* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 27, 2009

My Lunch..

Hari ni mak saya masak NASI AYAM. Dan honestly I'm said, saya langsung tak tolong. Ish ish ish.

Sedap kan? Saya nak makan lepas ni. Saya yang nak juga, jemput mai rumah saya. Selalu buat open-house. Hihi.

Dan TRAIFFER saya, sekarang masih selamat dalam refri. Moga ALLAH menjaganya sehingga selamat masuk ke dalam perut saya, Shatirah, Bazilah, adik-adik kami, Aida, Maisarah, Hani, Salmi, dan Zulaikha.


Tengok, ada 3 lapis tu. Warna merah, warna HIJAU, dan warna koko pudar. Atas sekali jelly warna HIJAU


Buruk je
Saya mengaku dulu

Maaf ya sahabat-sahibah F4, kali ni ana memang buat satu je. Tapi, kalau ada lebih, ana akan kongsi dengan antum.

Saya memang supplier makanan untuk sahabat sahibah Gen 4 SMASKL. Tak diiktiraf, tapi memang kena jadi. Apa-apa yang saya masak untuk dibawa ke sekolah mesti kena ada dua atau lebih. Paling kurang untuk sahabat satu dan sahibah satu.

Biasanya, MOIST CHOCOLATE CAKE la juadahnya. Dan memang depa nak makan yang ini je. Hihi. Ingat lagi sekali tu, saya cuma bawa 1 bekas chocolate cake. Tapi, sahabat berkeras nak. Tapi mereka tak nak bahagi dua. Jadi, terpaksa buat ratio. Hihi. Memang kena adil. Semua sahibah geram. Tapi, akhirnya semua dapat. Tapi, saya seorang tak dapat.

"Ha, makan makan. Nanti gemuk. Ana sorang je tak gemuk. Sampai hati antum, ana tak dapat pun"

Semua berhenti makan.

"Nah, anti amik yang ana"

Terkejut. Tiba-tiba disua dengan septong kek daripada Atiqah.

"Haha, nak bagi yang dia makan. Tak pela, ana sanggup berkorban untuk antum. Hik hik. Lain kali nak makan tu, ingat ke tuan sikit. Hihi, makan-makan. Ana boleh buat lagi nanti"

Khamis ni, ada Merentas Desa peringkat sekolah. Entah nak lari ke tak. Tahun lepas cuma jalan-jalan sambil sembang-sembang je. Semua pelik. Saya dapat gelaran ratu pecut pada tahun 2007. Memang tahun kegemilangan saya dan Fatonah kerana kami bersaing sengit untuk mendapatkan tempat pertama.

Saya rumah merah atau Khalid Al Walid dan dia rumah biru (her favo colour) atau Thoriq bin Ziyad. Tahun lepas saya tak bersemangat kerana Fatonah tak ada. Jadi, maybe tahun ni akan dapat balik gelaran RATU PECUT tu. Doakan.

Fatonah, we'll meet again. I'll get da 1st place. Hahaha (devil laugh). Anti dah gemok. Jadi, senang la ana nak kalahkan.

Begitulah ceritanya. Oklah, saya mahu makan. Sudah amat amat amat lapar. Dan Alhamdulillah buat pengetahuan mereka yang tahu saya kurang sihat cuti ni, saya sudah sembuh. Bila nak balik sekolah je, dia akan automatically sembuh. Believe it. Hihi.

Moga ALLAH sayang kalian. Ingat, kalau nak makan jemput mai rumah.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 27 Jan 2008 2:38 pm

p/s - Lepas Asar akan pulang ke lubuk tarbiyyah. Moga segala aktiviti akan berjalan lancar

No comments: