* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 20, 2009

Saya kembali...

Alhamdulillah, saya kini kembali. Kembali ke medan juang yang sebenar. Ya! Hakikatnya sewaktu berada dalam proses dididik dan mendidik, itu adalah fasa berehat sebenarnya. Setelah keluar daripada atmosfera mendidik dan dididik secara formal, itulah fasa bekerja yang menuntut 1001 perjuangan dan pengorbanan. Sesuailah dengan hakikat kehidupan kita yang sering diuji dan kita perlu terus berkorban dan berjuang demi meneruskan hidup kita menuju redha Yang Maha Esa. Insya ALLAH.

Para pembaca yang budiman,

Sudah sekian lama saya tidak mencoret, berkongsi, malah melakar sesuatu di ruangan ini atas ketidakizinan ALLAH. SMU sudah berlalu, Peperiksaan Akhir Tahun 2009 juga telah menjadi kenangan. Kini, saya pulang ke rumah, kembali ke kampung halaman dengan satu semangat yang baru, azam yang tekad malah keinginan yang membara untuk mencapai matlamat saya ~ Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya~.

Jika disoroti kehidupan saya sepanjang tahun 2009 ini, masih terlalu banyak yang perlu diri ini perbaiki bagi mencapai matlamat saya tadi.

Sejujurnya saya katakan, cuti akhir tahun pada kali ini mungkin antara cuti yang mungkin tidak akan dipanggil cuti buat saya. Pelbagai aktiviti yang perlu saya sertai dan anjurkan. Tuntutan untuk menuntut ilmu juga tidak ketinggalan. Persediaan untuk SPM 2010 perlu saya laksanakan.

Pagi tadi, saya telah ke pusat tuisyen untuk menghadiri ujian tapisan pelajar yang ingin mendaftarkan diri ke sana. Mata saya melilau ke sekeliling kelas tersebut. Kecil, kurang padat, dinding terconteng di sana-sini. Saya menggelengkan kepala. Muda-mudi kini tidak mengira tempat. Vandalisme merata-rata.

Kemudian, mata saya tertumpu pada meja yang telah saya gunakan. Terpampang perkataan "JIWA KOSONG" pada meja tersebut dengan tulisan liquid putih.

Saya temangu...

Jiwa Kosong.....

Saya memerhati lagi tulisan kecil tersebut, lantas meniti istighfar di bibir.

Jiwa kosong, fenomena yang ghalib kini, melanda sesiapa sahaja. Saya melihat lagi perkataan tersebut. Memang tidak senang duduk dibuatnya.

Kemudian saya tersenyum. Realiti perilaku remaja kini, mereka akan menulis apa-apa yang terlintas di fikiran juga yang terdetik di hati mereka. Benarkah fakta ini? Saya rasa mungkin benar juga, sebab saya seorang fatayat (remaja).

Oleh sebab inilah, saya berserta ramai lagi blogger-blogger lain sedang mencuba untuk menulis sesuatu yang baru dan dapat menyelesaikan gundah gulana jiwa remaja kini. Mungkin apabila mereka sedang runsing lalu menaip perkataan 'runsing' di search engine.

Bayangkan jika solusi yang disediakan oleh search engine untuk merungkaikan runsing mereka adalah dengan lagu-lagu, cerita-cerita, dan ini tidak mustahil berlaku. Jadi, mereka akan hanyut dan terus hanyut dengan propaganda Yahudi, jauh daripada ALLAH apatah lagi daripada dustur kehidupan, Al-Quran itu sendiri.

Bilamana perkara ini terjadi, di mana peranan kita sebagai pengguna internet. Adakah kita hanya mampu memerhati, berasa runsing, berbincang lalu TANPA apa-apa tindakan.

Cuba bayangkan pula, sewaktu mereka mencari 'runsing', mereka mendapat senarai laman-laman web mengubat runsing dengan Kalamullah.

"Orang-orang yang beriman, tenangnya hati mereka dengan berzikir(mengingati) ALLAH. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"
(Surah Ar-Ra'du 13:28)

Kemudian disebut pula tentang hakikat keimanan kepada ALLAH, tentang keyakinan bahawa setiap apa yang ALLAH takdirkan bukanlah sesuatu yang sia-sia.

MasyaALLAH..
MasyaALLAH....
MasyaALLAH......

Alangkah indahnya jika ini yang berlaku.....

Jadi kini, amanah saya untuk menyeru kalian supaya melaksanakan tuntutan amar ma'ruf wa nahi mungkar. Bukankah itu suatu kewajiban? Mari kita berdakwah melalui maya. Gunakan kemudahan dan potensi untuk memberi. Marilah, saya mengajak kalian. Bersungguh-sungguh saya mengajak, walau siapa pun anda. Mari kita berbakti.....

"Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukanlah menerima sebanyak-banyaknya"
(Pak Harfan, watak dalam novel dan movie Laskar Pelangi)

Mari kita teliti.... Hakikatnya remaja kini, memang kosong jiwa mereka. Kehidupan mereka hanyalah untuk memuaskan nafsu. Terlupa matlamat kejadian mereka.

"Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku"
(Az-Zariyaat 51:56)

Fenomena yang melanda mereka, malah kita juga tak dapat kita persalahkan sesiapa. Usah menunding jari kepada yang lain. Bukan itu solusinya. Kini, mari sama-sama kita berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Dunia kini sedang terbakar hangat. Wajib ke atas kita untuk memadamkan api tersebut dengan sebekal kudrat kita walaupun dengan setitis air

Jadi mungkin saya sedang menggunakan wasilah ini selain daripada wasilah-wasilah lain. Kerahkan setiap potensi kita untuk memartabatkan kembali umat Islam yang kian pupus, ditelan sistem Jahiliyyah satu persatu.

Sabda baginda Rasulullah Sallahualaihi wasalam : "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya" (Hadith Hasan)

Yakinlah dengan janji baginda. Selama-lamanya Islam akan sentiasa berada di atas, darjat tertinggi. Cuma kini, umat Islam sentiasa mundur, goyah, rapuh, berpecah-belah, lemah akibat keegoan mereka sendiri. Tidak mahu menjadikan syariat Islam sebagai cara hidup mereka. Saya sedih, malah berasa lebih bertanggungjawab memikirkan tentang perkara ini. Lagi-lagi melihat pemuda-pemudi 'harapan negara' ini.

Hati ini hiba. Terguris melihat muda-mudi kini. Mereka yang bakal memegang pucuk pimpinan dunia pada masa akan datang melakukan pelbagai maksiat, lalu mengundang murka ALLAH. Entahlah apa yang mahu ditulis untuk mengungkap kesedihan dan kekecewaan ini.

Namun, saya yakin! Ada segolongan kecil daripada golongan pemuda-pemudi ini akan bangkit. Walaupun jumlah mereka amat sedikit, namun kualiti dalam diri setiap individu itu dapat menggegarkan dunia. Mungkin natijahnya tidak dapat mereka rasai. Itu tidak penting! Apa yang sentiasa mereka fikirkan dan harapkan adalah umat manusia kembali berubudiyah kepada si Dia yang berhak disembah SEMATA-MATA.

Dan saya sentiasa berdoa siang dan malam....

"Ya ALLAH, masukkan aku ke dalam golongan yang memartabatkan deen-Mu. Menyeru manusia kembali berubudiyyah kepadaMu semata-mata".

Mata panas, menandakan lelehan air mata bakal mengalir..

Ya ALLAH, ampunkan hambaMu ini. Berikan aku peluang ya ALLAH kerana aku pasti jika aku tidak mendapat peluang ini, ramai lagi yang akan menolong agamaMu. Ya ALLAH, aku sedari.. Islam langsung tidak memerlukan diriku apatah lagi Engkau yang bersifat Qiam Binnafsi. Namun, hakikatnya diri yang bernama Aisyah Humairah Najihah ini amat memerlukan Islam sebagai cara hidupnya dan Engkau sebagai rabb dan ilahnya.....

Adakah saya berpeluang untuk memberi peluang kepada saya berbakti kepada Islam demi menyelamatkan diri saya daripada azab ALLAH di Akhirat nanti?

Doakan saya sentiasa.....

Tolonglah doakan saya dan saya juga mengajak kalian berdoa untuk diberi peluang ini.....

Moga ALLAH beri peluang kepada kita

Moga ALLAH sayang kita

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 20 November 2009 23:44

Musafir Dakwah

Dakwah itu panjang
Lestarinya berat
Jalannya payah
Tapi hakikatnya indah

Dakwah itu bukan serius
Tidak sehingga misai dan janggut melentik menjadi penghalang
Bukan juga lantaran niqob yang menutupi wajah engkau harus diam

Tetapi dakwah itu kebaikan yang engkau serlahkan
Apa jua cara, biarpun tanpa suara

Dakwah itu bukan berlawak sehingga ketawa nampak gusi
Gelak berdekah-dekah untuk mengambil hati
Akhirnya maksud tidak sampai
Yang keluar hanya kata-kata tanpa isi
Membazir masa dan kurang thiqoh
Sehingga orang pun malas mahu ambil peduli

Tapi dakwah itu kebaikan yang engkau kerjakan
Kemungkaran yang engkau elakkan

Dakwah itu tidak hanya ceramah
Bukan hanya melafaz firman Tuhan
Tidak hanya sekadar menitipkan sabda junjungan
Tetapi hakikat yang lebih besar menanti di hadapan
Sejauh mana engkau mengamalkan apa yang engkau serukan kepada insan

Wahai dai'e
Wahai kawan
Selagi hidup usahalah agar dakwah itu menjadi teman
Ambillah seberapa banyak derap perjuangan ikhlas kerana Tuhan

Dakwah itu adalah dirimu
Dirimu itu adalah dakwah
Pastikan selagi engkau bernafas
Ia tidak akan terpisah

Created by HAMBA ALLAH

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 20 November 2009 21:40