* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 31, 2009

Bahang SMU makin terasa...

"Yumni, rasa tak caye la trial da dekat. Dulu trial PMRU ana dapat 9A 1B. Trial SMU ni tak tahu dapat berapa. Seram pun ade..."

Saya meluahkan isi hati kepada sahabat saya, Yumni Amirah.

"Aah la Aisyah. Apa pun tak hafal lagi"

"Ala Yumni, anti tu kepala otak cepat masuk. Buku Akhlak tu, anti dah hafal daripada kulit depan sampailah kulit belakang. Macam ana tak tahu, mid year hari tu, ustaz cakap masa tanda kertas anti macam ustaz baca buku akhlak. Tak ada yang salah pun. Sebab tu boleh dapat 99 tu..."

Saya mengusik. Tapi memang fakta yang benar. Yumni memang dianugerahkan ALLAH kelebihan ini.

"Eleh Aisyah. Anti pun sama"

"Apa yang sama ha...."

"Anti tak payah la. Nanti nak dekat dengan exam, tengokla anti menghafal macam bullet train. Kami tahu la anti tu. Tengok PMRU tu, gempak. PMR pun. Tak payahla.."

Yumni mencubit-cubit pipi saya. Saya cuma tergelak.

Saya terfikir, kalau sekali ALLAH nak uji macam mana? Herm.....

Saya balik ke rumah atas hal yang tidak dapat dielakkan. Saya terjatuh dalam bilik air (Jangan gelak ye). Jadi sekarang agak merana kerana bekas kemalangan sewaktu kecil dahulu di tulang belakang. Jadi sekarang tak boleh duduk lama-lama, terpaksa baring banyak-banyak. Sempat seketika membuka email.

Satu email yang janggal muncul....

Salam Aisyah..
maybe you feld a bit weird or surprised when you received my email. lalala
malay je lah.sebenarnye x dek la nak cakap ape..nak ckp yang Good Luck for trial for SMU. Mock pon,kene la buat betul2 kan kan?dah habis hafal?klu dah bagus lah~Jangan jadi cam saye,budak malas! Maybe bile kmu read email ni, trial dah habis.so x pe lah.May ALLAH bless you dear.wassalam

P.S:guess who??

Wah, terharunya saya. Sahabat saya jauh di Leeds mengirimkan semangat..!! Thanx Zatul Iffah for this email..... Saaaayang sama Zatul. Saya balik la Zatul, jadi saya dah baca sebelum trial lagi.

Ok lah, saya tak boleh lama-lama atas kerusi ni. Sakit dah ni. Kifarah dosa ni. ALLAH nak bagi saya masuliyyah yang besar, jadi nak bagi bersih dulu daripada segala noda. InsyaALLAH.

Saya pergi dulu. Doakan saya dan sahabat-sahabat saya....

Oh my friends...!! Jom kita buru 10 A Mumtaz...! Tapi jangan lupa.. Redha ALLAH masih di depan.

Ha sebelum terlupa, pesanan daripada Abang Siddiq yang mempamerkan 'kasih' dan 'sayang' nya kepada saya. (Yeke?) Abang Siddiq jawab sendiri ye.

"Aisyah, dengar sini..! Akademik memang nombor satu..."

"Ada 'tapi' tak lepas tu?? Hihi"

"Dengar dulu... Akademik memang nombor satu... Tapi DAKWAH dan TARBIYYAH bukan nombor dua"

"Okeyp sir.. Roger and Out"

"Lawan Shaatibi tu.."

"Haha, tengok la dulu..."

Okey, sekarang saya tak mahu lawan mana-mana. Kami nak bergabung tenaga, nak ramai-ramai jadi soleh, dan dapat 10 A Mumtaz semua. Ameen. Kami nak cemerlang sahsiah dan akademik. Tak gitu Jilut Tahrir Generation 4 SMASKL?

Ayahanda target kami 19 orang Mumtaz.....

"Mampu ke kita??"

Hanya ALLAH yang tahu dan hanya Dia yang memberi kekuatan.

Ya ALLAH, berilah kami yang terbaik... Moga ALLAH sayang kami.

Countdown Trial SMU.


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Ada orang tak tahu SMU tu apa? SMU tu Sijil Menengah Ugama. Ada sijil ni, tak payah pergi kursus kahwin nanti. Hihi. Boleh terbang pergi timur tengah kalau nak. Walaupun di sekolah saya ada 4 Big Exam, kami bersyukur (walaupun merana) kerana banyak manfaat yang kami dapat.

Aduh, sakit dah belakang ni.

Doakan kami.

p/s - Selamat Datang bulan Ogos.... Jom kita sama-sama trial. Ingat, bulan puasa dah dekaaat....!

Moga ALLAH sayang kami

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 31 July 2009 4:58 pm

1 comment:

pondok buku said...

salam ziarah.

ma3at tawfiq wan najah ;=)