* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 22, 2009

Ber'amal sebentar di rumah

Alhamdulillah. Saya amat gembira kini. Bukan kerana dapat pulang ke rumah. Tapi, entahlah kenapa. Saya sendiri tidak mengerti kenapa saya amat gembira.

Buka sahaja internet tadi, seorang abang yang amat ku sanjungi 'buzz' dan terus bertanya khabar. Kebetulan memang saya baru sahaja mahu 'clik' id beliau.

"Macam mana nek F4?"

Soalan first yang ditanya.

"Alhamdulillah. Amat seronok. Kelas ana ada 7 orang je sahibah. Sahabat ada 18 orang. Jadi, semua sahabat buat kerja"

Spontan sahaja saya menjawab. Sebenarnya bukan ini sahaja sebabnya. Banyak lagi sebab yang amat bermakna. Entah kenapa bila teringat sahabat sahibah saya, rasa nak tergelak ada, menangis, haru, kacau-bilau. Semua perasaan ada.

Kami di sini macam adik-beradik. Benar saya katakan, kami di sini ibarat satu keluarga. Tak percaya? Jom datang ziarah sekolah saya. Nescaya semua soalan kalian akan terjawab. Pernah saya ditanya, kenapa saya macam biasa je dengan lelaki.

Erm, agak berat sebenarnya soalan tu. Saya nak jawab pun agak takut. Tapi, memang biah di SMASKL mengajar kami berani. Berani lakukan apa sahaja selagi tidak melanggar batasan yang telah ditetapkan ALLAH.

Kami diajar saling menegur. Sebut tegur-menegur ni. Saya paling suka tegur sahabat-sahabat. Bukan apa, memang saya suka tegur mereka. Niat saya mahu mereka nampak sempurna walaupun itu mustahil bagi mereka. Cukuplah sempurna pada pandangan mereka dan kami.

"Antum kan pemimpin kami. Nanti berkeluarga, antum kepala. 2 things yang ana nak pesan kepada antum. Jaga iman dan jaga akhlak"

Saya akan menegur daripada setiap inci, setiap sudut. Dari segi keimanan (yang ini saya tak boleh nak tegur sangat, depend on themselves), seterusnya ibadah, akhlak, cara belajar dan hinggalah ke fizikal mereka. Anda terkejut...??

"Ha, 1 lagi, ana nak tanya la kat sahabat ni. Kenapa lah antum selalu cacak-cacakkan rambut tu? Tak hensem pun. Lenguh tau rambut-rambut tu berdiri. Orang tak suka pun tengok. Nak-nak lagi perempuan solehah. Betul tak sahibaaaah???"

Serentah mereka menjawab dengan semangat

"Betuuuuuuull.."

Ketika tu tengah berlangsung Majlis Penutupan Kem Pemantapan Lepasan PMR tahun lalu. Saya volunteer sebelah sahibah. Volunteer ke? Tak pun, saya tunding jari kat orang lain. Last-last, bila Abang Abu menjemput wakil sahibah, semua berpaling ke arah saya. Abang Abu pun macam sudah bersedia serah microphone ke tangan saya. Memang pandai mereka pekena saya.

Kelakar pula. Apabila serentak sahibah menjawab "BETUL", segelintir sahabat mengayap dan menyusurkan tangan mereka ke atas kepala. Buat-buat menggaru sambil membetulkan rambut yang terpacak. Saya tak nampak, cuma sahibah yang lain cerita kembali. Memang agak kelakar.

"Kalau ana lah, mesti nak kemas-kemas rambut. Tengok role model kat belakang sana tuh"

Saya menunjukkan ke arah ustaz-ustaz yang amat macho (chewah). Hi hi. Memang saya suka mengusik ustaz-ustaz. Ustaz Amali memegang dagunya. Ya ALLAH, memang la amat kelakar.

Teguran saya mengenai rambut tu, mendapat sambutan hangat. Iyelah, sebelum ni semua sahibah cakap di belakang. Saya ni jenis terus terang. Ada yang tak kena, saya akan tegur terus dengan sehikmah yang mungkin.

Kesannya, memang tiada seorang pun sahabat Gen 4 SMASKL menCACAKkan rambut mereka, kecuali yang tidak hadir ke kem tersebut.

"Eh, Aisyah datang. Muizz, rambut rambut"

Saya cuma tersenyum. Saya meletakkan beg dia tas kerusi dan menyusun buku yang bakal dipelajari pada hari itu sambil bersuara.

"Baik antum cacakkan je rambut tu. Jangan buat kerana ana tegur ye. But honestly I'm said u all look so handsome without this"

Saya bersuara perlahan sambil menggayakan tangan saya di atas kepala seolah-olah saya sedang menCACAKkan rambut saya. Saya meninggalkan mereka dalam sepi. Biar mereka berfikir.

Ha. Tengok, teguran secara lembut membawa kesan yang lebih effective. Betul tak?

jadi, hidupkanlah suasana tegur-menegur. Kami, sahibah-sahibah pun pernah kena tegur dengan sahabat-sahabat.

"Sahibah yang hebat-hebat belaka. Slow down, cool. Ur voice"

Terkesima sebentar kami. Memang agak segan, tapi inilah yang menjadikan kami sempurna. Teguran daripada sahabat-sahabat. Kadang-kadang, mereka akan memberitahu kepada ustaz, ustazah atau sesiapa yang mereka thiqah untuk sampaikan kepada kami.

Teringat 1 teguran yang mereka sampaikan kepada kami melalui seorang pakcik yang kami panggil Pakcik Zahari, ayah angkat Gen 4 SMASKL. Mereka menggariskan beberapa ciri yang mereka mahu ada pada kami. Memang agak terkejut la. Nak tahu...?

"Wahai sahibah-sahibah yang bakal menemani hidup kami dan menjadi ibu kepada anak-anak kami. Kami mahu antum sempurna, solehah. Tolonglah kami dalam menjaga diri kami, mengawal apa yang patut kami kawal. Semaikan WARA' dalam diri antunna, TUNDUKKAN PANDANGAN di mana sahaja antunna berada, SABAR dengan kami bermakna antunna berwibawa, LEMAH LEMBUT dalam ketegasan akan mengalahkan kepahlawanan kami, serta JAGALAH PERCAKAPAN antunna kerana itu amatlah berharga"

Masya ALLAH. Memang kami amat terkejut. Amat amat amat terkejut. Tapi, alhamdulillah. Saya bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan kami, mereka yang amat prihatin.

Kalau nak bercerita tentang Gen 4 ni, memang banyak la. Tapi, 4 elemen dalam Surah Al-Asr menjadi pegangan kami. Mungkin itu factor kecil result akademik kami selalu seri. Kerana kami saling lengkap-melengkapi. Takmil wa Istikmal. PMRU 4 sahabat 4 sahibah. PMR 4 sahabat dan 4 sahibah. Entah macam mana SMU nanti.

Dan kerana ini jua lah, mereka yang berpindah ke sekolah lain, asyik-asyik telefon ayahanda (mudir) untuk masuk balik ke sini. Tak ramai yang lulus. Tapi ALLAH izin, seseorang yang amat istimewa bagi saya berjaya kerana dia pandai membodek ayahanda.

FATONAH RETURNED...!! Masya ALLAH. Memang hanya ALLAH yang tahu betapa gembiranya hati saya. Siapa yang selalu baca blog saya mesti faham kenapa Fatonah ini amat istimewa bagi saya. Kalau saya bantal dia adalah selimut. Kalau saya bunga dia adalah tangkainya.

Fatonah, U have to know that I'm really luv U.

Dialah insan pertama yang saya lihat sewaktu kereta saya memasuki perkarangan Bumi Wakafan SMASKL awal tahun 2009 baru-baru ini.

Fatonah, I'm really loves you.

Moga ALLAH sayang kalian.

p/s - Seronok + Sedih = F4....!!

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 23 Jan 2009 12:01 am

No comments: