* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 9, 2009

Perjuangan tak akan berakhir....

Laman inbox utama

Laman inbox PeWaris Group


Air mata menitis ke riba...

Saya baru sahaja usai membaca email-email yang tertunggak berjumlah 450 sebentar tadi. Saat membaca, saya tersenyum. Email tentang Hari Keluarga HALUAN, yang sudah saya hadirinya. Seronok...!!

Saya membaca lagi, Rekreasi HALUANSISWA Nasional. Saya tersengih lebar. Program yang diuar-uarkan amat BEST. Apa-apa pun, saya tidak dapat menghadirinya kerana itu program untuk lelaki sahaja dan umur saya tidak cukup untuk menghadirinya memandangkan ianya hanyalah untuk mahasiswa.

Saya terus membaca. Email berkenaan KTD, Kolej Teknologi Darulnaim. Hati saya mekar. Banyak benar jiwa yang mahu berbakti kepada ISLAM. Alhamdulillah. Syukur benar. Semoga usaha-usaha ini mendapat pandangan ALLAH.

Membaca pula tentang Kem Anak Soleh 3 di Kelantan. Sedikit sedih, tidak dapat menghadirinya lantaran Kenduri Walimatul Urus ustaz tersayang, Ustaz Suffian di Dungun. Apa-apa pun doa saya sentiasa mengiringi langkahan fasilitator yang mana kebanyakannya adalah sahabat-sahibah seperjuangan saya. Moga kalian kuat ya.

Kemudian saya terus lagi membaca dengan hati yang hiba, sedih tidak dapat menyumbang tenaga dalam Kem Anak Soleh. Terus membaca. Perbincangan tentang Kem Minda Kreatif 13 di Kedah. Air mata menitis satu persatu. Dilapnya dengan kain tudung ungu muda. Amat sedih. Program yang bakal bermula pada hari ini. Pagi tadi.... Sudah teringin sangat ingin menyertai KMK 12 dan KMK 13, namun kedua-duanya ALLAH tidak izini. Cemburu tidak terkira. Handphone saya berbunyi. Message daripada salah seorang facilitator ( atau urusetia, saya sendiri tidak pasti).

"Dah ramai orang datang"

Saya mengucap syukur. Terpamer kepuasan dan kelegaan di hujung mesej tersebut kerana ada informasi mengatakan tidak ramai yang akan menghadiri KMK kali ini. Moga kepenatan si pemikir dan pelaksana program ini terbalas. Penyambut tetamu pun sudah penat, saya kira program kali ini amat hebat.

Saya terus membaca. Air mata berhenti mengalir. Email daripada Abang Hilal Asyraf tentang novel 'Terasing'nya. Saya doakan dakwah melalui penulisan beliau mendapat pandangan ALLAH jua mendapat tempat di hati-hati mereka yang mencari makna Islam, mencari kekuatan dan jua meneliti secebis kenangan. Ameen. Saya kira semua pelawat bog saya mesti amat mengenali nama yang terpampang di sini. Dialah empunya website www.langitilahi.com dan ex-blog beliau www.langitillahi.blogspot.com yang menarik minat Encik Zakaria Sungib sehingga Buku Motivasi Langit Ilahi dan Buku Novel VT diterbitkan oleh Syarikat Galeri Ilmu sendiri.

Saya terkenang seketika. Saat saya mula-mula bertaaruf dengan Abang Hilal pada akhir Tingkatan 1. Selalu berbicara tentang WANITA SOLEHAH dengannya. Juga sering mengusik si dia dengan buah hati diidami. Moga ALLAH kurniakannya sayap kiri yang hebat. Ameen. Saya tersenyum seketika. Minda menerawang ke ayat-ayat Abang Hilal mengenai buah hatinya. Bila Abang Hilal nak kahwin ya?

Terus tumpu kepada email lagi. Saya membaca. Tentang keperitan hidup anak-anak di Palestin dan sedikit sebanyak peringatan si penulis kepada pembaca. Sungguh hiba. Isinya cukup sulit jadi sukar saya mahu simpulkan di sini. Cuma sama-sama kita renungkan bagaimana Malaysia membantu Palestin? Adakah cukup dengan sekadar derma dan terus derma. Saya kira, Malaysia mampu usaha lebih lagi bukan sekadar menderma. Wallahua'lam.

Saya membaca lagi. Sesekali terselit email tentang KMK lagi. Saya hanya membaca dengan perasaan cemburu. Tiba-tiba saya membuka 1 email. Air mata mencucur deras. Email tentang pemergian Ummi Halimahton, isteri kepada Mudir MATRI. Walaupun sudah lama berita ini sampai kepada saya, namun kehangatannya masih terasa. Ditambah pula dengan kenangan-kenangan yang Abang Hilal ceritakan. Saya sedih. Saya pilu.

Saya menangis dan terus membaca. Sajak Pak Cik Ghazali, menambahdarabkan kesedihan saya. Teresak-esak di hadapan laptop. Hadir pula email daripada Abang Umar Aiman, mengingatkan para pembaca bahawa pemergian ummi sebagai pengutip janji. Kita di sini akan terus menabur bakti dan terus bekerja untuk ISLAM. Saya seka air mata lagi. Hati membara dengan semangat. Semangat untuk amal Islamiy.

Saya membaca dengan jiwa bersemangat. Banyak benar perbincangan tentang KMK. Luahan hati Pak Cik Ghazali tentang kebimbangannya akan KMK 13 yang kurang mendapat sambutan. Luahan hati beliau mendapat perhatian anak-anak muda. Syabas kalian mempunyai minda serta jiwa yang sensitif. Kalian amat bersemangat mengendalikan pelbagai program agar setiap jiwa di dunia ini dapat merasai nikmat ISLAM dan IMAN. Kalian merasai pahit getir dalam perjuangan. Dicaci, dimarah, dikerah tanpa petunjuk bukan penghalang.

Saya bangga mengenali kalian. Mujahid-mujahid muda. Dan akhirnya, keresahan Pak Cik Ghazali terbalas. Mesti beliau sedang berada di tapak kem kini, sedang mengambil gambar kenangan tatapan generasi muda atau sedang melakar sajak cernaan minda dan hati beliau yang ingin melihat generasi ini bangkit membangun membawa ISLAM menggatikan beliau dan sahabat-sahabat beliau.

Dan saya tersenyum, dengan sedikit cemburu. Kem sedang berjalan lancar. Facilitator sedang bersiap dan ada sesetengah sedang membuat 'nametag' dan ada yang melihat apa yang kurang. Istimewanya saya. Walau saya tidak menjejak kaki ke wilayah utara, saya masih mendapat berita KMK 13 daripada abang-abang dan kakak-kakak yang sedia maklum dengan situasi saya sedang sedih, cemburu, hiba, dan seronok dengan ketidakhadiran ke KMK 13. Seronok kerana gembira melihat kepuasan hati mereka yang bertungkus-lumus melaksanakan program.

Berkorban masa, tenaga jua wang demi ISLAM. Subhanallah. Mana mahu cari manusia sedemikian. Di sini, saya wakil peserta KMK 13 walaupun saya tidak menghadirinya, mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan tiada bandingannya kepada mereka yang banyak berkorban demi melihat generasi baru terus mekar dalam merasai masuliyyah sebagai daie dan daieyah. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian.

Apakah nilai ucapan penghargaan ini dengan pengorbanan kalian. Saya hanya akan berdoa siang dan malam untuk kalian. Persoalan BOLEHKAH KMK TERUS MEKAR... Jawapan saya, SEMESTINYA YA...!! Intansurullah yansurukum...!!

Usai membaca emel. Saya tergamam seketika. Memutar kembali saat mula-mula saya membuka Yahoo Mail pagi tadi. Pelbagai serta macam-macam saya perolehi. Rasa sedih, gembira, seronok semua dapat saya rasai.

Memang ALLAH izinkan saya merasai semua nikmat ini. Dan dapat merasai dalam 1 waktu pagi yang singkat. Saya menangis, saya tersenyum, saya tersengih, saya cemburu dalam 1 pagi. Menakjubkan bukan? Moga Allah akan beri lagi peluang kepada saya untuk merasai lagi nikmat sebegini pada masa yang lain. InsyaALLAH.

Jom solah Zohor. Moga ALLAH sayang diri saya.

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 9 June 2009 1:35 pm

No comments: