* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 26, 2009

Kenangan Rejab tahun ini....

Pada saat ini, saya teringat satu tarikh yang saya catatkan dalam Buku Luahan Hati, milik saya.

13 Rejab 1430 Hijrah
6 Julai 2009 Masihi


****************************************************
Saya tersenyum lagi =)

Selepas semalaman menangis, mengadu masalah kepada Ilahi tercinta...

6 Julai 2009.. Hari saya senyum selalu. Mungkin kerana terlalu puas menangis semalaman. Hari ini juga bersamaan 13 Rejab 1430 Hijrah. Hari Isnin.

Petang itu saya berjalan ke surau bersama Siti dan Atiqah setelah mengemaskan buku di dalam kelas kami di Blok B, tingkat atas. Satu-satunya kelas menengah atas yang berada di tingkat 3. Penat juga begini. Sudah la perlu berulang-alik ke Lab yang berada di tingkat bawah, memandangkan kami pelajar aliran Sains.

Azan sudah berkumandang. Sebelum itu, kami berkejar-kejar ke surau kerana Atiqah dan Siti ingin berbuka di sana. Namun, kami tidak sempat. Jadi, mereka berbuka dahulu di pertengahan jalan dengan meneguk air daripada botol HIJAU saya.

"Ha, sebelum minum... Baca doa, daaaan jangan lupa sambung sikit doa tu.. Ya ALLAH, moga Aisyah jadi budak baik, solehah, rajin, makin lawa.... Kih kih kih"

Saya tergelak.

"Mengada betul budak kecik ni."

Siti ketawa lantas mencubit saya. Kami bergegas ke surau. Kami melalui math'am sahabat. Saya berhenti melihat sesuatu.

(Math'am ialah kantin atau tempat makan dalam bahasa Arab)

"Subhanallah.. Penuh???!! Ramainya yang makan kat math'am. Depa ada amal jamai'e ka tadi?"

Siti segera menjawab.

"Hari ini Isnin la. Depa amal jamai'e hari Rabu kan? Tapi tak tahu lah kalau ada amal jamai'e tergempar. Yelah, Hari Prestasi dah dekat."

"Tak mungkin lah. Tahu-tahu je lah sahabat kita. Kalau amal jamai'e mesti riuh. Sampai kawasan sahibah pun dia 'sapu'. Lagi-lagi untuk event besar macam hari prestasi."

Atiqah menyanggah. Namun naluri saya berbunga. Rasa bahagia melihat bi'ah sebegini. Entah mengapa. Saya tersenyum pada Siti dan Atiqah.

"Eh, kejap. Jangan-jangan.... Seramai ini yang puasa hari ini. Subhanallah.... Raaaamaaainyaaa..."

"Haah la, macam mana boleh lupa. Hari Isnin orang puasa sunat. Lagi-lagi bulan rejab. Mak Cik kat dapur cakap tadi, tengahari tak ramai sangat yang makan. Boleh bilang dengan jari."

Kaki laju menuju ke Surau Al-Hidayah. Langkahan kami makin laju. Saya tersenyum.

"Alhamdulillah. Ya ALLAH, kau telah kurniakan kami rijal-rijal yang hebat. Moga kami juga termasuk dalam golongan fatayat yang berjuang di jalanMu."

Hati saya berbisik gembira.

Saya melangkah ke tempat yang mulia, Surau Al Hidayah, yang telah menyaksikan segala pertumbuhan Bumi Wakafan Tercinta, jatuh bangun SMASKL.

Atiqah dan Siti masuk ke math'am.

"Aik, 5 orang ja yang solah? Mana yang lain?"

Kedengaran saudara Ridhwan, sahabat satu generasi melaungkan iqamah. Saya melihat 5 kelibat sahibah sedang membetulkan saf.

"Yang lain semuanya dalam math'am. Iftar jamai'e secara kebetulan hari ini."

Seorang adik Tingkatan 1, Salmi jua merangkap adik halaqah saya menjawab sambil mengenyit mata lalu mencubit pipi saya. Tak terkelip saya dibuatnya. Agak terkejut. Bukan agak, tapi memang terkejut.

"Tutup mulut tu Kak Aisyah, hihihi."

Salmi dan sahabat-sahabatnya mengusik saya.

"Ha, sudah-sudah. Adik-adik, cepat pi solah. Nanti terlepas jemaah."

Mereka berpusu-pusu ke tempat wudu'. Saya tersenyum. Nakal betul depa.

(Tapi, kakak-kakak depa lagi nakal =) excluded me..!)

Saya duduk bersimpuh lalu menyandar di dinding sejuk surau kesayangan. Mencapai buku Feqah. SMU menjengah di minda.

"Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan."

Sesekali mata saya menangkap pergerakan 5 orang sahibah yang bertuah sedang solah. Saya tersenyum. Zohor tadi, ada 6 saf yang solah. Sekarang, tak sampai 1 saf pun. Saya tersenyum lagi.

Saya berdiri melutut, memandang ke kanan. Math'am sahabat tidak sepenuh tadi. Semuanya berpusu-pusu untuk berjemaah bersama Imam Luqman, juga sahabat segenerasi saya.

Langsir terselak, saya terlihat surau di bahagian sahabat. Cukup-cukup setengah saf. Bahagian surau sahabat lebih besar, jadi secara nisbah yang adil pada hari yang biasa sahabat 10 saf dan sahibah 6 saf. Sekarang sahabat tinggal separuh saf sahaja??!

Subhanallah sekali lagi.

Fatonah menghampiri saya.

"Anti puasa, Fatonah?

"Naam, dah berbuka pun tadi. Jadi iftar jamai'e pula. Ramai betul yang puasa. Sebab ini lah ana rindu SMASKL, nak duduk kat sini balik. Bi'ah yang solehah."

Fatonah berlalu untuk mengambil wudu'.

"Dahsyat...! Bakul tray Form 4 kosong? Tray anti kat mana?"

Sarah tiba-tiba menerpa saya.

"Tray ana dalam dorm, dalam locker. Huhu kosong..?? Wah, hebat ni! Nanti nak kena tulis dalam blog ni. Dah lama kan tak jadi macam ni? Mesti abang-abang dan kakak-kakak lepasan baca kat blog ana nanti, teringat kat SMASKL. Berderai air mata, teringat memori pahit manis kat SMASKL kan?"

"Haha, anti ni kerja nak bagi abang-abang, kakak-kakak jelez je."

"Hihi, tak ada lah. Nak bagi depa rindu SMASKL.. Biar depa mai SMASKL selalu."

Saya tersenyum. Sarah meminta izin untuk mengundurkan diri.

"Doakan ana, Sarah. Doa ana jadi solehah, baik, cerdik, rajin....."

"Dah tau dah. Tak cakap pun tak apa. Tak pa tak pa. Anti solehah dah, cuma nakal sikit je. Kih kih kih."

"Ha sudah-sudah, tak payah nak menyakat. Pi solah cepat."

Sarah tersenyum kerana berjaya mengusik saya. Akhirnya, saya tersenyum jua.

"Aku selalu ulang ayat tu ka?"

Saya tersenyum lagi. Kedengaran bunyi riuh di hadapan pintu surau. Adik-adik kecoh melihat hanya 5 orang sedang ruku'. Saya pun mahu tergelak, tapi ditahan sahaja. Jangan bagi 5 orang sahibah ni tak khusyuk sudah.

Adik-adik melihat aksi saya meletakkan jari telunjuk di bibir dari jauh. Lantas mereka senyap sambil meletakkan tangan di atas dahi tanda tabik, dan menurut perintah. Nakal betul.

Kak Rodiah menghampiri saya. Teringat jawatan Lajnah Kantin dan Dewan Makan yang disandangnya, saya tersenyum dan seakan-akan tahu apa yang mahu meluncur keluar daripada bibirnya.

"Kosong bakul tray. Hari ini 100 orang puasa."

"100???!!"

Saya selaku setiausaha Saf Kepimpinan Pengawas yang memang arif tentang bilangan pelajar puteri amat terkejut. 127, semuanya jumlah sahibah. 100 orang puasa. 5 orang sedang solah."

"Selebihnya mestilah ma'zurah"

"Rasanya macam tu lah. Tak sabar nak puasa juga. Belum Ramadhan lagi ini... Tapi kehangatannya mula terasa."

Imam Luqman memberi salam. Doa dibaca. Damai sungguh hati ini, berada dalam bi'ah sebegini. Atiqah dan Siti sudah usai solah.

"Aisyah, jom sambung balik kerja dalam kelas."

Kami bergerak kembali ke kelas. Jauh. Namun sudah kalis. Di hadapan math'am, saya bertembung dengan adik lelaki saya, Ammar bersama sahabat-sahabatnya. Saya hanya tersenyum.

"Angah, ayah mari kan malam ni?"

Saya mengangguk.

"Ni ramai-ramai nak pergi mana? Kan kena baca Quran sekarang kat sana?"

Ibu jari saya menunjukkan ke arah surau.

"Kakak Ammar ni concern betul. Memang tak boleh buat kes depan dia."

Adik saya tergelak, saya tersenyum.

"Nak pergi makan la Angah. Kiteorang puasa tapi berbuka dengan air dan kurma je tadi. Nak solah jemaah dulu. Sekarang baru nak makan nasi. Lagipun macam sesak sangat tadi."

"Okey, cepat makan ye. Lepas tu pergi mengaji."

Dari luar, saya mendengar riuh suara orang mengaji di dalam surau. Saya tersenyum.

"Gi dulu ye, Angah"

"Ha, jangan lupa baca doa makan."

Adik saya tersengih. Saya berlalu. Atiqah dan Siti yang hanya menjadi pendengar setia sejak tadi mula bersuara.

"Kiranya, separuh saf sahabat tadi, ada juga yang puasa?"

"Macam tu lah nampaknya. Moga bi'ah ini berterusan."

"Ameen."

Kami bertiga mengaminkan doa.

Saya tersenyum lagi. Damainya hati ini. Moga ALLAH menjaga bi'ah ini. Saya sayang SMASKL...

P/s - Tak sabar rasanya nak balik sekolah, nak puasa di sekolah. Apa pula kenangan Ramadhan saya tahun ini ya =)

Moga ALLAH sayang SMASKL
Moga ALLAH sayang sahabat sahibah saya
Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 26 August 2009 2:12 pm

No comments: