* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 1, 2009

Risalah buat Adik-adik Generation 7 SMASKL

Ha adik-adik Tingkatan 1 yang Kak Aisyah sayang.

Kak Aisyah dah janji nak hadiahkan sesuatu kan? Inilah hadiahnya. Tapi ada banyak kesilapan. Video ni sepatutnya 8 minit lebih sahaja. Tapi entah la macam mana sampai boleh 10 minut. 2 minit yang kat belakang tu tak ada apa-apa.

Tak mengapalah, salah Kak Aisyah juga. Nak buat cepat-cepat. Sekolah nak buka dah. Nanti hari Sabtu kita jumpa balik ya.

Seronok sebab jadi orang pertama kenal adik-adik. Nanti tak payah taaruf dah kan?

Pesanan Kak Aisyah buat adik-adik yang Kak Aisyah sayang ni..

Kalian adalah Gen-7 SMASKL. Ingat segala pesanan yang antum dapat sewaktu Intensif hari tu. Kalian datang ke sini bukan sahaja untuk belajar ilmu agama. Kalau nak yang ini, kat sekolah lain pun ada. Tapi, kita ada sesuatu yang speacial di sini.

Nanti bila adik-adik dah besar macam Kak Aisyah barulah akan faham dan sedar. Yang penting, kita jangan jemu mencari.. Apakah sebenarnya permata di SMASKL ini. Kalau boleh, jangan sia-siakan waktu Form 1 ini.

Kak Aisyah masa Form 2 barulah faham semua. Baru lah sedar Kak Aisyah ada masuliyyah kepada ummah, kepada Islam. Bila fikir balik, rasa macam sia-sia 1 tahun Form 1. Tapi, kena terimalah. ALLAH dah susun elok-elok.

Nak bagi Kak Aisyah rasa susah dulu. Nanti di sekolah Kak Aisyah akan cerita sewaktu Kak Aisyah sebaya kamu semua. Sedih ceritanya. Tapi, peristiwa-peristiwa yang Kak Aisyah lalui ketika Tingkatan 1 banyak mematangkan diri Kak Aisyah.

Kak Aisyah rasa dekat dengan ALLAH. Iyalah, manusia ni kalau ada masalah baru nak dekat dengan ALLAH. Tambah lagi Kak Aisyah masih budak lagi. Tapi, dalam mengharungi tahun pertama di Form 1, antum kena pandai pilih kawan. Macam Kak Aisyah, pilih kawan yang nakal. Sebab tu jadi nakal. Hik3

Nanti di SMASKL, lagi ramai abang-abang dan kakak-kakak bakal antum kenal. Antum boleh tanya macam-macam pada mereka. Buat adik-adik putera, kalian punya abang-abang yang cukup hebat. Kak Aisyah sendiri kagum akan mereka. Kakak-kakak juga tiada taranya.

Tapi, hakikat di dunia ini, ALLAH susun elok-elok. Kalau ada yang baik, ada juga yang nakal. Kak Aisyah tak kata semua abang-abang dan kakak-kakak antum tak baik, cuma mereka nakal sikit macam Kak Aisyah ni. Hik3.

Pesanan yang Kak Aisyah highlightkan, PILIH SAHABAT bukan KAWAN..!!

Ok, Kak Aisyah akan selalu doakan kalian kuat. Kak Aisyah sayang sama antum..

Special to adik Nik Zaim..

Akak bangga dengan Zaim. Nanti kutip permata di SMASKL ya. Afwan sebab tak sempat nak jawab soalan adik. Nanti boleh tanya abang-abang di SMAKL lagi. Mereka laaagi bagus dan banyak ilmu. Moga ALLAH sayang adik. Teringat pula kata-kata adik.

"Nak cari ilmu untuk berdakwah"

MasyaALLAH. Moga ALLAH bagi adik tetap tegar ya. Doa akak sentiasa mengiringi langkahan adik.

Terimalah...

(Video nih private. Hanya adik-adik nanti boleh tengok. Hihi)

Moga ALLAH sayang kalian..

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 1 Jan 2008 8:09 am

No comments: