* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 26, 2009

Doakan saya

Maafkan saya. Cuti pada kali ini saya langsung tidak menghantar sesuatu di sini. Ada sesuatu yang menghalang. Namun, pada pagi yang indah ini saya mencelah sedikit masa untuk menulis. Saya hanya ingin meminta kalian mendoakan saya.

1. Doakan saya agar lebih baik sahsiahnya

Doakan agar saya lebih matang agar saya dapat menjalani hidup saya dengan lebih teratur. Entah kenapa, mula menggunung harapan untuk menjadi insan solehah yang mampu membantu Islam dari segenap aspek. Entah kenapa, bunga-bunga malu mula terbit dalam diri. Entah kenapa, terasa ingin menggunakan setiap potensi yang ada untuk membantu Islam. Entah kenapa, terasa ingin jadi matang, dan tak mahu kebudak-budakan lagi.

Sepertimana yang telah saya kongsikan sebelum ini, hendak peroleh sahsiah yang baik? Iman dahulu perlu dipertingkatkan. Kan? Jadi, doa kalian agar sahsiah saya lebih baik, juga mendoakan ilmu, iman, dan amal saya. Kalian mahu juga didoakan? Ha, doa saya dahulu, nescaya kalian bakal didoakan oleh malaikat. InsyaALLAH.

Insan-insan di sekeliling saya mudah benar untuk mendekati saya, langsung terlalu mudah untuk mereka menceritakan sebarang cerita, masalah. Mereka dengan senang hati berkongsi. Sebarang masalah mereka, tanpa segan silu mereka ceritakan pada saya.

Baik tua atau muda, dengan mudah mereka meminta pendangan saya dalam setiap masalah mereka walaupun saya tidak mempunyai sebarang pengalaman. Ilmu itu mungkin ada. Tapi, dengan mudah dapat saya selesaikan masalah mereka. Kenapa? Kerana pokok pangkal segala masalah adalah masalah aqidah. Masalah kepercayaan dan keyakinan. Bukan begitu?

Jika kita percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah yang ALLAH selitkan, maka kita tidak akan mudah menyerah kepada ujian tersebut. Malah berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari sumber kekuatan yang mampu menyokong kita.

Di samping itu, jangan lupa untuk berdoa kepada ALLAH agar memberikan kita secebis kekuatan untuk menghadapi ujian yang saja Dia berikan agar kita mengadu kepadaNya, agar kita tahu pada taraf mana iman kita kepadaNya. Semoga saya dapat mejadi wasilah yang terbaik kepada mereka. InsyaALLAH.

Doakan saya. Kalau saya pandai, pandai saya untuk Islam. Kalau saya petah bercakap, itu hanyalah untuk Islam. Kalau saya cekap bekerja, cekap itu hanyalah untuk Islam. Jika saya ada sesuatu apa pun, sesuatu itu untuk Islam. InsyaALLAH.

2. Doakan saya dapat berusaha yang terbaik dalam SMU

SMU, Sijil Menengah Ugama. 25 Oktober 2009. Dengan sijil ini, mana-mana saya boleh pergi jika saya mahu teruskan pengajian dalam bidang agama. Jadi, sijil ini amatlah penting kepada saya. Jangan lupa turut doakan sahabat-sahabat saya. Moga-moga kami dapat yang terbaik dalam SMU. InsyaALLAH.


I made this widget at MyFlashFetish.com.



3. Doakan saya dapat mengekalkan amalan-amalan saya pada bulan Ramadhan

Sabtu yang lepas, saya ada menghubungi IKIM untuk memberi sedikit ucapan sempena Aidilfitri. Di dalam ucapan tersebut, ada saya mendoakan agar kita dapat mengekalkan amalan-amalan yang kita laksanakan di bulan Ramadhan pada bulan-bulan seterusnya.

Tidak dapat dinafikan, amalan kita benar-benar hebat di bulan Ramadhan. Baik dari segi tilawah Al Quran, solah tahajud, sedeqah dan macam-macam lagi. Ada juga yang berjaya mengkhatamkan Al Quran sebanyak 10 kali, 6 kali. Banyak tu.

Mungkin ada yang berpendapat kenapa nak khatam banyak-banyak? Sedangkan maksudnya satu pun tak faham. Sampai tidak perasan ada perkataan ULYA dalam Quran. Bagi menjawab soalan ini, saya mahu bawakan satu cerita..

Pada Ramadhan yang lalu, sempena Iftar Jamaie di SMASKL (kesian Abang Saeed tak dapat hadir), kami telah sama-sama menjayakan satu amal Jamaie mega. Kami, Tingkatan 4 mendapat tugasan di longkang belakang bangunan blok A.

Sahabat-sahabat saya menyuruh saya mendapatkan sebiji baldi. Tapi apa yang saya bawa kepada mereka hanyalah baldi yang ada sedikit lubang. Kecil sahaja.

"Aisyah, ada lubang la. Lagipun kotor ni. Tak ada yang lain ke?"

"Hanya ini yang ada. Kot lah. Guna yang ini dulu. Kotor tu tak apa, kita nak basuh longkang je.."

Jadi kami gunakan sahaja baldi tersebut. Salah seorang sahabat saya mencari salotape untuk menampal lubang kecil pada baldi tersebut. Kami teruskan kerja... Baldi itu kami gunakan untuk mengangkut air. 1 kali... 2 kali... Banyak kali juga air diangkut.

Lama juga hendak siapkan. 30 minit, kami berehat. Datanglah sahabat saya membawa salotape. Kami semua tersenyum. Kerja sudah usai. Saya tetap mengambil salotape tersebut, nak meraikan. Saya angkat baldi yang tadinya ditelangkupkan setelah usai kerja dan tersenyum. Baldi tersebut memang tak akan ada orang guna jika sudah berlubang sebegitu.

"Eh, baldi ni dah bersihla..."

"Ye ke.. Berkat kita punya kerja ni.."

Kata-kata sahabat saya disambut oleh deraian tawa mereka yang lain. Saya menampal lubang dengan salotape tadi. Memang boleh digunakan. Saya segera menawarkan baldi tersebut.

"Sapa nak baldi ni...??"

"Eh, bagi je lah. Lagipun tak ada baldi. Memang boleh guna laa..."

Saya dan sahabat-sahabat saya tersenyum. Akhirnya, baldi itu kami letakkan di tandas surau. Wakafkan.

Jadi, begitu juga dengan Al Quran tadi. Walaupun mungkin kita tidak tadabbur, tapi dengan membacanya hati akan menjadi tenang kerana turut dibersihkan dengan alunan Quran yang sudah pasti mendamaikan setiap jiwa yang mendengarnya.

Namun, ini tidak menjadi satu alasan untuk terus membaca Al Quran tanpa menghayatinya. Kita perlu upgrade kan lagi. Mungkin baldi tadi diupgrade dengan menampal salotape. Maka kita boleh upgrade dengan menghayati, meneliti, dan juga mengkaji Al Quran. Insya ALLAH.

Semua ini bermula dengan tilawah Al-Quran. Saya akui, bukannya mudah hendak khatam berkali-kali dalam 1 bulan. Kena ada kemahuan yang kuat, dan kadang-kadang kena ada saingan agar terus bersemangat. Kan?

Ulama'-ulama' mu'tabar juga memulakan kerjaya mereka dengan mengkhatamkan Quran pada usia yang masih amat muda. Imam Syafi'e contohnya menghafaz Al Quran pada usia 7 tahun. Bila beliau khatam Quran? Mestilah lagi awal kan?

(Kelas saya kan Tingkatan 4 Sains Syafi'e)

Teringat saya akan kata-kata Hami Asma'i hari-hari yang lepas dalam bulan ramadhan.

"Alim ulama' bersedih akan pemergian Ramadhan sedangkan umat berseronok menyambut Eidulfitri sehingga mereka lupa keutamaan akhir Ramadhan.."

Sedih, Ramadhan dah pergi. Lama menunggu barulah bertemu lagi. Tapi, sempatkah kita? Saya juga berdoa agar kita dapat kekalkan ya. InsyaALLAH. Trust ourselve that we can do it!

*****************************

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada insan kedua selepas Zatul Iffah dan insan pertama dalam kalangan sahabat yang menyambut cabaran saya untuk berblog. Mabruuk Fiika.

Saya ada sebutkan dalam post terdahulu tentang ini. Click di sini untuk membaca kembali.


(Click di atas untuk ke blog beliau)

Penulisan beliau lagi berkesan daripada saya. Malah lebih hebat. Moga ALLAH sayang beliau.

Hari ini juga Hari Lahir Shatirah. Selamat Hari lahir ya sayang. Moga ALLAH sayang anti. Seronok kerana saya dan Amirah insan pertama yang mengucapkannya semalam.

Oklah, saya perlu berkemas. Saya pulang ke sekolah petang ini. SMU makin hampir. Takut juga, moga ALLAH berikan saya sebekal kekuatan, kemahuan, dan kerajinan Imam Syafi'e untuk menuntut ilmu ini. Moga ilmu yang saya peroleh bermanfaat untuk saya, kalian, dan Islam. InsyaALLAH.

Saya pergi dulu.

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 26 September 2009 12:13 pm