* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 20, 2009

Wishing of Maal Hijrah


~ Kak Asma' Nasiha ~

Tak terasa apabila dia pergi, tapi sayu apabila dia tidak kembali.
Mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tetapi tidak menghargai.
Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan.
Kejarlah dia sebelum hilang daripada pandangan, kerana hadirnya anugerah tiada bandingan.
Thanks ALLAH for the gift of IMAN!
Salam Awal Muharram 1431 Hijrah!
Salam Rindu daripada ana Asma' Nasiha.

18 December 2009
11:13:13

~ Kak Tengku Masyitah ~

Hijrah Rasul menyebarkan Islam.
Esok perlu baik daripada semalam.
Salam Maal Hijrah.
Hijrah apa yang awak nak buat tahun ini?
Hijrah daripada mengingkari ALLAH kepada mentaati perintahNya.
Jika selama ini kita jauh denganNya, maka kini mari kita mendekatkan diri kepadaNya~
1 langkah kita kepada ALLAH, 1000 langkah ALLAH kepada kita.
Bangkit mujahid dan mujahidah!
Muhasabah amalan kita!
Salam Maal Hijrah 1431.

18 December 2009
13:23:29

~ Kak Tasnim Shaari ~

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1431.
Jadikan lembaran baru ini sebagai 1 titik kepada perubahan yang lebih afdal.
InsyaALLAH.

18 December 2009
19:36:53

~ Shatirah Zakaria ~

Ya ALLAH, di permulaan tahun baru yang barakah ini, muliakan dan sayangi saudaraku yang sedang membaca sms ini.
Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya.
Berikan kenikmatan ibadah, jauhkan daripada fitnah.
Sebarkan benih KEISLAMAN dengan penuh rasa kasih sayang tanpa alasan.
AMIN YA ALLAH.
Selamat Tahun Baru HIJRAH 1431H

19 December 2009
01:28:52

Alhamdulillah ya ALLAH kerana masih mengurniakan insan-insan yang menyayangi diriku.

P/S - Sedang menjadi fasilitator untuk Kem Intensif Tingkatan Satu 2010. Berjaga sebentar untuk meluangkan masa bersama medan dakwah alam maya. Maafkan kerana tidak dapat sentiasa MEMBERI di sini. Tuntutan untuk menimba ilmu dipenuhi. Moga ALLAH menilai usaha yang sedikit ini.

Perancangan untuk SPM 2010 telah dimulakan. Semangat membara setelah mengetahui keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Takhta yang selama ini diidamkan telah diperolehi setelah pemegang takhta empat tahun berturut-turut melepaskan, rebut balik ya! Ni'mat ini ALLAH janjikan kepadaku, telah Dia berikan.

Alhamdulillah. Perniagaan yang sangat adil dalam Surah As-Saff ayat 10-12 telah kugenggami. Moga kejayaan ini bukan istidraj untukku, malah adalah berkat setelah penat dan gigihku. Ameeen.

Moga ALLAH sayang mereka yang menyayangiku
Moga ALLAH sayang aku

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 20 December 2009 3:23 am

No comments: