* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 3, 2009

SMASKL tercinta...

Hari ini, dalam masa beberapa jam lagi..
Saya akan kembali ke lubuk TARBIYAH saya..

Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut


yang amat saya cintai..

# Special for Generation 4 SMASKL.. Jilul Musaffirin..

Ali Karim
Muizz
Rahman
Akmal
Mat Din
Paiz Z
Daus
Pijul
Munaji
Muzakkir
Samhan
Zemir
Haziq
Ashraf
Afif
Paiz K
Luqman
Nasruddin
Aim
Ali Ibrahim
Arif
Muhammad
Fadhil
Hami
Ujay
Naqiu
Syapiq
Iwan
Syahmi
Fatmi
Mus'ab
Nik
Rajo
Tibi
Midi
Amer
Fahim
Azwan

Aisyah
Mirah
Anis
Zie
Hawa
Wani
Dibah
Fatin
Shidah
Tiroh
Leha
Tiqah
Na'
Sarah
Siti
Sya
Aiman
Odah
Yumni

Go go gambate for this year. Kita ada 2 tahun lagi di sini. Moga ALLAH kurniakan kita apa-apa manfaat. Excellent in SMU for ISLAM. InsyaALLAH. Moga kita beramal untuk ISLAM. Kita janji tak nak dah buat nakal-nakal. Ustaz Sufian pun dah tak ada nak jaga kita. Hi hi. Tapi, kita ada Ustaz baru, Ustaz Shafiq. Maybe itu target kita selepas ni. Hihi.

Apa-apa pun, ana tak nak dah kita gaduh tahun ni. Tak larat. Penat dah. aduh sikit-sikit takpelah. Apa makna ukhuwah jika tiada sengketa. Cuma, kita akan perbaiki dari semasa ke semasa. Ana bangga dengan ukhuwah kita. Ana izzah dengan ukhuwah kita. Nih hadiah ana untuk kita. Lagu tema ukhuwah Jilul Musaffirin.


Erti Persahabatan Ini - De Hearty

# Special for other SMASKL's Student

All da bez for Gen 3 on SPM, Gen 5 on PMR, Gen 6 on PMRU. Moga ilmu kita untuk ISLAM. Jangan buat warden kita pening lagi ya.

# Special for Ex-SMASKL

Gen 1 and Gen 2 SMASKL....
Moga kalian sentiasa dikuatkan ALLAH. Kalian sentiasa minta kami di sini doakan kalian kan? Boleh, tapi dengan syarat. Kalian juga kena doakan kami di sini. Kami sayang kalian.... Adik-adikmu di sini, sentiasa menantikan kunjungan kalian. Untuk membelai kami dengan madah semangat. Agar kami kuat.

Hadiah buat mereka yang pernah bersama saya. Berjihad bersama saya di SMASKL. Lagu kenangan ini....


Sumbangsih - Soutul Jihad

# Special for MATRI's student and SMIK's student

Moga ilmu kita diredhai ALLAH. All da bez on PMR and SPM. And SMA for SMIK's student. Moga ALLAH permudahkan urusan kita.

# Special for Abang-Abang dan Kakak-Kakak

Thanx atas tunjuk ajar kalian. Nampaknya post Pewaris terpaksa ditangguhkan. Jangan sedih ya. Thanx atas kerelaan antum mendengar semua masalah ana yang amat pelik semuanya. Thanx juga kongsi macam-macam ilmu dengan ana.

Abang Anas, thanx atas segala panduan sejak ana Tingkatan 1. Thanx sudi menemani ana di kala semua meminggirkan ana.

Kak Biha, Kak Sa', dan Kak Sa, Saya sayang korang. Walaupun jarang kita hubungi atas kesibukan masing-masing. Namun, nama-nama kalian la yang menitip di bibirku setiap waktu.

Ramai lagi nama abang-abang dan kakak-kakak yang tak dapat saya sebut di sini. Tanpa kalian, tiadalah saya di sini. Menulis ini.

# Special for Palestina

Maafkan daku kerana hanya memandang dari jauh, hanya meratap dari jauh. Tapi, insyaALLAH dengan ilmu yang daku ada.. Daku akan tebus mu bersama sahabat-sahabat yang lain. Teruskan berjuang. Sabar, kami akan menyertaimu. Sekarang mungkin hanya doa yang mampu aku panjatkan. Suatu hari nanti, dengan keizinan ALLAH. Kami akan menyertai saf Jihad kalian. Melempar batu ke arah kereta kebal besi. Melempar pensil tajam ke arah jet laju. InsyaALLAH. Kami ada bersamamu.....

# Special for my dad, Nor Alias Mohamad

Angah rasa tak terlewat lagi nak wish birthday ayah yang ke-47 pada 1 Jan yang lepas. Moga umur ayah yang berlalu dan yang akan datang diredhai ALLAH. Always pray for me ya. Usrah ramily kita yang semalam adalah yang paling baik, paling best, dan paling menyentuh hati sepanjang Angah hidup hingga saat ini. Ayah memberi amanat sebelum kami ke sekolah. Amanat yang amat berharga hingga Angah mencucurkan air mata. Moga ALLAH sayang ayah. Hik hik.

# Special for AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH..!

Kau sudah menjejakkan diri mu dalam fasa ini. Fasa saat-saat terakhir di SMASKL ini. Gunakan segala nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh abang-abang dan kakak-kakak. Manfaatkan sahabat-sahabat yang ada. Belai adik-adik sepertimana kamu membelai bayi. Kekalkan apa yang patut. Buangkan apa yang patut. Hindarkan apa yang patut. Tambahkan apa yang patut.

Pastikan ilmu ini untuk ISLAM. Pastikan kamu matang untuk hadapi segala ujian yang bakal ALLAH berikan. Didik hatimu untuk menjadi sensitif akan isu-isu ISLAM. Didik ia agar lembut, selembut gula-gula kapas. Yang bisa cair dengan air keinsafan. Yang bisa tegar dengan udara keimanan. Ya ALLAH, berilah insan ini mampu, kuat. Jadikan insan ini lagi solehah, lagi rajin, lagi matang, lagi baik, lagi faham ISLAM, lagi pandai, lagi nakal (hihi saya ada sebab untuknya) dan lagi macam-macam lagi.

Perbaiki dirimu di samping menyeru yang lain. Jadilah yang terbaik untuk dirimu. Jadilah yang terendah di sisi ALLAH. Jadilah qudwah yang terbaik buat yang lain. Nescaya kamu akan bahagia di dunia dan menikmati kesenangan di akhirat nanti. Jaga IMAN dan Jaga AKHLAK...!

Kalian doakan saya ya. Saya memohon ampun kepada ALLAH dan memohon kemaafan sekiranya ada silap saya sana sini. Nantikan post PEWARIS dalam masa sebulan lagi. Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 3 Jan 1:14 pm

No comments: