* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 28, 2008

Memori yang tersemat di hati... Siri 2

Salam Sejahtera.. Nampaknya ramai yang tidak sabar-sabar untuk membaca siri seterusnya. Tak tahu pula dapat sambutan.. Terimala....

Sampai-sampai di sana, rasa macam takut. Orang pertama yang saya nampak adalah mereka yang berada di dewan makan dan kebanyakannya adalah peserta lelaki. Kecut juga perut ni. Tapi buat-buat macam cool, cover dengan main handphone.

Mana tak kecut perut. Selama ni, asyik tegok gambar-gambar mereka di friendster. Kenal la juga sebahagian sahabat-sahibah. Bila tengok, boleh lah cakap nama seorang-seorang. Turun-turun daripada van, saya meneropong kelibat sahabat-sahibah daripada Terengganu. Mereka datang dengan van.

Tak ada. Lantas saya mencapai handphone di dalam bed galas Bodyglove saya yang semestinya berwarna hijau.

"Kak kinah, korang ada katna tuh? Beli dah berus gigi ana?"

"Hihi, sekejap lagi kami sampai. Ha, dah beli dah. Teruk betul pergi kem x bawa berus gigi"

"Bukan tak bawa, tapi lupa bawa. Aisyah kan menjaga kebersihan. Hik hik hik. Eh, suh Abang Abu n Pakcik Zukri drive cepat-cepat sikit. Ana takut la. Seram pun ada. Ramai sangat orang ni"

"Oh, dah jumpa sahabat-sahibah alam maya ya? Huhu"

"Lebih kurang la. Cepat sikit tau. Seram sejuk duk kat sini sengsorang"

"Alah, apa nak takut. Abang dan kakak yang awak rapat kan ramai. Kih kih kih"

"Perli la tu. Takpe. Nanti korang sampai siap la. Ana pula yang kenakan korang. Takpelah. Kirim salam dekat Pakcik Zukri, Abang Abu, Nazir, Khubaib, Tb, Amir, n Faizuddin. Jahat betul wat loudspeaker."

"Hahaha. Tahu jugak dia. 1 van dah dengar. Depa gelak bila dengar pasal berus gigi tadi"

"Ok ok. Layan korang ni sampai esok tak habis. Kredit sikit je lagi ni"

"Ok...!"

Saya matikan panggilan. Rasa macam orang gila lagaknya. Duk ke hulu ke hilir. Main handphone.

"Ah, aku tak suka benda statik ni..!!"

Saya meluru ke arah bangunan sebelah surau.

"Hana', datang juga dia. Sapa lagi datang?"

"Yang ini lah. Tak ada yang lain"

Hana', sahibah sekelas dengan saya. Nampaknya dia tak ada mood. Jadi, saya kembali ke beg saya. Dekat dengan garaj kereta hadapan surau.

"Huh, ramainya orang. Boleh mati aku duk kat sini ni. Cana entah nanti"

Saya pun tidak tahu kenapa lah saya nervous sangat. Kalau sebelum ni, saya paling suka kem. Mungkin di tempat orang. Entahlah. Tiba-tiba, saya ternampak dua kelibat di belakang saya.

"Kak Maaalll...!!! Ya ALLAH..! Tak sangka jumpa di sini"

"Eh, Aisyah..! Datang juga dia"

"Of course la. Nak jumpa kakak kesayangan ana ni"

" Ye ke? Entah-entah nak jumpa orang kat sana?"

"Esh, mana ada. Kalau depa tak ada lagi bagus. Kak Lal mana?

"Entahla, ada la kat situ-situ. Dah makan belum ni?"

"Hihihi tau la ana suka makan. Tak yah la tanya cantu.."

Sedang kami seronok berbual, ada dua orang abang faci iaitu Abang Izzat dan Abang Aiman lalu. Saya kenal Abang Aiman, dulu pernah satu sekolah dengan abang saya. Saya cuma tersenyum.

"Mana lagi orang Terengganu?"

"Depa tak sampai lagi, naik van"

"Aik, Aisyah datang dengan apa?"

"Ana merangkak. Hihihi. Tak adalah. Ana naik dengan sahibah Johor"

"O, Aisyah la yang naik dari Johor?"

"Aah la. Eh, asal akak tahu?"

"Takde, ramai duk tanya sape Aisyah Ulya dari Ganu"

"Owh, hihihi"

Tengok..! Aisyah Ulya yang ditanya. Bukan Aisyah Humairah Najihah. Ada ke patut.

Saya main handphone lagi. Reply message daripada somebody yang bakal menjadi urusetia kem ini. Cuma, dia datang lambat sikit. Hero la katakan. Hihi. Tak lama kemudian, saya terlihat sebuah van putih panjang melepasi pintu paga PULAKOPP.

"Ha, tu dia. Ingatkan lama lagi nak sampai"

Van berhenti. Saya menjarakkan diri. Dah tahu, sahabat Kampung Laut ni pemalu orangnya. Nak-nak lagi Generation 3. Abang Abu Ubaidah, abang kepada salah seorang adik halaqah saya di sekolah, turun daripada van.

"Ha, orang Johor..! Bila sampai?"

"Esh, bila masa kita jadi orang Johor? Sampai dalam Pukul 7 tadi"

"Oh, saja ja nak mengusik. Nanti balik dengan bas p Johor balik?"

"Perli ni. Mana ada la. Naik van dengan Abang Abu la. Save budget sikit. Nanti makan pun Abang Abu tanggung.

"Ada-ada ja Aisyah ni"

Sahabat hanya terkelip-kelip melihat sahibah memunggah beg daripada van. Banyak betul barang mereka.

"Apalah antum ni. Tak gentleman langsung. Tolonglah depa angkat barang"

Rungut saya. Entah mereka dengar atau tidak. Yang pasti, sebahagian daripada mereka tersenyum. Mereka kenal dengan keletah saya. Aisyah, satu-satunya pelajar perempuan Kampung Laut yang dapat title budak nakal dengan Ustaz Suffian. Nasib baik tak keluar ayat macam ni.

"Apalah antum ni. Macam mana nak jadi suami nanti. Tak sensitif langsung"

Hihihi. Nak cakap macam tu. Akan tetapi, memandangkan 3 daripada mereka adalah Gen 3 yang amat terkenal dengan malu-malu. Jadi, saya tak cakap. Kalau student Gen 4 yang sama dengan saya, mesti dah keluar ayat macam tu.

Saya mengiringi Abang Abu ke belakang van, melangkah menuju ke bawah garaj. Pakcik Zukri ada di situ. Sedang bercekak pinggang.

"Ha Aisyah. Nak jadi orang Johor pulak? Nek dengan apa?"

"Mana ada pakcik. Ana anak jati Terengganu. Pure gitu. Hik hik. Naik dengan bas tadi. Pukul 7 sampai"

Saya cuba mengangkut kotak.

"Ya ALLAH, beratnya..! Benda kat dalam ni? Korang angkut apa kat dalam ni? Erk, beratnya..!"

"Dalam kotak tu, ada makanan. Beras, sardin, and so on"

"Subhanallah...! Abang Abu, tengok ni..! Depa ni nak mukhayyam ka nak rehlah? Abang Abu tak setup mind depa dulu ka dalam van?"

"Haha, tak sempatla Aisyah. Larat tak tu? Meh ana tolong"

"Takpa. Aisyah kan kuat. Apa la korang ni. Tau la makan banyak, Tapi sorok-sorok la sikit. Dah la kat sekolah, korang jugak yang perabih makanan. Tengok ana, letak makanan dalam beg jer. Hik (sedap mengenakan sahibah-sahibah saya)"

"Aisyah, Aisyah.. Tak baik cakap kaat kakak-kakak cantu. Tapi, Abang Abu rasa Aisyah pun makan banyak. Sebab time Kem Lepasan PMR aritu, kumpulan Aisyah yang menambah 3 kali tu ka?"

(Terdengar ketawa kecil daripada sahabat-sahabat. Sahibah-sahibah tersenyum)

"Esh, tuh bukan ana yang mintak. Ana tolong....."

(Lantas dipotong)

"Ha, tolong apa? Tolong makan ja tau. Sudah-sudah. Berbalas cakap dengan budak ni, sampai esok tak habis. Pi taaruf orang nung"

"Ok sir...! Roger and Out"

Haha. Memang kelakar. Tangan saya mencapa beg. Tiba-tiba ada 3 jari meraba paha saya lantas mencubit.

"Adus, sakit la..! Tak bek cubit-cubit orang ni tau"

"Ha, padan muka..! Malu kami tadi.."

"Huhu, saja ja nak usik. Dah tahu korang tak berani buat apa-apa depan Abang Abu"

"Iyelah tu. Bukan Abang Abu je dengar, Pakcik and sahabat-sahabat pun gelak tadi"

"Jangan marah, takkan tak kenai Aisyah kot"

"Amboi, dah tukar loghat ya. Watpa masa kami takda tadi? Usyar orang la tu"

"Huhu, nak usyar apa. Angkat kepala pun tak berani. Mana taknya, ramai sangat la orang. Lagipun, menunudukkan pandangan adalah lebih baik. Hihi"

"Herm, ada je jawapan dia. Malas la nak layan"

"Memang la. Ini kan Aisyah (sambil meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di dagu)"

Kami menuju ke dewan pendaftaran.

"Eh, nak tulis apa kat kemahiran diri ni, Aisyah?"

"Alah, tulis ja apa-apa pun. Bukan depa baca sangat"

"Malulah kalau orang baca"

"Haha, tulis ja apa-apa pun. Bukan nak diteliti satu-satu. Masa nih la kita nak perasan sengsorang. Puji diri sendiri. Peluang jangan dilepaskan"

Kakak-kakak di meja pendaftaran tergelak kecil.

Kak Taqiyah dan Kak Farah Lokman tersenyum melihat saya.

"Mesti Aisyah ni. Nakal seperti yang disangka"

"Oh, mestilah! Kan da cakap. Nak kenal ana, akak cari je budak yang paling nakal"

Lantas serta-merta sahibah yang bersama saya tadi, mencubit pinggang saya lalu serentak mereka berkata dengan suara yang ditahan.

"Aisyah...!!"

"Apa?? Ana salah cakap ka?"

Mereka menggeleng-geleng. Saya agak terpinga-pinga. Mesti mereka geram dengan saya. Itulah, nakal sangat. Tapi jujurnya, saya memang tak faham pada mulanya. Hihi. ~SORI~

Peserta lain sedang makan. Kami mengangkat beg menuju ke dewan. Kak Ijlal kadi guider.

"Aik Aisyah..! Senyap pulak? Tadi dia yang kecoh sekali"

"Aduhai, asal tunduk-tunduk je ni?"

Mereka menyakat saya. Geram betul..!

"Jangan tunduk sangat. Kang jatuh kotak tu. Anti yang kena kutip. Lagi malu. Kami lari je tinggalkan anti kutip sorang-sorang. Haha"

"Uish, nauzubillah. Macam mana ek kalau ALLAH izin ana jatuh kat depan sana.. Waaaa, mesti malu. Terkelip-kelip. Tapi yang pasti ana yang lari dulu"

Seraya kami berenam tergelak bersama.

"Ok, dah lepas. Depan sahabat takleh wat qouya sangat. Nanti depa mesti fikir, ~Apala sahibah tu pelik sangat? Terlompat sana, terkinja sini~Haha"

"Tengok, ada je jawapannya"

"La, betul la apa yang ana cakap. Kan Kak Lal kan?"

"Ha, betul-betul"

Saya memang agak memegang nasihat seorang daripada abang Gen 1st SMASKL.

Katanya..

"Dengan mereka yang bukan muhrim, pamerkan kematangan diri.
Bersama mereka yang non-muslim, tunjukkan syakhsiah Islamiyah.
Tapi, dengan mereka yang kita thiqah, apa-apa boleh buat asal tidak melanggar syara'"

Orang yang nakal ni, penceria suasana. Kan? Hihihi (backup).

Group sahibah Terengganu paling awal sampai ke dewan dan paling awal bersiap untuk slot seterusnya. Kami memang tak suka tunggu orang.

"Lapar la...!"

"Aisyah, Aisyah. Seja pagi tadi, termasuk yang ini, dah tiga kali anti sebut ayat tu. Baru je makan tadi kan?"

"Hihi. Memang dah makan. Tapi...."

"Ha, tapi apa? Mengaku la anti kuat makan. Betulla apa yang Ustaz Abu cerita tadi"

"Bukan. Ana tak habis cakap korang dah potong. Tapi, metabolisme ana tinggi. Nak wat cana kan? Salahkan dia. Abang Abu reka cerita je tu"

"Alasan, alasan. Tak boleh diterima.."

"Ana x kesah. Asalkan ana dapat makan. Lapar ni"

***********************

Taklimat Kem Pewaris Kebangsaan bermula. Saya duduk di hadapan sekali. Tiba-tiba handphone saya menyanyi kuat. Semua menoleh...

"Wa, mati aku...!"

Lantas saya menekan keypad handphone, dan berlagak mencari-cari arah bunyi tersebut. Buat-buat tak tahu. Sebelah saya kosong. Jadi, semua orang tidak tahu bahawa bunyi itu datang daripada handphone saya. Saya mula buat kecoh.

"Ha, sapa punya handphone tu. Cepat off kan"

Tiba-tiba, sahibah di belakang saya mencuit.

"Telefon anti kan?"

"Shhhh...! Senyap je. Saja menimbulkan kontroversi. Hihi (sambil mengenyitkan mata)"

Tiba-tiba, ada seorang abang faci memanggil saya.

"Aduhai, matila aku..!! Mesti pasal handphone ni"

Saya cuma buat-buat tak dengar. Tunjuk muka blur. Kesian abang tu. ~SORI~. Sahibah daripada SMASKL tidak puas mengusik saya.

"Aisyah, abang feci tuh panggil.. Pergilah..!"

"Ha, Aisyah..! Anti buat apa? 1st day kat tempat orang pun dah buat hal. Nanti dapat title budak nakal macam kat sekolah baru tau"

Saya tidak berpaling. Hanya menunduk.

Takut + Gelisah + Seram - Berani - Ketawa + Nakal + Segan = Errk

Takut.. Tapi, saya gagahi jua.

"Huh, sapa suh aku tak silent tadi. Berani kerana benar..!"

Saya mengangkat kepala perlahan-lahan. Suprisingly, saya lihat feci itu sedang bersembang dengan feci yang lain.

"Huh, selamat. Ingat kena apa-apa dah tadi"

Mesti feci tu geram pada saya. Dia panggil, orang buat dunno.

~Minta Maaf ya abang~

Taklimat program disampaikan oleh Abang Muhammad, batch 12 MATRI. Beliau kem komenden kali ini. Kemudian disusuli oleh abang-abang dan kakak-kakak yang lain.

Saya hanya ingat feci lelaki yang last sekali taarufkan diri. Dia memulakan kalam dengan ayat 'Nama Diberi...'. Memang lain daripada yang lain.

Abang ini pernah datang ke sekolah saya. Dia taarufkan diri kepada kami dengan mengeja namanya. Agak lawak. Malangnya saya tiada ketika itu. Saya ada Kem Kepimpinan Pengawas ketika itu.

Yang kesiannya, ayat 'Nama Diberi' itu digunapakai oleh kakak-kakak peci seterusnya.

"Kesian abang tuh kan? Ayat dia orang ciplak"

***********************

Lagu tema kem kali ini adalah 'Satu Hati'. Saya pernah mendengar lagu ini dalam website Akhi Huzaifah. Rupa-rupanya lagu ini juga lagu tema KMK Penang yang saya tidak dapat hadiri itu.

Majlis diteruskan dengan Ice Breaking oleh Pakcik Mustafa Kamil or nama glamournya Pakcik Mukashah tapi kami panggil beliau dengan gelaran Pakcik Mus. Macam orang muda bunyinya.

Dalam slot Pakcik Mus ini, kami dikenalkan dengan konsep 5S dalam taaruf.

% Senyum- 1, 2, 3 dan senyum 3 is da best..1
% Salam - bersalam dan memberi salam
% Soal- tanya khabar dan peluk
% Sopan - lemah lembut
% Santun - beradab

Ha, ini semua dah selalu saya buat di SMASKL. Kami dikehendaki bertaaruf dengan peserta lain dengan menggunakan kaedah 5S ini.

Saya pun pergilah merayau-rayau. Cari mangsa. Hihi. Ketika itu, saya mengambil peluang untuk bersalaman dengan kakak-kakak feci yang selama ini hanya bersembang di alam maya. Saya kenal mereka tetapi mereka tidak kenal saya oleh kerana tidak mempamerkan gambar saya kepada mereka.

Orang pertama yang saya terjah adalah Kak Nailah. Sebelum hari itu, sudah 2 kali saya bertemu dengan Kak Nailah. Akan tetapi, saya agak segan untuk menyapanya. Entah kenapa. 1st sekali di Liqo' pada akhir tahun 2007 sewaktu kenduri Abang Ali Karimi, anak ustaz Dahlan. Saya sudah bersalaman dengannya cuma tidak introduce diri.

Balik-balik rumah, habis kena marah dengan Kak Nailah sebab tak tegur. 2nd time ketika 2 dekat MATRI pada pertengahan tahun 2008. Saya membeli di gerai jualan Kak Nailah. KBalik rumah, cakap dekat Kak Nailah.

"Patutla Kak Nailah rasa awak ada kat sini"

Dan kali ini baru lah saya berani menyapa Kak Nailah.

"Kak Nailah..!"

"Iya, Sapa ya?"

"Hihi... Ana Aisyah Humairah Najihah"

"Owh, masyaALLAH. Akhirnya.."

"Hihi, akhirnya..!! Berani juga saya p tegur Kak Nailah"

"Tak sangka jumpa kat sini. Tak cakap pun nak datang"

"Hihi. Nak wat suprise. Kak Nailah doakan ana ea"

"InsyaALLAH, macam tak percaya je"

Kemudian kami disuruh berhenti. Gelagat Pakcik Mus yang santai memaksa saya ketawa sepanjang slot Ice Breaking.

"Ha, sekarang antum kira berapa orang sahabat yang antum sempat taaruf"

Saya pun kira... Kelam kabut jugak. Ada 21 orang semuanya.

"Huh, kenapa sikit sangat. Sapa suruh pi taaruf kakak-kakak. Hik hik"

Suara kecil hati saya membisik..

"Ha, siap dah kira? Aduhai, nak mengira pun lambat ke? Sapa dapat 50?"

Semua pegun sahaja. Saya memanjangkan leher. Mana la tau ada orang dapat 50. Semua senyap.

"40??"

Senyap... Tiada jawapan.

"30????"

Juga tiada respon. Saya sudah nak tergelak.

"Aiy, macam mana nih..? Nampak macam semangat semua tadi. So, tak ada la yang dapat taaruf separuh daripada peserta?"

"25..??"

Kedengaran ketawa kecil.. Saya menahan gelak.

"Ayoyo macam mana nih. Malas dak pakcik kalau macam ni"

Semua tergelak apabila terdengar 'ayoyo' daripada mulut Pakcik Mus.

"20...?? Kalau tak ada juga tak tahu la.."

Saya mengangkat tangan tanpa mendongak. Saya sibuk mencari pen di dalam beg saya.

"Alhamdulillah ada, kalau tak pakcik nak lari balik rumah dah. Ok, kita ada dua orang di sini..."

Saya tersentak. Bungkusan cadbury blackforest di tangan kiri saya terjatuh ke lantai. Saya menjerit kecil sambil mengangkat muka.

"Hah..!! 2 orang sahaja...!!????!!!"

Saya nampak tangan diangkat daripada salah seorang peserta lelaki. Saya mencari seorang lagi.

"Ya ALLAH, mana ada orang lain dah. Akulah.. Wa, mati aku...!!"

Dengan serta-merta saya menjatuhkan tangan. Senyuman saya yang tak pernah padam sejak awal pagi tadi pergi begitu sahaja. Weird feeling. TAKUT.......!!!!

"Ok, kita ada 2 orang untuk 20.. Kalau 21?"

Kak Jamilah membisik.

"Aisyah, kan anti 21. Angkatlak tangan"

"Ana taknak buat kerja gila. Tak nak.....!"

(Haha... Lawak pula kalau ingat semula. Duk tersengih sorang-sorang saya kat sini)

Kak Jamilah mengangkat tangan saya. Saya tak sedar akibat terlalu nervous. Saya tersedar...

"Kak Milah, saya tanaaaaaaakk.......!!!!"

"Haha, sesekali kenakan awak.. Tadi duk pekena orang lain tadi"

Pak Cik Mus terjengket-jengket.

"Ok, kita ada sorang. Aik.. Eh makcik...!! Ko punye 20 ke 21?"

Saya tergelak. Memang tak dapat tahan kalau orang buat lawak.

"Kan dah kena Kak Milah. Malu lah ana"

Gamat dewan ketawakan saya. Hihi

"Ok, dipersilakan sahabat tadi. Baca senarai nama dan no telefon sekali"

Rafhan Ridha dijemput naik ke pentas.

"Hah, no telefon sekali ka pakcik?"

Riuh ahli dewan. Semua memberi reaksi terkejut apabila pakcik meminta nombor telefon dibacakan sekali.

Satu-persatu nama yang tertulis pada kertas lancar keluar daripada mulut Rafhan.

Saya pula di belakang ini, sedang terketar-ketar membaca doa.

"Ya ALLAH, bagilah aku tak kena baca list ni. InsyaALLAH depa mesti tak suruh sahibah. Suara sahibah kan aurat (haha, bila da gabra, alasan karut pun keluar). Tak pun dia suruh orang lain. Ameen Ameen"

Lawak sahaja. Kih kih kih.

"Kak kinah, depa tak suruh ana baca nanti kan? Kan?"

Serta-merta saya mendengar..........

"Ok, kita dengar makcik yang kat belakang sana baca...."

Masya ALLAH, tak naaaaak....!! Saya sudah tidak ketawa dengan gelaran 'makcik'.

"Kak Kinah, Kak Milah.....!! Ana tak naaaakk....!!"

Saya menggenggam erat baju mereka berdua. Sehingga berkedut seribu akibat genggaman saya yang terlalu kuat. Truely I'm said. Saya tak pernah sebegini takut.

Rasa takut yang sama jika saya disua dengan seekor tikus besar. Saya tak tahu macam mana rupa saya ketika itu. Tapi, saya yakin..! Mesti amat teruk..!

"Ya ALLAH, kenapa aku nih?"

Rasa macam nak lari serta-merta ketika itu. Kak Sakinah dan Kak Jamilah tergelak tengok kondisi saya. Memang terkena juga saya kali ini.

"Aisyah, cool down je. Kan anti selalu cool down. Hahaha, relax je. Anggap macam kat Kampung Laut. Aggap orang yang anti kenal dalam alam maya tuh semua tak ada"

Lidah saya kelu. Amat amat amat amat takut. Saya dah tak nampak apa-apa. Saya macam ternampak seekor tikus besar sedang merangkak perlahan-lahan ke arah saya. Rasa nak lari macam tu je.

Terjeling ke sebelah sisi dewan. Ternampak Abang Izzat menghulurkan microphone kepada Kak Ruqayyah. Kemudian Kak Ruqayyah melangkah setapak demi setapak menghampiri saya. Ana mata saya mengekori langkahannya.

Lantas saya menutup mata. Tak sanggup melihat Kak Ruqayyah dengan microphone nya. Seakan-akan saya melihat pisau di tangannya (sori akak hik hik). Masa seakan merangkak perlahan-lahan. Amat lambat.

Saya tunduk tanpa memberi respon. Kak Sakinah dan Kak Jamilah yang berada di sisi saya sudah mula bimbang. Takut kalau-kalau saya tak nak bangun dan baca. Walaupun saya tidak pernah lakukan perkara semacam itu.

"Aisyah, anti boleh.. Kami yakin"

Saya membisu..... Terdengar suara ketegasan..

"Aisyah, ko nak bangun ke tak ni? Eh, asal ko takut sangat ni? Amboi... Kat sekolah bukan main lagi....."

Saya bermonolog sendirian. Kak Ruqayyah semakin menghampiri. Dan sudah pasti dengan microphone yang seakan-akan pisau itu.

Lalu...

Kak Ruqayyah menepuk belakang saya.

"Sahibah berani....."

Saya menoleh lantas menunduk....

Dan..................


Ha.. Entah macam mana sambungannya.

Soalan...

1. Adakah Aisyah akan terus tunduk dan mendiamkan diri sehingga Pakcik Mus mencari sahibah lain yang sukarela untuk meneruskan slot?

ATAU

2. Adakah Aisyah akan berlari masuk ke dalam khemah?

ATAU

3. Adakah Aisyah akan terus bangun bak serinkandi pejuang Islam dan membaca penuh yakin?

ATAU

4. Aisyah akan menyuruh Kak Jamilah atau Kak Sakinah bacakan untuknya, menjadi wakil kepadanya?

Ha.. Kalian jawablah sendiri. Huhu.



Bukan niat nak suspend. Tapi, dah lenguh menulis ni. Daripada tadi niat nak berhenti. Tapi, makin lama makin seronok bercerita sampai tak sedar dah kebas tangan ini.

Pula tu, nak tulis post ni selalu bertangguh. Allah izin, banyak sangat masalah. Computer rosak, laptop tak boleh tekan key 'A'. Then banyak aktiviti. Nih pun baru balik daripada amal jamaie di Sekolah Rendah Ibn Qayyim. Sekolah lama saya, tempat saya memupuk kepimpinan diri.

Oklah, saya harus bersiap untuk solah Maghrib. Nantikan sambungannya. Kalau ada antara kalian yang rajin naj sambung, silakan.. Tafadhol..! Hihi. Saya alu-alukan.

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 29 dec 2008 6:43 pm

p/s - Esok keluar result PMR...!! Moga ALLAH bagi yang terbaik buat saya.

6 comments:

ummu_ammar said...

emm...cara perkenalkan diri
guna ayat "nama diberi"
sangat famous kat UKM..
so..tak heran sgtlaa..
tp impress bila ada shbt guna..
tak tau dia celup dari mana
atau dia reka sndiri..
hehe..

ummu_ammar said...

syah...
sambunglaa cite..
adeh..
k.nwl miss lah time
ice breaking..
kalut kat dwm makan..
miss sgt..

Wonderful Paradise said...

salam perkenalan ya aisyah...
sedap betul nama awk..can I be
ur friend...salam

Wonderful Paradise said...

salam perkenalan buat kamu

Wonderful Paradise said...

salam perkenalan buat kamu

Wonderful Paradise said...

sy stay kat perlis...
ketemu sama kamu kat dlm blog.
camni la sy kenal kamu