* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 29, 2009

Saya bakal pulang...



Sedih juga, semangat pun ada.
Nak balik sekolah dah.
Selamat Tinggal ya semua.

Semoga saya dapat menjalani bulan Ramadhan yang berbaki di sekolah saya dengan sebaik mungkin . InsyaALLAH.

Semoga saya juga dapat khatamkan Al-Quran dengan baik.

Semoga Aisyah jadi lebih baik daripada semalam.

Semoga Aisyah jadi lagi rajin, lagi cerdik, lagi suka tolong orang, lagi suka senyum, lagi pandai, lagi cilik, lagi nakal, lagi matang, lagi pandai cakap, lagi baik dengan semua orang, lagi solehah, lagi suka menghafaz, lagi dapat keputusan cemerlang, lagi beradab, lagi ramai orang suka, lagi comel, lagi cute, lagi lawa, lagi banyak berkhidmat untuk ISLAM, lagi macam-macam lagi.

(Adeh, penat menyenarai...)

Hihi

^_^

P/S - Result Trial SMU akan dapat nanti. Jangan suruh saya tulis dalam blog ya. Hihi. Moga ALLAH berikan saya yang terbaik.


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Tak sabar-sabar nak pergi sekolah
(barang tak kemas lagi)


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Jom balik sekolah..!


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Comel kan?


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Daisy


Glitterfy.com - Glitter Graphics

I'll miss you all..


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Ukhuwwah Lillah forever...


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Comelnye...


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Love you all..


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Cute Love


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Entah kenapa letak gamba ni...


Glitterfy.com - Glitter Graphics

"Selamat Berpuasa..! Jangan puasa tipu-tipu yer.."


Glitterfy.com - Glitter Graphics

(Huh, laparnyek..! Hihi)


Glitterfy.com - Glitter Graphics

Cute Smiley from Aisyah Ulya

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturay 29 August 2009 2:21 pm

Thursday, August 27, 2009

Saya menangis lagi....


Semalam saya menangis lagi...

Kenapa mudah sangat saya menangis ya sekarang? Adakah tangisan saya menyusahkan orang lain?

Herm....

Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan....

Thanks a lot for those people that really care and concern about me. I don't know how to repay it. I want to go far. Far away from these people, because I really know that my attandance in their life, will make trouble and frayed each other....

Let me go..

Let me alone..

May ALLAH loves Aisyah

Moga ALLAH sayang Aisyah

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 27 August 2009 1:38 pm

Wednesday, August 26, 2009

Doa Ayah saya..

Saya sebak..

Setiap kali saya teringatkan doa ayah saya, hati saya mesti sebak...

Ayah saya akan membaca satu deretan doa, setiap kali selepas doa-doa yang biasa dibacakan oleh ayah.

Pada kali pertama ayah bacakan doa tersebut, saya menangis teresak-esak bersama-sama adik-beradik saya. Kami memeluk ayah dan mak.

Sejak hari itu, setiap kali ayah solah, ayah akan meluangkan sedikit masa untuk membaca doa tersebut. Sehinggalah saya dapat menghafaz doa yang dilafazkan ikhlas oleh ayah saya. Saya sedari, sejak ayah saya membaca doa tersebut, saya makin baik sahsiahnya. Alhamdulillah.

Jadi, pada hari ini saya ingin kongsikan doa tersebut dengan kalian. Mungkin antara kalian sudah mempunyai anak, maka bacalah doa ini. Atau antara kalian, ingin didoakan sebegini, berikanlah doa ini kepada mak dan ayah kalian. Jangan lupa, doa mereka berkat...!!


P/s - Hari ini sudah lima hari berpuasa. Macam mana puasa saya dan kalian? =)

Moga ALLAH sayang ayah dan mak
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 26 August 2009 2:40 pm

Kenangan Rejab tahun ini....

Pada saat ini, saya teringat satu tarikh yang saya catatkan dalam Buku Luahan Hati, milik saya.

13 Rejab 1430 Hijrah
6 Julai 2009 Masihi


****************************************************
Saya tersenyum lagi =)

Selepas semalaman menangis, mengadu masalah kepada Ilahi tercinta...

6 Julai 2009.. Hari saya senyum selalu. Mungkin kerana terlalu puas menangis semalaman. Hari ini juga bersamaan 13 Rejab 1430 Hijrah. Hari Isnin.

Petang itu saya berjalan ke surau bersama Siti dan Atiqah setelah mengemaskan buku di dalam kelas kami di Blok B, tingkat atas. Satu-satunya kelas menengah atas yang berada di tingkat 3. Penat juga begini. Sudah la perlu berulang-alik ke Lab yang berada di tingkat bawah, memandangkan kami pelajar aliran Sains.

Azan sudah berkumandang. Sebelum itu, kami berkejar-kejar ke surau kerana Atiqah dan Siti ingin berbuka di sana. Namun, kami tidak sempat. Jadi, mereka berbuka dahulu di pertengahan jalan dengan meneguk air daripada botol HIJAU saya.

"Ha, sebelum minum... Baca doa, daaaan jangan lupa sambung sikit doa tu.. Ya ALLAH, moga Aisyah jadi budak baik, solehah, rajin, makin lawa.... Kih kih kih"

Saya tergelak.

"Mengada betul budak kecik ni."

Siti ketawa lantas mencubit saya. Kami bergegas ke surau. Kami melalui math'am sahabat. Saya berhenti melihat sesuatu.

(Math'am ialah kantin atau tempat makan dalam bahasa Arab)

"Subhanallah.. Penuh???!! Ramainya yang makan kat math'am. Depa ada amal jamai'e ka tadi?"

Siti segera menjawab.

"Hari ini Isnin la. Depa amal jamai'e hari Rabu kan? Tapi tak tahu lah kalau ada amal jamai'e tergempar. Yelah, Hari Prestasi dah dekat."

"Tak mungkin lah. Tahu-tahu je lah sahabat kita. Kalau amal jamai'e mesti riuh. Sampai kawasan sahibah pun dia 'sapu'. Lagi-lagi untuk event besar macam hari prestasi."

Atiqah menyanggah. Namun naluri saya berbunga. Rasa bahagia melihat bi'ah sebegini. Entah mengapa. Saya tersenyum pada Siti dan Atiqah.

"Eh, kejap. Jangan-jangan.... Seramai ini yang puasa hari ini. Subhanallah.... Raaaamaaainyaaa..."

"Haah la, macam mana boleh lupa. Hari Isnin orang puasa sunat. Lagi-lagi bulan rejab. Mak Cik kat dapur cakap tadi, tengahari tak ramai sangat yang makan. Boleh bilang dengan jari."

Kaki laju menuju ke Surau Al-Hidayah. Langkahan kami makin laju. Saya tersenyum.

"Alhamdulillah. Ya ALLAH, kau telah kurniakan kami rijal-rijal yang hebat. Moga kami juga termasuk dalam golongan fatayat yang berjuang di jalanMu."

Hati saya berbisik gembira.

Saya melangkah ke tempat yang mulia, Surau Al Hidayah, yang telah menyaksikan segala pertumbuhan Bumi Wakafan Tercinta, jatuh bangun SMASKL.

Atiqah dan Siti masuk ke math'am.

"Aik, 5 orang ja yang solah? Mana yang lain?"

Kedengaran saudara Ridhwan, sahabat satu generasi melaungkan iqamah. Saya melihat 5 kelibat sahibah sedang membetulkan saf.

"Yang lain semuanya dalam math'am. Iftar jamai'e secara kebetulan hari ini."

Seorang adik Tingkatan 1, Salmi jua merangkap adik halaqah saya menjawab sambil mengenyit mata lalu mencubit pipi saya. Tak terkelip saya dibuatnya. Agak terkejut. Bukan agak, tapi memang terkejut.

"Tutup mulut tu Kak Aisyah, hihihi."

Salmi dan sahabat-sahabatnya mengusik saya.

"Ha, sudah-sudah. Adik-adik, cepat pi solah. Nanti terlepas jemaah."

Mereka berpusu-pusu ke tempat wudu'. Saya tersenyum. Nakal betul depa.

(Tapi, kakak-kakak depa lagi nakal =) excluded me..!)

Saya duduk bersimpuh lalu menyandar di dinding sejuk surau kesayangan. Mencapai buku Feqah. SMU menjengah di minda.

"Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan."

Sesekali mata saya menangkap pergerakan 5 orang sahibah yang bertuah sedang solah. Saya tersenyum. Zohor tadi, ada 6 saf yang solah. Sekarang, tak sampai 1 saf pun. Saya tersenyum lagi.

Saya berdiri melutut, memandang ke kanan. Math'am sahabat tidak sepenuh tadi. Semuanya berpusu-pusu untuk berjemaah bersama Imam Luqman, juga sahabat segenerasi saya.

Langsir terselak, saya terlihat surau di bahagian sahabat. Cukup-cukup setengah saf. Bahagian surau sahabat lebih besar, jadi secara nisbah yang adil pada hari yang biasa sahabat 10 saf dan sahibah 6 saf. Sekarang sahabat tinggal separuh saf sahaja??!

Subhanallah sekali lagi.

Fatonah menghampiri saya.

"Anti puasa, Fatonah?

"Naam, dah berbuka pun tadi. Jadi iftar jamai'e pula. Ramai betul yang puasa. Sebab ini lah ana rindu SMASKL, nak duduk kat sini balik. Bi'ah yang solehah."

Fatonah berlalu untuk mengambil wudu'.

"Dahsyat...! Bakul tray Form 4 kosong? Tray anti kat mana?"

Sarah tiba-tiba menerpa saya.

"Tray ana dalam dorm, dalam locker. Huhu kosong..?? Wah, hebat ni! Nanti nak kena tulis dalam blog ni. Dah lama kan tak jadi macam ni? Mesti abang-abang dan kakak-kakak lepasan baca kat blog ana nanti, teringat kat SMASKL. Berderai air mata, teringat memori pahit manis kat SMASKL kan?"

"Haha, anti ni kerja nak bagi abang-abang, kakak-kakak jelez je."

"Hihi, tak ada lah. Nak bagi depa rindu SMASKL.. Biar depa mai SMASKL selalu."

Saya tersenyum. Sarah meminta izin untuk mengundurkan diri.

"Doakan ana, Sarah. Doa ana jadi solehah, baik, cerdik, rajin....."

"Dah tau dah. Tak cakap pun tak apa. Tak pa tak pa. Anti solehah dah, cuma nakal sikit je. Kih kih kih."

"Ha sudah-sudah, tak payah nak menyakat. Pi solah cepat."

Sarah tersenyum kerana berjaya mengusik saya. Akhirnya, saya tersenyum jua.

"Aku selalu ulang ayat tu ka?"

Saya tersenyum lagi. Kedengaran bunyi riuh di hadapan pintu surau. Adik-adik kecoh melihat hanya 5 orang sedang ruku'. Saya pun mahu tergelak, tapi ditahan sahaja. Jangan bagi 5 orang sahibah ni tak khusyuk sudah.

Adik-adik melihat aksi saya meletakkan jari telunjuk di bibir dari jauh. Lantas mereka senyap sambil meletakkan tangan di atas dahi tanda tabik, dan menurut perintah. Nakal betul.

Kak Rodiah menghampiri saya. Teringat jawatan Lajnah Kantin dan Dewan Makan yang disandangnya, saya tersenyum dan seakan-akan tahu apa yang mahu meluncur keluar daripada bibirnya.

"Kosong bakul tray. Hari ini 100 orang puasa."

"100???!!"

Saya selaku setiausaha Saf Kepimpinan Pengawas yang memang arif tentang bilangan pelajar puteri amat terkejut. 127, semuanya jumlah sahibah. 100 orang puasa. 5 orang sedang solah."

"Selebihnya mestilah ma'zurah"

"Rasanya macam tu lah. Tak sabar nak puasa juga. Belum Ramadhan lagi ini... Tapi kehangatannya mula terasa."

Imam Luqman memberi salam. Doa dibaca. Damai sungguh hati ini, berada dalam bi'ah sebegini. Atiqah dan Siti sudah usai solah.

"Aisyah, jom sambung balik kerja dalam kelas."

Kami bergerak kembali ke kelas. Jauh. Namun sudah kalis. Di hadapan math'am, saya bertembung dengan adik lelaki saya, Ammar bersama sahabat-sahabatnya. Saya hanya tersenyum.

"Angah, ayah mari kan malam ni?"

Saya mengangguk.

"Ni ramai-ramai nak pergi mana? Kan kena baca Quran sekarang kat sana?"

Ibu jari saya menunjukkan ke arah surau.

"Kakak Ammar ni concern betul. Memang tak boleh buat kes depan dia."

Adik saya tergelak, saya tersenyum.

"Nak pergi makan la Angah. Kiteorang puasa tapi berbuka dengan air dan kurma je tadi. Nak solah jemaah dulu. Sekarang baru nak makan nasi. Lagipun macam sesak sangat tadi."

"Okey, cepat makan ye. Lepas tu pergi mengaji."

Dari luar, saya mendengar riuh suara orang mengaji di dalam surau. Saya tersenyum.

"Gi dulu ye, Angah"

"Ha, jangan lupa baca doa makan."

Adik saya tersengih. Saya berlalu. Atiqah dan Siti yang hanya menjadi pendengar setia sejak tadi mula bersuara.

"Kiranya, separuh saf sahabat tadi, ada juga yang puasa?"

"Macam tu lah nampaknya. Moga bi'ah ini berterusan."

"Ameen."

Kami bertiga mengaminkan doa.

Saya tersenyum lagi. Damainya hati ini. Moga ALLAH menjaga bi'ah ini. Saya sayang SMASKL...

P/s - Tak sabar rasanya nak balik sekolah, nak puasa di sekolah. Apa pula kenangan Ramadhan saya tahun ini ya =)

Moga ALLAH sayang SMASKL
Moga ALLAH sayang sahabat sahibah saya
Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 26 August 2009 2:12 pm

Monday, August 24, 2009

Hadiah saya =)

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]"


Mak, angah nak yang ini boleh?"

Saya menunjukkan sesuatu pada mak saya. Align Left Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu tertarik dengan benda tu. Yang pasti, saya nak beli tambahan pula harganya hanyalah RM2.90.

"Betul ke nak beli ni? Kan Angah tak boleh pakai sembarangan jewellery. Emas dan emas putih je boleh. Nanti membazir..."

"Alah, earring ni getah. Tak pe kot. Sebab jam CASIO yang Angah pakai ni getah."

"Okey lah. Ikut Angah ya. Kalau something happen to your ears, just keep it in your drower okey. Mak tak nak tanggung risiko."

"Orait madam. Roger and out..! Hihi, pandai-pandailah Angah, mak. Anak mak ni sudah besar dan matang. Sudah tahu jaga diri. Anyway, thanks a lot my mom."

"Ni kira hadiah mak untuk Angah ya.."

"Hihi, apa-apa jelah."

Saya mengenyitkan mata kepada mak saya. Entah kenapa earring tersebut terlalu menarik minat saya. Selama ini, saya tak pernah diminta dibelikan jewellery. Iyalah kalau minta, mesti mak ayah saya belikan yang emas atau emas putih kerana badan saya allergy pada jewellery tiruan.

Jadi, mak saya pun bayarkan sekali earring tadi yang berharga RM2.90. Sebenarnya, kami sekeluarga ke Shopping Complex Astaka untuk membeli baju T-Shirt untuk kedua-dua adik saya. Entah kenapa, hari itu saya tiada mood untuk membeli T-Shirt. Jadi, saya hanya menjadi perunding imej untuk adik lelaki saya memandangkan interest saya agak sama dengannya.

Setelah membuat bayaran, kami bersiap untuk memunggah barang ke dalam kereta. Tiba-tiba, mak saya cemas.

"Handphone mak mana?"

"Aik, bukan ada pada mak? Angah rasa mak pegang tadi."
"Cuba cek dalam beg mak. Abang nampak mak masukkan dalam beg tadi."
"Adik rasa mak pegang kat tangan tadi."

Kami bertiga segera menjawab. Ayah saya cuba menghubungi nombor mak. Hanya Along yang tiada bersama kami. Along perlu menjaga nenek kami di Seberang Takir.

Dipendekkan cerita, mak dan ayah saya naik semula ke shopping complex untuk mencari handphone mak yang disangkakan tercicir. Saya pula berada di ground floor bersama adik-adik saya.

Saya masuk ke kedai souvenirs and gifts. Saya dan adik-adik saya merayau-rayau di dalam kedai itu. Adik perempuan saya amat nakal. Jadi, sepanjang kami berada di dalam kedai, saya memegang tangannya. Susah benar ada adik nakal. Lama kami berjalan.

Tiba-tiba bagaikan ada kuasa menarik kaki saya ke ruang belakang, sehinggalah betul-betul saya berhenti di kawasan money-box. Mata saya melilau melihat pelbagai tabung duit.

"Wah, lawanya! Aku dah lama tiada tabung. Teringin pula."

Saya bermonolog sendirian. Tiba-tiba saya disapa adik perempuan saya.

"Angah nak beli ke celeng tu?"

'Celeng' ialah panggilan bagi tabung duit dalam longat Terengganu.

"Nak beli, tapi mahal la dik. RM17.90. Angah ada duit, tapi nak guna untuk benda lain. Lain kali lah Angah beli."

"Alaa, cakap jela kat Ayah nak beli nanti. Ayah kan suka kalau kita menabung."

"Tak nak lah susahkan ayah."

"Angah malu ye? Meh adik cakapkan ye.."

"Oho, tak payah buat rajin la. Adik ni memang banyak cakap betul. Ish ish ish. Tak pe je la. Angah boleh datang lagi dengan kawan-kawan Angah nanti."

"Kalau ada orang lain beli dulu macamana?"

Saya terfikir.. Betul juga adik saya cakap.

"Adik nak pergi dekat Abang dulu ya. Angah fikir je la ye. Need my helps? Tafadhol my sis. Kih kih kih."

"Perli tu. Tak pe tak pe. Siap la nanti Angah kenakan pula.."

Dia mengenyitkan mata sambil berlari ke arah adik lelaki saya.

Saya cuba untuk memegang tabung tersebut. Comel... Comel sangat-sangat.

"Ha, Angah nak beli ke?"

Terkejut saya. Ayah saya berada di belakang dan sedang memegang bahu saya erat.

"Apa Ayah tanya?"

"Angah nak beli ke celeng yang Angah pegang tu...?"

Saya segera meletakkan tabung itu.

"Eh, tak ada lah! Angah tengok-tengok sahaja."

Saya menipu... Sorry Ayah. Alhamdulillah adik saya tiada di sini. Kalau tak memang dia akan cakap.

"Beli je lah. Lagipun Angah dah lama tiada celeng kan? Sejak Ayah kata tiada duit untuk buat rumah kita."

Ya, sewaktu itu, saya berikan semua duit saya dalam tabung. Bukan saya seorang, tapi kami empat beradik. Rumah saya dibuat besar bukan kerana ingin bermegah. Tapi, di rumah ini lah menjadi port perhimpunan pak cik mak cik untuk buat apa-apa program sebelum sekolah saya belum disiapkan.

Saya terfikir... Nak beli ke tak ye?

"Tak apa ke ayah kalau Angah nak beli?"

"La anak Ayah seorang ni. Ayah kan suka kalau anak-anak ayah menabung. Start your banking today."

Saya tergelak. Ayah saya mengeluarkan tabung tersebut daripada rak, dan terus menuju ke kaunter. Adik-adik saya mungkin jealous, tapi mereka amat memahami. Tadi mereka sudah habiskan banyak duit mak dan ayah untuk beli pakaian mereka.

"Ayah, satu lagi boleh? Angah nak beli buku catatan. Buku tazkirah Angah dah habis. RM1.20 je."

"My pleasure, dear. Ayah beli 2 hadiah untuk Angah hari ini"

"Syukran, ayah..."

RM2.90 + RM17.90 + RM1.20 = RM22.00
Better than my younger siblings

Jadi, pada 15 Ogos 2009, saya mendapat 3 hadiah. Terima Kasih ayah dan mak..! Walaupun sedang kalut mencari handphone mak saya, ayah saya tetap pandai melayan kerenah anak-anaknya. Handphone mak saya dikutip orang. Sedih sangat. Tapi mak saya tetap tabah.

"Tak apa, ALLAH dah izin. Bukan rezeki mak. Kita kena bersyukur kan? Handphone mak yang hilang, bukan MAK..?

Alhamdulillah saya dikurnikan FAMILY yang betul-betul bahagia.

*************************************************************************************

"Angah, surat Angah sampai..."

Adik perempuan saya menjerit dari luar rumah.

Pada 24 Ogos lalu, iaitu genap umur saya 16 tahun 3 bulan, satu sampul surat sampai di rumah saya ketika saya sedang membaca email. Melihat tulisannya sahaja, saya sudah mengetahui siapa si pengirimnya.

"Siapa kasi Angah?"

"Kawan Angah, Sarah binti 'Adli."

"Owh, yang duduk di Dungun tu ye? Angah bukak la cepat... Adik nak tengok juga."

Saya membuka dengan berhati-hati. Apabila dibuka, saya melihat ada satu sarung dan sehelai kertas. Dalam sarung berwarna HIJAU tersebut, ada duit seringgit.

"Aik..??"

Saya pelik. Saya membaca surat sambil tersenyum. Sayang benar Sarah pada saya. Alhamdulillah. Kejap, Sarah ada sebut tentang 'gelang' dalam suratnya. Tapi mana gelang tersebut?

Oh, dalam sarung itu juga rupanya. Lawanya...! Terima Kasih Sarah. Saya terus mencuba. Memang padan elok dengan tangan saya yang halus ni. Kalaulah saya gemuk, memang tak muat lah.

Namun, saya masih tertanya-tanya. Kenapa duit seringgit turut ada dalam envelope ini? Saya menghantar message pada Sarah.

"Kakak, surat dah sampai. Terima kasih banyak ya sayang. Ha, correction. Nama Kak Syah Aisyah Humairah Najihah binti Nor Alias, bukannya Aisyah Humairah NAJIHA binti ANUAR. Nanti betulkan ya? Lagi satu, kenapa ada duit seringgit ni?"

Lantas Sarah membalas.

"Wasalam. Sorry Kak Syah. Saya tertukar dengan nama kawan saya. Sori ye? Kak Syah tak marah kan? Ha, duit seringgit tu saya bagi takut Kak Syah tak suka dengan gelang tu. Saya dah cari warna HIJAU tapi tak ada. Saya harap Kak Syah suka."

Oh, terima kasih banyak-banyak ye Sarah. Gelang jenis ini, saya pernah nampak sepupu-sepupu saya pakai. Harganya tidaklah mahal mana. Tapi, agak mahal untuk seorang pelajar Tingkatan Dua membelinya. Terima Kasih sekali lagi Sarah.

Duit seringgit yang diberikan, saya terus masukkan dalam tabung saya bersama sarungnya sekali. Lain kali, jika saya buka tabung saya, saya akan tahu duit dalam sarung itu, SARAH yang bagi. =)

*************************************************************************************

Semua orang pernah dapat hadiah kan? Muhasabah kembali bagaimana kita menghargai hadiah yang diberikan. Saya sebenarnya rasa amatlah tidak layak untuk menerima hadiah-hadiah yang saya dapat, sehingga dalam tempoh saya Tingkatan 1 hingga kini, hadiah saya sudah memenuhi laci-laci di meja tulis saya.

Lagi-lagi hadiah daripada mak dan ayah saya. Mereka sudah banyak berkorban untuk saya. Pengorbanan yang menjadikan saya manusia. Kalau dikata, coklat lebih bernilai daripada gelang kerana coklat akan menjadi darah daging, manakala gelang jika hilang, maka tiadalah kenangannya.

Tetapi pengorbanan mak dan ayah saya, telah menjadikan diri saya sebagai insan yang bernama Aisyah Humairah Najihah kini. Jika saya melihat gelang saya, saya teringat pada Sarah. Jika saya melihat pada daging saya, saya teringat coklat dan insan yang memberikan saya coklat.

Tapi, jika saya melihat pada keseluruh badan saya, jasad saya, fikrah saya, hati saya, sahsiah saya, aqli saya, saya akan teringat pada pengorbanan mak dan ayah saya. Pada saat ini, hati saya sudah sebak, mata saya sudah menakung air mata. Rasa diri ini banyak membawa kesusahan dan kepayahan pada mak dan ayah.

Rasa menyesal kerana main-main sewaktu Trial hari tu. Rasa sedih kerana tak dapat menjadi anak yang solehah. Rasa tak puas hati kerana tak dapat balas jasa mak dan ayah saya......

Air mata menitis....

Saya tak dapat tahan lagi.

Mak, Ayah... Terima Kasih kerana menjadi wasilah untuk mewujudkan Angah ke dunia ini. Memberi peluang Angah merasai nikmat dan azabnya menjadi seorang manusia. Rela mendukung Angah yang amat gemuk sewaktu kecil dahulu. Membesarkan Angah dengan didikan Islam. Masukkan Angah ke SRIQ dan SMASKL untuk memperoleh Tarbiyyah Islamiyyah.

Mengharapkan Angah menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, dan agama. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Angah untuk mengecapi nikmat fikrah, nikmat hidayah ini.

Tiada apa yang boleh Angah balas, kecuali menunaikan harapan mak dan ayah. Ingin melihat anak-anaknya berbakti pada Islam, memperjuangkan diri sehingga daulah berjaya ditegakkan.

Sehingga sekarang, saya hanya mampu hadiahkan mak dan ayah saya kecemerlangan dalam akademik. Saya masih kurang cemerlang dalam sahsiah, saya perlukan bantuan. Saya perlukan doa. Doa daripada insan-insan yang ingin melihat ayah dan mak saya bahagia. Doa daripada kalian.

Saya butuhkan doa kalian.

HADIAH HADIAH SAYA
Sepanjang bulan Ogos


Earring
(kini di dalam laci)

Money-box
Comel kan?
(berada di samping saya setiap kali saya tidur)

Buku Tazkirah
Menjadi panduan diri
(sentiasa di bawa ke mana-mana)

Bracelet
(kini berada di wrist kanan saya dan bakal dimasukkan ke dalam drower juga)

Moga ALLAH sayang mak dan ayah
Moga ALLAH sayang Sarah
Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 26 August 2009 12:28 pm

Perkongsian

Salam sejahtera semua....

Hari ini saya mahu kongsikan sesuatu yang baru sahaja saya peroleh sebentar tadi daripada Kak Amirah Azmi. Moga bermanfaat buat kalian =)

Speacial to Kak Amirah, thanks a lot for giving me this. Sangat bermanfaat buat ana yang dhaief dan selalu diuji ni. Jazakillah khairan Kathira... Moga ALLAH sayang akak.....

Bacalah dengan mata iman, ambil manfaat daripada huruf terawal hinggalah huruf terakhir.

**********************************************************************************************************

Salam.

Moga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sekadar berkongsi coretan ini, yang ditulis oleh seorang ukhti. Moga kita dapat 'sesuatu'. Ia lebih untuk memperingati diri ini sendiri. Namun, ku titipkan jua buat SAHIBAH yg dikasihi fillah, agar sama-sama mengingatkan tika alpa, sama-sama menguatkan tika lemah menyapa, sama-sama melengkapkan bila kekurangan, sama-sama berusaha untuk raih SYURGA Nya!

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas. Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa. Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak. Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.

Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. Yang cepat mengalah. Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara 'penting' yang lain. Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.

Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu. Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah. Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond dan laju.

Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh. Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot. Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu, penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan, tanpa tarbiyyah, tanpa dakwah, belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti...!

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Sama-sama kita renungi agar tidak kita ditanya di mahsyar kelak. Wallahua'lam.

*SAMA-SAMA DOAKAN*

Redha perlu dicari bukan dinanti!

**********************************************************************************************************

Ambillah manfaat walaupun sedikit. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak Kak Amirah kerana sanggup kongsikan peringatan ini dengan adikmu ini.

Moga ALLAH sayang Kak Amirah
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 24 August 2009 2:48 pm

Sunday, August 23, 2009

Apabila Aisyah menghargai

"Aisyah, jadi ke anti nak buat makan malam Rabu nanti?"

Solehah menyapa saya yang sedang enak makan setelah penat menggoreng ayat sewaktu menjawab Subjek Insya' beberapa hari yang lalu.

"Owh, yang pasal tu ek. InsyaALLAH, kalau tak ada apa-apa jadi lah. Tapi lepas kami abes kelas Physic la k."

"Korang ade kelas Physic ke? Baru je habis periksa. Daah ada kelas. Kesian kesian."

"Haha takpa. Jihad jihad."

"Iyelah tu. Nak makan apa sebenarnya ni?"

"Ha, yang itu rahsia. Tapi biasa-biasa je. Bukan banyak. Tapi kalau nak bawak makanan lain pun tak apa. Hihi"

Saya tersenyum. Solehah beredar.

Sebenarnya, saya telah merancang untuk membuat sedikit jamuan setelah kami usai Trial SMU baru-baru ini.

"Cah, jamuan ni nak sambut merdeka Trial ke?"

('Cah' panggilan manja sahabat-sahibah untuk saya)

"Erm, tak ada lah sangat sebab ana tak rase beban sangat untuk Trial ni. Cuma nak menghargai sesuatu......"

Saya tersenyum. Sahabat-sahabat saya mula ternganga.

"Menghargai??"

"Iye, menghargai sesuatu. Ha sudah-sudah, tak payah tanya. Antum datang makan je nanti and tolong sikit-sikit persiapan"

"Okey Madam Aisyah..!!"

Suatu malam, ayah saya menghantar barang untuk saya.

"Syah, apa dalam kotak Triset ni?"

Atiqah berada di sisi katil sambil menggoncangkan kotak tersebut.

"Eh, jangan goncang. Ai budak ini nak kena ni."

"Haha, ok ok. Sorry. Tapi apa dalam ni? Ana buka boleh tak?"

"Buka lah, tapi senyap-senyap sikit."

Lalu Atiqah membuka kotak tersebut.

"Wah, banyaknya cadbury...! Ada baju? Dari Bandung? Kejap-kejap, kenapa bukan Cadbury Blackforest? Ni baju apa? Peliknya...."

"Haha, apa-apa je la. Rabu malam nanti ana nak ajak makan cadbury tuh la. Sekali dengan 100 Plus kat bawah katil ni. Secret tau. Someone gives me the shirt and the cadbury."

"Owh patutla bukan blackforest. Sebab setahu ana, anti just makan blackforest je. Jap-jap, siapa kasi ni ha..."

Atiqah cuba mengusik.

"Adalaa.... Biarlah rahsia. Shhhhh..."

Saya meletakkan jari telunjuk di mulut lalu tersenyum dan mengenyit mata kepada Atiqah.

"Nakal betul Cik Aisyah ni."

Saya tersenyum lagi.

Pada malam yang diaturkan, saya berlari anak menuruni tangga daripada tingkat tiga, sehinggalah turun ke tingkat bawah. Saya bertemu Fatonah dan Bazilah.

"Dah ambil barang dalam dapur? Tak bukak kan plastik tu?"

"100 Plus dah ambil. Tapi barang yang anti kata plastik putih tu tak ada pun dalam peti"

Bazilah menjawab cemas.

"Haaa? Tak ada?? Ya ALLAH, camna boleh takde? Tulah main dish kita malam ni. Dah cek betul-betul?"

Saya benar-benar cemas. Fatonah pula menyambung jawapan Bazilah tadi.

"Kami tengok dalam peti besar je. Peti satu lagi tak la. Hihi"

"Owh, patutlah. Mana kunci. Meh ana ambil."

"Tak ada, tadi kami masuk pun sebab Muhammad and Naqiuddin buka."

"Okey.... Ana cari mereka nanti."

Saya bergegas, kerana sudah pukul 10:30 malam. Sahabat-sahabat saya sudah mengantuk. Kesian saya melihat mereka.

"Eh, tak payah buat la malam ni. Kesian kat korang. Kita buat esok ek...."

"Eh, tak apalah. Kesian anti Aisyah."

Fatonah memujuk saya. Terharu, rasa nak menangis pun ada. Jamuan kali ini, memang sepenuhnya menggunakan duit saya, except cadbury tu. 100 Plus, ais, air kotak susu, semua saya punya.

"Taaak, ana tak kisah pun. Tak apa.... Cuma kesian tengok korang mengantuk macam ni... Kita postpone esok k."

"Tak payah-tak payah. Kita buat malam ni je la."

Amirah menyambung. Lantas disambut Fatonah.

"Entah korang ni, senyum la sikit. Kesian kat Aisyah penat-penat nak buat parti untuk kita."

"Tak apa, ana tak kisah. Macam ni, siapa yang mengantuk pergi tidur dulu ya?"

Semua tidak mahu berganjak. Saya meneruskan pencarian kunci. Dipendekkan cerita, pukul 11.15 malam barulah saya berjaya mendapatkan cadbury. Ketika itu, rasa seronok sangat-sangat. Entah kenapa.

Saya bersama Fatin dan Wani berjalan seiringan ke kelas.

"Syukran Wani, Fatin sebab tolong ana."

"Alah, tak ada apa-apa lah. Kami juga yang nak makan nanti."

"Okey, okey...!"

Saya tersenyum. Tiba-tiba saya gusar.

"Cepat sikit... Takut nanti diaorang mengantuk... Tak best la nanti."

Ketika itu, saya berdoa sangat, apabila saya menjejakkan kaki ke dalam Kelas 4 Maliki nanti, semua orang tengah gembira...

Dari luar, saya dapat mendengar suara riuh, entah kenapa. Saya masuk dengan kaki kanan.

"Masya-ALLAH. Makan apa ni? Tak ajak ana..."

"Ha, syah! Jom makan roti canai dulu...!"

"Mana dapat?"

"Mak cik halaqah kami bagi tadi..."

"Oooo yeke... Naaaaak... Beshnye. Lama dah kan tak makan ramai-ramai macam ni..."

Saya menuangkan kuah kari ke atas roti canai. Seronok sangat ketika itu.

"Lama apa, kan kita selalu makan sama-sama macam ni."

"Hahahaha"

Kata-kata Shahidah disambut deraian tawa sahabat-sahabat saya yang lain.

"Oih, perlahan la sikit. Sahabat ada kat depan tu.... Tak, maksud ana makan ramai-ramai cincai-cincai macam ni. Tak ada pinggan, mangkuk. Terus makan on the spot atas pembalut roti canai ni. Wa, laparnye..."


Saya menjamah roti canai. Kali ini, saya tidak disuap orang. Lapar sangat. Hihi. Dalam masa 2 minit, 6 keping roti canai licin dihabiskan oleh kami.

(Ish ish ish. Sahibah SMASKL memang kuat makan excluded me. Hihi)

Tiba-tiba, kami disapa Pak Cik Zahari Ghani, merupakan orang kuat di sekolah kami.

"Ya ALLAH, makan apa ni?"

Kami tersengih semuanya. Sahibah Tingkatan 4 yang terkenal dengan keletahnya yang kelakar dan suka menyakat segera menjawab.

"Pak Cik nak? Best roti canai ni. Hihi."

Semua tergelak. Sahabat menoleh ke belakang, sambil tersenyum dan menggeleng kepala.

"Pak Cik tak nak. Ni dah lewat ni.. 11.30 dah. Nanti nak tidur pulak. Bila makanan tu nak cerna?"

"Alaaa pak cik, relaks je la. Kami dah habis trial. Merdeka...!! Jadi, tak tidur pun takpe."

"Owh... Ni jamuan merdeka trial la ni."

Semua tersengih lagi. Memang tahan nak tergelak masa tu.

Pakcik melihat kami makan, dan tersenyum lalu bersuara perlahan.

"MasyaALLAH, banyaknya makan sorang-sorang. Patutlah gemuk semua..."

Pakcik menggembungkan pipinya dan menggayakan seperti orang gemuk. Kami tergelak kuat. Sahabat yang terdengar pun gelak sekali.

"Pakcik, sampai hati pak cik cakap macam tu. Malu lah kami ada orang dengar. Haha."

"Pak cik bergurau je."

"Takpelah, kami tahu kami gemok-gemok."

"Fatonah, anti je yang gemok... Ana taaak..."

Saya menyakat Fatonah.

"Alah, padahal dia la paling kuat makan..."

Pak Cik tersenyum melihat kami. Iya, pak cik amat sayang generasi kami. Nakal-nakal semuanya.

Pak cik berlalu pergi ke tempat sahabat dan bersembang dengan mereka pula.

"Okey..! Sekarang semua pergi basuh tangan. Kita makan Aisyah pulak...!!"

Semua tergelak. Saya keluarkan cadbury daripada plastik.

"Waaaah..... Banyaknyaaa...!! Naaaak...!

Semua ternganga apabila melihat 2 bar besar Cadbury Fruit & Nut, 1 bar besar, dan 1 bar kecil Cadbury Balckforest.

"Aii, Aisyah ni memang gila cadbury la"

Saya tersenyum.....

"Ha, cepat bagi ucapan. Ana pun tak faham lagi apa matlamat anti buat makan ni.. Ke nak umum tarikh perkahwinan"

Saya mencubit Fatonah.

"Kawen-kawen tak main yer.. Ketuk dengan cadbury ni kang... Best ni, keras lagi baru keluar daripada peti."

Mereka tergelak.

"Ooooh lupa ada sahabat.. Dia malu... Kih kih kih. Aisyah Aisyah..."

Saya endahkan usikan mereka.

"Dah tu nak dengar tak ana cerita ni...?"

"Ok-ok...."

"Oklah, first of all ana nak ucap banyak-banyak time kaseh kat korang sebab sudi tunggu and hadiri majlis makan ana ni even dah lewat."

"Oooo, no hal. Sama-sama."

Wani menjawab, lantas dimarahi Solehah.

"Tunggu la Aisyah habis cakap dulu."

"Entah, kasi ana habis cakap dulu. Sebenarnya ana buat Chocolate Party ni sebab nak menghargai pemberian orang. Nampak tak kotak Triset tu? Kat dalam tu ada T-shirt dari Bandung. Ada orang kasi kat ana, sekali dengan 2 bar adbury Fruit & Nut ni. Ingat tak malam yang ana cerita ana telan madu setengah botol tu? Mulanya, ana nak makan cadbury ni time tu. Tapi rasa tak sampai hati nak makan."

"Siapa yang bagi tu?"

"Hahaha, adalah... Pastu sekali tu, ana terfikir kalau ana makan 2 bar besar sorang-sorang dalam bilik, tak ke gila gayanya. Hadiah ni ana dapat time cuti bulan Mei hari tu."

"Wah, lamanya...."

"Tulah pasal. Ni semua kes tak sampai hati nak makan. Sayang sangat. Pastu, ana takut expired. Jadi memang kena la makan jugak jugak. Tapi, ana terfikir nak makan macam mana. Tiba-tiba ALLAH bagi ana ilham, terbayang muka antum. Then, ana pun decide nak makan cadbury special ni dengan sahabat-sahabat yang ana sayang ni. Ana nak ada kenangan dengan cadbury ni. Pulak tu, kebetulan pula trial kita dah habis. Ana akan ingat tarikh ini. 19 Ogos 2009."

"Wah terharunya, nak menitik air mata."

Adibah mengesat-ngesat mata dengan kain tudung birunya.

"Aisyah, kenapa macam tu sekali? Anti sayang sangat ke orang yang bagi tu?"

"Haha, ana kan memang suka menghargai. Ana akan hargai semua apa yang orang bagi pada ana. Sebab tu dalam bilik ana, 3 3 laci meja tulis ana penuh dengan hadiah yang orang berikan, bukan ada buku."

"Hohoho... Dasyat dasyat."

"Sebenarnya dalam pack value ni ada 1 lagi cadbury wafer. Tapi ana dah makan di rumah hari tu. Ana dah basuh siap-siap wrapper dia, dan dah simpan dalam laci pun. Adik ana kata ana tak siuman sebab basuh and simpan sampah."

Saya jua tergelak sendiri dengan kelakuan pelik saya.

"Aisyah Aisyah. Anti memang selalu obses dalam hal 'hargai' ini."

Saya tersenyum. Kami pun makanlah cadbury tu......

Pukul 12 malam, kami ke kantin untuk membasuh tangan. Sebenarnya nak jalan-jalan, sebab depan kelas Maliki sudah ada pili air.

"Eh, jom tangkap gambar kat bendera ni."

Adibah mengajak.

"Kejap, Ustaz Syafiq ada tak? Tak pasal-pasal naya kita kena tangkap dengan dia."

"Alaa, relax je... Kita kan dah habis trial. Lagipun kalu dia nak tangkap, kita lari macam hari tu. Biar dia kejar kita. Hahaha. Don't worry, Aisyah ada. Hihi."

(Ish ish ish) Memang nakal. Malam itu, saya tidur pukul 3.00 pagi. Bersembang dengan sahabat-sahabat saya, mengimbau memori lama...... Seronok....! Dan akhirnya sahabat-sahabat saya tahu siapakah gerangan orang yang terlalu amat 'baik hati' tersebut, sanggup bagi saya chocolate walaupun saya ini nakal. Kalian nak tahu juga? Hehehe, biarlah ALLAH, saya, dan sahabat-sahabat saya sahaja tahu. =)

Cadbury Party
19 Ogos 2009
Kelas 4 Sastera Al Maliki

Yummmy....!!

Sudah tinggal kenangan

Jom kira.. 1 bar = 5 x 9 = 45 x 2 bar = 90 petak kecil cadbury
90 petak bahagi 20 orang = 4.5 setiap seorang

^_^ Kami pakat makan dan suap ja sebenarnya ^_^

Cadbury + 100 Plus + Susu + Madu= ^0^

Saya seronok sangat ketika itu. Walaupun ketika itu hanya ada 10 orang sahaja yang menghadiri Chocolate Party tersebut, saya tetap gembira. 10 orang lagi mungkin sudah penat. Kami sudah simpankan untuk mereka. Daaaaan, lepas tu ada juga la adegan nakal yang kami lakukan dengan cadbury tu. Yang tu tak boleh cerita. AIB..! Hehehe.

Mereka juga sangat gembira, kerana saya menghargai mereka. Sanggup berkongsi sesuatu yang amat saya sayang dengan mereka, habiskan duit untuk mereka. Saya tidak kisah berhabis duit untuk mereka yang saya sayang.

Buat pemberi Cadbury tadi, terima kasih banyak-banyak ye. Lain kali bagi lagi. Heheheheheh.

Ya ALLAH, terima kasih kerana mengurniakan aku hidup yang bahagia ini. Mengurniakan aku, mereka yang amat-amat sayang kepadaku. Alhamdulillah. Thanks a lot because landing on my life, sweetheart..!

Pesanan daripada saya

Belajarlah untuk menghargai sesuatu yang ada di sekeliling kita. Jangan berharap untuk dihargai sekiranya kita sendiri tidak menghargai. Macam saya, walaupun banyak sangat ujian dan cabaran ALLAH datangkan kepada saya, saya still bahagia kerana saya menghargai apa yang ada. Hasilnya, saya juga dihargai.....

Tak percaya? Cubalah.

P/s - Saya belum buka lagi T-shirt Bandung tu, masih kemas dalam plastik. Saya terfikir. Bila nak pakai ye? =)

Moga ALLAH sayang pemberi hadiah itu
Moga ALLAH sayang sahabat-sahabat saya
Moga ALLAH sayang Aisyah

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 23 August 2009 9:37 am

Saturday, August 22, 2009

^_^

Saya tersenyum saat membuka blog Abang Saeed sebentar tadi.

Jom baca tentang FORUM MARHABAN YA RAMADHAN

Jom baca tentang TRIAL SMU DAN PMRU

Abang Saeed memang rajin capture picture. Iyelah, nanti mesti dah rindu SMASKL, jauh dah duduk. Ish3 memang kesian. Saya hanya duduk di belakang Abang Saeed sewaktu forum itu berjalan.

Thanx Abang Saeed for capturing our picture on Trial. Huhu, meskipun terkejut dengan cahaya flash di saat seronok mereka-reka, dan menggoreng-goreng ayat. Trial trial... Entah la macam mana resultnya. Honestly, memang agak main-main.

Orang lain menghafaz, saya makan, saya sembang-sembang, saya conteng-conteng. Dan tak lupa, saya tolong adik-adik Tingkatan 2 ajar mereka. Yang ini je yang boleh agak dibanggakan =)

Dalam blog Abang Saeed, gambar kelas saya ialah 4 Science As Syafie. Trial kali ini paling pelik rasanya. Dah la tak ikut nombor giliran, pakat duduk je kat mana nak duduk. Sepatutnya kami sewaktu Trial SMU, diasingkan putera dan putri sepertimana adik-adik PMRU dan seperti tahun-tahun yang lepas.

Tapi entah macam mana sekolah suruh duduk ikut kelas. Kami semua tak setuju kerana semua ini menyukarkan kami untuk selesa menghafaz kuat-kuat (suara kan aurat), tapi ikut je la.

Ingat lagi time.......................... (Hoho, lain kali cerita)

Nak pergi Solah Dhuha dulu.......! >_<

Moga ALLAH sayang Abang Saeed
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 22 August 2009 10.30 am

Saya dah tahu...!!

Musim Syaaban kian pergi
Ertinya Ramadhan mula kembali
Sebulan kita menahan diri
Nafsu dan hawa dipagari
Empayar puasa dilayari
Tanda suruhan Ilahi ditaati

Sehari semalam beribadah
Munajat syukur buat Ilahi
Amal ibadah diagndakan
Kerja bakti dibanyakkan
Letih penat tak kedengaran

sebelum menjadi tetamu ini
Rapikan dirimu terlebih dahulu
Isikan hatimu cahaya sakinah
Quran sumber barakah

Hari berlalu usah dibiarkan
Ambil peluang kebaikan
Lupakan karat kemungkaran
Usir lumpur kelalaian
Agar Ramadhan dimanfaatkan
Nur di Hari Perhintungan

Saya sudah tahu....!!!

Abang Saeed yang buat ye. Oho, Thanx Nazrul telling Kak Aisyah about this. Suprisingly, you have blog? Ok ok. Makin maju adik-adik Kak Aisyah ni. Abang-abang antum pun belum sahut cabaran Kak Aisyah. Sharifah Sarah pun ada blog juga? Herm... Makin hebat adik-adik Gen 7 SMASKL ni. Oklah, moga terus maju dengan Islam. Kak Aisyah sayang antum.

Kalau ada lagi orang lain buat blog cakap la yer... Kak Aisyah pun nak tahu juga.

Budak-budak ni memang kena rai kan?

(Tergendala Solah Dhuha. Sekali lagi, jom Solah Dhuha...!)

Moga ALLAH sayang adik-adik
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 22 August 2009 10:05

Terawih.....


Teringat hari semalam. Hari pertama kita sama-sama solah Terawih di masjid atau surau masing-masing.

Saya bergegas ke halaman rumah apabila nama saya dilaung-laung oleh adik-adik saya.

"Cepatlah Angah...! Ayah dah bukak gate ni...!"
"Kejap kejap. Angah amik air sat"

Memang menjadi amalan saya untuk membawa bekalan air ke mana-mana. Kereta dihidupkan, maka bermulalah sesi perbualan keluarga kami. Abang saya tidak ikut serta kerana dia menaiki motosikal miliknya. Jadi hanya kami berlima.

Tiba-tiba adik perempuan saya bersuara.

"Ayah, nak solah 8 ke 20?"
"8 sahaja. Malam ni kita ada usrah dan tadarus lepas terawih"

Mak saya membisu. Saya juga matikan suara. Kami berdua selalunya solah 20 rakaat pada tahun-tahun yang lepas. Tapi, saya memujuk diri supaya akur dengan keputusan ayah.

"8 eh. Ok...!!"

Ayah memberi signal untuk bergerak ke kiri. Saya pelik....

"Ayah, nak solah kat surau ke?"

"Kenapa?"

"Tak moh....!!"

Serentak saya dan adik lelaki saya menjawab.

"Okey-okey, ayah ikut anak-anak malam ni..."

"Yea....!!! Thanx ayah.."

Kereta saya sampai di perkarangan Masjid Rhu Muda, agak jauh daripada rumah saya sebenarnya. Tapi, imam-imam di sini lebih baik insyaALLAH.

Saya berjalan masuk ke masjid. Sudah ramai orang di dalamnya. Saya tersenyum gembira. Entah kenapa seronok semacam.

Saya berjalan, berjalan melangkah saf satu persatu sehinggalah sampai di saf hadapan sekali. Saya memandang makcik-makcik di samping saya lalu tersenyum riang.

"Sampai dah, ingatkan solah kat lain"

Saya cuma tersenyum lantas melaksanakan Solah Tahiyatul Masjid. Sebenarnya makcik-makcik yang selalu ke masjid ini memang teramat kenal dengan saya dan ahli keluarga sebelah mak yang lain. Ini kerana nenek saya dahulu merupakan satu-satunya guru mengaji di kawasan Seberang Marang. Memang satu kawasan ini kenal dengan Cik Hasnah.

Hal ini amat memudahkan saya sekiranya bersiar-siar sekitar kampung. Apabila ditanya anak siapa, jawapan saya semestinya "Cucu Cik Hasnah, anak Ini yang kerja hospital". Memang mereka amat menghormati nenek saya, sehingga saya pun terkena tempiasnya.

Ditambah pula dengan mak saudara saya atau saya panggil Cek Ngah yang kini menjadi pengamal perubatan Syifa' (yang Ustaz Harun Din punya tu) dan majoriti mak saudara dan bapa saudara sebelah mak saya aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sini. Alhamdulillah.

Cek Ngah pula selalu bercerita tentang saya, anak saudara harapannya (huhu) kepada teman-temannya. Jadi setiap kali Ramadhan tiba, seperti mereka sudah menyediakan tempat untuk saya di saf depan. Terharu...

Keluarga besar saya sebelah mak memang dihormati. Kami patut berterima kasih kepada nenek kami walaupun sudah lama meninggalkan kami. Jazakillah Tok....!

Saya usai solah tahiyatul masjid.

"Cuti ke?"
"Aah, pagi tadi baru balik, makcik. Ramai juga ya malam ini."
"Nanti lepas 8 rakaat, tak ramailah"

Saya tersenyum. Imam mengangkat takbir solah Isyak. Saya menoleh ke tepi, kiri dan kanan. Ternyata hanya saya gadis remaja di saf depan. Hoho, memang tersenarai dalam golongan makcik la ni =)

Saya menoleh ke belakang, saya melihat deretan sepupu-sepupu saya di saf yang kedua. Saya tersenyum.

"Bagus betul mereka...!"

Getus hati saya. Selain mereka, yang lain semuanya makcik yang tua-tua semuanya. Saya terkilan. Mana perginya remaja lain? Nun jauh di belakang sana. Saya bersyukur kerana ALLAH letakkan saya di posisi sekarang. Alhamdulillah.

Saya seronok solah terawih di samping makcik-makcik ini. Walaupun ada yang sakit, batuk-batuk, sakit lutut, tapi semangat mereka memang waja. Mengalahkan orang muda. Sepatutnya remaja patut malu, dengan sebekal kudrat yang mereka ada, merekalah yang perlu mengimarahkan masjid ini. Bukanlah mengharapkan makcik-makcik ini.

Rakaat ke 8 sudah usai. Kelazatan berterawih membuatkan kaki saya langsung tidak mahu berganjak. Memang benar sangkaan makcik tadi. Saf yang pada mulanya 8 barisan hanya tinggal 3 barisan, dan hanya saya remaja yang tinggal.

"Mak, nak solah 8 ke 20 ni?"
"Tak tahulah, Angah. Mak pergi tandas sekejap"

Maka tinggallah saya di saf hadapan. Saya teruskan solah terawih. Rasa bersalah juga pada ayah. Mak juga teruskan solah terawih hingga ke rakaat 20. Imam pada malam ini, imam yang sama pada tahun lepas. Sekali lagi saya terfikir, tiada ke anak muda di kampung ini mahu menjadi imam? Saya terkilan sekali lagi.

Usai solah terawih. Saya bersalaman dengan semua makcik-makcik, dan orang terakhir yang saya bersalaman adalah Cek Ngah.

"Anak saudara Cek Ngah seorang ini...."

Lantas mencium dahi saya. Saya tersenyum.

"Angah balik bila?"
"Pagi tadi sampai. Takpelah cek, kena cepat. Ayah tunggu kat luar."

Saya berjalan dengan mak saya.

"Mak, ayah marah ke tak ek nanti?"

Mak saya cuma tersenyum. Terlihat kelibat ayah saya di dalam kereta. Wajahnya seakan-akan penat menunggu. Kesian ayah.

"Ha, tengok jam sudah pukul 10. Nanti anak-anak mengantuk nak buat tazkirah lagi"

Ayah saya bersuara. Saya tersenyum.

"Kan dah janji tadi kita nak solah 8 je"

Mak menuturkan maaf. Saya tersenyum lagi. Ayah saya baik. Hihi, cuma pantang sangat kalau orang tak menepati janji.

"Ala, ayah takpelah malam nih je k.. Sori tau...!"

Ayah saya tersenyum ceria.

Saya gembira kerana dapat melaksanakan malam pertama Ramadhan dengan agak baik. Habis 1 juzu', kemudian dapat solah 20 rakaat. Mungkin sesetengah individu berpendapat 8 rakaat lebih beik kerana sunnah. Namun sebenarnya, atau mungkin lebih kepada tujuan saya solah 20 rakaat ialah ingin bermuamalah dengan golongan tua, yang lebih mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan kehidupan mereka sehari-hari.

Saya lihat memang amat kurang golongan yang ingin mengutip ilmu dengan golongan tua ini. Alasannya pendapat orang tua kolot, cerewet, banyak berleter. Memanglah mereka berleter jika kita buat silap. Saya terkilan dengan sikap orang muda kini yang tidak menghormati golongan emas, sedangkan merekalah yang patut kita hormati. Saya menggeleng kepala.

Mungkin ada juga yang beralasan, tidak tahu macam mana kaedahnya. Saya tergelak. Tidak sukar pun. Solah sahaja 20 rakaat, pergi salam-salam, senyum-senyum, sembang-sembang, jadilah. "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih" Kan?

Kalau saya, memang suka benar duduk dengan makcik-makcik. Teringat Kem Pewaris Kebangsaan di Penang tahun lepas. Saya bersembang dengan makcik-makcik sampai tak ingat waktu. Lagaknya seperti bukan peserta kem. Semua peserta lain sedang bersiap, tapi saya masih berpakaian riadhah, bersembang dengan Makcik Sarah, mak Abang Aiman (Abang Aiman lama sangat tak update blog).

Bersembang sambil makan-makan ringan. Hanya pakcik makcik, fasilitator, dan urusetia sahaja yang ada di dewan makan ketika itu. Aisyah, Aisyah. Memang selalu different than others =)

Ijtima' pun duduk dengan makcik-makcik. Aduhai, memang boleh la saya tersenarai dalam golongan makcik-makcik ye? Hihi ^_^



Pesan Aisyah, gunalah Ramadhan kali ini sebaik yang mungkin. Kan? Kan? Kan? Jom solah dhuha.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 22 August 2009 9.40 am

Tahniah..!!

Hari ini, salah seorang daripada sahabat-sahabat saya, telah menyahut cabaran saya untuk BERBLOG. Sahabat saya yang pertama sekali menyahut.......

Namanya Zatul Iffah b Fakharuldin. Saya kenal dia sewaktu Darjah 6, iaitu selepas dia mendaftarkan diri sebagai pelajar di Sekolah Rendah Ibn Qayyim. Setelah tamat pengajian di sana, ura-ura mengatakan ibunya mahu menghantarnya ke Sekolah Al-Amin. Dia tidak mahu, kami pun tidak rela jua. Maka setelah dipujuk-pujuk emaknya, dia pun bergeraklah ke SMASKL... Menyusur perjalanan hidup bersama-sama kami.

Namun, kebersamaannya tidak lama. September 2007, sebelum kami menduduki PMRU, Zatul terpaksa berhijrah ke Leeds, UK. Ibu bapa Zatul menyambung pelajaran ke sana. Kami bukan main lagi sedih, tapi gembira juga kerana batch kami pertama sekali ke luar negara bukan 1st batch yang pada waktu itu berumur 17 tahun. Hehe =)

Sekarang lama sangat sangat kami tak jumpa Zatul. Zatul selalu menghantar surat kepada kami. Kadang-kadang, jadi jakun juga. Iyalah, tak pernah dapat surat daripada oversea. Pula tu, Zatul attachkan sekali dengan pokok-pokok kat sana. Daun oak la macam-macam.

Rindu sama Zatul. Terima Kasih Zatul kerana menjadi insan pertama setelah saya untuk berblog dalam ramai-ramai sahabat kita Generation 4. Moga anti gunakan blogger ini untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ameeen. May ALLAH loves U.


Sedang menunggu kehadiran blog sahabat-sahabat saya yang lain.

Bakal menyusul.......

Pejuang Fitrah
Bakal Menggegar Alam Maya
Kita tunggu ya
....!!

Moga ALLAH sayang Zatul
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 22 August 2009 8.19 am

Friday, August 21, 2009

Greetings of Ramadhan

1 hari masih berbaki
Hatiku ghairah menanti
Ingin ku temui
Ramadhan yangdirindui
Adakah ku penuhi
Hari yang berbaki
Dengan ibadah yang diredhai
Sebagai persediaan menyambut Kekasih Hati

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan
Ku berharap sahabat-sahabat yang ku cintai ini
dapat menggunakan bulan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita
Amiiiiin
Ukhwah Fillah

**********************************************

Ibn Mas'ud berkata
"Perkara yang peling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah....."

Semoga Ramadhan akan jadi lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya
Ramadhan Kareem!!
Kullu 'aam wa entum bikhair

**********************************************

Selamat Datang ke Universiti Ramadhan
Core subject : Puasa
Elective Subject : Tilawah dan Qiam
Subjek khusus tidak ditawarkan di mana-mana IPT : Terawih
Hidden Exam : Lailatulqadar

Siapa beramal bakal mendapat markah bonus danda 1000
Semoga graduate dengan cemerlang
Agar dapat praktis segala ilmu setelah keluar daripada Ramadhan nanti

Majlis konvokesyen 2 kali, pada 1 Syawal dan di akhirat nanti =)

**********************************************

Andai HARTA adalah RACUN
Maka ZAKATlah PENAWARnya
Jika seluruh UMUR adalah DOSA
Maka TAQWA adalah UBATnya
Jika seluruh BULAN adalah NODA
Maka RAMADHANlah PEMBERSIHnya

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

**********************************************

Moga ALLAH sayang saya
MOga ALLAH sayang sender message-message di atas
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 8 August 2009 5:42 pm

Puisi Comel

Saya membelek kertas yang saya ambil daripada tangan Nisa', adik Tingkatan 2.

"Kak Aisyah selalu duduk depan kalau ada majlis ilmu. Tak aci"

"Siapa cepat dia dapat"

Jawab saya sambil tersenyum. Malam tersebut iaitu pada 13 Ogos lalu, HALUAN Terengganu, dengan kerjasama Koperasi Mesra-Net, Sekolah Menengah Agama Kampung Laut, dan Sekolah Rendah Ibn Qayyim telah menganjurkan Forum Marhaban Ramadhan sempena Ramadhan yang bakal menjelma.

"Kertas apa ni Nisa'? Nak satu boleh?"

"Tak boleh, kertas ni makcik-makcik je yang dapat"

"Alaa, Kak Aisyah pun makcik jugak. Kan kan kan?"

Semua yang mendengar tersengih lantas menyebut serentak.

"Mak Cik Aisyah. Hahaha"

"Okey, tak kisah la apa-apa pun. Kak Aisyah ambil satu ya?"

"Ye la Mak Cik Aisyah"

Saya tersenyum lantas dicubit Nisa'. Simple benar pemplet untuk tetamu kali ini. Saya membelek-belek, sehingga mata saya menangkap deretan huruf di muka surat belakang pemplet tersebut.

"Siapa buat puisi ini? Ustaz Rajaie ka? Haha"

"Ade pulak Kak Aisyah ni. Ustaz panel, bukan mengarang puisi"

"Kak Aisyah bergurau je. Tapi siapa yang buat. Comel puisinya. Mendalam maknanya even tak berbunga"

"Ye eh? Ana pun tak tahu Kak Aisyah"

Saya membuka buku catatan sebaik sahaja mendengar pengerusi forum bersuara. Pak Cik Saufi orangnya. Saya mengangkat kepala.

"Hensem kan ustaz-ustaz kita? Hihi"

"Kak Aisyah ni ada-ada ja. Ayat ni ayat perli atau fakta"

"Hensem dengan nur di wajah mereka......"

Saya tersenyum. Tenang melihat ahli panel yang kedua-duanya terdiri daripada murabbi saya. Ayahanda Mudir dan Ustaz Rajaie.

Saya tersenyum. Bersyukur.......

Musim Syaaban kian pergi
Ertinya Ramadhan mula kembali
Sebulan kita menahan diri
Nafsu dan hawa dipagari
Empayar puasa dilayari
Tanda suruhan Ilahi ditaati

Sehari semalam beribadah
Munajat syukur buat Ilahi
Amal ibadah diagndakan
Kerja bakti dibanyakkan
Letih penat tak kedengaran

sebelum menjadi tetamu ini
Rapikan dirimu terlebih dahulu
Isikan hatimu cahaya sakinah
Quran sumber barakah

Hari berlalu usah dibiarkan
Ambil peluang kebaikan
Lupakan karat kemungkaran
Usir lumpur kelalaian
Agar Ramadhan dimanfaatkan
Nur di Hari Perhintungan


Oleh : Unknown (ada di pemplet)
*********************************************************

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 21 August 2009 6:41 pm

Untungkah aku?

Kaki menjejak rumput karpet di halaman rumahku. Penat... Bagasi diangkat satu-persatu.

"Malam ini solah terawih......"

Tak percaya cepatnya masa berlalu. Baru sebentar berlalu adegan saya menangis dengan Shatirah pada Ramadhan yang lalu. Saya ada nukilkan dalam blog ini dalam post Ramadhan Kareem. Seronok pula apabila terkenang kembali. Saya tersenyum sendiri.

Namun fikiran saya menerawang, memutar kembali memori Sambutan Ramadhan saban tahun di sekolah kesayangan saya. Macam tidak percaya, tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut Ramadhan di rumah sejak Tingkatan 1.

Kadang-kadang hati rasa pilu, tidak dapat bersalaman dan bermaafan dengan sahabat-sahabat yang saya cintai pada malam pertama Ramadhan sepertimana yang berlaku dalam post tadi. Seronok benar apabila bersama sahabat seperjuangan, sefikrah kita melalui Madrasah Ramadhan yang peluangnya hanya sekali setiap tahun.

Ghalibnya di sekolah saya, kehangatannya sudah terasa lebih kurang sebulan sebelum Ramadhan. Namun atas individu masing-masing, yang mana beban rindu untuk beramal dalam bulan Ramadhan sudah tidak tertahan mesti akan melonjak gembira. Memang seronok.

"Besnye puasa nanti. Ingat tak tahun lepas.... bla... bla... bla..."

Sering meniti di bibir-bibir kami tentang memori, memori Ramadhan. Masing-masing punya memori tersendiri. Saya tersenyum lagi.

Malah tahun ini saya dilantik mejadi antara Majlis Tertinggi Jawatankuasa Ihya' Ramadhan. Berat juga sebenarnya, dengan waktu itu ALLAH uji saya dengan pelbagai hal. Rasa beban, namun dipujuk hati ini agar husnuzon dengan segala ketetapan ALLAH. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Pening juga nak merancang agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Rasa berat tak tertanggung.

"Macam mana nak pastikan pelajar dapat merasai kehadiran Ramadhan bakal tiba?"
"Iftar nanti macam mana"
"Adik-adik Tingkatan 1 dah sedia ke?"

Oh, macam-macam! Saban tahun, perjalanan harian pada waktu asrama sepenuhnya dirancang oleh kami, Jawatankuasa Ihya' Ramadhan. Pihak pentadbiran menyerahkan amanah tersebut kepada kami 100%. Pening juga. Macam-macam hal dan konflik berlaku. Hanya ALLAH yang tahu. Ditambah pula Ramadhan tahun ini jatuh setelah usainya Trial PMRU dan SMU, kemudian disambut pula di rumah. Semua ini agak menyukarkan.

Semua sugul. Namun kami bangkit dengan kata-kata Akh Faizuddin, selaku Pengarah kami memberi semangat dalam ucapan penutupnya ketika mesyuarat kali pertama baru-baru ini.

"Okey, kerja kita sekarang cuma berusaha dan terus berusaha dengan sebaik yang mungkin. walaupun banyak yang ALLAH uji. Ingat, ALLAH menilai usaha kita. Bukan pada hasil daripada setiap amal yang kita kerjakan. Sebab kalau ALLAH nilai natijah..... (dia menarik nafas) Maka sia-sialah amal Islamiy yang dilaksanakan oleh Imam Hasan Al-Banna, Syed Qutb dan mujahid yang lain"

Saya menarik nafas lega. Alhamdulillah kami punya pemimpin sebegini.

Untungkah aku? Aisyah, awak beruntung sangat sangat sangat. Beberapa jam lagi kita akan bakal menjadi tetamu Ramadhan. Ditambah pula saya antara mereka yang bertungkus lumus merancang perjalanan Ramadhan di sekolah.

Pagi tadi pula, ALLAH memberi saya teguran. Satu peristiwa telah berlaku. Peristiwa yang bakal mengubah diri saya, menguatkan semangat saya untuk memasuki Ramadhan sehingga saya menangis di sisi katil bertemankan Fatonah dan Atiqah. Peristiwa apa? Biarlah ALLAH, saya, Atiqah, dan Fatonah sahaja mengetahui.

Maka jawapan bagi 'UNTUNGKAH AKU?' adalah semestinya YA...!!!!

Hidup ini satu perjuangan. Maka teruskanlah perjuangan dalam bulan Ramadhan ini. Jadi yang lebih baik ya Aisyah. Tunjukkan rasa syukur kamu setiap masa.

Aisyah kini amat butuh doa kalian. Agar dia makin baik semua aspek........... Ameen.

Rindu saat-saat menyambut Ramadhan di sekolah.

Moga ALLAH sayang sekolah saya
Moga ALLAH sayang Aisyah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 21 August 2009 6:16 pm

Saturday, August 8, 2009

Countdown Trial SMU


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Amat membutuhkan doa kalian. Saya sedang sakit dan langsung tidak lakukan apa-apa persediaan.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 8 August 2009 5:42 pm

Friday, August 7, 2009

Marhaban Ya Ramadhan....








Selamat Datang Ramadhan.

Target saya :-)

* Puasa sebenar-benarnya
* Khatam Quran 3 kali (tahun lepas 2 kali je)
*Saya akan sambung lain kali.... =)

Moga ALLAH sayang hamba-hambaNya yang merindui bulan Ramadhan

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 7 August 2009 7:05 pm

Thursday, August 6, 2009

Really sad....





Saya menangis malam ini.

Moga ALLAH sayang orang yang sebabkan saya menangis

Moga ALLAH selalu sayang diri saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 6 August 2009 11:48 pm

Selamat Berbuka Puasa

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

A cute wish to Mak dan Ayah
dan mana-mana antara kalian yang berpuasa hari ini
^_^

Moga ALLAH sayang Mak dan Ayah
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 6 August 2009 7:42 pm

Aisyah berbicara...


Sudah lama saya tidak berbicara di sini. Berbicara dalam konteks berkata-kata dengan pembaca blog saya...

Sebenarnya, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menziarahi blog saya kebelakangan ini. Terima kasih. Tidak sangka sebenarnya blog ini mendapat sambutan. Seperti yang saya uar-uarkan suatu ketika dahulu, saya menulis di sini hanyalah untuk koleksi memori yang mesti tidak dapat diputar kembali dan disiarkan di sini hanyalah untuk berkongsi.

Saya agak terkejut apabila mengetahui blog saya menjadi wasilah seorang kakak liar bertukar solehah, tempat bertemu 2 hati pendamba cinta illahi, jua menjadi tempat idea-idea aktiviti untuk program. Alhamdulillah, inilah yang saya impikan. Sesuatu daripada air tangan saya dapat membawa manfaat kepada semua yang merasainya. Sama seperti masakan ibu kan? =)

Sedar tak sedar juga sudah ramai yang menjadi follower. Syukran tak terhingga. Saya hanya mampu berterima kasih dan berdoa semoga kalian memperoleh sesuatu yang baik sewaktu meneliti blog saya. InsyaALLAH. Malah sudah mendapat banyak respon positif daripada abang-abang dan kakak-kakak yang mana boleh dikatakan senior dan teror bab-bab blogging ini. Alhamdulillah.

Tidak kurang juga, Blog AISYAH ULYA juga sudah hangat di sekolah, baik dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru saya. Dan kadang-kadang Blog AISYAH ULYA menjadi bahan usikan ustaz-ustaz yang suka sangat menyakat saya. Di SMASKL ada wireless, jadi bila-bila masa sahaja ustaz-ustaz akan melayari internet lantas membaca blog saya yang kadang-kadang ada tersebut nama mereka. =)

Alhamdulillah. Memang saya amat bersyukur. Jadi, segala pujian yang saya dapat pada hari ini, sebenarnya tidak akan saya dapat sekiranya tidak ada sokongan dan doa daripada kalian sendiri. Ya, kalian sendiri. Saya amat menghargai kalian. Tanpa kalian, tiadalah saya menulis di sini. Oleh sebab itu jua lah saya sering menulis "Moga ALLAH sayang kalian" di akhir penulisan saya setiap post. Kerana hanya itu yang mampu saya lakukan kini bagi membalas jasa-jasa kalian yang sering membaca blog saya dan dalam masa yang sama mendoakan saya.

Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang sering menguatkan saya agar terus menulis isi hati saya serta coretan pengalaman saya di sini. Namun, sehingga sekarang memori tentang Kem PEWARIS Kebangsaan masih belum dapat saya nukilkan di sini atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga kerana kesempitan masa. Namun, saya akan usahakan juga. Ayah, mak, along, dan adik-adik juga banyak membantu saya. Terima Kasih semua..... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa antum.

Saya sedari semakin hari saya menulis, semakin ALLAH memperbaiki saya. Baik dari segi sahsiah, akademik, fizikal, dan apa-apa jua. Semuanya bertambah baik. Ini juga diperakui oleh sahibah-sahibah dan adik-adik saya di sekolah yang mana lebih separuh hidup saya bersama mereka. Alhamdulillah.

Cuma sekarang saya di rumah kerana demam 40 darjah celcius. Sekarang di sekolah saya macam mana pun saya tidak tahu. Terkurung di dalam rumah. Adik saya pun sudah balik kerana sakit mata. Apa-apa pun saya ingin kalian doakan agar keadaan ini tidak terus berlanjutan memandangkan trial sudah menghampiri. (Even Aisyah tak prepare apa-apa).

Ayahanda pun masih berunding dengan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk menundakan trial SMU dan PMRU. Tengoklah bagaimana ALLAH mengaturnya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Bittaufiq wan Najaah" buat adik-adik saya Tingkatan 2 yang bakal menduduki trial pada hari yang sama dengan kami.

Antum kena dapat paling kurang 2 orang 10 A untuk trial ni sebab dulu kami dapat seorang saja b_d

Tak lupa buat adik-adik Tingkatan 3 and of course especially adik saya, Muhammad Ammar Hasif. "All da bez".

Sama juga ucapannya. Kami pun dapat seorang 9A untuk trial
(orang yang sama geram geram geram)
Jadi kena lagi mujahadah kuat untuk dapat lagi ramai ya ^_^

Jadi, tugas saya sekarang terus memberi, memberi, dan memberi sesuatu yang membawa makna dalam hidup kalian. Bukan begitu? Jadi, doakan saya sembuh segera. Banyak sangat kerja tertangguh sekarang.

Okla, masa sudah suntuk. Tak lama lagi azan bakal berkumandang. Saya pergi bersiap dahulu. Terima kasih sekali lagi. Semoga ALLAH menyebarkan rahmat dan kasih sayangNya buat hamba-hamba yang sering mendamba cintaNya. Ameen.


Moga ALLAH sayang KALIAN

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 6 August 2009 4:08 pm