* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 18, 2009

Senyum Sayang




"Siti, ni siapa punya? Anti ke?"

Saya menghulurkan sekeping kertas berbentuk bulat kepada sahabat sebelah meja saya, Siti Ruqiah. Dia tersenyum.

"Cuba awak terbalikkan kertas tu, hihi"

"Pulak dah, macam-macam jer. Jangan nak pekena ana sudah"

Lantas saya melihat apakah yang ada di sebalik kertas kuning tersebut.

"Eeee comelnyeeee. Sapa buat ni? Anti ka? Cute. Senyuman yang mengancam. Terpikat ana"

Saya tergelak oleh gurauan saya sendiri. Saya menyerahkan si comel itu kepada Siti kembali.

"Saya buat tu untuk awak la. Simpan elok-elok ya. Comel kan? Macam anti. Anti kan cute.. Haha"

Mendengar fakta yang direka oleh Siti, 6 orang sahibah Kelas 4 Science As-Syafie semuanya tergelak bersama. Mana tidaknya, pipi saya sentiasa menjadi mangsa cubitan Cik Siti. Saya tersenyum. Sungguh bersyukur. Sebab memang berkenan sangat tadi. Ha, tiba-tiba ada idea nakal datang.

"Eh kejap. Senyuman ana senget ke?"

Keseriusan wajah saya mengundang deraian tawa Atiqah dan Siti. Saya cuba mengawal eksperesi muka agar kekal kelihatan serius.

"La... Kita tanya betul-betul ni!! Jangan la gelak"

"Okey okey. Jangan la marah Aisyah sayang. Cuba anti senyum. Kami nak tengok senget ke tak"

Mereka ketawa lagi.
Saya geram.

"Tak nak senyum..!"

Saya menarik muka masam. Namun hakikatnya, saya juga ingin tergelak sama. Siti memegang dagu saya.

"Alalala Aisyah sayang, comel bucuk..."

Akhirnya saya tersenyum bahagia. Saya sayang mereka.

"Kan dah cakap, senget senyumannya. Manis dan mengancam..! Haha"

Siti mengusik lagi. Saya terus tersenyum.

"Thanx Siti, Tiqah jugak. Saaaaaayang Tiqah and Siti"

Siti mencubit pipi saya lantas mengusik lagi dengan kata-kata yang selalu diulanginya.

"Macam budak-budak. Dahla selalu senyum. Comel"

ATIQAH dan SITI....

Sebenarnya niat saya tadi ingin bercerita tentang senyum. Namun rasa kasih dan sayang saya kepada mereka berdua membuatkan saya ingin mencoret sesuatu untuk mereka.


Nurul Atiqah binti Zulkepli...


Adik kepada Si Genius kita, Abang Luqman. Saya mengenalinya sejak Darjah Satu. Kami merupakan generasi pertama Sekolah Rendah Ibn Qayyim. Dialah peneman setia saya dalam keputusan peperiksaan. Bermula UPSR, PMRU, dan PMR yang lepas, keputusannya sentiasa sama dengan saya.

"Atiqah, kalau ana dapat pi oversea, anti teman ana k. Kita pi sama-sama"

Ungkapan ini sentiasa saya sebut kepadanya. Atiqah memang amat baik, mudah tersenyum. Dia amat suka menolong orang dan sentiasa bermanis muka. Apabila bertemu dengannya, semua masalah saya seakan-akan gugur satu-persatu. Dia memiliki wajah tarbawi, nurnya menyusup ke kalbu-kalbu yang melihatnya. Dia comel dan tembam. ^_^

Dia juga antara mangsa mendengar saya berceloteh sepanjang hari di dalam kelas. Kesian dia. Saya suka berkongsi cerita dengannya. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Tapi, si Atiqah ni suka memendam perasaan. Dia memang pandai menyorok masalah, tapi masalah itu amat zahir pada wajahnya yang sentiasa ceria.

Saya sudah lama bersama dia, dan agak mustahil dia ingin menipu saya dalam bab-bab sebegini. Dia tak akan cerita apa masalah dia pada sesiapa sahaja. Jadi, saya hanya boleh memberikan kalam tarbawi kepadanya. Kemudian dia akan tersenyum dan mengucapkan syukran. Melihat dia senyum sudah membuatkan saya bahagia. Dia hanya akan menangis keseorangan untuk melepaskan tekanan. Kesian Atiqah.

Saya panggil dia Tiqah atau Qah. Atiqah suka tarik hidung saya. Saya suka dia sebab dia selalu bagi makanan kat saya, buat air untuk saya, dan selalu suap saya. = )

Atiqah, maafkan ana sekiranya ana tidak dapat menjadi sahabat anti yang terbaik. Syukran Jazilan kerana sentiasa mendampingi ana setiap masa. Melayan kerenah ana yang nakal, yang sentiasa mahu didahulukan, sentiasa mahu orang ambil berat dan macam-macam lagi perangai nakal ana. Terima Kasih Atiqah. Ketahuilah, walaupun ana selalu mengucapkan kalimah keramat 'UHUBBUKI FILLAH' dengan main-main dan senyuman nakal, tapi ana benar-benar memaksudkannya.


Siti Ruqiah binti Khairunnazarullah...


Gadis kacukan Melayu-Pakistan. Erm, tubuh pun tubuh Pakistan. (Jangan marah ya Siti). Siti baik. Sewaktu saya sakit (agak berat) baru-baru ni, dialah yang benar-benar menjaga saya. Katil dia jadi mangsa tempat saya rehat. Dia sanggup tidur beralaskan tikar di atas lantai. Terharu. Teringin sangat nak buat sesuatu untuk balas jasa dia bancuh air, kemas buku, tolong ambil makanan untuk saya, teman saya pergi ke tandas, dan macam-macam lagi. Namun apakan daya, Allah tidak mengizininya. Saya sakit.

Suatu hari, saya ke katil Siti untuk berehat memandangkan saya terlalu tidak larat untuk memanjat ke katil saya. Terlalu penat. Saya melihat timbunan kain di atas katilnya. Dengan sebekal kudrat yang saya miliki, saya cuba melipat satu-persatu tanpa menghiraukan fizikal saya yang amat penat dan perlu akan kerehatan. Kemudian, saya tertidur.

Saya puas. Saya dapat membantu Siti. Mesti nanti Siti senang, lepas penat belajar boleh terus tidur walaupun lantai menjadi katil sementaranya. Saya tidak menyuruh dia tidur di katil saya kerana saya tahu Siti gayat. Lagipun saya nak dia teman saya. Orang tinggi selalu gayat. Tapi Aisyah tak. ^_^

Saya suka berkongsi cerita dengannya. Dialah yang menemani saya menghubungi Kak Nabihah sewaktu saya ada masalah. Terima Kasih Siti. Dia juga mangsa mendengar saya bercerita. Dia amat baik. Masalah saya, kegembiraan saya, kesedihan saya, keresahan saya, kenakalan saya sudah dia maklumi. Dia amat mengambil berat.

Namun, jika dia moody habis lah. Memang susah sangat kalau dia sudah moody. Tapi tak mengapa, moody tu kecil sahaja jika ingin dibandingkan dengan bakti dia kepada saya. Saya panggil dia Siti atau Ti. Siti suka cubit-cubit pipi saya dengan tangan dia yang lembut lagi besar tu. Saya suka sangat kalau dia urut-urut dan main-main dengan tangan saya. =)

Siti, terima kasih sangat tau. Walaupun anti cerewet, ana tetap akan sayang anti. InsyaALLAH. Syukran banyak-banyak sebab sanggup melayan kerenah ana yang agak manja ni. Nak kena suap la, nak kena urut-urut la, nak kena cubit la. Hihi. Luv you so much. Nanti kita sama-sama pimpin tangan ke syurga keh. Ana saaaaaayang sangat kat anti. Dan jangan lupa, tinggi ana dah nak sama dengan anti. Ana dah 163 cm. Lagi 2 cm nak sama dengan anti. Apa-apa pun saaaaaayang sangat kat anti.

Atiqah dan Siti, teman sebaris meja saya di dalam kelas. Line meja kami selalu bising. Cikgu, ustaz, dan ustazah mesti akan melewati line kami sewaktu mengajar. Sebab mereka tahu line ni budak-budak nakal yang suka buat nakal selalu cari pasal sebab nakal. Maafkan kami..!! 10 A Mumtaz SMU ya tahun ni.

Maafkan saya sekiranya post kali ini agak kebudak-budakan. Saya memang begini dengan sahabat-sahabat saya.

Nak tengok apa yang ada di sebalik kertas kuning tadi.....?


Comel kan? Saya akan simpan smiley ini.

Lama dah kan saya tidak update blog? Berita tentang Abang 'Ammar terus sahaja menghiasi homepage blog saya. Sudah ramai yang tegur sampai Abang Saeed cakap terbatuk-batuk dia lalu blog saya sebab berdebu tebal sangat. Pandai ya dia perli saya. Saya agak sibuk dengan pelajaran sekarang. 10 Ogos ni trial SMU.


Hajat sangat pada doa kalian semua. 10 A Mumtaz SMU ni, bukannya senang dan juga tidak mustahil. Betul kan Abang Saeed? Saya beransur dahulu. Saya cuba masukkan 1 post lagi sekiranya sempat kerana Ahad petang saya ada program Hari Keluarga Koperasi Mesra Net di Sekayu.


Moga post kali ini membawa sedikit sebanyak manfaat. Muhasabah kembali bagaimana kita bergaul dengan sahabat sekeliling kita. Adakah kita benar-benar menghargai mereka? Post kali ini juga tanda penghargaan saya kepada Atiqah dan Siti.


Sayang Siti
Sayang Tiqah


Moga ALLAH sayang Siti dan Tiqah
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian


Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 18 July 2009 12:51 pm

1 comment:

saza s said...

alamak... berpinart-pinar mata ana tengok muka surat ni... tak larat nak gosok mata... baru cuci rupanya...

senyuman pembawa sedekah...
senyuman tanda kesyukuran
senyuman untuk taulan

senyuman selalu seperti ana!!