* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 12, 2009

Khas buat Akhi 'AMMAR..


Air mata menitis lagi.

Saat merasai kehilangan seorang mujahid muda.

Muhammad 'Ammar bin Zulkifli telah meninggalkan kita. Beliau merupakan lepasan Maahad At Tarbiyyah Al Islamiyyah (MATRI), 11th Batch, SPM2005, dan bakal memasuki 21 tahun 27 Julai ini. Walau diri ini tidak mengenali beliau sepertimana sahabat-sahabat yang lain, namun perkenalanku dengan beliau pada kali pertama telah memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang bersopan-santun, berbudi-bahasa, lemah-lembut tutur bicara.



Namun, kesempurnaan pada diri beliau tidak dapat diganti lagi. Malaikat Izrail telah menunggu beliau lantas mencabut nyawa beliau saat puas melihat dan meninjau Ain Sonkhna, tempat yang bakal diadakan rehlah sesama mereka yang belajar bidang perubatan di Mesir. Beliau dan 4 rakannya terbabas...........

Air mata laju mengalir membasahi pipi.

Saya tak boleh ceritakan lanjut. Hati terlalu sebak, tak sanggup menangis lagi. Kalian boleh dapatkan berita lanjut di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini. Video rakaman Berita Utama TV3 di sini.





Jenazah beliau akan sampai malam esok tidak silap saya dan akan dikebumikan selepas Subuh pada hari Ahad. Saya megetahui berita ini awal pagi kelmarin apabila Abang Hafiz menghantar sms dan memaklumkan berita tersebut. Semalam, saya sudah sedih. Namun tidak sesedih hari ini. Saat saya membuka blog Abang 'Ammar dan membaca shoutout di dalamnya membuat air mata saya mengalir laju.

Saya berlari ke bilik, menangis sepuas hati sambil muhasabah diri. Turut menangis dan sedih kerana merasakan abang-abang yang menghadiri Rekreasi HALUANSiswa sedang menjalani latihan untuk melahirkan ramai lagi mujahid yang berjiwa seperti Abang 'Ammar. InsyaALLAH.

Dan saat saya membuka blognya juga, baru juga saya ketahui 'kalampuncak' itu nama pena Abang 'Ammar. Ada kisah di sebalik 'kalampuncak'. Saya mahu rahsiakannya. Jadikan ini sebagai satu pengajaran buat kita yang masih menikmati anugerah dan kurniaan ALLAH. Abang 'Ammar, kami tak lupa perjuanganmu. Akan kami teruskan sehingga kita berjumpa di SYURGA sana.

Pesanan daripada Ummu beliau

Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.

Saya merasa sebak. Lantaran ramai abang-abang yang saya kenali amat rapat dengan beliau, termasuklah Abang Hafiz.

Luahan hati daripada Abang Hafiz yang sedang memujuk diri untuk redha dengan takdir Ilahi

Message #1

Sahabat yang ana sayangi dan kasihi, Muhammad Ammar bin Zulkifli dah pulang ke rahmatullah pukul 10.30 malam tadi waktu Malaysia. Dalam tempoh 1 bulan ni ana dah kehilangan 2 individu penting yang banyak membantu ana di MATRI....

Message #2

Ana masih terkesan dengan pemergian dia. Hari Sabtu di Family Day HALUAN hari tu baru dia call ana. Suruh ana dengar Baitu Muslim untuk dia. Tak percaya itu kali terakhir ana akan bercakap dengan dia.

Message #3

Dalam dunia ni bukan senang kita nak cari sahabat yang sama fikrah dengan kita, sanggup mati untuk kita. Bila dah jumpa bukan senang pula untuk kita berpisah dengannya...

Message #4

Kedai buku tu la kali terakhir ana rai dia.... Ana belanja dia kedai paling sedap sekali sampai dia pun kata dah lama tak makan makanan sedap-sedap macam ni sampai dia tambah-tambah lagi.

Abang Hafiz amat merasai kehilangan sahabat kesayangannya ini. Kini dia, dan ramai lagi abang-abang mujahid muda sedang mengikuti satu program iaitu Rekreasi HALUANSiswa. Mungkin terasa kerana tidak dapat menatap wajah sahabat mereka buat kali yang terakhir. Namun, ada yang menarik diri daripada mengikuti program ini kerana menjadi wakil untuk melihat jenazah si mujahid muda bersemadi di alam kubur.



Hendak kenali Abang 'Ammar? Lawatilah blog beliau di sini dan fotopage beliau di sini.







Lawatilah laman web sahabat-sahibah beliau yang sedang pilu dan melakar sedikir sebanyak kenangan bersama beliau.


Bacalah di shoutout dalam blog beliau, kalian akan yakin bahawa Abang 'Ammar adalah insan yang amat baik dan disayangi ramai. Kalian akan dapati ada roh jihad dalam setiap satu satu huruf yang dititipkan dalam penulisan beliau. Beliau sedang dalam musim peperiksaan dan sempat menulis 1 post. Tak sangka, itu post terakhir titipannya........

Khas untuk Abang 'Ammar......

Akhi fillah, moga pergimu membawa iman yang suci, menjunjung Islam yang agung. Air mata menitis ke pipi. Turut merasakan kehilanganmu. Akhi, aku doakan dikau beroleh syurga. Saat kau dilahirkan, kau menangis dan yang lain tersenyum. BERJUANGLAH agar di saat kau menghembuskan nafas terakhir, kau tersenyum dan yang lain menangis. Akhi, kau telah berjuang dan kini kami telah menangis, kehilangan seorang mujahid muda.


Renungan kita bersama

"Hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan BERJIHAD DI JALAN ALLAH dengan harta dan JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam SYURGA yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam SYURGA 'ADN. Itulah KEUNTUNGAN yang besar".

MasyaALLAH, sahabat-sahibah yang ana kasihi. Bersyukurlah, serta berdoalah agar kita pulang menghadapNya bersama hidayah yang ALLAH nikmatkan kepada kita ini. BERJUANGLAH di medan DAKWAH DAN TARBIYYAH. Abang 'Ammar telah selamat di dunia lalu kita sama-sama doakan Abang 'Ammar selamat di akhirat dan dijauhkan azab api neraka. Ameen.

In memory, a friend......


Sedang merintih hiba. ALLAH sudah menyayangi dia. Kini doa saya, Moga ALLAH cinta Abang 'Ammar dan Moga ALLAH hadiahkan SYURGA kepadanya. Abang 'Ammar sedang memandang kita dengan tersenyum dari jendela akhiratnya ^_^


"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... Melihat dunia dari jendela akhirat."

Moga ALLAH cinta Abang 'Ammar

Moga ALLAH sayang Aisyah

Moga ALLAH sayang kalian


Menangis kerana ALLAH. Ampunkan dosa ku dan dosa pembaca blogku. Sayangilah kami.


Aisyah Ulya

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Friday 12 June 2009

Tuesday, June 9, 2009

Wishing da 16th BIRTHDAY.....


Hari terus berlalu...

Umurku makin meningkat..

Namun aku menoleh ke belakang, mengimbau kembali kenangan "SAMBUTAN HARI LAHIR" ku yang ke-16 dan yang pertama kali disambut di sekolah.

Tahun lepas, beraya sakan dengan pelajar MATRI, Maahad At Tarbiyyah Al Islamiyyah, menyambut hari lahirku bersempena jua dengan Ihtifal 2 Dekad MATRI.

Hari lahirku disambut dengan tangisan si insan bernama AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH kerana si Aisyah merasakan dirinya banyak membuat dosa dan sepanjang hidupnya, dia mengira tiada amalan yang dilakukan untuk membantu ISLAM. Hanya main-main. Belajar sambil lewa. Dia merasakan hidup ini sia-sia. Maka pada malam hari lahirku, si dia bertaubat sesungguhnya dan berjanji agar kehidupan seterusnya akan dibaktikan untuk ISLAM.

Semangat si Aisyah semakin berkobar-kobar apabila menerima pelbagai ucapan tarbawi sempena hari lahirku.

Ku semadikan ucapan dalam handphoneku di sini. Sebagai kenangan buatku sendiri, dan perkongsian buat yang meneliti. Syukran jazilan wa mahabbah jiddan kepada nama-nama yang tertera di bawah dan juga kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya.

Mohd Hafiz bin Zainol Abidin

Selamat Hari Lahir ke-16. Moga Aisyah terus matang seiring dengan pertambahan umur ini.
(lebih kurang begini ucapannya, saya sudah lupa tapi Abang Hafiz ada sebut perkataan MATANG)

23 May 2009 18:24:56

Muhammad Zaid bin Ibrahim

Bertambah umur ini bukan bermakna kita bertambah muda, tetapi semakin hampir dengan kematian. Insya ALLAH, ana doakan agar anti sentiasa dalam penjagaan ALLAH dan semoga umur yang panjang ini dapat dimanfaatkan untuk Islam. ALLAHUAKBAR

25 May 2009 21:44:37

Maisarah binti Ghazali

Moga bertambah matang dan dapat memberi manfaat kepada semua.

25 May 2009 21:47:56

Ikrimah Husni bin Mustafa Kamil

Happy 16th Birthday. Moga bertambah usiamu, bertambah jua kemuliaanmu di sisi Allah..

25 May 2009 21:51:26

Nur Waheedah binti Sabaruddin

SANAH HELWAH YA GAMEELAH! SWEET 16! Demi ALLAH yang Maha Esa, sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu, menitisnya air mata tatkala berasa rindu, menitisnya air mata tatkala berasa jauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakini Allah berfirman "Wajiblah cintaKu kepada yang berkasih sayang kepadaKu" ASY SYAHID HASAN AL BANNA

25 May 2009 22:08:40

Afeefah Saalihah binti Zainal Abidin

Ya Khazinatul Asrar, padamu ada asrar yang menjadi idaman mujahid. Tersingkap asrar padamu di mukaddimah secebis ma'rifat. Ma'rifat hasil cahaya daripada ALLAH. Sulami maksud hidup kepadaNya keranaNya denganNya. Jagalah humaira di wajhmu, jagalah nur shuhudiah di qalbumu, jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu. Moga-moga gelaran imraahmuslehah menjadi milikmu.... Selamat Hari Lahir adikku sayang :-)

25 May 2009 22:28:19

Terima Kasih kerana sering bersama si Aisyah dan membantu si Aisyah dalam mengharungi hari-hari yang indah dan kelam. Tidak lupa kepada pengunjung-pengunjung blog yang menghantar wish dalam shout box. Juga kepada adik-adik SMASKL yang susah-susah announce birthday kakak kesayangan mereka.

Juga kepada sahibah-sahibah yang penat melakar kata hati di sebiji belon HIJAU akhirnya meletup di tangan Adibah. Kesian Adibah dimarahi. Namun ditiup lagi oleh sahibah yang menyayangi dan ditulis sekali lagi. Ceraian belon HIJAU yang terletup dan juga belon KUNING gantian akan saya simpan walaupun belon tersebut bukan berwarna HIJAU.

Thanx dengan hadiah-hadiah. Sepotong kek coklat walaupun bukan sebiji kek. Cukuplah sekadar sepotong, frame gambar, handmade card daripada adik-adik halaqah dan sahibah-sahibah tercinta, lempeng daripada Solehah. Wah, cukup nikmat HARI LAHIR AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH.




Rekod tahun ini...
1st Wisher : Insan yang amat bermakna dalam hidup Aisyah (walaupun bukan pada 12 malam)
Last Wisher : 'Abdullah 'Adli dan Afeefah Saalihah Zainal Abidin (nama kalian paling diingati)

Moga ALLAH sayang kalian semua

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 9 June 2009 1:55 pm

Perjuangan tak akan berakhir....

Laman inbox utama

Laman inbox PeWaris Group


Air mata menitis ke riba...

Saya baru sahaja usai membaca email-email yang tertunggak berjumlah 450 sebentar tadi. Saat membaca, saya tersenyum. Email tentang Hari Keluarga HALUAN, yang sudah saya hadirinya. Seronok...!!

Saya membaca lagi, Rekreasi HALUANSISWA Nasional. Saya tersengih lebar. Program yang diuar-uarkan amat BEST. Apa-apa pun, saya tidak dapat menghadirinya kerana itu program untuk lelaki sahaja dan umur saya tidak cukup untuk menghadirinya memandangkan ianya hanyalah untuk mahasiswa.

Saya terus membaca. Email berkenaan KTD, Kolej Teknologi Darulnaim. Hati saya mekar. Banyak benar jiwa yang mahu berbakti kepada ISLAM. Alhamdulillah. Syukur benar. Semoga usaha-usaha ini mendapat pandangan ALLAH.

Membaca pula tentang Kem Anak Soleh 3 di Kelantan. Sedikit sedih, tidak dapat menghadirinya lantaran Kenduri Walimatul Urus ustaz tersayang, Ustaz Suffian di Dungun. Apa-apa pun doa saya sentiasa mengiringi langkahan fasilitator yang mana kebanyakannya adalah sahabat-sahibah seperjuangan saya. Moga kalian kuat ya.

Kemudian saya terus lagi membaca dengan hati yang hiba, sedih tidak dapat menyumbang tenaga dalam Kem Anak Soleh. Terus membaca. Perbincangan tentang Kem Minda Kreatif 13 di Kedah. Air mata menitis satu persatu. Dilapnya dengan kain tudung ungu muda. Amat sedih. Program yang bakal bermula pada hari ini. Pagi tadi.... Sudah teringin sangat ingin menyertai KMK 12 dan KMK 13, namun kedua-duanya ALLAH tidak izini. Cemburu tidak terkira. Handphone saya berbunyi. Message daripada salah seorang facilitator ( atau urusetia, saya sendiri tidak pasti).

"Dah ramai orang datang"

Saya mengucap syukur. Terpamer kepuasan dan kelegaan di hujung mesej tersebut kerana ada informasi mengatakan tidak ramai yang akan menghadiri KMK kali ini. Moga kepenatan si pemikir dan pelaksana program ini terbalas. Penyambut tetamu pun sudah penat, saya kira program kali ini amat hebat.

Saya terus membaca. Air mata berhenti mengalir. Email daripada Abang Hilal Asyraf tentang novel 'Terasing'nya. Saya doakan dakwah melalui penulisan beliau mendapat pandangan ALLAH jua mendapat tempat di hati-hati mereka yang mencari makna Islam, mencari kekuatan dan jua meneliti secebis kenangan. Ameen. Saya kira semua pelawat bog saya mesti amat mengenali nama yang terpampang di sini. Dialah empunya website www.langitilahi.com dan ex-blog beliau www.langitillahi.blogspot.com yang menarik minat Encik Zakaria Sungib sehingga Buku Motivasi Langit Ilahi dan Buku Novel VT diterbitkan oleh Syarikat Galeri Ilmu sendiri.

Saya terkenang seketika. Saat saya mula-mula bertaaruf dengan Abang Hilal pada akhir Tingkatan 1. Selalu berbicara tentang WANITA SOLEHAH dengannya. Juga sering mengusik si dia dengan buah hati diidami. Moga ALLAH kurniakannya sayap kiri yang hebat. Ameen. Saya tersenyum seketika. Minda menerawang ke ayat-ayat Abang Hilal mengenai buah hatinya. Bila Abang Hilal nak kahwin ya?

Terus tumpu kepada email lagi. Saya membaca. Tentang keperitan hidup anak-anak di Palestin dan sedikit sebanyak peringatan si penulis kepada pembaca. Sungguh hiba. Isinya cukup sulit jadi sukar saya mahu simpulkan di sini. Cuma sama-sama kita renungkan bagaimana Malaysia membantu Palestin? Adakah cukup dengan sekadar derma dan terus derma. Saya kira, Malaysia mampu usaha lebih lagi bukan sekadar menderma. Wallahua'lam.

Saya membaca lagi. Sesekali terselit email tentang KMK lagi. Saya hanya membaca dengan perasaan cemburu. Tiba-tiba saya membuka 1 email. Air mata mencucur deras. Email tentang pemergian Ummi Halimahton, isteri kepada Mudir MATRI. Walaupun sudah lama berita ini sampai kepada saya, namun kehangatannya masih terasa. Ditambah pula dengan kenangan-kenangan yang Abang Hilal ceritakan. Saya sedih. Saya pilu.

Saya menangis dan terus membaca. Sajak Pak Cik Ghazali, menambahdarabkan kesedihan saya. Teresak-esak di hadapan laptop. Hadir pula email daripada Abang Umar Aiman, mengingatkan para pembaca bahawa pemergian ummi sebagai pengutip janji. Kita di sini akan terus menabur bakti dan terus bekerja untuk ISLAM. Saya seka air mata lagi. Hati membara dengan semangat. Semangat untuk amal Islamiy.

Saya membaca dengan jiwa bersemangat. Banyak benar perbincangan tentang KMK. Luahan hati Pak Cik Ghazali tentang kebimbangannya akan KMK 13 yang kurang mendapat sambutan. Luahan hati beliau mendapat perhatian anak-anak muda. Syabas kalian mempunyai minda serta jiwa yang sensitif. Kalian amat bersemangat mengendalikan pelbagai program agar setiap jiwa di dunia ini dapat merasai nikmat ISLAM dan IMAN. Kalian merasai pahit getir dalam perjuangan. Dicaci, dimarah, dikerah tanpa petunjuk bukan penghalang.

Saya bangga mengenali kalian. Mujahid-mujahid muda. Dan akhirnya, keresahan Pak Cik Ghazali terbalas. Mesti beliau sedang berada di tapak kem kini, sedang mengambil gambar kenangan tatapan generasi muda atau sedang melakar sajak cernaan minda dan hati beliau yang ingin melihat generasi ini bangkit membangun membawa ISLAM menggatikan beliau dan sahabat-sahabat beliau.

Dan saya tersenyum, dengan sedikit cemburu. Kem sedang berjalan lancar. Facilitator sedang bersiap dan ada sesetengah sedang membuat 'nametag' dan ada yang melihat apa yang kurang. Istimewanya saya. Walau saya tidak menjejak kaki ke wilayah utara, saya masih mendapat berita KMK 13 daripada abang-abang dan kakak-kakak yang sedia maklum dengan situasi saya sedang sedih, cemburu, hiba, dan seronok dengan ketidakhadiran ke KMK 13. Seronok kerana gembira melihat kepuasan hati mereka yang bertungkus-lumus melaksanakan program.

Berkorban masa, tenaga jua wang demi ISLAM. Subhanallah. Mana mahu cari manusia sedemikian. Di sini, saya wakil peserta KMK 13 walaupun saya tidak menghadirinya, mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan tiada bandingannya kepada mereka yang banyak berkorban demi melihat generasi baru terus mekar dalam merasai masuliyyah sebagai daie dan daieyah. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian.

Apakah nilai ucapan penghargaan ini dengan pengorbanan kalian. Saya hanya akan berdoa siang dan malam untuk kalian. Persoalan BOLEHKAH KMK TERUS MEKAR... Jawapan saya, SEMESTINYA YA...!! Intansurullah yansurukum...!!

Usai membaca emel. Saya tergamam seketika. Memutar kembali saat mula-mula saya membuka Yahoo Mail pagi tadi. Pelbagai serta macam-macam saya perolehi. Rasa sedih, gembira, seronok semua dapat saya rasai.

Memang ALLAH izinkan saya merasai semua nikmat ini. Dan dapat merasai dalam 1 waktu pagi yang singkat. Saya menangis, saya tersenyum, saya tersengih, saya cemburu dalam 1 pagi. Menakjubkan bukan? Moga Allah akan beri lagi peluang kepada saya untuk merasai lagi nikmat sebegini pada masa yang lain. InsyaALLAH.

Jom solah Zohor. Moga ALLAH sayang diri saya.

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 9 June 2009 1:35 pm