* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 20, 2009

Musafir Dakwah

Dakwah itu panjang
Lestarinya berat
Jalannya payah
Tapi hakikatnya indah

Dakwah itu bukan serius
Tidak sehingga misai dan janggut melentik menjadi penghalang
Bukan juga lantaran niqob yang menutupi wajah engkau harus diam

Tetapi dakwah itu kebaikan yang engkau serlahkan
Apa jua cara, biarpun tanpa suara

Dakwah itu bukan berlawak sehingga ketawa nampak gusi
Gelak berdekah-dekah untuk mengambil hati
Akhirnya maksud tidak sampai
Yang keluar hanya kata-kata tanpa isi
Membazir masa dan kurang thiqoh
Sehingga orang pun malas mahu ambil peduli

Tapi dakwah itu kebaikan yang engkau kerjakan
Kemungkaran yang engkau elakkan

Dakwah itu tidak hanya ceramah
Bukan hanya melafaz firman Tuhan
Tidak hanya sekadar menitipkan sabda junjungan
Tetapi hakikat yang lebih besar menanti di hadapan
Sejauh mana engkau mengamalkan apa yang engkau serukan kepada insan

Wahai dai'e
Wahai kawan
Selagi hidup usahalah agar dakwah itu menjadi teman
Ambillah seberapa banyak derap perjuangan ikhlas kerana Tuhan

Dakwah itu adalah dirimu
Dirimu itu adalah dakwah
Pastikan selagi engkau bernafas
Ia tidak akan terpisah

Created by HAMBA ALLAH

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 20 November 2009 21:40

5 comments:

saza s said...

salam aisyah
kaifahaluk?

tersentuh hati membaca post anti di sini dan juga di group pewaris SMAKL..

menebalkan rindu di hati ana untuk pulang bertemu adik-adik

semoga terus kuat menjadi musafir dakwah insyaAllah

ana nantikan generasi anti di bumi mesir ini
insyaAllah

AriffahC9 said...

ya allah..
indah sungguh sajak ni..

sinar_islami said...

Alhamdulillah..
sajak yg menyentuh hati..
medan dakwah terhampar luas..
moga kita antara pendokongnya...

Putraz April said...

Sampaikan lah walau satu ayat... berdakwahlah di mana saja kita berada... blog juga boleh menjadi medan berdakwah ... berfirman Allah SWT dlm Al Kitab "Jika kamu bantu Allah nescaya Allah bantu kamu" ... Jom Dakwah!!!Allahu Akbar

agus suparman said...

teruskan istiqomah di jalan dakwah ini. aku turut berdo'a semoga Alloh turunkna berkah, rahmat dan maghfirohnya kepada kita, kepada para pengemban dakwah.