* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 25, 2009

Halaqah saya tahun ni...

"Seronok tak duduk macam ni?"

"Seronooook.."

Lega hati ini mendengarkan luahan hati adik-adik. Tapi, masih terselit bimbang.

"Macam mana dengan belajar? Boleh tak go on dengan 25 subjek? Kalau ada masalah, bagitahu kat Kak Bazilah, Kak Shatirah or Kak Aisyah sendiri keh? "

"Erm, susah la kak. Pening kepala ja"

"Kite tido je dalam kelas. Tak tahu kenapa"

"Ha, memang pun. Kita dah gerak dia, sampai dengan kita pun tertidur sekali"

"Aah la, rasa mengantuk sokmo"

Kesian pula mendengar.

"MasyaALLAH. Kenapa tidur? Letih ya?"

"Tak pun, entah la kenapa"

Seketika saya tersenyum. Teringat kenangan tahun 2006, Tingkatan 1.

"Tak apa, Kak Aisyah faham. Dulu Kak Aisyah pun macam tu juga. Cuma kelas Math je Kak Aisyah tak tidur. Tuh pun tak dengar Teacher cakap apa. Kak Aisyah duk buat latihan. Tak caye? Tanya Kak Zie n Kak Tiroh."

Saya mula senyum. Dalam bab-bab tidur ni, memang tak boleh nak sangkal lagi.

"Hihi, memang pun. Sampai sekarang pun tidur. Tapi dah kurang la. Kalu Form 1 dulu, deret tidur. Pula tu, kelas kami sebelah asrama. Wat keluar bantal, selimut, ngan tikar. Tidur kat koridor asrama. Bila cikgu masuk, ada la antara kami yang study dalam kelas ketuk pintu kayu tu"

Ternganga adik-adik.

"Kelas kat mana ni Kak Tiroh"

"Kalu adik-adik nak tahu, dorm adik-adik duduk sekarang 2 bijik tu, kelas kami dulu. Jadi, pintu kayu kat tengah tu pemisahnya"

Ya, kelas kami dulu ialah satu-satunya kelas di tingakat atas. Paling hampir dengan asrama.

"O, yaka. Jadi worse than us la ye"

"Lebih kurang la. Hihi"

Mereka diam, mencari soalan untuk diajukan.

"Kak Aisyah memang minat Math ya?"

Mula bersuara.

"Heh Kak Aisyah kita ni, bukan minat pun. Tapi gila Math"

Shatirah mula menjawab, sambil mengenakan saya.

"Eh, Tiroh, cakap leklok. Hihi"

"Tak nak mengaku ke?"

"Okey okey. Hihi, betulla dik. Kak Aisyah pun tak tahu kenapa. Tapi di macam jadi gian dengan Math. Bahaya juga sebenarnya. Masa Form 2, buku latihan Math Kak Aisyah 4 lapis"

Adik-adik terkejut.

"Mesti lenguh Cikgu tu tanda"

"Okeh. Dah banyak adik-adik tanya Kak Aisyah. Kak Aisyah pula nak tanya adik-adik. Macamana hidup di SMASKL selama 2 minggu ni. Jom kongsi dengan kami"

Macam-macam jawapan diberi. Gelak ketawa dan senyuman menghiasi sepanjang perbualan kami.

Kemudian, Shatirah bersuara.

"Adik-adik, Kak Tiron nak pesan 1 je kat sini. Gunalah peluang 5 tahun di sini elok-elok. Saya merayu kat awak semua. Tolong ya. Jangan jadi macam Kak Tiroh....."

Suaranya semacam dan saya dapat rasakan getaran di hati saya. Mungkin Bazilah juga sama. Kami sehati sejiwa. Lantas di sambung lagi.

"Jangan jadi macam Kak Tiroh, bila tinggal saat-saat terakhir baru nak sedar dan baru rasa sayang nak tinggalkan sekolah ni"

MasyaALLAH, amat menikam hati. Dada saya bagai dicucuk-cucuk. Saya tak nak menangis. Ini halaqah pertama. Shatirah senyap. Adik-adik macam terpinga-pinga.

"Kak, saya pelik. Kenapa ya kakak-kakak boleh tahan duduk kat sini sampai F4?"

Bazilah mengangkat kepala lantas menjawab.

"Adik-adik, kat sini ada something yang adik-adik tak akan dapat di tempat lain. Kak Zie yakin tak de kat tempat lain. Adik-adik gi la mana-mana pun. Mesti tak faham kan?"

Lantas adik-adik menganggukkan kepala.

"Kami dulu pun macam tu juga. Langsung tak tahu apa yang ada, apa yang istimewa. Tapi, kami suka akan kakak-kakak, abang-abang, guru-guru, dan suasana yang amat tenang ni. Sama macam adik-adik tadi kan? Tapi, bila lama-lama, barulah kami mengerti apa yang amat istimewa di sini. Amat-amat-amat istimewa.

Kalau adik-adik nak rasa apa yang kami rasa sekarang, nak tahu kenapa kami selalu gembira, menangis bersama, kenapa kakak-kakak antunna yang Tingkatan 3 nak ambil result PMRU minggu lepas menangis ramai-ramai, adik-adik kena duduk di sini, kena buka hati seluas-luasnya.

Dengar elok-elok apa ustaz-ustazah, abang-kakak, sahabat-sahibah pesan. Boleh kan? Akak mintak sangat-sangat ni"

Semua menganggung perlahan. Halaqah saya yang tadinya amatlah ceria, boleh saya katakan paling meriah, usai dengan suara-suara sayu seorang kakak yang memberi pesanan ikhlas kepada adik-adiknya.

Saya cuba menahan. Memang, saya sensitif akan hal ini. Semua diam. Kaku. Lantas saya hidupkan kembali.

"Ha, tengok..! Kakak-kakak antunna bagi amanat. Ada salin tak? Hihi."

"Tak la.. Khusyuk sangat dengar. Jangan nangis ya kakak-kakak"

Lantar mereka mengusap belakang kami. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan adik-adik seprihatin ini. Alhamdulillah.

"Jadi, apa tanggungjawab kita sekarang"

Dengan pasti mereka menjawab.

"BELAJAR...!!"

"Kenapa belajar?"

"Sebab nak tolong ISLAM"

"Betul ke ni?"

"Iye..!!"

"Kalau ya, kenapa tidur?"

Semua senyap sambil tersenyum.

"Ala, Kak Aisyah pun macam tu jugak kan?"

"Kak Aisyah gurau je. Sekarang, adik-adik kena setting mind. Kita belajar untuk ISLAM. Apa-apa pun kita buat untuk tolong ISLAM. Intansurullahayansurukum. Nanti adik-adik akan merasai kebenaran ayat ini. Kak Aisyah banyak kali merasai.

Result PMR Kak Aisyah hari tu, memang tak target pun dapat. Samalah seperti PMRU dan UPSR sebelum ni. Yang paling Kak Aisyah rasakan adalah PMR la. BM tu, Kak Aisyah ingat dapat B. Hihi"

"Kenapa B"

"Kak Aisyah tak reti mengarang. Tak tahu nak susun ayat"

"Aik, ye ke?"

"Betul, satu lagi. Kita jangan leka di sini. Pernah tak kita fikir. Kita seronok duduk di sini. Aman, damai di tengah-tengah sawah padi. Kan? Kak Aisyah pernah terfikir, kita duk sebelah sini aman je, tapi saudara kita, adik-beradik kita di sebelah sana bangun-bangun pagi nampak kete kebal. Bom sana-bom sini. Pernah tak fikir. Kita ni ada dunia yang sama. Dunia yang sama.

MasyaALLAH. Kita kena rasa semua ni. Ingat, PALESTIN itu milik KITA. Milik KITA. Sepertimana kita tak suka orang kebas tandas kita, macam itu jugalah sepatutnya kita rasakan yang PALESTIN itu milik kita. Sebab tu kita kena pandai. Jangan terlintas pun dalam hati kita bahawa kita pandai untuk bekerja, nak dapat gaji tinggi. JANGAN..! Kita pandai, itupun ilmu ALLAH.

Nanti, masuk dalam kelas, jangan tidur. Kak Aisyah sendiri pun. Kakak-kakak sendiri pun. Kita kena kuat. Sebab kita ada sesuatu yang lebih besar untuk digapai. Boleh kan? Kak Aisyah sebenarnya pesan kat diri Kak Aisyah. Tapi, Kak Aisyah bagitahu adik-adik ni, sebab Kak Aisyah sayang adik-adik. Sayang sangat sangat sangat"

Saya bagai di'inject' semangat Jihad. Memang janji saya. ILMU KU UNTUK JIHAD FI SABILILLAH...! Adik-adik turut memperoleh segenggam semangat.

Semua senyap. Shatirah dan Bazilah tunduk. Tiba-tiba terdengar irama pada corong pembesar suara tanda ada pengumuman akan dibuat.

"Diminta kepada putera dan puteri untuk masuk ke kelas sekarang. Sesi P&P akan bermula dalam 5 minit lagi"

"Ok, kelas dah nak mula. Ingat, hidup kita untuk ALLAH dan deenNya..!!!! Huh, semangat pulak Kak Aisyah pagi ni. Ok, tutup majlis. Then salam-salam. Jangan lupa cium pipi ya"

"Ok bos roger n out"

Halaqah yang memang santai. Adik-adik mula pergi. Tinggal saya, Shatirah dan Bazilah. Saya sedang bersedia untuk meninggalkan surau, lokasi halaqah saya dijalankan.

Tiba-tiba Shatirah mencuit saya lantas mencium pipi saya. Dia menggenggam erat tangan saya. Seakan-akan darah saya mengalir ke kapilarinya.

"Semangat-semangat jugak Aisyah ni. Entah-entah, bila masuk kelas dia yang awal sekali lena"

"Esh, mana ada. Ni kan Aisyah. Tapi, kalu ALLAH izin nak wat cana kan? hihi"

"Tak pa, ana akan ronda. Zie kan?"

"Beres je. Dia kelas Science, sebelah je. Hihi"

"Apa-apa ja korang ni. Tak aci kan. Korang kelas sastera, sekali"

"Syah, halaqah kali ni best!! Memang permulaan yang hebat. Sebab kita langsung tak prepare apa-apa"

"Tulah, ALLAH izin. Something that truely from hearts is easier to diffuse into other hearts.
Sebab tu ana tak suka baca teks. Cuma kita tahu kita nak cakap apa. Macam tadi, kita mula dengan tafsir Surah Al-Asr, baca quran sikit-sikit sorang, kemudian taaruf santai dengan adik-adik, tazkirah asas-asas keimanan, lawak-lawak tarbawi, pengalaman, Palestin, berkongsi masalah, perancangan halaqah kita. Ana rasa cukup baik untuk permulaan. Nasib baik tak nangis tadi"

"Nak nangis jugak ke? Ana pun rasa sebak"

"Sama la. Kita kan sehati sejiwa. Memang nampak kesan ketara. Adik-adik terus masuk dengan kita"

"Iyelah, dalam halaqah kita ada Aisyah yang frenly, yang suka melayan budak-budak. Ada Shatirah yang lawak-lawak, lagi gila-gila"

"Heh, gila-gila pun untuk ISLAM. Eh, kita pun ada Bazilah yang cover. Hahaha. Gurau je. Syah, anti tekan gila bab IMAN tadi"

"Hihi, of cos..! Jom masuk kelas. Alamak... Ustaz Aziz dah masuk kelas ana! Ana pi dulu ya"

******************************************************

Shatirah dan Bazilah, mereka sahabat saya yang sama-sama berganding bahu bersama saya untuk membawa adik-adik mengenal ISLAM.

Aida, Maisarah, Hani, Zulaikha, Salmi. Kamu asset ISLAM....! Kamu mas'uliyyah kami kini. Teguri kami andai ada apa-apa yang tak kena. Maafi kami andai ada silap di sana-sini. Kami sayang adik-adik semua.

Saya amat bersyukur kerana dianugrahkan ALLAH ahli halaqah yang amat hebat dan berpotensi. Bagi siapa yang sentiasa mengikuti blog saya pasti akan perasan nama SHATIRAH. Sahabat saya yang hebat (dan nakal). Saya ada pengalamam manis bersamanya. Tekan ini kalau nak tahu. Hihi.

Moga ALLAH sayang kita.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 Jan 2009 4:50 pm

p/s - esok balik ke SMASKL. Doakan saya tiada barang yang tertinggal untuk dibawa ke sekolah.

No comments: