain dah nak holiday. Lagipun nak ziarah makcik kat Johor"
"Takpe, okla tu. KMK tak pi. Tapi terus pi PEWARIS. Hebat tu"
"Hebat apa nya. Tak suka skip skip ni"

Inilah antara sebahagian daripada perbualan saya dan seorang kakak. Apabila saya tahu yang saya ada di Johor pada tarikh 18 Dec. Saya terus mencari orang untuk dihubungi.

"Apa-apa pun, aku mesti pi PEWARIS"

Di samping sibuk mencari cable untuk sertai rombongan dari Johor, saya juga mencari sahibah yang pergi. Pada mulanya, cukup 5 orang sahibah. Tapi, seorang sahibah saya yang sama tingkatan dengan saya tidak dapat hadir. Ada kelas katanya. Kesian pula. Dia teringin nak pergi tapi tak dapat.

"Aisyah, nanti setiap malam anti ada kat sana ana call anti k"
"Call ana? Kenapa?"
"La, anti cerita la apa yang anti buat pada haritu. Anti kan suka bercerita"
"Masya-ALLAH. Takkan sampai macam tu. Okla. InsyaALLAH. Tapi anti call ana ek"
"InsyaALLAH"

Di sini, saya merakamkan sejambak penghargaan buat sahibah-sahibah Johor yang banyak membantu saya untuk ke PEWARIS. Daripada Kak Nabilah, saya dapat menghubungi Kak Nadiah dan Kak Fatimah. Daripada Kak Nadiah, saya dapat menghubungi Cik Supini yang amat saya kenali anak-anaknya.

Lawa ALLAH susun. Kalau saya tahu yang Cik Supini tu ialah mak kepada Kak Asma', tak perlu susah-susah. Tapi, saya dapat bertaaruf dengan pelbagai insan sebelum saya dapat menghubungi Cik Supini. Insan last yang saya hubungi adalah Kak Sarah, yang amat saya kenali kakaknya, iaitu Kak Afifah.

Ini satu lagi, lagi senang kalau saya cakap dekat Kak Afifah, memandangkan saya amat rapat dengannya. Sampai di stesen bus, tak tahu mana nak pergi. Saya jalan je dengan ayah saya di Larkin tu. Tiba-tiba bertembung dengan 1 group.

"Macam yang ini je. Biarlah. Wat dunno dulu. Nanti baru cari"

Bapa saudara saya bersuara.

"Angah, mana kawan-kawan angah nya"

"Hihihi. Pak Adik, angah mana pernah jumpa diorang. Jadi, angah tak kenal la rupa nya"

"Ai, kang nanti orang wat lari. Tak payah pergi la"

"Esh, mana boleh. Angah usaha sendiri. Mestilah nak pergi. Kan ayah kan?"

"Hihihi. Ikut angah la. Yang penting angah kena jaga keselamatan. Ayah bimbang jadi apa-apa ja"

"Ha, dengar tu Pak Adik, ayah tak cakap apa-apa pun. Hik Hik Hik"

Memang agak kelakar sebenarnya. Saya hanya memberitahu parents saya yang saya perlu pergi ke Pewaris. Dan, saya usahakan sendiri menghubungi sahibah-sahibah di sana. Apabila ayah saya nak telefon sahabat Johor, seraya saya berkata.

"Tak payah Ayah. Semuuuuua da settle (saya mengenyitkan mata)"

"Settle? Ayah baru nak telefon Pak Cik Shamjuddin ni"

"Hihihi, ayah ingat ayah sorang je e ade hp. Angah pun ada. Eh, ayah kenal ke Pak Cik Shamjuddin?"

"Masya-ALLAH anak ayah sorang ni. Mestila kenal. Kenapa?"

"(Menggaru kepala) Hihi. Susah-susah angah cari no zaujah Pak Cik Shamjuddin rupanya ayah ada. Kenapa ayah tak cakap. Habis kredit angah duh contact lepas sorang-sorang"

"Tula, kenapa tak tanya ayah dulu. Selalu nak buat kerja sendiri. Advance sangat anak ayah sorang ni (sambil menguap-ngusap kepala saya)"

Dipendekkan cerita, saya bertemulah dengan Kak Sarah. Saya naik dengan group Skudai. Saya bersalaman dengan mak dan kakaknya.

"O, nih la Aisyah e. Mak tak datang?"

"Mak ada meeting di Melaka. Datang dengan ayah. Makcik drive sorang-sorang e kat cni?"

"Aah, ni anak makcik sorang temankan. Nama Aisyah jugak. Mak nama apa ya?"

"Noraini Ismail, makcik kenal ka?"

"Eh, Mok Ti ke? Pernah belajar di Shah Alam dulu kan?"

"Haa? Mok Ti?

Saya menarik tangan ayah saya.

"Ayah, orang panggil mak Mok Ti ke dulu?"

"Wallahua'lam"

"Noraini yang duduk di Terengganu kan? Rasa betul dah. Mak Cik bestfren mak awak la dulu"

"Owh, iya ka?"

Hihi. Saya memang cepat mesra dengan makcik-makcik.

"Kak Sarah, kata ada 4 orang. Mana lagi 3 orang?

"Hihi, Kak Sarah, sahabat kat belakang tu, sorang tak sampai lagi"

"Sorang lagi?"

"Anti la"

"Owh, ana masuk dalam senarai jugak ke?"

"Aisyah aisyah"

"Hihihi"

Tiba-tiba..

"MasyaALLAH, Aisyah ni ka?"

Kak Nash, kakak Tingkatan 5 di sekolah saya menyapa saya dengan memjinjing beg besar. Macam nak pergi jauh je.

"Ya ALLAH Kak Nash. Lupa Kak Nash duk Johor sekarang. Alahai, Aisyah ni suka cari jalan susah. Padahal mesej kat Kak Nash pun senang. Aduhai"

"Tulah Aisyah. Lupa kat Kak Nash. Pelik juga Kak Nash tau. Ada orang kata, sahibah dari Terengganu nak tumpang sorang, nama Aisyah. Kak Nash dah agak awak, Mana ada dah orang lain Aisyah yang suka p program ni. Tapi, pelik jugak. Awak buat apa kat Johor?"

"Cari boyfren untuk Kak Nash. Hihihi. Tak dela. Ziarah makcik ana"

Hihihi. Tengok, saya ada 3 cara senang untuk menghubungi Cik Supini melalui mereka yang saya kenal dan rapat. Tapi, ALLAH susun saya kenal Cik Supini melalui Kak Nadiah.

Special for Kak Nadiah..
Kak Nadiah, tengok.. ALLAH susun supaya kita berukhuwah. Kak Nadiah kena hargai tau Ukhuwah kita ni. Hik3. Kena belanja ana cadbury blackforest banyak-banyak.

Naik bus, ayah saya telefon. Bimbangkan anak dara dia sorang ni. Padahal, bukan 1st time naik bus. Dulu, pernah naik sorang-sorang. Thanx ayah for concerning me.

Sebenarnya, ramai yang tidak mengerahui saya ke PEWARIS. Saja saya sorokkan. Nak buat suprise la katakan. Sampai-sampai di sana............

Dah nak Asar. Saya sambung nanti dalam Siri 2. Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 24 Dec 2008 4:13 pm

5 comments:

Humayra' said...

Salam'alaiki..
aisyah, mcm ana terkene jer..
hehe.. ape2 pn.. salam ukhuwah.. seronok dpt taaruf sikit dgn nt.. (^_^)

H@Z@ said...

Haha,next siri plzzzz

H@Z@ said...

Haha,next siri plzzz

H@Z@ said...

Haha,next siri plzzzz

iman12321 said...

salam, aisyah..
kak nadiah nh..
aa, npe tak ckp ske cadbury??
k.nadiah bwk tme pewaris ritu..
tue arr, xmo nyembang ngan k.nadiah npe?? haa... ^_^
pape pown, uhibbuki fillah..
seronok dpt knal anti..
moga Allah kekalkan ukhwah hingga ke syurga nanti~