* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 22, 2009

Terawih.....


Teringat hari semalam. Hari pertama kita sama-sama solah Terawih di masjid atau surau masing-masing.

Saya bergegas ke halaman rumah apabila nama saya dilaung-laung oleh adik-adik saya.

"Cepatlah Angah...! Ayah dah bukak gate ni...!"
"Kejap kejap. Angah amik air sat"

Memang menjadi amalan saya untuk membawa bekalan air ke mana-mana. Kereta dihidupkan, maka bermulalah sesi perbualan keluarga kami. Abang saya tidak ikut serta kerana dia menaiki motosikal miliknya. Jadi hanya kami berlima.

Tiba-tiba adik perempuan saya bersuara.

"Ayah, nak solah 8 ke 20?"
"8 sahaja. Malam ni kita ada usrah dan tadarus lepas terawih"

Mak saya membisu. Saya juga matikan suara. Kami berdua selalunya solah 20 rakaat pada tahun-tahun yang lepas. Tapi, saya memujuk diri supaya akur dengan keputusan ayah.

"8 eh. Ok...!!"

Ayah memberi signal untuk bergerak ke kiri. Saya pelik....

"Ayah, nak solah kat surau ke?"

"Kenapa?"

"Tak moh....!!"

Serentak saya dan adik lelaki saya menjawab.

"Okey-okey, ayah ikut anak-anak malam ni..."

"Yea....!!! Thanx ayah.."

Kereta saya sampai di perkarangan Masjid Rhu Muda, agak jauh daripada rumah saya sebenarnya. Tapi, imam-imam di sini lebih baik insyaALLAH.

Saya berjalan masuk ke masjid. Sudah ramai orang di dalamnya. Saya tersenyum gembira. Entah kenapa seronok semacam.

Saya berjalan, berjalan melangkah saf satu persatu sehinggalah sampai di saf hadapan sekali. Saya memandang makcik-makcik di samping saya lalu tersenyum riang.

"Sampai dah, ingatkan solah kat lain"

Saya cuma tersenyum lantas melaksanakan Solah Tahiyatul Masjid. Sebenarnya makcik-makcik yang selalu ke masjid ini memang teramat kenal dengan saya dan ahli keluarga sebelah mak yang lain. Ini kerana nenek saya dahulu merupakan satu-satunya guru mengaji di kawasan Seberang Marang. Memang satu kawasan ini kenal dengan Cik Hasnah.

Hal ini amat memudahkan saya sekiranya bersiar-siar sekitar kampung. Apabila ditanya anak siapa, jawapan saya semestinya "Cucu Cik Hasnah, anak Ini yang kerja hospital". Memang mereka amat menghormati nenek saya, sehingga saya pun terkena tempiasnya.

Ditambah pula dengan mak saudara saya atau saya panggil Cek Ngah yang kini menjadi pengamal perubatan Syifa' (yang Ustaz Harun Din punya tu) dan majoriti mak saudara dan bapa saudara sebelah mak saya aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sini. Alhamdulillah.

Cek Ngah pula selalu bercerita tentang saya, anak saudara harapannya (huhu) kepada teman-temannya. Jadi setiap kali Ramadhan tiba, seperti mereka sudah menyediakan tempat untuk saya di saf depan. Terharu...

Keluarga besar saya sebelah mak memang dihormati. Kami patut berterima kasih kepada nenek kami walaupun sudah lama meninggalkan kami. Jazakillah Tok....!

Saya usai solah tahiyatul masjid.

"Cuti ke?"
"Aah, pagi tadi baru balik, makcik. Ramai juga ya malam ini."
"Nanti lepas 8 rakaat, tak ramailah"

Saya tersenyum. Imam mengangkat takbir solah Isyak. Saya menoleh ke tepi, kiri dan kanan. Ternyata hanya saya gadis remaja di saf depan. Hoho, memang tersenarai dalam golongan makcik la ni =)

Saya menoleh ke belakang, saya melihat deretan sepupu-sepupu saya di saf yang kedua. Saya tersenyum.

"Bagus betul mereka...!"

Getus hati saya. Selain mereka, yang lain semuanya makcik yang tua-tua semuanya. Saya terkilan. Mana perginya remaja lain? Nun jauh di belakang sana. Saya bersyukur kerana ALLAH letakkan saya di posisi sekarang. Alhamdulillah.

Saya seronok solah terawih di samping makcik-makcik ini. Walaupun ada yang sakit, batuk-batuk, sakit lutut, tapi semangat mereka memang waja. Mengalahkan orang muda. Sepatutnya remaja patut malu, dengan sebekal kudrat yang mereka ada, merekalah yang perlu mengimarahkan masjid ini. Bukanlah mengharapkan makcik-makcik ini.

Rakaat ke 8 sudah usai. Kelazatan berterawih membuatkan kaki saya langsung tidak mahu berganjak. Memang benar sangkaan makcik tadi. Saf yang pada mulanya 8 barisan hanya tinggal 3 barisan, dan hanya saya remaja yang tinggal.

"Mak, nak solah 8 ke 20 ni?"
"Tak tahulah, Angah. Mak pergi tandas sekejap"

Maka tinggallah saya di saf hadapan. Saya teruskan solah terawih. Rasa bersalah juga pada ayah. Mak juga teruskan solah terawih hingga ke rakaat 20. Imam pada malam ini, imam yang sama pada tahun lepas. Sekali lagi saya terfikir, tiada ke anak muda di kampung ini mahu menjadi imam? Saya terkilan sekali lagi.

Usai solah terawih. Saya bersalaman dengan semua makcik-makcik, dan orang terakhir yang saya bersalaman adalah Cek Ngah.

"Anak saudara Cek Ngah seorang ini...."

Lantas mencium dahi saya. Saya tersenyum.

"Angah balik bila?"
"Pagi tadi sampai. Takpelah cek, kena cepat. Ayah tunggu kat luar."

Saya berjalan dengan mak saya.

"Mak, ayah marah ke tak ek nanti?"

Mak saya cuma tersenyum. Terlihat kelibat ayah saya di dalam kereta. Wajahnya seakan-akan penat menunggu. Kesian ayah.

"Ha, tengok jam sudah pukul 10. Nanti anak-anak mengantuk nak buat tazkirah lagi"

Ayah saya bersuara. Saya tersenyum.

"Kan dah janji tadi kita nak solah 8 je"

Mak menuturkan maaf. Saya tersenyum lagi. Ayah saya baik. Hihi, cuma pantang sangat kalau orang tak menepati janji.

"Ala, ayah takpelah malam nih je k.. Sori tau...!"

Ayah saya tersenyum ceria.

Saya gembira kerana dapat melaksanakan malam pertama Ramadhan dengan agak baik. Habis 1 juzu', kemudian dapat solah 20 rakaat. Mungkin sesetengah individu berpendapat 8 rakaat lebih beik kerana sunnah. Namun sebenarnya, atau mungkin lebih kepada tujuan saya solah 20 rakaat ialah ingin bermuamalah dengan golongan tua, yang lebih mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan kehidupan mereka sehari-hari.

Saya lihat memang amat kurang golongan yang ingin mengutip ilmu dengan golongan tua ini. Alasannya pendapat orang tua kolot, cerewet, banyak berleter. Memanglah mereka berleter jika kita buat silap. Saya terkilan dengan sikap orang muda kini yang tidak menghormati golongan emas, sedangkan merekalah yang patut kita hormati. Saya menggeleng kepala.

Mungkin ada juga yang beralasan, tidak tahu macam mana kaedahnya. Saya tergelak. Tidak sukar pun. Solah sahaja 20 rakaat, pergi salam-salam, senyum-senyum, sembang-sembang, jadilah. "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih" Kan?

Kalau saya, memang suka benar duduk dengan makcik-makcik. Teringat Kem Pewaris Kebangsaan di Penang tahun lepas. Saya bersembang dengan makcik-makcik sampai tak ingat waktu. Lagaknya seperti bukan peserta kem. Semua peserta lain sedang bersiap, tapi saya masih berpakaian riadhah, bersembang dengan Makcik Sarah, mak Abang Aiman (Abang Aiman lama sangat tak update blog).

Bersembang sambil makan-makan ringan. Hanya pakcik makcik, fasilitator, dan urusetia sahaja yang ada di dewan makan ketika itu. Aisyah, Aisyah. Memang selalu different than others =)

Ijtima' pun duduk dengan makcik-makcik. Aduhai, memang boleh la saya tersenarai dalam golongan makcik-makcik ye? Hihi ^_^



Pesan Aisyah, gunalah Ramadhan kali ini sebaik yang mungkin. Kan? Kan? Kan? Jom solah dhuha.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 22 August 2009 9.40 am

No comments: