* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 31, 2009

Geram geram geram....!!

Saya tersenyum. Atiqah baru sahaja telefon saya.

1 nombor tertera di telefon saya.

"096177698"

Siapa ni....

"Assalamualaikum syah.."

"Waalaikumussalam. Siapa ni?"

"Hihihi"

"Oh Atiqah. Hihi. Anti kat mana ni?"

"Aik, camna anti tau? Ana dekat public iTalk ni"

"Alaa, sahabat ana yang mana ana tak kenal suaranya.. Kenapa call?"

"Tak dak apa-apa. Anti ok ke?"

"Erm entah la. Sakit la Tiqah kat belakang ni..."

"Ye ke.. Sian kat anti. Rehat la dulu puas-puas. Ingatkan anti datang dah Ijtima' tadi"

"Tadi baring je kat umah. Dia tak boleh duduk lama sangat. Eh, dekat dah trial SMU. Takut la.... Ana baru je tulis pasal trial kat blog."

"Tulaa, sama lah kami. Ha, jadual dah dapat"

"Yeke? Aiyaa.. Takut weh. Boleh gila dibuatnya. Erm first sekali apa?"

"Mula-mula Al-Quran dengan Nahu Sorof. Anti dah teror dua ni"

"Teror pun, seram jugak. Eh, anti sorang je ke kat situ?"

"Aah, bebudak f4 semuanya pi tolong Musabaqah malam ni... Eh rindu la kat anti....."

"Ha, kan da cakap. Mesti rindu... Jap jap. Musabaqah? Haah laaa... Alamak ruginya ana. Mesti besh malam ni. Tangkap gambar banyak-banyak tau"

"Aa. Budak-budak ni pun nak minta kamera dengan ustazah malam ni"

"Owh ok. Eh, banyak lagi ke kredit tu? Biar ana je la call balik"

"Tak, ada banyak lagi ni... Ha, anti tau tak kiteorg dah oral Muthola'ah dengan Ustaz Syafiq Khamis hari tu. Anti je tak kena lagi dengan puteri 4 Maliki. Masa oral tuh Ustaz tanya dalam Arab "Ainaa Aisyah Humairah Najihah?" (Di mana Aisyah Humairah Najihah) Kami pun jawab "Aisyah ghaaib" (Aisyah tiada) Ustaz tanya lagi "Limaaza Aisyah ghaaib?" (Kenapa Aisyah tiada?) Kami tak tahu nak jawab apa, jadi kami ulang la balik "Aisyah ghaaib" Haha"

"Haha, pastu pastu..."

"Pastu Ustaz cakap "Maa atat?" Kami bukannya faham. Jadi kami duk ulang la ayat 'Aisyah ghaaib' sampai ustaz ketawakan kami. Geram betul"

"Kesian korang. Tak leh cakap malay kan? Memang kena la dengan Ustaz Syapiq. Sapa lagi ada.."

"Ana, Hawa, Hana', Sarah. Ana tanya la Hawa apa maksud 'Maa atat' tu. Sebab Hawa duk jawab sangat "La' la' " (Tidak tidak..) Haha"

"Ha pastu apa maksudnya? Ana pun tak tahu.."

"Hawa kata maksudnya, "Dia dah mati ka?"

"Haaaaaaaaaaaaaaaah?? Ustaz cakap macam tuuuuuu??? Saaaaampai hati ustaz....... Aii memang nak kena la ustaz ni dengan ana..."

"Hahahaha. Ustaz gelak sakan time tu"

"Kenapala selalu ustaz cari pasal dengan ana.."

"Tulah. Teringat yang anti cerita ustaz kejar korang Pukul 2 pagi tu kat Dataran Ilmu. Haha. Siti pun kesian jugak. Masa turn dia, dia faham apa yang ustaz tanya dia. Tapi, dia tak tahu nak balas apa"

"Kesian Siti..."

"Ha satu lagi. Haha. Masa kami tunggu turn.. Lambat sangat.. Kiteorg ujian syafawi dalam bilik mesyurat. Lepas tu Sarah nak keluar.Dia pun menyorok bawah meja and merangkak sampai ke hujung meja yang dekat dengan pintu. Sekali tu masa dia nak keluar dah, dia terhantuk kat meja. Haha. Ustaz pun perasan. Ustaz kata "Maaza taf'aliina" (Apa yang kamu buaat?) Sarah senyap je kat bawah meja. Ustaz pun tanya sekali lagi. "Maaza taf'aliina". Kiteorang kat belakang ni dah sakan gelak. Masa tuh turn Siti. Last-last ustaz buat donno. Ustaz geleng-geleng je kepala"

"Apela korang ni.... Pelik-pelik"

"Budak-budak ni cakap, kalau Aisyah ada mesti lagi best"

"Haha, kalau ana ada, memang tak jadi dah ujian syafawi. Haha. Jadi sesi arabic debate. Tak kisah la salah ke ape, janji puas kenakan ustaz. GERAM BENAR dah ni...!"

"Haha. Ok jugak tu... Pastu masa turn Sarah, kesian sangat. Ustaz bagi soalan susah sangat kat Sarah. Ustaz tanya "Maa tujad 'indaki jaar? (Kamu ada jiran tak?)" Pastu Sarah jawab "La'" (Tidak). Ustaz terkejut laa. Ustaz pun tanya lagi "Ainaa taskuniina?" (Di mana kamu tinggal?) Haha tau Sarah jawab apa? "Fiil ghoobah" (Di dalam hutan) Haha. Ustaz senyum pastu geleng-geleng kepala..."

"Hahahaha. Tengok la nanti ana nak jawab lagi pelik.. Tunggu la.... Ok-ok dah lama sangat ni. Sian anti. Eh, kirim salam bebanyak kat ustaz 'comel' tuh. GERAM BENAR ana..!! Ade pulak kata ana dah mati.. Kata kat ustaz ana dah nazak ni kat rumah"

"Haha ok. Jaga-jaga la Aisyah. Anti la pelajar yang paling suka menyakat ustaz. Mesti berganda-ganda susah lagi soalan yang ustaz bagi nanti. Budak-budak ni pakat duk pikir nak pekena ustaz balik. Nak tanya soalan "Ustaz bila nak kahwin" tapi tak tahu nak tanya dengan nada macam mana."

"Haha. Takpe biar ana tanya nanti. Siapla ustaz... Seram jugak. Takpe takpe. Kirim salam banyak-banyak kat ustaz tuu... Eh, malam nanti ajak semua datang pi public ni. Ana nak cakap. Rindu la kat semua. Mesti penat. Lepad ISD, musabaqah pulak. Rajin benar depa tolong. Bukan orang mintak pun"

"Haha, biasala... Kalau anti ada, mesti anti tolong jugak. Sebab tu ALLAH izin anti kat rumah. Budak-budak ni dah rindu kat anti. Semalam ayah anti ada Qiam dengan sahabat, depa pakat pi serbu, tanya macam mana anti..."

"Wah-wah terharunya. Kirim salam kat semua k. Ingat malam ni tu..."

"InsyaALLAH. Ana call pun takpe. Banyak lagi kredit ni..."

"Tak pe ke?"

"Tak pe..."

"Okey.. Erm tak pe lah. Sian anti.. nanti kita hafal sama-sama ek Tiqah..."

"Ok. InsyaALLAH. Jaga diri. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam warahmatullah..."

Aduh....
Duk tergelak sorang-sorang dah saya kat sini. Tak ingat dah sakit. Tapi takpe.. Ustaz Muhammad Syafiq Che Ani... Siap la ustaz...! Aisyah dah nekad ni.. Kalau ustaz TERbuka blog ana, afwan jiddan ya ustaz... Geram geram geram (ayat Upin dan Ipin)

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang Ustaz Syafiq

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 31 July 2009 7:04 pm

Bahang SMU makin terasa...

"Yumni, rasa tak caye la trial da dekat. Dulu trial PMRU ana dapat 9A 1B. Trial SMU ni tak tahu dapat berapa. Seram pun ade..."

Saya meluahkan isi hati kepada sahabat saya, Yumni Amirah.

"Aah la Aisyah. Apa pun tak hafal lagi"

"Ala Yumni, anti tu kepala otak cepat masuk. Buku Akhlak tu, anti dah hafal daripada kulit depan sampailah kulit belakang. Macam ana tak tahu, mid year hari tu, ustaz cakap masa tanda kertas anti macam ustaz baca buku akhlak. Tak ada yang salah pun. Sebab tu boleh dapat 99 tu..."

Saya mengusik. Tapi memang fakta yang benar. Yumni memang dianugerahkan ALLAH kelebihan ini.

"Eleh Aisyah. Anti pun sama"

"Apa yang sama ha...."

"Anti tak payah la. Nanti nak dekat dengan exam, tengokla anti menghafal macam bullet train. Kami tahu la anti tu. Tengok PMRU tu, gempak. PMR pun. Tak payahla.."

Yumni mencubit-cubit pipi saya. Saya cuma tergelak.

Saya terfikir, kalau sekali ALLAH nak uji macam mana? Herm.....

Saya balik ke rumah atas hal yang tidak dapat dielakkan. Saya terjatuh dalam bilik air (Jangan gelak ye). Jadi sekarang agak merana kerana bekas kemalangan sewaktu kecil dahulu di tulang belakang. Jadi sekarang tak boleh duduk lama-lama, terpaksa baring banyak-banyak. Sempat seketika membuka email.

Satu email yang janggal muncul....

Salam Aisyah..
maybe you feld a bit weird or surprised when you received my email. lalala
malay je lah.sebenarnye x dek la nak cakap ape..nak ckp yang Good Luck for trial for SMU. Mock pon,kene la buat betul2 kan kan?dah habis hafal?klu dah bagus lah~Jangan jadi cam saye,budak malas! Maybe bile kmu read email ni, trial dah habis.so x pe lah.May ALLAH bless you dear.wassalam

P.S:guess who??

Wah, terharunya saya. Sahabat saya jauh di Leeds mengirimkan semangat..!! Thanx Zatul Iffah for this email..... Saaaayang sama Zatul. Saya balik la Zatul, jadi saya dah baca sebelum trial lagi.

Ok lah, saya tak boleh lama-lama atas kerusi ni. Sakit dah ni. Kifarah dosa ni. ALLAH nak bagi saya masuliyyah yang besar, jadi nak bagi bersih dulu daripada segala noda. InsyaALLAH.

Saya pergi dulu. Doakan saya dan sahabat-sahabat saya....

Oh my friends...!! Jom kita buru 10 A Mumtaz...! Tapi jangan lupa.. Redha ALLAH masih di depan.

Ha sebelum terlupa, pesanan daripada Abang Siddiq yang mempamerkan 'kasih' dan 'sayang' nya kepada saya. (Yeke?) Abang Siddiq jawab sendiri ye.

"Aisyah, dengar sini..! Akademik memang nombor satu..."

"Ada 'tapi' tak lepas tu?? Hihi"

"Dengar dulu... Akademik memang nombor satu... Tapi DAKWAH dan TARBIYYAH bukan nombor dua"

"Okeyp sir.. Roger and Out"

"Lawan Shaatibi tu.."

"Haha, tengok la dulu..."

Okey, sekarang saya tak mahu lawan mana-mana. Kami nak bergabung tenaga, nak ramai-ramai jadi soleh, dan dapat 10 A Mumtaz semua. Ameen. Kami nak cemerlang sahsiah dan akademik. Tak gitu Jilut Tahrir Generation 4 SMASKL?

Ayahanda target kami 19 orang Mumtaz.....

"Mampu ke kita??"

Hanya ALLAH yang tahu dan hanya Dia yang memberi kekuatan.

Ya ALLAH, berilah kami yang terbaik... Moga ALLAH sayang kami.

Countdown Trial SMU.


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Ada orang tak tahu SMU tu apa? SMU tu Sijil Menengah Ugama. Ada sijil ni, tak payah pergi kursus kahwin nanti. Hihi. Boleh terbang pergi timur tengah kalau nak. Walaupun di sekolah saya ada 4 Big Exam, kami bersyukur (walaupun merana) kerana banyak manfaat yang kami dapat.

Aduh, sakit dah belakang ni.

Doakan kami.

p/s - Selamat Datang bulan Ogos.... Jom kita sama-sama trial. Ingat, bulan puasa dah dekaaat....!

Moga ALLAH sayang kami

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 31 July 2009 4:58 pm

Saturday, July 25, 2009

Kepenatan Terbalas =)

Sahibah yang amat saya sayangi

Baru sahaja usai ISD. Penat...! Namun seperti tajuk di atas, KEPENATAN kami TERBALAS dengan sebuah KEPUASAN yang tidak terhingga.

Sibuk + Penat = Puas

Nikmatnya melihat adik-adik tersenyum ceria, apabila kami tersilap buat eksperimen. Ish3.

"Eh, Yumni! Asal balang ni tak balik kat ana semula?"

Hahaha, macam-macam. Set prisma yang tak pernah kami sentuh, tiba-tiba disuruh untuk memberi penerangan tentangnya.

"Aisyah, macam mana prisma dalam bilik gelap tu. Saya hentam je tadi cakap apa-apa"

Ujar Fatonah sambil gelisah. Saya tersenyum terkenangkan.

Membaling adik-adik dengan belon berair daripada tingkat 2
(Aktiviti terakhir Explorace Sahibah)

Explorace Sahabat

Best sangat-sangat. Tengah berpeluh lagi ni. Baru sahaja naik daripada bilik pameran, sahabat-sahabat saya terus menyuruh saya menulis di sini. Dan post ini juga amat istimewa, saya pada pertama kalinya ditemani orang ketika menulis blog. Di sini ada Aisyah, Siti, Adibah, Fatonah, dan Bazilah. Ini adalah Physics Community. Kurang seorang, Yumni yang sedang berada di surau untuk mengendalikan Kuiz Istimewa khas buat pelajar puteri.

Ketua Physic Community yang bekerja keras
Terima Kasih...!!



Cop Tangan yang masih basah dikerjakan oleh Physics Community Sahibah
Tangan saya yang warna HIJAU..!!

Saya amat penat. Cuma saya ingin merakamkan sejambak bunga Terima Kasih kepada Physics Community kerana telah bertungkus-lumus untuk menjayakan makmal kecil kita. Tak lupa kepada Physics Community sahabat, Hami atau gelaran nya Estein 2, Nasruddin, Aimullah, dan Ali. Syukran Jazilan kerana memahami kami.

Praktikal yang macam-macam

Gen 4, Jilut Tahrir seterusnya, yang bekerja keras, walaupun pelbagai halangan, memang amat banyak halangan yang terpaksa kami tempuhi. Namun, semua yang berlaku makin memperkuatkan ukhuwah sesama kami. InsyaALLAH.

Kakak-kakak dan abang-abang lepasan, yang sentiasa memberikan kami semangat untuk terus berusaha menjayakan ISD khasnya Kak Biha, Kak Sa, dan Abang Saeed. Terima kasih sangat-sangat-sangat.

Kenangan hari ini amat terkesan. Macam-macam yang berlaku. Sahabat-sahabat saya di sini juga sedang memperkatakan satu-persatu sambil tergelak bersama-sama.

Kami buat macam-macam.

Terketar tangan

Eksplorace, Tayangan Sains Islam, Kuiz, Pameran... Best..!!

Saya sayang Fatonah, Adibah, Siti.... Saya sayang Generation 4 SMASKL. Lepas ni, kena struggle untuk SMU. 10 A Mumtaz semua.... Ameeen.

Moga ALLAH kuatkan ukhuwah kami untuk membawa risalahNya yang agung. Kalian doakan kami.

Moga ALLAH sayang Gen 4

Moga ALLAH sayang kalian

p/s - Agak kekok kerana ada orang teman saya menulis. Saya akan cerita detail nanti.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 25 July 2009 4:31 pm

P.E.N.A.T

Penat..

Saya amat penat kini dan ini post pertama saya coretkan di sekolah. Penat sangat. Sengaja mahu melepaskan penat di sini. Esok hari kemuncak program Islamic Science Day 2. Pameran.... Amat memenatkan. Pagi tadi, ALLAH berikan kami ujian. Malam juga. ALLAH memang amat menyayangi kami, kerana ALLAH hadiahkan kami adik-adik yang amat sayang akan kami. Mereka terlalu sayang kepada kami sepertimana kami sayang kepada mereka.

Sampai surat layang kepada saya.

Salam kakak-kakak Form 4 yang amat-amat kami sayang. Best sangat tau program tadi. Terima kasih kerana buat program kat kami. Program tadi amat best....!

Terima kasih adik-adik ku sayang. Saya penat. Sekadar melepaskan penat di sini.

Booth Physics menunggu saya dibawah........ Yumni juga sedia menanti. Banyak lagi eksperimen yang perlu ditest kembali. Set cahaya prisma kena letak dalam bilik gelap. Baaaaanyak sangat lagi......

Saya pergi dahulu. Kesian sahabat-sahibah saya. Kepenatan. Kedengaran nama saya dilaung oleh sahabat, saya perlu pergi. Physics memang subjek si 'mars', saya seorang si 'venus' dapat tapak di sini =)

Kalian doakan saya. Terlalu penat. Sudah 5 hari berturut-turut tidur 1 jam sahaja.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang sahabat-sahibah Gen 4

Moga ALLAH sayang kalian.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 25 July 2009 4:11 am

Saturday, July 18, 2009

Senyum Sayang




"Siti, ni siapa punya? Anti ke?"

Saya menghulurkan sekeping kertas berbentuk bulat kepada sahabat sebelah meja saya, Siti Ruqiah. Dia tersenyum.

"Cuba awak terbalikkan kertas tu, hihi"

"Pulak dah, macam-macam jer. Jangan nak pekena ana sudah"

Lantas saya melihat apakah yang ada di sebalik kertas kuning tersebut.

"Eeee comelnyeeee. Sapa buat ni? Anti ka? Cute. Senyuman yang mengancam. Terpikat ana"

Saya tergelak oleh gurauan saya sendiri. Saya menyerahkan si comel itu kepada Siti kembali.

"Saya buat tu untuk awak la. Simpan elok-elok ya. Comel kan? Macam anti. Anti kan cute.. Haha"

Mendengar fakta yang direka oleh Siti, 6 orang sahibah Kelas 4 Science As-Syafie semuanya tergelak bersama. Mana tidaknya, pipi saya sentiasa menjadi mangsa cubitan Cik Siti. Saya tersenyum. Sungguh bersyukur. Sebab memang berkenan sangat tadi. Ha, tiba-tiba ada idea nakal datang.

"Eh kejap. Senyuman ana senget ke?"

Keseriusan wajah saya mengundang deraian tawa Atiqah dan Siti. Saya cuba mengawal eksperesi muka agar kekal kelihatan serius.

"La... Kita tanya betul-betul ni!! Jangan la gelak"

"Okey okey. Jangan la marah Aisyah sayang. Cuba anti senyum. Kami nak tengok senget ke tak"

Mereka ketawa lagi.
Saya geram.

"Tak nak senyum..!"

Saya menarik muka masam. Namun hakikatnya, saya juga ingin tergelak sama. Siti memegang dagu saya.

"Alalala Aisyah sayang, comel bucuk..."

Akhirnya saya tersenyum bahagia. Saya sayang mereka.

"Kan dah cakap, senget senyumannya. Manis dan mengancam..! Haha"

Siti mengusik lagi. Saya terus tersenyum.

"Thanx Siti, Tiqah jugak. Saaaaaayang Tiqah and Siti"

Siti mencubit pipi saya lantas mengusik lagi dengan kata-kata yang selalu diulanginya.

"Macam budak-budak. Dahla selalu senyum. Comel"

ATIQAH dan SITI....

Sebenarnya niat saya tadi ingin bercerita tentang senyum. Namun rasa kasih dan sayang saya kepada mereka berdua membuatkan saya ingin mencoret sesuatu untuk mereka.


Nurul Atiqah binti Zulkepli...


Adik kepada Si Genius kita, Abang Luqman. Saya mengenalinya sejak Darjah Satu. Kami merupakan generasi pertama Sekolah Rendah Ibn Qayyim. Dialah peneman setia saya dalam keputusan peperiksaan. Bermula UPSR, PMRU, dan PMR yang lepas, keputusannya sentiasa sama dengan saya.

"Atiqah, kalau ana dapat pi oversea, anti teman ana k. Kita pi sama-sama"

Ungkapan ini sentiasa saya sebut kepadanya. Atiqah memang amat baik, mudah tersenyum. Dia amat suka menolong orang dan sentiasa bermanis muka. Apabila bertemu dengannya, semua masalah saya seakan-akan gugur satu-persatu. Dia memiliki wajah tarbawi, nurnya menyusup ke kalbu-kalbu yang melihatnya. Dia comel dan tembam. ^_^

Dia juga antara mangsa mendengar saya berceloteh sepanjang hari di dalam kelas. Kesian dia. Saya suka berkongsi cerita dengannya. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Tapi, si Atiqah ni suka memendam perasaan. Dia memang pandai menyorok masalah, tapi masalah itu amat zahir pada wajahnya yang sentiasa ceria.

Saya sudah lama bersama dia, dan agak mustahil dia ingin menipu saya dalam bab-bab sebegini. Dia tak akan cerita apa masalah dia pada sesiapa sahaja. Jadi, saya hanya boleh memberikan kalam tarbawi kepadanya. Kemudian dia akan tersenyum dan mengucapkan syukran. Melihat dia senyum sudah membuatkan saya bahagia. Dia hanya akan menangis keseorangan untuk melepaskan tekanan. Kesian Atiqah.

Saya panggil dia Tiqah atau Qah. Atiqah suka tarik hidung saya. Saya suka dia sebab dia selalu bagi makanan kat saya, buat air untuk saya, dan selalu suap saya. = )

Atiqah, maafkan ana sekiranya ana tidak dapat menjadi sahabat anti yang terbaik. Syukran Jazilan kerana sentiasa mendampingi ana setiap masa. Melayan kerenah ana yang nakal, yang sentiasa mahu didahulukan, sentiasa mahu orang ambil berat dan macam-macam lagi perangai nakal ana. Terima Kasih Atiqah. Ketahuilah, walaupun ana selalu mengucapkan kalimah keramat 'UHUBBUKI FILLAH' dengan main-main dan senyuman nakal, tapi ana benar-benar memaksudkannya.


Siti Ruqiah binti Khairunnazarullah...


Gadis kacukan Melayu-Pakistan. Erm, tubuh pun tubuh Pakistan. (Jangan marah ya Siti). Siti baik. Sewaktu saya sakit (agak berat) baru-baru ni, dialah yang benar-benar menjaga saya. Katil dia jadi mangsa tempat saya rehat. Dia sanggup tidur beralaskan tikar di atas lantai. Terharu. Teringin sangat nak buat sesuatu untuk balas jasa dia bancuh air, kemas buku, tolong ambil makanan untuk saya, teman saya pergi ke tandas, dan macam-macam lagi. Namun apakan daya, Allah tidak mengizininya. Saya sakit.

Suatu hari, saya ke katil Siti untuk berehat memandangkan saya terlalu tidak larat untuk memanjat ke katil saya. Terlalu penat. Saya melihat timbunan kain di atas katilnya. Dengan sebekal kudrat yang saya miliki, saya cuba melipat satu-persatu tanpa menghiraukan fizikal saya yang amat penat dan perlu akan kerehatan. Kemudian, saya tertidur.

Saya puas. Saya dapat membantu Siti. Mesti nanti Siti senang, lepas penat belajar boleh terus tidur walaupun lantai menjadi katil sementaranya. Saya tidak menyuruh dia tidur di katil saya kerana saya tahu Siti gayat. Lagipun saya nak dia teman saya. Orang tinggi selalu gayat. Tapi Aisyah tak. ^_^

Saya suka berkongsi cerita dengannya. Dialah yang menemani saya menghubungi Kak Nabihah sewaktu saya ada masalah. Terima Kasih Siti. Dia juga mangsa mendengar saya bercerita. Dia amat baik. Masalah saya, kegembiraan saya, kesedihan saya, keresahan saya, kenakalan saya sudah dia maklumi. Dia amat mengambil berat.

Namun, jika dia moody habis lah. Memang susah sangat kalau dia sudah moody. Tapi tak mengapa, moody tu kecil sahaja jika ingin dibandingkan dengan bakti dia kepada saya. Saya panggil dia Siti atau Ti. Siti suka cubit-cubit pipi saya dengan tangan dia yang lembut lagi besar tu. Saya suka sangat kalau dia urut-urut dan main-main dengan tangan saya. =)

Siti, terima kasih sangat tau. Walaupun anti cerewet, ana tetap akan sayang anti. InsyaALLAH. Syukran banyak-banyak sebab sanggup melayan kerenah ana yang agak manja ni. Nak kena suap la, nak kena urut-urut la, nak kena cubit la. Hihi. Luv you so much. Nanti kita sama-sama pimpin tangan ke syurga keh. Ana saaaaaayang sangat kat anti. Dan jangan lupa, tinggi ana dah nak sama dengan anti. Ana dah 163 cm. Lagi 2 cm nak sama dengan anti. Apa-apa pun saaaaaayang sangat kat anti.

Atiqah dan Siti, teman sebaris meja saya di dalam kelas. Line meja kami selalu bising. Cikgu, ustaz, dan ustazah mesti akan melewati line kami sewaktu mengajar. Sebab mereka tahu line ni budak-budak nakal yang suka buat nakal selalu cari pasal sebab nakal. Maafkan kami..!! 10 A Mumtaz SMU ya tahun ni.

Maafkan saya sekiranya post kali ini agak kebudak-budakan. Saya memang begini dengan sahabat-sahabat saya.

Nak tengok apa yang ada di sebalik kertas kuning tadi.....?


Comel kan? Saya akan simpan smiley ini.

Lama dah kan saya tidak update blog? Berita tentang Abang 'Ammar terus sahaja menghiasi homepage blog saya. Sudah ramai yang tegur sampai Abang Saeed cakap terbatuk-batuk dia lalu blog saya sebab berdebu tebal sangat. Pandai ya dia perli saya. Saya agak sibuk dengan pelajaran sekarang. 10 Ogos ni trial SMU.


Hajat sangat pada doa kalian semua. 10 A Mumtaz SMU ni, bukannya senang dan juga tidak mustahil. Betul kan Abang Saeed? Saya beransur dahulu. Saya cuba masukkan 1 post lagi sekiranya sempat kerana Ahad petang saya ada program Hari Keluarga Koperasi Mesra Net di Sekayu.


Moga post kali ini membawa sedikit sebanyak manfaat. Muhasabah kembali bagaimana kita bergaul dengan sahabat sekeliling kita. Adakah kita benar-benar menghargai mereka? Post kali ini juga tanda penghargaan saya kepada Atiqah dan Siti.


Sayang Siti
Sayang Tiqah


Moga ALLAH sayang Siti dan Tiqah
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 18 July 2009 12:51 pm