* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 24, 2009

Hadiah saya =)

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]"


Mak, angah nak yang ini boleh?"

Saya menunjukkan sesuatu pada mak saya. Align Left Saya pun tidak tahu mengapa saya begitu tertarik dengan benda tu. Yang pasti, saya nak beli tambahan pula harganya hanyalah RM2.90.

"Betul ke nak beli ni? Kan Angah tak boleh pakai sembarangan jewellery. Emas dan emas putih je boleh. Nanti membazir..."

"Alah, earring ni getah. Tak pe kot. Sebab jam CASIO yang Angah pakai ni getah."

"Okey lah. Ikut Angah ya. Kalau something happen to your ears, just keep it in your drower okey. Mak tak nak tanggung risiko."

"Orait madam. Roger and out..! Hihi, pandai-pandailah Angah, mak. Anak mak ni sudah besar dan matang. Sudah tahu jaga diri. Anyway, thanks a lot my mom."

"Ni kira hadiah mak untuk Angah ya.."

"Hihi, apa-apa jelah."

Saya mengenyitkan mata kepada mak saya. Entah kenapa earring tersebut terlalu menarik minat saya. Selama ini, saya tak pernah diminta dibelikan jewellery. Iyalah kalau minta, mesti mak ayah saya belikan yang emas atau emas putih kerana badan saya allergy pada jewellery tiruan.

Jadi, mak saya pun bayarkan sekali earring tadi yang berharga RM2.90. Sebenarnya, kami sekeluarga ke Shopping Complex Astaka untuk membeli baju T-Shirt untuk kedua-dua adik saya. Entah kenapa, hari itu saya tiada mood untuk membeli T-Shirt. Jadi, saya hanya menjadi perunding imej untuk adik lelaki saya memandangkan interest saya agak sama dengannya.

Setelah membuat bayaran, kami bersiap untuk memunggah barang ke dalam kereta. Tiba-tiba, mak saya cemas.

"Handphone mak mana?"

"Aik, bukan ada pada mak? Angah rasa mak pegang tadi."
"Cuba cek dalam beg mak. Abang nampak mak masukkan dalam beg tadi."
"Adik rasa mak pegang kat tangan tadi."

Kami bertiga segera menjawab. Ayah saya cuba menghubungi nombor mak. Hanya Along yang tiada bersama kami. Along perlu menjaga nenek kami di Seberang Takir.

Dipendekkan cerita, mak dan ayah saya naik semula ke shopping complex untuk mencari handphone mak yang disangkakan tercicir. Saya pula berada di ground floor bersama adik-adik saya.

Saya masuk ke kedai souvenirs and gifts. Saya dan adik-adik saya merayau-rayau di dalam kedai itu. Adik perempuan saya amat nakal. Jadi, sepanjang kami berada di dalam kedai, saya memegang tangannya. Susah benar ada adik nakal. Lama kami berjalan.

Tiba-tiba bagaikan ada kuasa menarik kaki saya ke ruang belakang, sehinggalah betul-betul saya berhenti di kawasan money-box. Mata saya melilau melihat pelbagai tabung duit.

"Wah, lawanya! Aku dah lama tiada tabung. Teringin pula."

Saya bermonolog sendirian. Tiba-tiba saya disapa adik perempuan saya.

"Angah nak beli ke celeng tu?"

'Celeng' ialah panggilan bagi tabung duit dalam longat Terengganu.

"Nak beli, tapi mahal la dik. RM17.90. Angah ada duit, tapi nak guna untuk benda lain. Lain kali lah Angah beli."

"Alaa, cakap jela kat Ayah nak beli nanti. Ayah kan suka kalau kita menabung."

"Tak nak lah susahkan ayah."

"Angah malu ye? Meh adik cakapkan ye.."

"Oho, tak payah buat rajin la. Adik ni memang banyak cakap betul. Ish ish ish. Tak pe je la. Angah boleh datang lagi dengan kawan-kawan Angah nanti."

"Kalau ada orang lain beli dulu macamana?"

Saya terfikir.. Betul juga adik saya cakap.

"Adik nak pergi dekat Abang dulu ya. Angah fikir je la ye. Need my helps? Tafadhol my sis. Kih kih kih."

"Perli tu. Tak pe tak pe. Siap la nanti Angah kenakan pula.."

Dia mengenyitkan mata sambil berlari ke arah adik lelaki saya.

Saya cuba untuk memegang tabung tersebut. Comel... Comel sangat-sangat.

"Ha, Angah nak beli ke?"

Terkejut saya. Ayah saya berada di belakang dan sedang memegang bahu saya erat.

"Apa Ayah tanya?"

"Angah nak beli ke celeng yang Angah pegang tu...?"

Saya segera meletakkan tabung itu.

"Eh, tak ada lah! Angah tengok-tengok sahaja."

Saya menipu... Sorry Ayah. Alhamdulillah adik saya tiada di sini. Kalau tak memang dia akan cakap.

"Beli je lah. Lagipun Angah dah lama tiada celeng kan? Sejak Ayah kata tiada duit untuk buat rumah kita."

Ya, sewaktu itu, saya berikan semua duit saya dalam tabung. Bukan saya seorang, tapi kami empat beradik. Rumah saya dibuat besar bukan kerana ingin bermegah. Tapi, di rumah ini lah menjadi port perhimpunan pak cik mak cik untuk buat apa-apa program sebelum sekolah saya belum disiapkan.

Saya terfikir... Nak beli ke tak ye?

"Tak apa ke ayah kalau Angah nak beli?"

"La anak Ayah seorang ni. Ayah kan suka kalau anak-anak ayah menabung. Start your banking today."

Saya tergelak. Ayah saya mengeluarkan tabung tersebut daripada rak, dan terus menuju ke kaunter. Adik-adik saya mungkin jealous, tapi mereka amat memahami. Tadi mereka sudah habiskan banyak duit mak dan ayah untuk beli pakaian mereka.

"Ayah, satu lagi boleh? Angah nak beli buku catatan. Buku tazkirah Angah dah habis. RM1.20 je."

"My pleasure, dear. Ayah beli 2 hadiah untuk Angah hari ini"

"Syukran, ayah..."

RM2.90 + RM17.90 + RM1.20 = RM22.00
Better than my younger siblings

Jadi, pada 15 Ogos 2009, saya mendapat 3 hadiah. Terima Kasih ayah dan mak..! Walaupun sedang kalut mencari handphone mak saya, ayah saya tetap pandai melayan kerenah anak-anaknya. Handphone mak saya dikutip orang. Sedih sangat. Tapi mak saya tetap tabah.

"Tak apa, ALLAH dah izin. Bukan rezeki mak. Kita kena bersyukur kan? Handphone mak yang hilang, bukan MAK..?

Alhamdulillah saya dikurnikan FAMILY yang betul-betul bahagia.

*************************************************************************************

"Angah, surat Angah sampai..."

Adik perempuan saya menjerit dari luar rumah.

Pada 24 Ogos lalu, iaitu genap umur saya 16 tahun 3 bulan, satu sampul surat sampai di rumah saya ketika saya sedang membaca email. Melihat tulisannya sahaja, saya sudah mengetahui siapa si pengirimnya.

"Siapa kasi Angah?"

"Kawan Angah, Sarah binti 'Adli."

"Owh, yang duduk di Dungun tu ye? Angah bukak la cepat... Adik nak tengok juga."

Saya membuka dengan berhati-hati. Apabila dibuka, saya melihat ada satu sarung dan sehelai kertas. Dalam sarung berwarna HIJAU tersebut, ada duit seringgit.

"Aik..??"

Saya pelik. Saya membaca surat sambil tersenyum. Sayang benar Sarah pada saya. Alhamdulillah. Kejap, Sarah ada sebut tentang 'gelang' dalam suratnya. Tapi mana gelang tersebut?

Oh, dalam sarung itu juga rupanya. Lawanya...! Terima Kasih Sarah. Saya terus mencuba. Memang padan elok dengan tangan saya yang halus ni. Kalaulah saya gemuk, memang tak muat lah.

Namun, saya masih tertanya-tanya. Kenapa duit seringgit turut ada dalam envelope ini? Saya menghantar message pada Sarah.

"Kakak, surat dah sampai. Terima kasih banyak ya sayang. Ha, correction. Nama Kak Syah Aisyah Humairah Najihah binti Nor Alias, bukannya Aisyah Humairah NAJIHA binti ANUAR. Nanti betulkan ya? Lagi satu, kenapa ada duit seringgit ni?"

Lantas Sarah membalas.

"Wasalam. Sorry Kak Syah. Saya tertukar dengan nama kawan saya. Sori ye? Kak Syah tak marah kan? Ha, duit seringgit tu saya bagi takut Kak Syah tak suka dengan gelang tu. Saya dah cari warna HIJAU tapi tak ada. Saya harap Kak Syah suka."

Oh, terima kasih banyak-banyak ye Sarah. Gelang jenis ini, saya pernah nampak sepupu-sepupu saya pakai. Harganya tidaklah mahal mana. Tapi, agak mahal untuk seorang pelajar Tingkatan Dua membelinya. Terima Kasih sekali lagi Sarah.

Duit seringgit yang diberikan, saya terus masukkan dalam tabung saya bersama sarungnya sekali. Lain kali, jika saya buka tabung saya, saya akan tahu duit dalam sarung itu, SARAH yang bagi. =)

*************************************************************************************

Semua orang pernah dapat hadiah kan? Muhasabah kembali bagaimana kita menghargai hadiah yang diberikan. Saya sebenarnya rasa amatlah tidak layak untuk menerima hadiah-hadiah yang saya dapat, sehingga dalam tempoh saya Tingkatan 1 hingga kini, hadiah saya sudah memenuhi laci-laci di meja tulis saya.

Lagi-lagi hadiah daripada mak dan ayah saya. Mereka sudah banyak berkorban untuk saya. Pengorbanan yang menjadikan saya manusia. Kalau dikata, coklat lebih bernilai daripada gelang kerana coklat akan menjadi darah daging, manakala gelang jika hilang, maka tiadalah kenangannya.

Tetapi pengorbanan mak dan ayah saya, telah menjadikan diri saya sebagai insan yang bernama Aisyah Humairah Najihah kini. Jika saya melihat gelang saya, saya teringat pada Sarah. Jika saya melihat pada daging saya, saya teringat coklat dan insan yang memberikan saya coklat.

Tapi, jika saya melihat pada keseluruh badan saya, jasad saya, fikrah saya, hati saya, sahsiah saya, aqli saya, saya akan teringat pada pengorbanan mak dan ayah saya. Pada saat ini, hati saya sudah sebak, mata saya sudah menakung air mata. Rasa diri ini banyak membawa kesusahan dan kepayahan pada mak dan ayah.

Rasa menyesal kerana main-main sewaktu Trial hari tu. Rasa sedih kerana tak dapat menjadi anak yang solehah. Rasa tak puas hati kerana tak dapat balas jasa mak dan ayah saya......

Air mata menitis....

Saya tak dapat tahan lagi.

Mak, Ayah... Terima Kasih kerana menjadi wasilah untuk mewujudkan Angah ke dunia ini. Memberi peluang Angah merasai nikmat dan azabnya menjadi seorang manusia. Rela mendukung Angah yang amat gemuk sewaktu kecil dahulu. Membesarkan Angah dengan didikan Islam. Masukkan Angah ke SRIQ dan SMASKL untuk memperoleh Tarbiyyah Islamiyyah.

Mengharapkan Angah menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, dan agama. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Angah untuk mengecapi nikmat fikrah, nikmat hidayah ini.

Tiada apa yang boleh Angah balas, kecuali menunaikan harapan mak dan ayah. Ingin melihat anak-anaknya berbakti pada Islam, memperjuangkan diri sehingga daulah berjaya ditegakkan.

Sehingga sekarang, saya hanya mampu hadiahkan mak dan ayah saya kecemerlangan dalam akademik. Saya masih kurang cemerlang dalam sahsiah, saya perlukan bantuan. Saya perlukan doa. Doa daripada insan-insan yang ingin melihat ayah dan mak saya bahagia. Doa daripada kalian.

Saya butuhkan doa kalian.

HADIAH HADIAH SAYA
Sepanjang bulan Ogos


Earring
(kini di dalam laci)

Money-box
Comel kan?
(berada di samping saya setiap kali saya tidur)

Buku Tazkirah
Menjadi panduan diri
(sentiasa di bawa ke mana-mana)

Bracelet
(kini berada di wrist kanan saya dan bakal dimasukkan ke dalam drower juga)

Moga ALLAH sayang mak dan ayah
Moga ALLAH sayang Sarah
Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 26 August 2009 12:28 pm

No comments: