* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 31, 2009

Geram geram geram....!!

Saya tersenyum. Atiqah baru sahaja telefon saya.

1 nombor tertera di telefon saya.

"096177698"

Siapa ni....

"Assalamualaikum syah.."

"Waalaikumussalam. Siapa ni?"

"Hihihi"

"Oh Atiqah. Hihi. Anti kat mana ni?"

"Aik, camna anti tau? Ana dekat public iTalk ni"

"Alaa, sahabat ana yang mana ana tak kenal suaranya.. Kenapa call?"

"Tak dak apa-apa. Anti ok ke?"

"Erm entah la. Sakit la Tiqah kat belakang ni..."

"Ye ke.. Sian kat anti. Rehat la dulu puas-puas. Ingatkan anti datang dah Ijtima' tadi"

"Tadi baring je kat umah. Dia tak boleh duduk lama sangat. Eh, dekat dah trial SMU. Takut la.... Ana baru je tulis pasal trial kat blog."

"Tulaa, sama lah kami. Ha, jadual dah dapat"

"Yeke? Aiyaa.. Takut weh. Boleh gila dibuatnya. Erm first sekali apa?"

"Mula-mula Al-Quran dengan Nahu Sorof. Anti dah teror dua ni"

"Teror pun, seram jugak. Eh, anti sorang je ke kat situ?"

"Aah, bebudak f4 semuanya pi tolong Musabaqah malam ni... Eh rindu la kat anti....."

"Ha, kan da cakap. Mesti rindu... Jap jap. Musabaqah? Haah laaa... Alamak ruginya ana. Mesti besh malam ni. Tangkap gambar banyak-banyak tau"

"Aa. Budak-budak ni pun nak minta kamera dengan ustazah malam ni"

"Owh ok. Eh, banyak lagi ke kredit tu? Biar ana je la call balik"

"Tak, ada banyak lagi ni... Ha, anti tau tak kiteorg dah oral Muthola'ah dengan Ustaz Syafiq Khamis hari tu. Anti je tak kena lagi dengan puteri 4 Maliki. Masa oral tuh Ustaz tanya dalam Arab "Ainaa Aisyah Humairah Najihah?" (Di mana Aisyah Humairah Najihah) Kami pun jawab "Aisyah ghaaib" (Aisyah tiada) Ustaz tanya lagi "Limaaza Aisyah ghaaib?" (Kenapa Aisyah tiada?) Kami tak tahu nak jawab apa, jadi kami ulang la balik "Aisyah ghaaib" Haha"

"Haha, pastu pastu..."

"Pastu Ustaz cakap "Maa atat?" Kami bukannya faham. Jadi kami duk ulang la ayat 'Aisyah ghaaib' sampai ustaz ketawakan kami. Geram betul"

"Kesian korang. Tak leh cakap malay kan? Memang kena la dengan Ustaz Syapiq. Sapa lagi ada.."

"Ana, Hawa, Hana', Sarah. Ana tanya la Hawa apa maksud 'Maa atat' tu. Sebab Hawa duk jawab sangat "La' la' " (Tidak tidak..) Haha"

"Ha pastu apa maksudnya? Ana pun tak tahu.."

"Hawa kata maksudnya, "Dia dah mati ka?"

"Haaaaaaaaaaaaaaaah?? Ustaz cakap macam tuuuuuu??? Saaaaampai hati ustaz....... Aii memang nak kena la ustaz ni dengan ana..."

"Hahahaha. Ustaz gelak sakan time tu"

"Kenapala selalu ustaz cari pasal dengan ana.."

"Tulah. Teringat yang anti cerita ustaz kejar korang Pukul 2 pagi tu kat Dataran Ilmu. Haha. Siti pun kesian jugak. Masa turn dia, dia faham apa yang ustaz tanya dia. Tapi, dia tak tahu nak balas apa"

"Kesian Siti..."

"Ha satu lagi. Haha. Masa kami tunggu turn.. Lambat sangat.. Kiteorg ujian syafawi dalam bilik mesyurat. Lepas tu Sarah nak keluar.Dia pun menyorok bawah meja and merangkak sampai ke hujung meja yang dekat dengan pintu. Sekali tu masa dia nak keluar dah, dia terhantuk kat meja. Haha. Ustaz pun perasan. Ustaz kata "Maaza taf'aliina" (Apa yang kamu buaat?) Sarah senyap je kat bawah meja. Ustaz pun tanya sekali lagi. "Maaza taf'aliina". Kiteorang kat belakang ni dah sakan gelak. Masa tuh turn Siti. Last-last ustaz buat donno. Ustaz geleng-geleng je kepala"

"Apela korang ni.... Pelik-pelik"

"Budak-budak ni cakap, kalau Aisyah ada mesti lagi best"

"Haha, kalau ana ada, memang tak jadi dah ujian syafawi. Haha. Jadi sesi arabic debate. Tak kisah la salah ke ape, janji puas kenakan ustaz. GERAM BENAR dah ni...!"

"Haha. Ok jugak tu... Pastu masa turn Sarah, kesian sangat. Ustaz bagi soalan susah sangat kat Sarah. Ustaz tanya "Maa tujad 'indaki jaar? (Kamu ada jiran tak?)" Pastu Sarah jawab "La'" (Tidak). Ustaz terkejut laa. Ustaz pun tanya lagi "Ainaa taskuniina?" (Di mana kamu tinggal?) Haha tau Sarah jawab apa? "Fiil ghoobah" (Di dalam hutan) Haha. Ustaz senyum pastu geleng-geleng kepala..."

"Hahahaha. Tengok la nanti ana nak jawab lagi pelik.. Tunggu la.... Ok-ok dah lama sangat ni. Sian anti. Eh, kirim salam bebanyak kat ustaz 'comel' tuh. GERAM BENAR ana..!! Ade pulak kata ana dah mati.. Kata kat ustaz ana dah nazak ni kat rumah"

"Haha ok. Jaga-jaga la Aisyah. Anti la pelajar yang paling suka menyakat ustaz. Mesti berganda-ganda susah lagi soalan yang ustaz bagi nanti. Budak-budak ni pakat duk pikir nak pekena ustaz balik. Nak tanya soalan "Ustaz bila nak kahwin" tapi tak tahu nak tanya dengan nada macam mana."

"Haha. Takpe biar ana tanya nanti. Siapla ustaz... Seram jugak. Takpe takpe. Kirim salam banyak-banyak kat ustaz tuu... Eh, malam nanti ajak semua datang pi public ni. Ana nak cakap. Rindu la kat semua. Mesti penat. Lepad ISD, musabaqah pulak. Rajin benar depa tolong. Bukan orang mintak pun"

"Haha, biasala... Kalau anti ada, mesti anti tolong jugak. Sebab tu ALLAH izin anti kat rumah. Budak-budak ni dah rindu kat anti. Semalam ayah anti ada Qiam dengan sahabat, depa pakat pi serbu, tanya macam mana anti..."

"Wah-wah terharunya. Kirim salam kat semua k. Ingat malam ni tu..."

"InsyaALLAH. Ana call pun takpe. Banyak lagi kredit ni..."

"Tak pe ke?"

"Tak pe..."

"Okey.. Erm tak pe lah. Sian anti.. nanti kita hafal sama-sama ek Tiqah..."

"Ok. InsyaALLAH. Jaga diri. Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam warahmatullah..."

Aduh....
Duk tergelak sorang-sorang dah saya kat sini. Tak ingat dah sakit. Tapi takpe.. Ustaz Muhammad Syafiq Che Ani... Siap la ustaz...! Aisyah dah nekad ni.. Kalau ustaz TERbuka blog ana, afwan jiddan ya ustaz... Geram geram geram (ayat Upin dan Ipin)

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang Ustaz Syafiq

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 31 July 2009 7:04 pm

9 comments:

Zinnirah Husna said...

Syah majok... :( geram3..!

criestz said...

ala baru saket siket je..
ganas sgt tido nie kn kn =P

abid abdi said...

syafiq che ani??
dia ada mesia dah sekang erk?? tak tahu pulak. hohoho
kem salam dia nanti. eh, korang ngan dia ble main sakat2 erk?? dahsyat erk. hohoho

sinar_islami said...

Aduh akak baca smpi tersenyum sendiri..
nakal juga antunna ni..
ust ckp arab smpi kome tak faham ke..simple je tu..
practise2 sllu nanti blh la kenakn smula..

syah93 said...

sinar_islami
Hihi memang student f4 nakal-nakal semuanya.. Bknnya depa tak faham, tapi semua dah nervous.. Sampai nak cakap ana sakit pun tak terkeluar kata-kata... Hihi, bab pekena semula tuh memang dalam perancangan memandangkan ana satu2nya sahibah yang tak pi ujian syafawi lagi dengan ustaz....

syah93 said...

abid abdi
Haah Ust Syafiq Che Ani.. Nak kem salam...?? Erm, kne ptimbang dulu.. Nanti ana pulak yang kena dengan ustaz... Hehehehe... Ustaz tuh da cop ana mangsa h1n1, x pasal2 kena lagi 6t..

syah93 said...

crietz
Mana ada tido laa.. Kite jatuh dlm bilik air la abg ihsan..

Zinnirah Husna
Eh tu ayat yang abg apis ajar la kak bihah.. Hihi

sinar_islami said...

sampai cmtu takut ye..
nakal ye f4..nanti ana nk p matri nak tgk adik2 f4 ana ni nakal jga tak..btw my sis f4 jga tpi kat matri...rasanya aritu ummi ana kata ada lawatn p tganu n kelantn..kot2 la jumpa..
nice to know u sis...

syah93 said...

Depa bkn tkut dgn ustaz.. Takut dgn ujian syafawi tuh.. Hehe.. dpa p lwtn tganu tp xmai pun smaskl. Sdih jugak.. =(