* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 6, 2009

Aisyah berbicara...


Sudah lama saya tidak berbicara di sini. Berbicara dalam konteks berkata-kata dengan pembaca blog saya...

Sebenarnya, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menziarahi blog saya kebelakangan ini. Terima kasih. Tidak sangka sebenarnya blog ini mendapat sambutan. Seperti yang saya uar-uarkan suatu ketika dahulu, saya menulis di sini hanyalah untuk koleksi memori yang mesti tidak dapat diputar kembali dan disiarkan di sini hanyalah untuk berkongsi.

Saya agak terkejut apabila mengetahui blog saya menjadi wasilah seorang kakak liar bertukar solehah, tempat bertemu 2 hati pendamba cinta illahi, jua menjadi tempat idea-idea aktiviti untuk program. Alhamdulillah, inilah yang saya impikan. Sesuatu daripada air tangan saya dapat membawa manfaat kepada semua yang merasainya. Sama seperti masakan ibu kan? =)

Sedar tak sedar juga sudah ramai yang menjadi follower. Syukran tak terhingga. Saya hanya mampu berterima kasih dan berdoa semoga kalian memperoleh sesuatu yang baik sewaktu meneliti blog saya. InsyaALLAH. Malah sudah mendapat banyak respon positif daripada abang-abang dan kakak-kakak yang mana boleh dikatakan senior dan teror bab-bab blogging ini. Alhamdulillah.

Tidak kurang juga, Blog AISYAH ULYA juga sudah hangat di sekolah, baik dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru saya. Dan kadang-kadang Blog AISYAH ULYA menjadi bahan usikan ustaz-ustaz yang suka sangat menyakat saya. Di SMASKL ada wireless, jadi bila-bila masa sahaja ustaz-ustaz akan melayari internet lantas membaca blog saya yang kadang-kadang ada tersebut nama mereka. =)

Alhamdulillah. Memang saya amat bersyukur. Jadi, segala pujian yang saya dapat pada hari ini, sebenarnya tidak akan saya dapat sekiranya tidak ada sokongan dan doa daripada kalian sendiri. Ya, kalian sendiri. Saya amat menghargai kalian. Tanpa kalian, tiadalah saya menulis di sini. Oleh sebab itu jua lah saya sering menulis "Moga ALLAH sayang kalian" di akhir penulisan saya setiap post. Kerana hanya itu yang mampu saya lakukan kini bagi membalas jasa-jasa kalian yang sering membaca blog saya dan dalam masa yang sama mendoakan saya.

Tidak lupa juga kepada abang-abang dan kakak-kakak yang sering menguatkan saya agar terus menulis isi hati saya serta coretan pengalaman saya di sini. Namun, sehingga sekarang memori tentang Kem PEWARIS Kebangsaan masih belum dapat saya nukilkan di sini atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga kerana kesempitan masa. Namun, saya akan usahakan juga. Ayah, mak, along, dan adik-adik juga banyak membantu saya. Terima Kasih semua..... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa antum.

Saya sedari semakin hari saya menulis, semakin ALLAH memperbaiki saya. Baik dari segi sahsiah, akademik, fizikal, dan apa-apa jua. Semuanya bertambah baik. Ini juga diperakui oleh sahibah-sahibah dan adik-adik saya di sekolah yang mana lebih separuh hidup saya bersama mereka. Alhamdulillah.

Cuma sekarang saya di rumah kerana demam 40 darjah celcius. Sekarang di sekolah saya macam mana pun saya tidak tahu. Terkurung di dalam rumah. Adik saya pun sudah balik kerana sakit mata. Apa-apa pun saya ingin kalian doakan agar keadaan ini tidak terus berlanjutan memandangkan trial sudah menghampiri. (Even Aisyah tak prepare apa-apa).

Ayahanda pun masih berunding dengan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk menundakan trial SMU dan PMRU. Tengoklah bagaimana ALLAH mengaturnya. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan "Bittaufiq wan Najaah" buat adik-adik saya Tingkatan 2 yang bakal menduduki trial pada hari yang sama dengan kami.

Antum kena dapat paling kurang 2 orang 10 A untuk trial ni sebab dulu kami dapat seorang saja b_d

Tak lupa buat adik-adik Tingkatan 3 and of course especially adik saya, Muhammad Ammar Hasif. "All da bez".

Sama juga ucapannya. Kami pun dapat seorang 9A untuk trial
(orang yang sama geram geram geram)
Jadi kena lagi mujahadah kuat untuk dapat lagi ramai ya ^_^

Jadi, tugas saya sekarang terus memberi, memberi, dan memberi sesuatu yang membawa makna dalam hidup kalian. Bukan begitu? Jadi, doakan saya sembuh segera. Banyak sangat kerja tertangguh sekarang.

Okla, masa sudah suntuk. Tak lama lagi azan bakal berkumandang. Saya pergi bersiap dahulu. Terima kasih sekali lagi. Semoga ALLAH menyebarkan rahmat dan kasih sayangNya buat hamba-hamba yang sering mendamba cintaNya. Ameen.


Moga ALLAH sayang KALIAN

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 6 August 2009 4:08 pm

No comments: