* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 21, 2009

Dakwah Tarbiyah vs Akademik

Maha suci ALLAH kerana memberi kelapangan masa buat hambaMu yang dhaief ini agar MEMBERI di medan maya ini, juga atas segala ni'mat yang telah Engkau berikan kepada kami, hamba-hambamu, sama ada yang taat atau yang engkar akan perintahmu. Segala puji ALLAH juga kerana telah memberikanku ilmu-ilmu untuk dikongsi bersama kalian. Moga ilmu-ilmu yang saya kongsikan di sini menjadi aset saya di akhirat kelak, aset yang akan digunakan untuk membayar dosa-dosa saya yang bertimbun akibat alpa, leka, lagha akan matlamat hidup di dunia ini.

Selawat , salam serta kasih sayang buat junjungan kita, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam yang berpenat lelah, malah berkorban segala-galanya untuk menyampaikan dakwah beliau kepada setiap individu di muka bumi ALLAH ini. Maka, lihatlah natijah usaha keringat baginda pada hari ini. Saya, AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH sebagai seorang muslimah. Antara berbillion manusia di bumi ini, ALLAH telah memilih saya antaranya untuk menjadi seorang muslimah. Darah baginda yang mengalir di bumi Thoif sebagai bukti kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita.

Maka bersyukurlah wahai kalian yang bergelar muslim. ALLAH telah memilih kamu sebagai pendukung agama ALLAH. Tidak dapat tidak, kita mesti melaksanakan perintah ALLAH ini. ALLAH telah berjanji bahawa agamaNya tidak akan luput selama-lamanya. Akan tetapi, sekiranya kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab da'wah ini, maka ALLAH akan melenyapkan kita, menghilangkan status kita sebagai daie di jalan ALLAH dan menggantikan diri kita ini dengan kaum yang lebih baik.

Nauzubillahi min zaalik.

Saya pernah menyatakan dalam post-post terdahulu bahawa ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, menolong agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.

Salam barakah dan ukhuwah juga buat ahli keluarga baginda, yang menyokong baginda dengan sepenuh hati, jiwa, dan raga malah turut berkorban untuk membantu baginda dalam menyampaikan ISLAM.

Saidatina Khadijah pernah berkata kepada suami beliau yang tersayang, "Wahai suamiku, ambillah segala-galanya milikku untuk agamamu. Dan setelah aku mati, ambillah tulang-tulangku sekiranya ia masih diperlukan untuk dakwahmu."

Subhanallah, lihatlah betapa pengorbanan Saidatina Khadijah untuk Islam.

Saya pun masih berkira-kira, besar manakah pengorbanan saya untuk Islam. Sikit. Masih amat sedikit saya kira. Ya ALLAH masukkanlah aku ke dalam golongan terakhir ini, golongan yang sentiasa mendukung agamaMu, yang bermati-matian hanyalah untukMu.

Nampaknya cukup sekadar muqaddimah untuk post kali ini :)

Sebenarnya ini barulah muqaddimah. Sebenarnya saya menulis kali ini tentang Dakwah Tarbiyah VS Akademik. Idea ini tiba-tiba sahaja menerpa di minda setelah melihat pesanan Kak Nashrah di shoutout sebentar tadi.

"Salam sayang, syahhh... Good luck untuk SPM.. Don't forget your DnT (Dakwah dan Tarbiyah) .."

Terima kasih Kak Nash atas peringatan untuk adik Kak Nash yang nakal ni.

Ya, ramai yang tertanya-tanya kenapalah blog Aisyah Ulya ini kurang aktif, walhal pemiliknya sedang bercuti. Sebelum-sebelum ini, saya tidak sempat menjelaskan ke mana perginya keaktifan blog ini. Sebenarnya, sepanjang cuti akhir tahun ini, saya mengorbankan sebahagian besar tenaga dan masa saya untuk memantapkan diri saya, melaksanakan sebahagian tuntutan Mustafa Masyhur, islah nafsaka kerana saya telah menghadiri kelas tuisyen bagi subjek-subjek SPM.

Mungkin lebih kepada persediaan untuk menghadapi SPM 2010. Insya ALLAH. Ya, SPM penting, sebagai noktah bidayah imej kita untuk menghadapi masyarakat di sekeliling kita. Malah dengan keputusan SPM yang cemerlang, dakwah saya akan turut gemilang.

Ingatan saya berputar-putar menyoroti memori sewaktu di kelas tuisyen sesi pagi yang telah saya hadiri bagi subjek Additional Mathematics. Ada saya ceritakan dalam post yang lalu. Seperti biasalah, saya yang tampil dengan muslimah bertudung labuh litup, baju kurung, dan menggalas beg Bodyglove hijau melangkah masuk ke dalam kelas itu dengan senyuman.

Ada mata-mata yang seakan tidak selesa dengan kehadiran saya. Lelaki tentunya. Mungkin mereka tidak pernah melihat wanita bertudung litup sebegini, ataupun tidak pernah berada hampir dengan golongan seperti saya. Saya cuma berlagak biasa. Insan bertuah di sebelah saya bernama Aishah juga. Disebabkan nama Aishah atau Aisyah sudah ada orang lain yang miliki, saya akur dengan panggilan Humaira buat saya. Janggal juga rasanya.

Saya mengucapkan salam buat Aishah. Nampak seperti dia kekok untuk menyambut salam dan tangan saya. Saya tersenyum dan bertanya tentang dirinya.

Sepanjang menghadiri kelas tuisyen sesi pagi ni, saya amat berasa selesa. Ya, pada mulanya saya cuma gunakan ilmu yang telah saya peroleh. Cikgu mula menumpu kepada saya. Bukanlah hebat sangat cuma saya lakukan yang terbaik. Cikgu mula memuji-muji saya. Sejak saat itulah, ramai kawan-kawan yang sentiasa ingin hampir dengan saya.

Ya, memang saya tak akan takbur dengan ilmu ALLAH yang saya punyai ini. Jadi, saya semestinyalah berkongsi ilmu ini. Dengan itu, ramailah yang berebut-rebut duduk di sebelah saya. Peluang saya.. Benarlah pesan sahabat saya, guru (dan doktor) adalah salah satu pekerjaan yang sesuai untuk menjadi dai'e.

Di celah-celah sesi saya berbincang jawapan dengan sahabat-sahabat saya, turut saya selitkan dengan isu-isu remaja kini. Nampaknya pendapat dan pengalaman mereka jauh lebih banyak. berbanding saya yang serba kekurangan ini. Ya lah, mereka berdepan sendiri dengan remaja-remaja yang rosak akhlaknya kini.

Dan sampai saat ini juga, tidak pernah walau sekali kawan sekelas berjantina lelaki menegur saya meskipun untuk bertanya tentang Add Math. Ya, saya pasti akan membantu mereka dengan penuh tertib. Ada sahaja yang bertanya, itu pun melalui kawan-kawan saya sebagai orang tengah.

Saya juga hairan bin pelik lah, kenapa ya mereka berbuat demikian. Sedangkan mereka boleh terus bertanya kepada saya. Mungkinkah saya ini mempunyai aura harimau? Wallahua'lam. Tapi selesa juga begini. Rasa terjaga. Moga ALLAH menjaga saya.

Itu kisah kelas tuisyen sesi pagi. Kelas tuisyen sesi petang bersama Sir Ong lain pula ceritanya. Saya dan 5 orang sahabat sahibah saya iaitu Fadhil, Ali, Nasruddin, Faizuddin, Shaatibi, dan Hawa beserta 3 orang sepupu saya Razin, Izzah, dan Fatin sama-sama mengukuhkan ilmu bersama Sir Ong, seorang guru yang tabah, gigih, dan sabar saya kira.

Iya lah, pelajar-pelajar SMAKL ni memang terkenal dengan sikap bertanya-tanya sampai benar-benar faham ni memang menduga kesabaran Sir Ong. Alhamdulillah Sir Ong dengan hati yang terbuka melayan semua loyar buruk mereka ini. Kelas kami sentiasa ceria dengan gurauan mereka. Saya pun asyik tersenyum sepanjang kelas.

Sir Ong memang sudah lama menetap di Terengganu, sehinggakan tiada pelat cina ketika beliau bertutur. Sekali lagi saya ulang, saya amat mengagumi kegigihan dan kesabaran beliau. Terima kasih Sir Ong..! Sir Ong amat menghormati kami sebagai penganut agama Islam sehinggakan sanggup berhenti mengajar ketika kedengaran azan berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ayah saya juga senang untuk berurusan dengannya.

Kadang-kadang terdengar juga senda gurau daripada sahabat.

"Bila kita nak da'wah Sir Ong ni?"

Saya tersenyum.. Ya, nampaknya kegigihan dan kesungguhan kami untuk menuntut ilmu juga memikat hati Sir Ong untuk terus bersama kami.

Lihatlah betapa ilmu menjadi elemen penting dalam kehidupan sebagai seorang dai'e, menjadi qudwah hasanah kepada masyarakat sekeliling kita. Ilmu, Iman dan Amal. Bagi sesetengah individu, ilmu didahulukan sebelum iman. Kenapa begitu? Jom cari jawapannya di blog sahabat saya. Klik sini.

Saya bersama sahabat-sahabat segenerasi saya pernah membincangkan bagaimana ingin menjadi Qudwah Hasanah ketika Kem Lepasan PMR pada tahun lepas. Dan pemilik blog di atas tadi lah yang menerangkan kepada kami tentang ilmu, iman, dan amal. Seterusnya, saya dengar lagi penjelasan beliau ketika Hari Keluarga HALUAN Kebangsaan di UKM Mei lalu.

Jadi, mungkin inilah alasan yang paling kukuh untuk saya ketepikan blog Aisyah Ulya buat seketika tetapi bukan bermakna saya langsung tidak akan memberi apa-apa di sini. Cuma saya tidak akan kerap MEMBERI di sini. Mungkin saya akan lebih bertumpu kepada medium yang lain. InsyaALLAH.

Walau di mana jua kita berada, siapa pun kita, apa pun kita ada, banyak mana masa yang terluang, walau macam mana pun, DAKWAH adalah tetap wajib ke atas kita.

Saya teringat assignment saya sebagai peserta Kem Pewaris Kebangsaan Siri 4 (2008). Kami dikehendaki menulis sinopsis bagi mana-mana buku yang berkisar tentang dakwah. Saya telah memilih buku karangan Ustaz Nashih 'Ulwan - Daurusy Syabaab fii Hamli Risalatil Islam (Peranan Pemuda dalam Menyampaikan Risalah Islam).

Buku yang agak nipis ini amat sarat isinya. Saya sendiri kagum dan terpana dengan ulasan-ulasan Ustaz Nashih dalam membicarakan betapa penting peranan pemuda-pemudi dalam membawa Da'wah Islam, mengapa seruan ini dikhususkan kepada para syabab, dan menerangkan aspek-aspek pembentukan syakhsiyyah seorang dai'e dengan amat terperinci.

Sengaja saya pilih buku ini sebagai bahan kajian, kerana ia lebih sesuai dan 'ngam' dengan saya bergelar pemudi.

"Siapakah yang lebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal soleh, dan berkata 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri'"


Lihatlah betapa besar kurnian dan kemuliaan dari sisi ALLAH khas untuk para du'at di jalan ALLAH. Jadi, tak kan lah saya mahu lepaskan begitu sahaja peluang keemasan ini. Betul tak? Jadi, walau segigih mana pun saya berusaha untuk SPM 2010, Dakwah dan Tarbiyyah tetap tidak akan pernah sekali-kali saya tinggalkan. Don't woory ya Kak Nash!

*************************

Teringat pula akan pesan Abang Siddiq. Waktu itu, PMRU baru sahaja usai dan SMU bakal bermula. Suwaibah, adik kepada Abang Siddiq sengaja mengajak saya untuk menemaninya untuk menalifon Abang Siddiq.

"Kak Aisyah, nak telefon Abang Siddiq tak malam ni?"

"Oh, boleh. Tapi Sue je la cakap. Kak Aisyah teman k!"

Suwaibah bercerita dengan abangnya tentang PMRU yang telah dilalui, saya cuma menjadi pendengar setia dan tersenyum sekali-sekala melihat ulah Suwaibah bercanda dengan abangnya.

"Abang Siddiq, Kak Aisyah ada kat sini. Abang Siddiq nak cakap tak kat dia. Dia kan nak SMU.."

Suwaibah mengenyit mata. Saya menyilangkan tangan saya tanda tidak mahu.

"Sue, tak nak la... Kan Kak Aisyah nak teman je.."

"Hihi, cepat-cepat. Abang Siddiq dah tunggu tuuu.."

Saya mencubit pipi Suwaibah. Kini saya yang memegang ganggang telefon. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Berdebar juga..

"Assalamualaikum Abang Siddiq.."

"Waalaikumussalam. Aisyah sihat?"

"Alhamdulillah sihat. Abang Siddiq, nanti kita nak SMU dah.. Doakan yer.."

"Ya, Abang Siddiq tau, dik.. Abang Siddiq pun ada adik yang nak SMU tahun ni. Hihi. Lawan adik Abang Siddiq tu ye..!"

Saya mula mencebik..

"Alaa, Abang Siddiq, Kakak, dengan Kak Da sama ja.. Asyik-asyik suruh lawan. Susah laa.. Macam mustahil je.."

Suwaibah di sisi saya gelak-gelak. Memang dia tahu apa yang Abang Siddiq pesankan.

"Mana ada mustahil. Ingat ni, NOTHING IS IMPOSSIBLE ya Aisyah. Abang Siddiq yakin Aisyah boleh..! Okey?"

"InsyaALLAH, I'll try my best. Ok lah, Sue nak cakap pulak ni.. Assalamualaikum Abang Siddiq, doa kat kite tau..!"

"Waalaikumussalam, sentiasa doa untuk adik Abang Siddiq ni.."

Suwaibah mengasak-ngasak Abang Siddiq untuk mendoakan dia. Saya tersenyum lagi..

"Kak Aisyah, Abang Siddiq nak cakap lagi.."

Saya mengerutkan dahi..

"Ya, Abang Siddiq nak cakap apa?"

"Ha Aisyah! Yang tadi tu pesanan sampingan ja.. Yang ni baru pesanan betul-betul.. Dengar elok-elok ya..!"

"Ha, dah ada pen dengan kertas dah ni.. Hihi.."

"Ingat ni.. Akademik, Aisyah memang kena nombor satu.."

"Ada tapi ke lepas tu?"

"Ha ada-ada. Tapi, Dakwah dan Tarbiyyah bukan nombor dua.."

Saya terdiam..

"Syukran Abang Siddiq. I'm really appreciate it.."

*************************

"Akademik memang nombor satu, tetapi Dakwah dan Tarbiyyah bukan nombor dua"

Sekadar penghargaan buat Abang Siddiq Syukri Affendi bin Zahari, insan yang amat membantu diri ini sejak kecil lagi, (teringat zaman kecil-kecil dulu). Kunjungilah blog santai Abang Siddiq di sini. Doa Abang Siddiq supaya saya dapat merasa takhta yang selama ini dipegang oleh orang yang sama kini termakbul. Alhamdulillah. Syukran Abang Siddiq...

(Blog dia dah bersawang tebal. Daie gigih ni. Harap-harap lepas promote di sini, rajin-rajinla dia bersihkan sawang-sawang tu..)

Ha, satu lagi. Nak juga promote blog kakak yang aaaaaamat saya sayang. Nama dia Kak Afeefah Saalihah bin Zainal Abidin. Lain dengan Abang Siddiq, saya tak tahu macam mana saya boleh kenal dia dan sampai sekarang saya tak pernah jumpa dia.

Kakak dan adik Kak Afeefah sudah saya temui, tapi sampai sekarang ALLAH masih belum izinkan saya waktu untuk bertemu dengannya. (Mungkin masa kenduri Kak Afeefah nanti kot kih kih kih). Kunjungi blog santai Kak Afeefah di sini. I'm really love you..!

Selamat melayari bahtera da'wah juga ditujukan buat pasangan yang dipilih ALLAH, Ustaz Muzakkir dan Kak Raudhah, Abang Ikram dan Kak Munzirah, dan Abang Amru dan Kak Nik. Moga kalian bahagia sehingga ke firdausi..

(Dah kahwin ye semua..! Nanti giliran kami pula..)

Sekian sahaja kali ini. Mungkin post seterusnya lambat lagi akan muncul, tetapi selagi ALLAH izin saya mampu, ia tetap akan muncul. Cuma masa yang akan menentukannya.

Syukran 'alaa kulli haal..

Moga ALLAH sayang kita semua :)

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 22 December 2009 10:44

1 comment:

.:khaulah al-azwar:. said...

subahanallah! hebatnye post anti nie.. mngingatkan ana pd satu ayt al-quran surah Al-Fatir ayt 15 : whai mnusia! kmulah yg memerlukan Allah dan Allahlah yang Maha Kaya (x m'mrlukan ssuatu),mha t'puji..(^_^)