* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 12, 2009

Khas buat Akhi 'AMMAR..


Air mata menitis lagi.

Saat merasai kehilangan seorang mujahid muda.

Muhammad 'Ammar bin Zulkifli telah meninggalkan kita. Beliau merupakan lepasan Maahad At Tarbiyyah Al Islamiyyah (MATRI), 11th Batch, SPM2005, dan bakal memasuki 21 tahun 27 Julai ini. Walau diri ini tidak mengenali beliau sepertimana sahabat-sahabat yang lain, namun perkenalanku dengan beliau pada kali pertama telah memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang bersopan-santun, berbudi-bahasa, lemah-lembut tutur bicara.



Namun, kesempurnaan pada diri beliau tidak dapat diganti lagi. Malaikat Izrail telah menunggu beliau lantas mencabut nyawa beliau saat puas melihat dan meninjau Ain Sonkhna, tempat yang bakal diadakan rehlah sesama mereka yang belajar bidang perubatan di Mesir. Beliau dan 4 rakannya terbabas...........

Air mata laju mengalir membasahi pipi.

Saya tak boleh ceritakan lanjut. Hati terlalu sebak, tak sanggup menangis lagi. Kalian boleh dapatkan berita lanjut di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini. Video rakaman Berita Utama TV3 di sini.





Jenazah beliau akan sampai malam esok tidak silap saya dan akan dikebumikan selepas Subuh pada hari Ahad. Saya megetahui berita ini awal pagi kelmarin apabila Abang Hafiz menghantar sms dan memaklumkan berita tersebut. Semalam, saya sudah sedih. Namun tidak sesedih hari ini. Saat saya membuka blog Abang 'Ammar dan membaca shoutout di dalamnya membuat air mata saya mengalir laju.

Saya berlari ke bilik, menangis sepuas hati sambil muhasabah diri. Turut menangis dan sedih kerana merasakan abang-abang yang menghadiri Rekreasi HALUANSiswa sedang menjalani latihan untuk melahirkan ramai lagi mujahid yang berjiwa seperti Abang 'Ammar. InsyaALLAH.

Dan saat saya membuka blognya juga, baru juga saya ketahui 'kalampuncak' itu nama pena Abang 'Ammar. Ada kisah di sebalik 'kalampuncak'. Saya mahu rahsiakannya. Jadikan ini sebagai satu pengajaran buat kita yang masih menikmati anugerah dan kurniaan ALLAH. Abang 'Ammar, kami tak lupa perjuanganmu. Akan kami teruskan sehingga kita berjumpa di SYURGA sana.

Pesanan daripada Ummu beliau

Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.

Saya merasa sebak. Lantaran ramai abang-abang yang saya kenali amat rapat dengan beliau, termasuklah Abang Hafiz.

Luahan hati daripada Abang Hafiz yang sedang memujuk diri untuk redha dengan takdir Ilahi

Message #1

Sahabat yang ana sayangi dan kasihi, Muhammad Ammar bin Zulkifli dah pulang ke rahmatullah pukul 10.30 malam tadi waktu Malaysia. Dalam tempoh 1 bulan ni ana dah kehilangan 2 individu penting yang banyak membantu ana di MATRI....

Message #2

Ana masih terkesan dengan pemergian dia. Hari Sabtu di Family Day HALUAN hari tu baru dia call ana. Suruh ana dengar Baitu Muslim untuk dia. Tak percaya itu kali terakhir ana akan bercakap dengan dia.

Message #3

Dalam dunia ni bukan senang kita nak cari sahabat yang sama fikrah dengan kita, sanggup mati untuk kita. Bila dah jumpa bukan senang pula untuk kita berpisah dengannya...

Message #4

Kedai buku tu la kali terakhir ana rai dia.... Ana belanja dia kedai paling sedap sekali sampai dia pun kata dah lama tak makan makanan sedap-sedap macam ni sampai dia tambah-tambah lagi.

Abang Hafiz amat merasai kehilangan sahabat kesayangannya ini. Kini dia, dan ramai lagi abang-abang mujahid muda sedang mengikuti satu program iaitu Rekreasi HALUANSiswa. Mungkin terasa kerana tidak dapat menatap wajah sahabat mereka buat kali yang terakhir. Namun, ada yang menarik diri daripada mengikuti program ini kerana menjadi wakil untuk melihat jenazah si mujahid muda bersemadi di alam kubur.



Hendak kenali Abang 'Ammar? Lawatilah blog beliau di sini dan fotopage beliau di sini.







Lawatilah laman web sahabat-sahibah beliau yang sedang pilu dan melakar sedikir sebanyak kenangan bersama beliau.


Bacalah di shoutout dalam blog beliau, kalian akan yakin bahawa Abang 'Ammar adalah insan yang amat baik dan disayangi ramai. Kalian akan dapati ada roh jihad dalam setiap satu satu huruf yang dititipkan dalam penulisan beliau. Beliau sedang dalam musim peperiksaan dan sempat menulis 1 post. Tak sangka, itu post terakhir titipannya........

Khas untuk Abang 'Ammar......

Akhi fillah, moga pergimu membawa iman yang suci, menjunjung Islam yang agung. Air mata menitis ke pipi. Turut merasakan kehilanganmu. Akhi, aku doakan dikau beroleh syurga. Saat kau dilahirkan, kau menangis dan yang lain tersenyum. BERJUANGLAH agar di saat kau menghembuskan nafas terakhir, kau tersenyum dan yang lain menangis. Akhi, kau telah berjuang dan kini kami telah menangis, kehilangan seorang mujahid muda.


Renungan kita bersama

"Hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada ALLAH dan RasulNya dan BERJIHAD DI JALAN ALLAH dengan harta dan JIWAMU. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya ALLAH akan mengampunkan dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke dalam SYURGA yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam SYURGA 'ADN. Itulah KEUNTUNGAN yang besar".

MasyaALLAH, sahabat-sahibah yang ana kasihi. Bersyukurlah, serta berdoalah agar kita pulang menghadapNya bersama hidayah yang ALLAH nikmatkan kepada kita ini. BERJUANGLAH di medan DAKWAH DAN TARBIYYAH. Abang 'Ammar telah selamat di dunia lalu kita sama-sama doakan Abang 'Ammar selamat di akhirat dan dijauhkan azab api neraka. Ameen.

In memory, a friend......


Sedang merintih hiba. ALLAH sudah menyayangi dia. Kini doa saya, Moga ALLAH cinta Abang 'Ammar dan Moga ALLAH hadiahkan SYURGA kepadanya. Abang 'Ammar sedang memandang kita dengan tersenyum dari jendela akhiratnya ^_^


"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... Melihat dunia dari jendela akhirat."

Moga ALLAH cinta Abang 'Ammar

Moga ALLAH sayang Aisyah

Moga ALLAH sayang kalian


Menangis kerana ALLAH. Ampunkan dosa ku dan dosa pembaca blogku. Sayangilah kami.


Aisyah Ulya

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Friday 12 June 2009

3 comments:

kamil said...

Al-Fatihah,... ayuh kita teruskan perjuangan yang masih berbaki..

Cik Hijau said...

Namun, kesempurnaan pada diri beliau telah mendatangkan cemburu pada Izrail lantas mencabut nyawa beliau saat puas melihat dan meninjau Ain Sonkhna...

Salam. Akak harap penulis dapat muhasabah balik kata-kata di atas. Izrail tidak perlu cemburu kepada manusia malah ia hanya menjalakan tugas yang diamanahkan Allah.

Saudara Ammar menurut pembacaan akak memang seorang baik dan ternyata orang baik ini lebih disayangi Allah. Siapalah kita untuk menghalang takdirNya. Kemalangan tersebut hanya menjadi sebab dan iktibar kepada kita. Sesungguhnya ajal itu tidak mengira tempat dan keadaan pasti ia datang menjemput tanpa menangguh walau sedetik.

Wallahualam.

pe0ple call me ihsan said...

gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama..
we just said bout clbrte our besday tgthr rite.. do u frget it ?? i'll still clbrate our besday at ur grave..i promise u ama.. -ihsan