* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 1, 2008

Terengganu banjir lagi...

Salam Sejahtera..

Nampaknya, ALLAH izin Terengganu dilanda bah yang agak besar tahun ni. Rumah sepupu saya yang hanya 500 meter daripada rumah saya, sedang berenang-renang di dalam air. Oleh kerana rumah saya terletak di kawasan yang agak tinggi, jadi risiko untuk banjir agak tipis. Namun, ALLAH boleh lakukan apa sahaja.

Sekarang, ayah saya tersekat dan tidak dapat pulang ke rumah dek air yang melintas di jalan raya agak laju. Tinggallah saya dan adik saya di rumah. Abang saya telah ke rumah sepupu saya untuk menolong mereka mengangkut barangan di dalam rumah ke tempat tinggi. Alhamdulillah rumah dua tingkat. Tingkat bawa, airnya paras pinggang. Tinggi kan?

Kalau kat luar, air pada paras dada. Tenggelam kereta bapa saudara saya. Alhamdulillah sempat sedar,. Kalau tak, innalillahiwainnailaihi rajiuun la kereta tu. Hihihi

Tak tersangka sebegini teruk banjirnya. Banjir yang paling teruk pernah kami di kampung ini alami ketika 2003 iaitu sewaktu saya Darjah 5. Air dalam rumah sepupu saya paras dada. Memang agak dasyat la.

Hari Sabtu lepas, air pada paras paha sahaja. Saya sempatlah merasa air banjir tu. Main-main air la katakan. Iyelah dah lama tak mandi. Ayah da siap beli tiub tayar kereta, buat jadi pelampung. Kami di kampung, selalu gunakan barangan terpakai. Tak perlu keluar duit banyak-banyak untuk beli pelampung. Harganya pun RM1.50 jer.. Hihi. Kalau beli pelampung, adalah belas-belas juga. Hihihi.

Seronok tau mandi banjir ni. Lagi-lagi dengan sepupu yang nakal. Syok pula duk usik-usik sepupu-sepupu yang masih kecil. Hihi. Pergi-pergi nampak dua bijik tayar lori tersadai di pinggir pagar.

"Mesti buat pelampung ni"

Best tau..!! Rugi siapa yang tinggal di bandar. Kalau banjir pun, duk sibuk nak mengangkut barang je lah. Hihi. Memang seronok tak terkata. Dan, pada hari tu juga lah saya terpaksa pakai tudung selain tudung labuh dalam hidup saya.

Jujurnya saya katakan, sejak Tingkatan 1 sehinggalah sekarang, kecuali di dalam rumah, saya hanya akan memakai tudung labuh. Cuma ada 2 kali sahaja. pada hari raya kedua tahun ni dan sewaktu saya mandi banjir Sabtu lalu.

Pada hari raya tu, ALLAH hijabkan pandangan saya. Saya langsung tak nampak tudung labuh yang sesuai warnanya dengan baju saya, warna biru. Tapi ALLAH izinkan saya nampak tudung turki yang warnanya biru. Tudung turki ni, yang biasa kita nampak kat kedai tu. Yang bidang 60. Labuh, labuh jugak cuma rasa macam tak lengkap je. Entahla kenapa. Pelik juga. Dah terbiasa dengan tudung labuh, bila pakai yang lain rasa macam kurang. Hihi

Pula tu, pergi beraya di rumah kawan ayah saya. Pelik pak cik tu nampak saya bertudung begini. Rasa macam nak balik duduk kat rumah je. Tapi nak buat macam mana. Sepupu pun ramai yang terkejut. Hihi.

"Hey Angah!! Jadi Wahida Wassini?"
"Angah eh, tudung abis dibasuh ke?"

"Hihihi, tak dak aih, dop jupe cari tudung warna biru. Pakai jelah yang mana ada"

Jawab saya bersahaja. Tak nak debat panjang. Yang kes mandi banjir tu, saya daripada bandar sebenarnya. Lengkap berbaju kurung dan bertudung labuh. Bila ayah kata nak main air. Berkerut dahi saya.

"Ayah, angah mana bawak baju. Balik dumoh dulu lah"

"Mana sempat dah angah. Kekgi dop puas pulok"

"Dah tu, nak berenang pakai baju kurung ke? Angah tak bawak tudung spare. Kekgi balik, nak pakai tudung apa?"

"Pinjam dulu dengan sapa-sapa"

Adus. Susah gini. Memang saya boleh pinjam baju dan sleuar sepupu-sepupu saya. Tapi, sepupu-sepupu saya mana ada tudung labuh. Sampai aje, rasa macam tak percaya kena harung air paras pinggang dengan baju kurung ni.

Budak-budak kampung yang lain semuany bertumpu pada family kami. Ya ALLAH, janganlah bagi hanyut. Adik-beradik saya semuanya gelak. Budak-budak kampung ni kenal saya. dan saya kenal mereka. Iyalah, kawan masa PASTI (tadika) dulu. Malu.

"Angah boleh ke ngarung nih? Tak yah gi la, duk dalam kete je"
"Ntah angah ni, nanti lemas susah pulak!"

"Ah, biarlah! Angah nak pi gak. Mana aci..!"

Kami pun bergerak jer. Kelakar. Hanya ALLAH yang tahu. Hihi. Dah la kena bawak beg berat. Semua handphone, beg duit dan barang-barang lain ada dalam ni.

"Tak apelah, pakai jelah tudung sapa-sapa. Janji mase aku balik satgi, dalam pejalanan, aku pakai tudung aku nih.."

Hihi. Memang seronok la. Guna tiub jadi pelampung. Ambil tayar jadi port nak terjun dalam air. Memang syok. Sekali lagi saya cakap. Rugilah siapa yang tinggal di bandar.

Cerita pasal ni, ingat pula kejadian Jumaat lepas. Saya, ayah dan adik perempuan saya dalam perjalanan ke sekolah. Ada Ijtima' Am. Mak saya dah ada di sekolah. Temankan kakak-kakak SPM. On the way tu, kami singgah kat pasar Rusila. Memang dah agak nak hujan, jadi saya bawalah payung. Ayah saya pergi cari sayur-sayuran dan saya dan Nabila pergi beli makanan.

Berhenti kat gerai burger, hujan lebat. Memang sungguh lebat. Dah la pasar ni, seberang pantai je. Kuatlah anginnya. Kesian pula tengok pak cik dan mak cik yang menjual. Macam manalah nanti. Herm. Sedih pula. Saya i, tak payah nak cerita lah. Basah satu badan. Semua orang menumpang di mana-mana gerai. Saya tengok jam.

"Dah lambat ni. Tak sempat nak pi Ijtima' nanti"

Saya pula teringat pula, mak nak makan Nasi Kerabu. Adus, gerai tu jauh ke dalam lagi. Kena basah lagi lah ni. Saya pergi juga. Adik saya dah meronta nak balik.

"Angah cepatla gi kat kete. basah da adik ni..!"

"Ya, ya.. Nak balik lah ni.. Sabar ya.."

"Dah tu, kenapa masuk ke dalam lagi ni. Cepatlah... Adik sejuk ni...!"

"Sabar, sabar.. Sikit je lagi. Angah nak belikan Nasi Kerabu untuk mak. Mak nak makan. Sabar yer.. Kalau tanak ikut, angah tinggal adik dengan orang yang jual ikan tu. Nak?"

"Ok ok.. Adik ikut.."

Hihi. Kesian pula. Tapi, nak buat macam mana. Saya terfikir jalan short-cut. Saya memang dah fasih dengan pasar ni. Kecil-kecil dulu, memang tak miss pergi pasar ni. Mesti ada yang pelik. Bukan apa, ni bukan pasar saja. Dalam pukul 9.30 pagi, Tuk Guru Haji Hadi akan mengajar kitab agama. Saya bukannya dengar. Duk bermain dengan sepupu-sepupu. Jalan-jalan. Kecil lagi lah katakan.

"Kalau nak guna shortcut, kena guna lorong yang ramai budak laki darul quran ni. Adus, susah juga. Kalau ada ayah, takpelah jugak"

Monolog hati. Memang lorong ni, ramai budak lelaki Maahad Darul Quran Rusila ni. Yang berserban dan berjubah semuanya. Tapi, saya endahkan. Lalu juga. Darurat. Hihi. Memang jarang sangat lalu ikut sini.

"Mek, mari duk sini lu. Basoh tu..!"

Seorang pak cik tua menyapa saya. Saya cuma tersenyum. Kalau cakap pun, bukannya dengar. Lebat sangat hujan. Dipendekkan cerita. Tak jadi pi Ijtima', balik rumah. Basah lecun. Ayah je yang pergi. Ana duk rumah, jaga adik.

Hihi. Baru seminit dua tadi, rumah saya dikunjungi oleh cousins dan aunt saya atau lebih enak didengari, flood victims. Hihi. Nampaknya, rumah saya jadi port untuk mereka. Kelakar pula dengar cerita mereka.

Oklah, got to go now. Dah kata jadi port flood victim, kenalah sedia banyak makanan. Saya kena masak macam-macam ni. Mak outsation ke Kota Bharu. Kalian doakan saya larat nak layan cousins saya yang banyak kerenah. Tambah lagi haiwan kat rumah saya. Selama ni, ada angsa, ikan, n Mickey (kucing) aje. Hari ni, tambah hamster cousins saya punya.

Ok. Menu malam ni, nasi goreng je. Makanan untuk flood victims.. Hihi. Post ini hanya lah sekadar perkongsian. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 1 Dec 2008

2 comments:

حزيفه.org said...

Panjang lebar cerita nti nih... wah... seronok ana baca pengalaman orang... Kereta ana dah pernah lemas dalam banjir dah... ujian Allah s.w.t.. harta dunia tak kemana.. tp sunnatullahnya perlu la diambil kira.. kucing nama mickey.. nanti ada Mickey Cat pulak.. :D

حزيفه.org said...

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.