* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 31, 2008

PMR...!!

Salam Sejahtera...

Akhirnya result PMR sudah keluar. 9A ada 8 orang di sekolah saya. 4 lelaki 4 perempuan. Bolehlah amik sorang satu. Hik hik. Saya akhirnya sudah tahu langit itu tinggi ke rendah. Tapi, macam biasa. Tak sempat bernyawa. Sampai sahaja result di tangan saya. Bukan mahu dibuka. Tapi, terfikir pasal tahun depan.

"Argh...! Tahun depan SMU pula Atiqah"

"Aisyah.. Asal anti sebut 3 huruf tu. Tak boleh nak relax-relax dulu"

"Nak wat cana. Memang kena keluar. Aii, matilah ana. Ana lari pi MATRI la.. Hahaha"

"Haha, tak yah wat lawak la.. Anti dah kata aritu. MATRI mustahil bagi anti"

"Pandai pun. Hik3 Doa-doa la ALLAH tak izin ana p sana. Nauzubillah"

Hihi. Jangan terasa ya student MATRI. Bukan apa, SMASKL amat bermakna bagi saya. Bukan mahu dikata SMASKL lebih baik. Cuma, SMASKL lebih baik untuk saya. Sebenarnya semua is the best.

Bila difikir. Sijil Menengah Ugama... SMU. Memang agak tension la. Seram sejuh pun ada. Subjek SMU ada lebih kurang 15 subjek. Mahu mati..

"Alah, ramai yang dapat Straight A SMU, tak kan aku tak leh"

Betul tak Abang Luqman yang genius? Hik hik hik.

Buku yang kena dihafaz, semua tebal-tebal. Tapi, saya macam biasa. Tak suka hafaz. Saya akan faham dan jawab dengan ayat Bahasa Arab sendiri. Hik hik. Jalan paling mudah bagi saya. Saya jawab spontan atas kertas tu.

Buku tahun depan (sebahagian)
Nampak tak.. Balaghah tuh.. Adeh..
Balaghah ok lagi, tang2 adab nusus mati la..

Ini buku NAHU.. Ustaz Jaie yang ngaja..!! Hik hik
Nak bca pun susah..

Sama lah seperti dalam Penilaian Menengah Rendah Ugama. Sepatutnya dalam PMRU, semua kena jawab ikut teks dalam buku. Tapi, saya tak nak. Keras kepala nak juga buat ayat sendiri. Last-last saya yang takut. Subjek Tafsir dan Hadith target dapat B. Tapi, ALLAH maha berkuasa dan bagi ana 'A'.

Tahun depan, SMU diberi kelonggaran untuk menjawab soalan dengan ayat sendiri. Amat menyeronokkan. Hik hik.

SMU....
Calonnya Tingkatan 4. Huh, aku dah Form 4 ya dalam 3 hari lagi. Tapi, birthday saya lama lagi.

Ya ALLAH, aku ada lagi 2 tahun di SMASKL. Ya ALLAH..

(sebak.. air mata mengalir..jangan nangis aisyah..!!)

Aku ada lagi 2 tahun bersama adik-adik dan murabbi-murabbi di SMASKL. Aku punya lagi sedikit waktu untuk mengutip permata di sini. Saya sudah temuinya. Dan saya mahu kutip banyak-banyak. Segala memori di SMASKL akan ku simpat erat. Aku punya kotak kenangan bernama HATI. Pabila ku kerinduan, akan ku koreksi kotak kenangan tersebut, dan meratap bersamanya..

Ya ALLAH.. Jangan bagi aku menangis sekarang..!! Bagi aku siapkan post ini dulu..

Wahai sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah yang amat ana cinta.. Generation 4 SMASKL. Yang menjadi tulang belakang perubahan di SMASKL. Yang menjadi harapan Ayahanda, sekolah, dan ISLAM tercinta.

Kita mantapkan iman kita. Tingkatkan akhlak kita. Jadi qudwah yang hasanah buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik. Kita kena jadi yang terbaik. Dengan keputusan yang ALLAH bagi dalam PMR semalam, ana yakin... Kita MAMPU...!! Kita mampu gegarkan dunia ini dengan kalimullah.

Kita punya banyak keistimewaan yang ALLAH bagi. Wihdatul Fikr sudah kita peroleh... Ingat, ana sayang kalian sahabat sahibah Al-Musaffirin, Jilut Tahrir, Jilul Ameel, Ansorul Haq (banyak betul gelaran kami).

Teringat pula sewaktu Maulidur Rasul tahun 2008 ni. Kami dikehendaki melakar poster. Asing pelajar lelaki perempuan dan poster mengikut kelas. Saya bentangkan.

Kelas saya, Tingkatan 3 Ibn Kathir melukis poster dengan kata-kata semangat jihad. Seorang srikandi berpurdah menaiki kuda dengan bendera kalimah ALLAH dalam genggamannya. 4 orang rijal di atas bukit sedang bertakbir. Serta janji kami untuk memartabatkan ISLAM dengan ilmu yang kami ada.

Tak jelas..

Masya ALLAH sebak hati ini. Rasa susah nak teruskan menulis.. Aisyah, tahan sikit..!!

Ada juga nama-nama sahibah kelas kami dan tidak akan dilupakan nama-nama sahibah kelas sebelah. Kelas Fakhrul Razi. Tak akan kami lupakan. Ada 19 orang semuanya..! Terlakar juga di poster itu dua bilah pedang. JIHAD...!! Jihad kami dengan ILMU...!!

Subhanallah... Wahai Pencipta kami, kuatkanlah diri kami.. Eratkan ukhuwah keranaMu ini. Izinkan jalinan ini sehingga akhir hayat kami. Jadikan tautan ini asbab kami mendapat naunganmu esok hari. Doakan kami termasuk dalam 7 golongan itu. Ameen.

Kelas Fakhrul Razi pula melakar tali-tali dan replika dunia dengan tangan dibawahnya. Tanda dunia akan berada dalam tangan kami, tangan pejuang-pejuang ISLAM. Tali itu tanda kami menyambung tali perjuangan Rasulullah. Sebenarnya, poster kami dua kelas ini, bukan dilakar oleh ahli kelasnya. Separuh kelas saya pergi tolong lukis yang kelas sebelah. Sama juga seperti mereka.

Puas AJK program mengarahkan kami kembali. Tapi kami teruskan.

"Tak apa. Teruskan. Tak ada apa yang boleh pisahkan kita. Aisyah ada di sini"

(Hihihi saya juga AJK program). Jadi, kami teruskan. Cuma sewaktu perbentangan, kami sampaikan mengikut kelas masing-masing. Tapi, tidak sah kalau perbentangan kami tidak terpaut dengan kelas Fakhrul Razi. Saya bentang. Saya sebut semua nama Ahli Jilut Tahrir, Generasi Pembebas, gelaran untuk sahibah gen 4.

Jilul Ameel, Generasi Pemudah, gelaran bagi sahabat. Actually kami gaduh nak pilih Jilul Ameel ke Jilul Tahrir. Last-last diberi gelaran Jilul Musaffirin oleh Ustaz Amali.

Keesokannya, kami melangkah masuk ke dalam kelas. Saya beriringan dengan sahibah-sahibah saya. Ketawa. Ceria. Suprisingly, kami melihat ada poster di belakang kelas. Saya berlari ke kelas Fakhrul Razi. Ada juga poster.

"Nih sahabat punya e? Macam pernah ku nampak..!"

Semua tergelak melihat gaya saya. Lantas mereka membuka poster semalam. MasyaALLAH - sama..!!

Saya berlari ke kelas semula. Macam apa duk lari-lari. Membuka beg saya dan mengambil poster kami.

Saya ketawa sakan.

"Patutlah macam pernah nampak poster kat dalam dua-dua kelas ni. Sama ja dengan kita. Aduhai. Depa mai tengok ke yang kita?"

"Mana ada la Aisyah. Poster tu dalam beg anti. Mana depa boleh tengok. Tapi, tak tahu la kalu depa naik asrama kita semalam. Kan senang je sahabat nak masuk"

Saya tergelak sakan. Iya, memang amat senang. Tapi mustahil la.

Saya gelak lagi.

"Jom kita tampal nak. Mesti depa terkejut nampak poster depa ada kembar"

Kalian tak percaya ya sama? Rugi tak ada gambar. Tapi sahabat sahibah kelas ana pasti akan percaya. Ini memori yang agak kelakar.

Kenapa kelakar? Kalau kalian nak tahu, Generation 4 SMASKL ni selalu gaduh. Mesti ada ja kata tak adil. Sahabat dapat tu, sahibah tak dapat ni. Sahibah dapat tu, sahabat tak dapat ni. Macam-macam. Tapi, pengetahuan awal-awal. Saya tak termasuk dalam golongan gaduh tu. Saya jadi orang tengah. Kan?

Betul tak sahabat n sahibah sekalian?

Hahaha. Sebab tu seronok aje duk cerita ni. Betul tak Muizz? Anta la yang kuat dengki tu kan? Last-last bila gaduh, ana juga yang dicari.

Ingat pula kes gaduh dalam kelas. Berbalas mulut. Saya tiada di situ. Gaduh kes kedudukan dalam kelas. Sahabat nak duduk sebelah-sebelah. Sahibah nak duduk depan belakang. Last-last saya datang, terdengar orang melaung takbir kuat dalam kelas. Ingat kan apa.

Tiba-tiba naiklah Hawa, Siti dan Wani. Ingatkan mereka gelak. Rupanya menangis.

"Eh eh, kenapa ni? Asal nangis ni?"

Mereka menjawab sambil menangis. hampir sahaja saya tidak mendengar.

"Aisyaaaaaaaah, aisyaaaaaaaah....! Tolong kami. Anti kena tolong kami.. Isk3.. Putera.. Putera.."

Saya mula bimbang.

"Kenapa? Putera buat apa? Eh, cerita betul-betul..! Ana risau ni..!!"

"Aisyah..."

Melihat keadaan Siti yang amat teruk, saya letakkan tangan saya di belakang mereka dan membaca doa dan Alam Nasyrah dan menggosok-gosok. Siti berhenti teresak-esak.

"Kenapa ni? Cuba cerita kat ana satu-satu. Hawa.. Cakap kat ana"

"Ana tak sanggup nak cerita.. Putera... Anti turun lah. Tanya mereka. Marah depa. Anti jarang marah depa. Kali ni anti kena jugak marah"

"Aduhai.. Kenapa ni? Teruk sangat ka? Depa buat apa ni? Tengok keadaan. Ana tak suka marah-marah"

Tiba-tiba Siti mengambil bantal. Pelik. Dia menekupkan mukanya. Dan MENJERIT sekuat hati...

"Siti, istighfar siti.. Selawat. Hawa, anti baca Alam Nasyrah banyak-banyak kat Siti. Ana memang kena turun bawah ni. Tapi, sebelum ana jumpa depa. Ana kena tanya sahibah lain dulu. Mereka di mana?"

"Anti pergi cepat..! Depa ada kat 1 Umar"

Saya melangkah laju. Saya berjalan dan berjalan pantas. Sahabat yang berada diluar kelas ternampak saya.

"Aisyah balik dah..! Panggil dia lah. Susah la yang lain"

Saya menjeling ke sana. Ekor mata saya ternampak beberapa orang sahabat melangkah ke arah saya"

Saya cuba mengelak. Saya perlu utamakan sahibah saya dulu. Perlu dengar daripada mulut meraka sebelum sahabat. Langkahan saya laju.

"Cepatlah panggil dia"

Saya sempat lari. Alhamdulillah. ALLAH nak saya dengar luahan sahibah saya dahulu. Saya naik ke atas. Mereka bergelap dalam 1 Umar.

"Aisyah dah datang"

Mereka memeluk saya sambil menangis.

"Kenapa ni?"

"Anti tak tahu ka?"

"Erm, ana nak dengar cerita daripada antunna"

Mereka nampaknya amat-amat sedih. Memang diakui, wanita amat lemah dengan ujian.

"Tak apa.. Kita kena kuat.. Kena tunjuk kita hebat. Baru putera tak buli kita. Kan?"

"Anti dah cakap ngan sahabat?"

"La, ana nak dengar sahibah yang ana sayang cakap dulu. Mereka nanti pun tak apa"

"Bukan la, ana dengar suara Fahim panggil anti tadi"

Betul. Mereka memanggil saya.

"Antunna nak ana cakap ngan mereka ke?"

Saya suka meminta pendapat mereka.

"Ya ALLAH, mestilah. Nak suruh siapa lagi. Marah sikit depa"

"Ok, ana turun dulu ya. Amirah, meh teman ana..! Kita tunjukkan kita bukan sembarangan perempuan.. Takbir..!! Hik3"

Slow sahaja sambutannya. Saya cuma menceriakan suasana. Mereka semua tergelak dengan ulah saya.

Saya melangkah ke tengah dataran pejabat. Nampaknya tak perlu susah-susah saya panggil. Ada beberapa orang sahabat berjalan ke arah saya. Macam biasa, malu-malu.

Saya cuma senyap. Biarkan mereka nyatakan hasrat dulu.

"Aisyah, weh.. gane nak cakap? Mung la kabo.. Aku dok reti"

Saya tergelak. Lantas saya memotong.

"Ok-ok. Kalau antum tak nak cakap, meh ana cakap"

Saya memandang ke arah pejabat yang berada di sebelah kanan. Mereka memandang ke arah Kelas 4 Imam Syafie yang berada di sebelah kiri. Syara' tetap dijaga.

"Sat-sat. Tunggu sat. Amirah, pergi panggil 2 orang lagi. Panggil Sya dan Dibah"

Mereka menunggu. Saya masuk ke kelas Tingkatan 5. Mengusik abang-abang dan kakak-kakak yang sedang belajar. Kecoh kelas. Hik3. Peluang untuk mengusik jangan dilepaskan.

"Nasib baik budak Aisyah ni datang. Kalau tak, memanjang kita tengok buku ni. Nakal ya..!"

Title nakal amat sinonim. Doa-doa la tahun depan tak dapat dah dengan ustaz-ustaz baru.

Amirah, Syahirah dan Adibah turun. Sahabat datang 3 orang. Ingatkan datang seorang sahaja.

Say berpaling ke arah pejabat dan mula berkata-kata.

"Ok, dah sedia? Muizz, kenapa kelas selerak sangat tu?"

Saja bertanya. Helah.

"Puteri tu... Ah, tiba-tiba ja cari gaduh"

"O, sebab tuh la ea kelas selerak? Sebab puteri cari gaduh? Ada kaitan ke ea?"

"Aduih, mung jawab gitu kenapa Muizz. Cani. Abaikan soalan anti tu. Aisyah, anti cakap kat sahabat-sahabat anti tu.. Kami nak duduk sebelah-sebelah"

"Abaikan soalan ana? Ok, ana terima. Kenapa tiba-tiba cakap pasal kedudukan kelas?"

"Sebab kedudukan kelas la kelas selerak macam tu"

"Wah, macam besar sahaja masalah tu bunyinya"

Perkenakan depa.

"Ok, tafadhol. Cerita kat ana kenapa pasal kedudukan kelas, kelas kita boleh selerak macam tu?"

"Sahabat anti tu, berkeras juga nak duduk belakang. Kami nak duduk sebelah-sebelah. Keras kepala betul. Mereka patutnya ikutlah ulul amri. Ape la"

Syahirah dan Adibah geram. Mereka menggenggam erat baju saya. Saya membisik.

"Sabar.. Sabar k.. Ana mintak tolong antipa sabar sikit. Ana tau korang mampu sabar, sebab tu ana panggil korang. Sabar ya"

Saya meneruskan kata-kata.

"Kenapa nak sangat duduk sebelah ni? Give me 10 reasons. Esh, 3 ja. Boleh kan?"

"Kalau anti tak mintak pun takpe. Kami dah tulis panjang-panjang kat whiteboard. Esok, suruh sahabat anti semua tu baca. Kami seganla. Kalau korang duk kat belakang, kami tak selesa la. Asyik korang tengok kami. Lagipun, nanti korang juga yang malu nak bentang. Kan?"

Fahim bersuara. Saya mengangguk.

"Tapi, nanti kalau duduk sebelah. Antum pula yang tengok kami.. Kan?"

"Erk, cana nak jawab?"

"Tak apa, ana bukan suruh anta jawab. Benda ini kita boleh bincang elok-elok k. Tak perlu nak telingkupkan meja puteri tu. Tak baik tau antum buat macam ni. PMR dah dekat. Kalau sahabat-sahabat ana marah kat antum, tak berkat apa yang depa bentang. Kan naya.. Sekarang ni, antum balik dorm. Prep dah abis kan? Sebelum tidur, amik wudu'. Doakan sahabat-sahabat ana dah reda esok. Mintak kat ALLAH supaya lembutkan hati mereka. Hanya ALLAH yang memegang hati kita"

"Ok, thanx. Penambahan. Kami tak lingkup meja anti"

"Kan bagus kalau tak lingkupkan semua. Nanti tak payah antum angkat balik kan? Jadi, semuanya bermula dengan kedudukan kelas kan?"

"Maafkan kami. Kami tahu masalah itu amat kecil. Tapi, kami tak mintak maaf kat sahabat anti tu."

"Pandai pun antapa. Ingatkan tak pandai. Tak apa. Benda yang berlalu.... Sekarang fikir apa yang perlu anta buat. Ana doakan antapa lembut hati untuk memaafkan kami"

Saya merasakan saya juga bersalah.

"Ok, Terima kasih, Aisyah"

Macam-macam hal. Memang gaduh. Tapi, mereka baik sebenarnya. Moga ALLAH sayang mereka. ALLAH uji kami, sebab berikan kami putera-putera yang terlebih nakal. Hihi. Memang banyak yang perlu kami sabar. Kalau kelas sebelah, putera mereka matang sikit. Sebab tu senyap je. Kelas kami ni, bising. Eh silap. Ceria. Hihi.

Saya menghentikan langkahan mereka.

"Sat, tolong panggilkan Firdaus n Hami. Ana nak jumpa"

"InsyaALLAH"

Saya berpaling. Mereka yang menemani saya tadi memegang tangan saya.

"Thanx Aisyah sebab tolong"

"Tak dak apa la. Ana nak tolong sapa lagi kalau bukan sahabat-sahabat yang ana sayang ni kan?"

Lantas saya mencubit pipi Syahirah yang tembam.

"Tapi kan, elok pulak depa cakap ngan anti. Tadi, punyalah jerit-jerit kat kami.. Geram betul"

"Ana nak tanya, ada tak sahibah kita keraskan suara tadi?"

"Ada.."

"Herm, sebab tuhla mereka jerit-jerit. Lain kali, kita kena cakap elok-elok. Depa pun akan cakap elok-elok la. Ok?"

"Ooo, itu rahsia Aisyah selama ni ea?"

"Hik hik, lebih kurang la"

Hami dan Firdaus datang... Pengawas di dalam kelas saya.

"Ok, dah lewat ni. Ana nak tanya apa yang berlaku tadi. Ringkaskan"

"Tadi, mereka bergaduh pasal kedudukan kelas. Lagi parah duk balas-balas cakap. Tapi, alhamdulillah. Meraka cuma gaduh mulut. Cuma lepas tu, sahabat takbir sambil lingkupkan meja sahibah kecuali meja anti"

"Masya-ALLAH.Anta dua orang ada kat mana? Anta buat apa? Ada leraikan mereka? Ada halang depa?"

"Erk, maafkan kami. Kami tak mampu buat apa-apa. Shaatibi datang tolong"

"Tak perlu minta maaf kat ana. Minta maaf pada sahabat-sahabat anta sebab anta tak mampu tolong mereka. Muhasabah balik nanti. Shaatibi cakap apa?"

"Dia cakap yang kita kena ikut Ulul Amri. Dia wat keluar dalil tu"

Patutla Muiz duk cakap pasal Ulul Amri tadi.

"Ok ok. Ana mengerti dan faham. Sekarang, ana nak mintak anta selesaikan yang sahabat. Cakap elok-elok dengan mereka. Anggap depa anak kecil yang perlu dibelai. Kita sebagai daie kena kreatif. Kena tahu macam mana nak cakap dengan golongan seperti mereka. Kalau boleh, jangan gunakan ketegasan setakat ni.

Ajak mereka merenung apa yang akan jadi dengan keputusan mereka. Duduk sama-sama mereka dan fikirkan apa akan jadi jika pergaduhan ini berlarutan. Apa akan jadi kalau kita sibuk dengan benda-benda kecil. Kita ada sesuatu yang lebih besar untuk digapai. Doakan ana sekali. Ana juga tidak kuat. Tapi insyaALLAH dengan sahibah yang lain ana akan mampu.

Dan 1 lagi. Sampaikan pesanan ana untuk Shaatibi, dalil itu bagus. Tapi tidak sesuai dengan kondisi waktu itu. Itu akan lebih menyesakkan keadaan. Sahibah kurang puas hati dia menangkan sahabat. Memang mematuhi pemimpin adalah wajib. Wajib sekiranya beriman. Lagipun, Rasulullah melarang kita bercakap dengan kasar. Mengalah itu banyak ganjarannya. Maaf kan ana kalau ada apa-apa yang silap. Moga ALLAH sayang anta berdua"

Huh. Penat..! Ini sebahagian kenangan yang tak dapat saya lupa. Esoknya, mereka sudah saling bermaafan. Tapi, ada 1 masalah. Mereka jadi tak nak cakap. Hanya bermaafan di mulut. Mungkin teringat incident gaduh tu. Hik hik. Kelakar. tapi, yang parah. Saya la yang terpaksa korbankan diri.

Bayangkan, semua berurusan dengan saya.

"Aisyah, anti tolong cakap kat Faiz yang Teacher Meriamah suh dia kutip buku essay"

Saya pun pergilah cakap. Tak sempat saya duduk balik, nama saya dilaung.

"Aisyah, anti cakap kat sahibah duk tepi tingkap yang sama baris dengan Hafizuddin ni. Cakap kat dia, nanti cek kebersihan kelas petang ni. Ana da cek pagi tadi"

"Ok, Ha Aiman, anti dah dengar kan? Aduhai.. Sampai bila korang nak panggil nama ana ni? Nak dekat seminggu korang macam ni. Tak serabut ke?"

Saya merungut kecil sambil memegang kepala dan menggoncangkannya.

Lantas serentak sahabat sahibah menjawab.

"Taaak...!!"

Semua senyap. Terkejut dengan suara mereka sendiri.

"Ha, tengok.. Wihdatul Fikr.. Bab-bab pekena ana nombor 1, siap satu suara lagi. Satu hati tu. Korang memangla tak rasa apa-apa. Ana nih dah pening tau. Sampai terpaksa list pesanan korang"

Mereka gelak.

"Sori ya anti...!"

Satu suara sahabat bergema.

"Ok, ana maafkan antum. Tapi, janji jangan lama sangat tau gaduh. Nak dekat dah PMR ni"

Hahaha. Lawak je.

Ha? Macam mana mereka baik semula? Nak tau jugak ya?

Pada hari Khamis, hari kelima mereka bergaduh dan juga sehari selepas saya pesan kepada mereka tentang PMR tadi, mereka dah mula berbaik. Nak tahu macam mana?

Sebelum saya bercerita. Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada POP CORN n APPLE. Hik hik. Sebab mereka lah saya dah tak perlu ke sana-sini dan list saya tuh dah tak perlu guna.

Ceritanya macam ni. Saya amat lapar ketika itu. Lapar sangat-sangat. Kami baru sahaja usai kelas Science. Teacher Aisyah belum keluar. Teacher sembang dengan kami. (Notice : Teacher Aisyah Humaira bukan orang yang sama dengan Aisyah Humairah Najihah hik hik)

Jadi saya pun merungut kepada teacher.

"Teacher, ana lapar la"

Kelas kami kecil. Jadi bergemalah ayat lapar itu.

Teacher hanya tersengih dan membisikkan di telinga saya.

"Aisyah, anti tak gaduh ngan diorang kan? Yang lain gaduh lagi ke?"

Tak sempat saya menjawab, Luqman pelajar paling nakal (dia kalahkan saya, dia lagi nakal daripada saya) memanggil Teacher. Lantas Teacher meluru ke arahnya. Mereka macam bisik-bisik dengan mereka. Saya pula sedang cek list pesanan depa.

Teacher kembali ke meja pelajar perempuan. Lantas meletakkan dua bungkus pop corn di atas meja kami.

"Wa, dan dan. Ana tengah lapar ni.."

Tangan saya mencapai bungkusan pop corn. Tiba-tiba..

"Eh, sabar dulu. Popcorn tu bukan untuk Saudari Aisyah. Itu untuk puteri selain Aisyah"

Satu suara pelik kedengaran. Puteri lain semua menunduk. Saya memasang telinga. Nak tahu si empunya suara itu.

"Dalam kelas kita mana ada suara macam tu. Kasar sangat tuh"

Rupa-rupanya si dia berkata-kata sebalik buku. Muiz orang nya.

Dia mahu meneruskan kata-kata. Tapi, saya terlebih dahulu memotong.

"Tapi, kenapa ana tak boleh. Mana aci. Ana pun tergolong dalam puteri jugak"

"Iye, kami tak kata anti bukan puteri. Tapi, anti tidak tergolong dalam golongan yang gaduh dengan kami"

"Ooooo, faham-faham.. Lagi, takkan yang itu sahaja. Yang lain tak nak bagi ucapan?"

Cepat sahaja saya mengusik.

"Ada lagi, ada teks ni (semua gelak). Kami, pelajar putera Kelas 3 Ibn Kathir ingin mengucapkan Salam Maaf buat semua puteri Kelas 3 Ibn Kathir dan macam biasa kecuali Aisyah. Kami janji tak akan buat lagi. Kih kih"

Nakal bunyinya. Saya tersenyum. Hami dan Firdaus juga tersenyum. Alhamdulillah. Saya tak habis lagi menyakat.

"Eh, jangan percaya sangat. Janji lelaki ni tak boleh dipercayai. Kan teacher kan?"

"Esh, mana ada Aisyah. Depa ni bukan lelaki tapi syabab. Janji syabab tak pernah dusta. Nak-nak lagi syabab Gen 4 SMAKL ni"

Aduhai, teacher tidak menyebelahi saya. Semua gelakkan saya.

"Oklah, janji mereka akan saya catat. Akan saya percaya. Eh, korang kena thiqah tau syabab kita ni. Depa kan yang terbaik, yang soleh, yang macam-macam lagi. Tapi, tak kira la depa bagi ke tak... Ana nak jugak popcorn tu..! Tak kira..!!"

"Ok ok. Meh ana suapkan. Cepat buka mulut. Hik hik"

Siti menyuap saya. Putera tergelak melihat adegan suap-menyuap.

"Manja betul, nak suap pulak"

"Bukan manja la.. Ukhuwah..!! Kan Siti kan?"

"Teacher, sapa suh bagi Aisyah makan?"

Kami terdengar. Lantas serentak pelajar perempuan menjawab..

"Kami bagi.....! Eh, kalau tak dak Aisyah. Maybe kita dah letak tabir kat tengah ni"

"Ha, betul tu. Nih Aisyah Humairah Najihah la.. Penyebar Ukhuwah alam semesta..!"

"Nak bagi apa ya kat sahabat?"

Shahidah membisik

"Ana ada epal 4 biji"
"Ana ada candy"
"Ana ada biskut"
"Ana ada maruku"

(hahahaha, tengok..! Sahibah SMASKL kuat makan..! Dalam kelas pun dah jadi macam dapur..!)

"Cadangan ana, kita bagi epal. Tengok macam mana depa kongsi nanti. Rugi nya tak ada cam"

"Tak apa, nanti kita doa kat ALLAH supaya tayang balik di Syurga. Kita kan sama-sama nak jumpa di Syurga.

Mereka pun makanlah epal hijau 4 biji tu. Kongsi 20 orang.

Akhirnya kelas saya kembali ceria macam biasa. Sehinggalah sekarang. Ya ALLAH, kekalkan ukhuwah kami. Thanx to POPCORN and APPLE..!!

Wahai Gen 4 SMASKL, jangan marah ya ana cerita ni. Ana dah print siap-siap ni. Kalau korang nak gaduh lagi, ana sua kat muka korang post ni. Gaduhla lagi ya. Ana dah bersedia dengan kertas untuk tulis list pesanan korang. Hihi.. Ana saaaayang korang. Kita kena jadi yang terbaik ya..!! Lagi ada dua tahun di sini.

Bagi putera-putera yang nak pindah tu, kesian. ALLAH bagi korang sikit 'A' sebab tak nak bagi korang pindah. Nak suruh korang stay sini. Itulah hikmahnya yang ana cakap kat korang semalam.

Ok, terima kasih kerana membaca. Ambil pengajaran. Kalau ada yang stil sekolah, jangan gaduh-gaduh sangat tau. Moga ALLAH sayang kalian.

Sedikit Hadiah..!! Kenali mereka..!!

Repot kat Ustaz Pian..!!

Beli surat khabar..!! Repot kat Ayahanda..!!

Takraw..!!

Makan cangkung..!!

Moga ALLAH bagi kalian kuat

Hik3.. Eksyen lebey..

Tengok.. Sapa tinggi sekali..

Sonok..!!

Debat dalam kelas (nih sblum gaduh)

Moga ALLAH kekalkan ukhuwah kita..

Hari Untuk Tahu Langit Tinggi Ke Rendah
Gelagat bila Result PMR keluar


Malu....!

Semangat tuh..!!

Cemerlang sume nih..!!

Nih lunch saya akibat tanak ikut Ayahanda n Ustaz Rajaie p makan.
Kes segan dengan sorang Ustaz baru
Last-last lagi, Cg Science saya p blnja makan n lagi parah..
Sebab sekali dengan sahabat kelas saya..
Tapi mujur, Aisyah baik dengan semua orang.
Sahabat tuh anak murid saya subjek MATH.
ALLAH bg dia 'A' MATH. Lega..!!

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 31 Dec 2008 3:56 pm

4 comments:

Wonderful Paradise said...

anti aisyah dapat bape A pmr?

yott said...

aisyah..
mai arr johore lagi..
nanti ana bg cadbury.. he3

syah93 said...

Kak yott, 6t akan salu p johor.. Tapi nk sggah smpang rgam susah sket la.. Hik3

RafHan RiDha said...

salam...
sudah ku baca post mu...
emmm..
alhamdulillah...
ana dapat ckit gambaran mcm mana kehidupan di kg laut...
jauh bezanya dengan MATRI....

tapi masih ada gak yg timbul persoalan dalam hati....
insyaallah akan cuba leraikan...