* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 19, 2009

Di suatu pagi....

Suatu hari, saya membuka salah satu sosial site iaitu PeWaris.Net. Muncul 2 pesanan berharga. Satu nya daripada abang Generasi ke-2 sekolah saya dan satu lagi daripada seorang insan yang banyak peranan dalam hidup saya. Pernah menjadi guru, kem komanden bagi Kem Pemantapan Lepasan PMR, komander kawad, dan macam-macam lagi.

Pesanan daripada Akhi Saeed Zubair Zahari

Salam
Let the jihad begins!!!!!
Allahuakbar..
You are the pearl that wil shine up the empty world.
Don't let the pearl like world empty up your self.
May Allah bless you.

Pesanan daripada Abang Abu Ubaidah Musa

Salam..
Teruskan perjuangan, yakin dengan janji2 Allah...
Semoga mendapat 'syahid' dijalan Allah.. InsyaAllah

Alhamdulillah Ya ALLAH,
Kau kurniakan aku insan-insan yang amat prihatin.

Saban hari di sekolah, aku diingatkan tentang JIHAD FISABILILLAH?
Namun, apa sambutanku? Apakah responku?
Adakah hanya mengangguk dan terus merasakan hidup ini tiada apa makna?

Ya ALLAH, ampunilah diri ini.
Aku sentiasa alpa kepadamu.

Moga ALLAH sentiasa menerima taubatku.

Sahabat, kita di sini bersenang lenang. Bangun tidur, belajar atau kerja, kemudian balik ke rumah pada waktu petang, menonton televisyen, mandi, melayari internet, dan segala rutin harian masyarakat zaman IT ini.

Hanya sekadar inikah kerja seorang Khalifah ALLAH?

Marilah sama-sama kita merenung seketika. Jahiliyyah yang perlu kita hadapi kini adalah Jahiliyyah yang maju.

Di sini saya mahu kongsikan cerita. Hari Sabtu yang lepas, saya berada di rumah nenek saya sebelah mak kerana menemani ibu saudara saya yang mengandung. Di rumahnya ada Astro dan saya tidak kisah yang itu oleh kerana saya kurang suka menonton televisyen.

Kemudian, ibu saudara saya menekan Channel 104 yang sedang menayangkan Rancangan Realiti, Akademi Fantasia yang lebih dikenali sebagai AF yang sudah mengeluarkan 6 generasi artis dan sedang melatih 1 generasi baru. Tema AF tahun ini adalah TRANSFORMASI.

Kemudian, sejenak saya berfikir. Dalam kesibukan para aktivis dakwah di Malaysia berdakwah untuk mengubah masyarakat, mereka perlu berhadapan dengan jahiliyyah yang kini mempunyai 'madrasah' nya sendiri.

Menitik air mata...

Betapa rosaknya masyarakat kini.

Kemudian, saya terfikir lagi. Perkataan Generasi ke-7 AF menyentap hati saya. Ini adalah kerana, sekolah saya, sehingga tahun ini, sedang mendidik Generasi ke-3 hinggalah Generasi KETUJUH.

Mereka hanya memerlukan beberapa bulan untuk melahirkan individu yang rosak moral, pergaulan, dan tingkahlakunya. Namun sekolah saya memerlukan LIMA TAHUN untuk melahirkan individu yang akan bekerja untuk Islam, menyeru kepada Islam, mempunyai syakhsiyyah yang agung, menjadi qudwah masyarakat kini.

AF ada 6 Generasi yang giat menjalankan kerja-kerja mereka di luar sana. Namun, sekolah saya hanya mempunyai 2 Generasi yang sedang hidup, dan cuba menjadi contoh tauladan buat masyarakat kerana itulah method dakwah yang terbaik, sepertimana yang Rasulullah lakukan dahulu.

Lihatlah nisbahnya. Ini baru sahaja AF, tidak masuk Mentor, Bintang RTM, Bintang kecil, Tom Tom Bak, dan macam-macam lagi.

Air mata menitik lagi.......

Namun, adakah kesemua pelajar di sekolah saya betul-betul memahami konsep menyerah diri dan tunduk serta patuh kepada perintah ALLAH dan tuntutan-tuntutannya? Adakah kami benar-benar mengetahui bahawa kamilah pewaris para nabi dan kamilah yang mesti meneruskan kerja-kerja dakwah yang telah dirintis oleh mereka? Adakah kami benar-benar mengetahui bahawa kamilah para syabab dan fatayat yang amat digeruni musuh Islam sekiranya kami berpegang teguh akan deenul Hikmah ini?

Jika tidak, maka rugilah. Dan bertepuk tanganlah Yahudi durjana serta kuncu-kuncunya kerana ini ialah perancangan mereka. Perancangan mereka yang amat rapi dan dibukukan sejak dahulu lagi yang dikenali sebagai Protokol-Protokol Yahudi.

Dan jika ya, maka beruntunglah. Dan bersyukurlah kerana kami akan menjadi golongan syuhada' fi sabilillah. InsyaALLAH. Kamilah yang akan memperkukuhkan empayar ISLAM. Kami jua yang akan meruntuhkan pelbagai idealism Jahiliyyah seperti sekular, liberal, dan macam-macam lagi.

Kami... Kami adalah KHALIFAH ALLAH....!!!

Renungi ayat-ayat di dalam Surah As-Saff di bawah....


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

10 .Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?


تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

11 . (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya


يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

12 . niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di surga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.


وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

13 . Dan (ada lagi) karunia lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman



Nah, itu janji ALLAH! Dan apa lagi yang patut dipercayai melainkan jaminan ALLAH Subhanahu Wataala.

Jadi, saya menamatkan post saya di sini. Sudah lama sebenarnya saya tidak menghantar sesuatu di blog. Mungkin amat sibuk. Atau sengaja tidak mencari masa lapang. Wallahua'lam.

Syukran kepada abang-abang, kakak-kakak, dan sahabat-sahabat yang sentiasa menunggu-nunggu post terbaru dan sentiasa menjadi remainder saya agar 'update' blog ini. Jazakumullah.

Saya ada sesuatu untuk kalian. Moga bermanfaat.

Satu 'madrasah' yang amat popular kini....


Inilah para penuntut di 'madrasah' tersebut dengan pelbagai proses 'pendidikan'...


Ini pula penuntut di madrasah lain, yang dianggap jelek dan kolot...
Menghabiskan masa lapang di madrasah masjid....


Anak-anak kecil ada 'madrasah moden' tersendiri...


Kenapa tidak begini....

Tepuk dada tanya iman.

Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 19 March 2009 9:43 am

1 comment:

halawatul iman said...

salam...kita berada di akhirulzaman dik,sama2 kita kuatkan hati,kuatkan iltizam..semoga kita berada dalam gologan sprt mana dalam hadis saw "sesiapa yg mhidupkan sunnahku ketika umatku dalam kerosakkan,maka baginya 100kali syahid"....
doakan kita dpt bertemu dgn Allah dalam keadaan yang diredhai...