* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 6, 2009

Redha Suami, Redha Ilahi...


Baru sahaja tadi, seorang abang yang dahulu tergeliat menyuruh saya cari calon untuknya, buzz pada Yahoo Messenger saya, dan menghantar beberapa bait..

"Abang nak walimah dah"

"Ha? Dengan sapa? Dengan kakak hari tu ke?"

"Aha... Yang itu rahsia. Adik kena datang dulu.."

Apa-apa pun, saya gembira kerana abang itu sudah mendapat sayap kirinya yang solehah. Jadi, abang-abang lain jangan lambat-lambat sangat. Kakak-kakak tu dah ramai yang menunggu.

(Adeh, ape Aisyah cakap ni?)

Bukan apa-apa, saya cuma mahu letakkan satu cerita. Saya bimbang ada lintasan firasat pelik yang menerawang di fikiran atau hati pembaca-pembaca blog yang saya sayangi. Iyelah, post saya kebelakangan ni pelik-pelik je bunyinye.

Cerita ni saya ingin sampaikan buat hati-hati yang ingin mengambil manfaat. Ambillah walau secebis.

"Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "


MasyaALLAH, alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami sebegitu rupa. Adakah kakak-kakak mampu lakukan seperti yang dilakukan terhadap abang-abang sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Saya tak layak berkata-kata tentang ini kerana masih budak kecil yang nakal. Cuma hati saya ingin melihat abang-abang dan kakak-kakak di sana dapat melayari mahligai da'wah dengan begitu bahagia lantas melahirkan kader-kader da'wah yang bakal mewarisi kerja umi dan abi mereka.

Wah, bahagianya jikalau begitu....!

Moga ALLAH sayang perintis BAITU DAKWAH

Moga ALLAH sayang KALIAN

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 6 August 2009 4:12 pm

No comments: