* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, January 27, 2009

SMASKL menunggu saya...


Ini sahaja kali ini. Moga-moga tiada barang tertinggal. Tapi, kalau tertinggal pun tak apa. Rumah dekat, ayah dan mak pun datang tiap-tiap hari. Hihi. Saya akan pulang selepas Maghrib. Moga malam ni tak ada misi BANTERAS BALIK SELEPAS PUKUL 6. Kalau tak memang kena dengan Ustaz Rajaie nanti.

Doakan untuk saya ya. Doala apa yang patut.

My small target for this week

1. Ratu Pecut 2009

2. Avoid myself from getting title 'nakal' from Ustaz Shafiq

3. Dapat lancarkan hafazan Yaasin

4. Hafaz maadah Tafsir Al-Quran dan Feqah

Ust Wahid punye pasal nak wat test. Adoi. Hafazan Al-Quran, Tafsir, Feqah semua Ustaz Wahid mengajar. Alhamdulillah tauhid dia tak suruh. Kalau tak memang naya. Dan alhamdulillah juga semua ni maadah yang senang. Kalau Ustaz Rajaie suruh menghafaz Balaghah, Ustaz Faisall suruh menghafaz Tarikh Islami dan Hadith Nabawi, memang mati kering saya. Dan Ustaz Wahid kata memang kena hafaz. Kalau tak kena bersih kelas. Hihi.

"Ustaz, ana rela bersih kelas daripada kena ngafal. Hi hi hi"

"Ha, Aisyah. Jangan cakap banyak. Ok semua dengar ea. Kalau Aisyah tak hafaz, kita suruh dia bersih tempat sahabat sekali. Camne?"

"Setuju...!"

"Hah..!!?? Mana aci ustaz. Kita kena adil la. Ustaz patutnya kena tunjuk contoh kat kami supaya adik. Kan? Ana repot kat ayahanda nanti.. Siap ustaz"

"Hihi, aci. Sebab Aisyah sorang je yang berbunyi. Yang lain terima je. Tulah. Lain kali jangan banyak cakap sangat. Sapa suh nakal. Kan dah kena..."

"Mana ada nakal. Ana baik ape ustaz. Kan kan?"

Semua gelak je.

"Orang yang baik tak akan mengaku dia baik. Dan orang yang nakal selalu nafikan dia nakal. Faham kan"

"Tak faham... Hihi"

"Eiiii, geram dah ustaz kat awak ni. Meh salotape, nak tutup mulut budak Aisyah ni"

"Jangan marah ustaz, nanti kena jual"

"Hahahahahahahahah"

Satu kelas ketawa. Sian ustaz. Maafkan ana ya ustaz. Hihi. Lain kali jangan bagi ana hafaz banyak-banyak sangat.

Oklah. Selalu-selalu lah doakan saya ya.

"Ya ALLAH, berilah AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH BINTI NOR ALIAS lebih PANDAI, lebih BAIK, lebih RAJIN, lebih FAHAM ISLAM, lebih lebih lebih dan lebih macam-macam lagi...."

Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 27 Jan 09 6:50 pm

p/s - To insan yang membawa makna dalam hidup saya and Kak Biha, saya dah sihat. Jangan bimbang. Kan dah kata, bila nak balik sekolah mesti akan sihat. Tak payah jumpa-jumpa doctor pun. Lain kali jangan paksa saya gi jumpa doctor lagi eh. Hihi.

2 comments:

ateh... said...

wah jgn le....cian kat ustz tu..klu dpt anak murid mcm ni,siap le..hhihihi

terry bogart said...

ha3.. teringt my adik yg belajar kat mATRI.. the way packing barang dah sama....perngai?.. sama je kot korang ni..

xtahan gelak..