* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 25, 2010

Tak ku percaya..

16 Disember telah berlalu... Suatu tarikh yang tak mungkin aku lupa..

Saat tamatnya zaman persekolahan buatku. Aku bukan lagi pelajar sekolah. Tiada lagi masa bersama sahabat-sahabat. Suara senda-gurau, tawa-riang, dan duka-lara kami masih lagi berdengung-dengung, berdentum di gegendang telingaku, seakan-akan ianya dilakonkan kembali di hadapanku.

Namun aku tahu, ia hanyalah satu daripada berjuta memoriku, yang telah ku semat sebagai kenangan yang terindah. Memori itu, tidak mungkin sekali-kali dapat aku putar kembali. Apatah lagi ingin dilakonkan kembali. Mustahil sekali. Tetapi, aku tetap berharap memori itu terus segar dalam ingatan aku meskipun aku tahu ia tetap akan pudar walaupun sedikit, tambahan apabila umurku meningkat nanti.

Cuma, kudratku kini hanyalah dengan berdoa kepada ALLAH, agar datangkan memori itu, dalam bayangan, mahupun dalam mimpi, bahkan yang terbaik adalah dengan memori itu ditayangkan kembali di Hari Kebangkitan sana. Sungguh, aku amat merindui memori itu, suasana itu, manusia-manusia itu, gurauan itu, tangisan itu.. Semuanya itu takkan pernah ku buang jauh dari memoriku.. Dan ia kan terus bersemadi di situ.. Di dalam kalbuku..

Menyingkap sitar memori

23.11.2010

Usai Kertas Bahasa Melayu.. Kami berpusu-pusu keluar dari kelas peperiksaan. Senyuman terpancar di wajah masing-masing. Kertas yang paling 'killer' buat kami sudah pun tamat. Tiada lagi Bahasa Melayu, tiada lagi karangan, tiada lagi ubahsuai karangan dalam buku, tiada lagi kena marah dengan Cikgu Mad Saad.. Sungguh, kami amat gembira!

Saya menggalas beg Bodyglove hijau sambil lalu menuruni tangga. Setapak.. Demi setapak.. Saya terdiam bisu. Entah kenapa. Saya pun tidak mengerti mengapa mulut ini terkunci rapat. Saya cuma tersenyum melihat telatah sahabat-sahabat saya yang kegirangan. Ulah mereka cukup mencuit hati. Saya diam lagi. Senyuman tadi mula pudar.

Kaki melangkah masuk ke dalam van sekolah. Van terus meluncur keluar daripada perkarangan Sekolah Menengah Dato' Razali Ismail menuju ke sekolah saya. Saya termenung cuma. Entah fikirkan apa. Dan entah apa yang dimenungkan.

"Agaknya macam mana 16 Disember nanti.."

Tiba-tiba saya bersuara..

"Kenapa?"

Fatonah menjawab. Saya tersenyum.

"Nothing, cuma nak tahu macam mana suasana SPM habis.. Hihi"

Semua diam mendengar perbualan saya dengan Fatonah.

"Aisyah, janganlah rosakkan suasana.. Teruk la dia ni.."

Sarah menyampuk.. Semua gelak. Dan saya terus tersenyum.

16 Disember 2010

Semua kegirangan! Kertas Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah merupakan kertas terakhir bagi pelajar Science Stream dan paper kedua last bagi pelajar Art Stream. Dan ia juga subjek terakhir yang kami sama-sama duduki, kertas terakhir bagi kami bersama.. Kerana setelah itu, sedikit demi sedikit, sebahagian daripada kami akan beredar, pulang ke rumah, meninggalkan SMAKL..

Saya daripada kelas yang paling hujung bersama Anis, Bazilah, Fatonah, dan Hawa menuju ke kelas yang tengah, kelas yang paling ramai calon perempuan. We called it "Nur Class" :) disebabkan kebanyakan daripada mereka bernama Nur.

Saya dapat lihat keceriaan wajah mereka. Kami terlalu gembira! Saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.. 16 Disember, 4.30 petang sudah tiba..

Kami ambil gambar. Kami bersalaman dengan pengawas peperiksaan. Kami sembang-sembang dengan mereka. Kami melihat mereka bungkuskan kertas peperiksaan kami. Kami bergelak ketawa. Sungguh, kami amat gembira.

Masa untuk pulang ke sekolah! Kami beramai-ramai menuruni tangga hujung. Menuju ke Taman Sains Sekolah Menengah Dato' Razali Ismail. Kami abadikan kenangan terakhir kami di sana.

"Pong.. Pong.. Pong..."

Hon bas berbunyi.

"Puteri, cepatlah. Lambat dah ni.."

Suara sahabat melaung daripada dalam bas.

"Malunya..."

Semua jalan tertunduk-tunduk. Malu. Pak Cik Roslin, pemandu bus gelakkan kami.

Semua naik. Pakcik macam tahu-tahu kami sedang menikmati saat-saat terakhir bersama, dan sengaja lambat-lamabatkan.

Tambahan, ada sebahagian daripada kami berjalan kaki ke kawasan pondok pengawal. Dan bas terpaksa berhenti. Sekejap jalan, sekejap berhenti, sekejap jalan, dan sekejap berhenti.

Semua gelak.

"Diorang ingat ni bas tambang agaknye.. Sian pakcik.."

Saya bersuara.. Semua yang ada di dalam bas ketawa. Iyelah, kesian Pak Cik Roslin.

Kami teruskan perjalanan. Suasana dalam bas begitu meriah. Sahabat dengan cerita mereka. Sahibah dengan telatah yang tersendiri. Saya pun seakan-akan sudah lupa bahawa ini tarikh yang saya tunggu selama ini, sehingga Sarah katakan sesuatu pada saya..

"Aisyah, saya ingat lagi awak kata, awak tertanya-tanya macam mana agaknya 16 Disember selepas habis paper Bahasa Melayu hari tu...."

Saya tersenyum.. Ya, saya sendiri lupa.

*************************************************************************

"Agaknya apa suprise pakcik makcik nak buat untuk kita malam ni?

Atiqah bersuara setelah kemaskan dorm bawah. Dorm kami berempat bersama ; Aisyah, Adibah, Atiqah, dan Fatonah.

"Entahlah.. Yang pasti ada makan! Best3"

"Kamu ni Aisyah, asal makan je semangat!"

Saya tersenyum sambil peacekan tangan :)

"Ok, everybody.. Jom mandi.."

Saya naik ke bilik air atas. Saya memandang koridor. Lama. Saya melihat-lihat kawasan aspuri.

"I've not even more a part of member in the dorm anymore. No more Ibtisam, Insyirah, Itqan, Imtiyaz, Ijtihad, Imtinan, and Iltizam.."

Dada dipalu sebak. Saya endahkan.

"Aisyah, u've to take a bath now. Tak payah nak emo-emo.. Malam ni ada majlis.."

Saya kuatkan diri.. Namun tak dapat saya halang, bayangan memori saya terus-terusan melintas...

Peristiwa Kem Intensif kami pada akhir tahun 2005, BBQ kami pada tahun 2006, Rancangan ke Tekam Plantation Resort yang gagal pada 2007, PMR pada 2008, Lawatan ke Kuala Lumpur dan Melaka serta Islamic Science Day pada 2009, dan lakonan sahabat dalam Program Ruuhul Aqsoo Ruuhuna pada tahun ini.

Semuanya itu, seakan-akan dilakonkan kembali dalam kotak memori saya. Masih segar dalam ingatan saya suara tangisan saya sendiri, kehangatan pelukan Kak Rumaisa', Kak Nabihah, dan Kak Maisarah. Ketika itu, saya amat sedih. Ya, mereka akan tinggalkan sekolah. Akan tinggalkan saya sendirian di sekolah.

"Sekarang, aku pula yang tinggalkan sekolah, dan aku yang tinggalkan adik-adik..."

Herm~

Usai mempersiapkan diri, saya duduk-duduk di dalam dorm itu, melihat sekeliling. Atiqah dan Anis juga ada, sedang membalut buku. Namun langsung tiada satu suara yang keluar. Kami diam sendirian. Entah apa yang mereka fikirkan.

Tetapi saya... Sedang bermuhasabah..

5 tahun di SMAKL...
Adakah saya benar-benar menjalani proses Dakwah dan Tarbiyah? Atau hanyalah di pinggirannya sahaja, bahkan tidak termasuk langsung dalam atmosfera DnT?

Kuatkah aku di luar sana? Apa yang ingin aku bekalkan? Sudah cukupkah apa yang aku ada? Tersungkurkah aku? Atau bangkit menjadi mujahidah fi sabilillah?

"Huuuu~"

Saya menghela nafas..

Terbayang sirah pada zaman Rasulullah. Para sahabat yang berhijrah ke Habsyah terputus agak lama hubungan dengan Rasulullah dan sahabat-sahabat yang lain. Mereka menjalani kehidupan dalam suasana yang tenang, tetapi tetap ada kemungkaran kepada ALLAH. Bahkan mereka golongan minoriti yang beriman kepada ALLAH dan menganut agama Islam.

Akan tetapi, mereka dapat kekalkan KEIMANAN mereka kepada ALLAH sepertimana yang Rasulullah didik mereka awal-awal dahulu. Bahkan mereka dididik bukan untuk masa yang lama. Saya terfikir-fikir apakah kekuatan yang mereka miliki?

Zaman mereka bukan zaman sekarang. Ada Yahoo Messenger, Skype, Facebook, Twitter, dan sebagainya. Mereka tidak berhubung 100% dengan Rasulullah tercinta. Tetapi mereka dapat mengekalkan KETAQWAAN mereka kepada ALLAH.

Ketika Rasulullah bertemu dengan mereka di Madinah, Rasulullah amat gembira sehingga mengatakan, "Aku tidak tahu aku gembira ini kerana apa. Sama ada gembira kerana kemenangan umat Islam dalam peperangan yang baru usai ataupun gembira melihat kalian."

Ya, semestinya Rasulullah gembira melihat sahabat-sahabat baginda masih thabat dan teguh di atas jalan yang mulia ini, jalan Dakwah dan Tarbiyyah.

KITA PULA BAGAIMANA?

Jadi, jangan sekali-kali kita jadikan alasan teknologi pada zaman kini adalah ANCAMAN kepada Dakwah & Tarbiyah. Bahkan kalau kena pada caranya, ia merupakan PELUANG untuk menambahkan amal Islamiy.

Saya tersenyum setelah lama mengelamun.

"Aisyah, teladani kekuatan para sahabat dalam menjaga iman..."

Malam itu, malam yang tak mungkin saya lupa.. Kerana malam itu.........


I'LL CONTINUE MY WRITING AFTER PROGRAM JATIDIRI DAN KESUKARELAWAN (JDK) ANJURAN HALUAN MALAYSIA.


P/S - I've got the place in ILIM Besut. Can't far away with my family. Not fully recovered yet.

To all Gen 4 : Do our best. Iman! Ukhuwah!

To all my seniors : Nasihati dan tunjukkan kami jalan.. :)

To all my beloved little brothers and sisters : Do better in 2011! I'm always praying for all of you.. I promise, I'll write more advise for you all after finishing my JDK! :)




Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 25 December 2010 12:40 am

*************************************************************************

IN THE NAME OF ALMIGHTY GOD MOST GRACIOUS AND MOST MERCIFUL, I CONTINUE MY WRITING..



Malam itu, malam yang tak mungkin saya lupa.. Kerana malam itu malam terakhir kami bersama dan pada malam itu juga, Pak Cik, Mak Cik, dan pihak sekolah telah mengaturkan dengan istimewa Malam Graduasi Generasi Ke-4 khas buat kami. Sungguh terharu melihat pak cik, mak cik, Ayahanda mudir, dan cikgu-cikgu yang hadir untuk meraikan kami yang bakal pergi, yang tidak akan lagi menuntut di Bumi Wakafan Tercinta SMAKL.

Majlis itu, dimulai dengan alunan ayat suci Al-Quran, Al-Fatihah oleh setiap yang hadir. Majlis dipengerusikan oleh Pakcik Saufi, bekas guru Matematik saya ketika Tahun 6 di SRIQ. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pak Cik Zahari Salleh, selaku Pengerusi Koperasi Mesra Net yang menjadi tuan kepada sekolah kami.
Saya masih ingat lagi, suara serak-serak basah Pak Cik Zahari mengalunkan ayat suci Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud: 

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman.

Pakcik memesan kepada kami agar sentiasa terkedepan dalam sudut akhlak dan akademik bagi meninggikan darjat umat Islam. Kami semua tertunduk-tunduk. Mohon ALLAH berikan yang terbaik dalam keputusan SPM nanti..

"Kita letakkan IMAN, KEFAHAMAN, dan KEYAKINAN sebagai pendinding di mana sahaja kita berada", kata-kata pakcik ini cukup untuk kami jadikan sebahagian daripada bekalan..

Sungguh, saya amat merindui suasana itu.. Saya sendiri amat merasakan kebertuahan kami yang tinggal bersama mereka, pak cik dan makcik yang amat kami sayangi. Malam itu, mereka belanja kami semua 50 orang sahabat sahibah Generasi 4 makan Nasi Briyani, macam-macam puding, dan kek coklat. Kami makan sama-sama, bersembang-sembang dan juga bergambar ramai-ramai.

Jamuan tidak lama.. Banyak lagi agenda yang perlu diteruskan. Kemudian, Pak Cik Saufi meminta setiap daripada kami untuk berucap di hadapan. Semua terkejut.

"Aiyoo.. Mahu cakap apa.. Kang tak pepasal hujan kat depan tuh.."

Suara Siti disambut dengan tawa oleh kami. Ya, macam-macam boleh berlaku pada malam terakhir ni. Pada mulanya, Pak Cik Saufi meminta sesiapa yang ingin meluahkan sesuatu untuk ke hadapan. Semua tertunduk. Saya sendiri pun mengengsot ke belakang.

"Aisyah, pergi lah selamatkan keadaan. Nanti pak cik pilih sape-sape, naya kita.."

"Tak moh la.. Tak pepasal mende-mende jadi kat depan. Tunggu je la, kot-kot ada sahabat nak cakap.."

Semua diam. Saya pun tak tahu mengapa malam ini semua senyap, dan tidak berani mahu ke hadapan. Padahal sebelum ni, semua bisa berceloteh lama di hadapan tak kira sahabat atau sahibah. 5 minit berlalu..

"Baiklah.. Kalau macam ni lagaknya, pakcik paggil nama ya.."

Semua kegelisahan..

"Kita mulakan dengan anak-anak putera dulu.."

Panggilan anak oleh pak cik sedikit sebanyak membuang kegelisahan kami.

"Insan bertuah yang pertama adalah.. Ha, angkat muka semua.."

Semua pakcik dan makcik yang hadir gelakkan kami..

"Azmir..!"

Azmir pun ke hadapan.. Lama dia diam. Kami menanti apa yang mahu dikatakan.


"Ana tak tahu nak kata apa di depan ni......"


Dia tunduk, kami semua juga.. Hanya menadah telinga, mendengar kalimah yang bakal dituturkan. Saya tersenyum. Ya, Azmir, sahabat batch kami yang ligat dalam industri nasyidnya, malah petah berkata-kata. Namun kini, lidahnya kelu..


Ketika itu, dia mula menceritakan pengalamannya sejak Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.


"Ana ni macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. Sekejap keluar, sekejap masuk.."


Kami semua tergelak.


Tak lama Azmir bercakap. Seterusnya Pak Cik Saufi memanggil Hami, Ali Karim, Asyraf, dan Fatmi.


Ketika Fatmi atau mesra dipanggil "Abe~" oleh sahabat memulakan bicara, hujan mula menitis satu persatu, mencium tanah. Tak lama kemudian, ia semakin lebat dan suara Fatmi hanyut ditelan bunyi hujan yang jatuh lalu mengalir laju di atas atap Surau Al Hidayah.


Kami semua diam ketika itu. Hati mula sebak. Entah kenapa. Lidah mula menutur zikir. Doa ketika hujan turun dibaca sendiri.


"Allahumma soyyiban naafi'aa"
Hujan mula berhenti...

"Disebabkan masa tidak mengizinkan, pak cik hanya minta wakil daripada setiap negeri ; Terengganu, Pahang, dan Kelantan.."


Semua tersenyum.

"Sekurang-kurangnya mungkin tak ada yang 'hujan' kat depan nanti.."

Semua tersenyum mendengar saya berkata sedemikian. Volunteering dimulakan..

Hana' dan diikuti oleh Mus'ab melangkah berani ke hadapan mewakili Negeri Kelate. Seterusnya Negeri Pahang diwakili oleh Muiz dan Yumni yang menapak laju ke hadapan dengan penuh keyakinan. Akhirnya Luqman dan Anis yang tersipu-sipu ke hadapan mewakili Ganu Kita.

Sungguh, saya amat tertarik dengan ucapan yang diberikan oleh Mus'ab. Mungkin dia jarang berkata-kata. Namun apa yang ditutur oleh lidahnya malam itu, sungguh menikam kalbu.. Mus'ab, I give my thumb up to you! :-bd

Sebelum saya menghentikan tarian tangan saya di atas keyboard ini, sudi saya untuk berkongsi pesanan Mak Cik Rohaya dan Pak Cik Ishak pada malam tersebut buat semua dan khas untuk Gen 4 SMAKL sebagai peringatan sepanjang hayat.

Mak Cik Rohaya aka Mak Cik Aya said : ..

Menjaga hati kita di setiap masa..


Jelaskan kefahaman.. Serta berpegang teguh dengan TARBIYYAH!


Dakwah dan Tarbiyyah ini tanggungjawab kita!


Segala potensi yang kita ada, dapat kita sumbangkan untuk ISLAM..

Pak Cik Ishak aka Cikgu Ishak also said.. :

Bawa  syahadah ke mana-mana yang kita tapaki!
- Sentiasa mengingati mati
- Mesti duduk dalam kotak Tarbiyah Islamiyyah Harakiyyah
- Perkara paling penting dalam Tarbiyyah adalah halaqah!

Kuatkan JATIDIRI masing-masing!
- Mesti ikuti Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan

Rancang ke mana kita selepas ini
- JANGAN cuba lari daripada Tarbiyyah!
- Gunakan IKHLAS (Ikatan Lepasan SMAKL) sebagai platform untuk buat amal islamiy

SELAMAT BAWA DIRI DAN BAWALAH ISLAM KE MANA-MANA

Ya, bawalah ISLAM ke mana-mana sahaja kita berada.

Special for all Gen 4 SMAKL :-

Sahabat...
aku rindu kalian
tak dapat lagi ku tahan air mata ini
dan ianya terus gugur
membasahi pipi
aku tidak tahu
mengapa sebenarnya mata ini
menitiskan manik-manik jernih
tetapi setiap kali aku terbayangkan kalian
memori mekar dalam susah payah bersama
aku hanya mampu termenung
meratapi masa-masa indah kita bersama

Sahabat...
sesungguhnya air mata yang gugur pada malam ini
akan menjadi saksi
kepada kasih sayang
dan cinta ana kepada kalian
pimpinlah ana ke jalan syurga
ana sayang kalian
sayang sangat sangat sangat

Allah...
Ketahuilah bahawa kami adalah hamba-hambaMu
yang berusaha untuk saling mencintai keranaMu

Allah...
restuilah dan redhailah persahabatan kami
agar ia dapat menuntun kami ke FirdausiMu yang agung..
UHUBBUKUM FILLAH :((

ALHAMDULILLAH, I'VE DONE

Moga ALLAH sayang Gen 4
Moga ALLAH sayang kalian
Moga ALLAH sayang saya

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 20 January 2011 11:54 pm

Thursday, November 18, 2010

Medan Jihad sudah mampir..



I made this widget at MyFlashFetish.com.



Doakan saya..

Moga ALLAH sayang kami

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Thursday 18 November 2010 6:57 am

Saturday, October 30, 2010

Kekuatan itu..

"Kriiiiiiiingggg"

Jam loceng berdering kuat. Saya terjaga dari lena yang panjang. Saya menekan punat LED back light di jam Casio saya.

"Sudah pukul 5.30??"

MasyaALLAH, macam mana boleh silap timing? Terlepas sesi janjitemu dengan Kekasih Hati. Saya melangkah keluar bilik setelah membaca doa bangun tidur. Menuju ke tandas yang hanya berada di sebelah pintu bilik saya. Adik perempuan saya, ditinggalkan dahulu, diulit mimpi mungkin. Bunyi decitan air menandakan ada orang yang sedang menggunakan bilik air.

Lalu, saya menuju ke bilik tamu yang ada di hadapan ruangan rumah, bersebelahan ruang tamu, dekat dengan pintu masuk rumah. Saya menggunakan bilik air tersebut. Usai qada' hajat, saya meluru ke pintu rumah kerana terdengar bunyi enjin kereta dihidupkan. Saya membuka pintu, melihat kereta yang ayah dan mak saya naiki sudah menuju ke pintu pagar untuk menuju ke surau. Mungkin mak dan ayah tidak sedar saya sudah bangun.

Harapan saya sudah terkubur untuk sama-sama berjemaah di surau. Namun, Allah masih sayangkan saya. Tiba-tiba ayah berpaling ke belakang, melihat saya di pintu rumah, seakan-akan menunggu perkara ajaib berlaku untuk membolehkan saya turut ke surau.

Ayah memberhentikan kereta. Cahaya merah daripada lampu brek menghiasi malam yang kelam. Saya meluru ke dalam rumah, mengambil kain telekung lantas cepat-cepat berlari anak ke dalam kereta.

"Alhamdulillah.."

Lidah menutur syukur. Di dalam kereta, memori saya terbang, teringat kepada insan-insan yang minta saya kejutkan pada pagi itu. Saya hanya sempat misscall sekali dan hantar satu mesej sejurus bangun dari tidur kerana kesuntukan masa.

"Allah, kejutkan lah mereka.."

Kereta saya memakir di suatu sudut lapangan di surau. Saya menguak pintu kereta, menapak satu persatu sambil berzikir. Sejuknya pagi hingga mencengkan tulang sum sum. Pelukan tubuh makin dieratkan. Dari jauh saya dapat lihat dua pasang selipar diletak bersebelahan di anak tangga.

"2 orang sahaja datang..."

Saya bersungut dalam hati. Senyuman dilemparkan kepada dua jemaah muslimah ketika saya melangkah ke dalam surau.

"Dan orang yang sama..."

Saya masih bersungut..

Solah sunat rawatib didirikan. Diikuti solah Subuh. Imam membaca surah As-Sajadah, saya seakan-akan hanyut dalam surah ini, sambil mengikut bacaan iman. Alhamdulillah sewaktu Tingkatan Tiga berkeras untuk menghafal surah ini.

Solah Subuh usai...

Sambil berwirid, saya teringat akan kisah Yusuf Al-Qardawi yang ditahan tentera Yahudi ketika pulang solah Subuh berjemaah. Mereka bertanya tentang jumlah jemaah di sana. Rupa-rupanya daripada keterangan tentara Yahudi, kekuatan itu terletak pada Solah Subuh.

"Huuuh.."

Saya menghela keluhan. Bagaimana kekuatan kita?

Kekuatan itu

Kadang-kadang, saya sendiri kehilangan punca. Ya, punca ketika pelbagai ujian mampir dalam hidup, dan menekan jiwa raga seorang hamba yang dhaif ini. Tanggungjawab yang pelbagai tidak dapat membuat saya duduk senang, malah setiap masa terbayang satu-persatu ujian yang perlu saya hadapi sehingga kadang-kadang ia menghiasi tidur saya sepanjang malam. Bahagiakah begitu?

Kadang-kadang terbit rasa futur. Lemah. Lalu ingin tinggalkan kesemua tanggungjawab ini. Saya leka, lalai, lalu langsung tidak ambil cakna tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Sentiasa melenyapkan diri, buat tidak tahu, dan buat-buat tidak dengar. Satu persatu amanah terabai..

(Astaghfirullahalazim...)

Kadang-kadang jiwa menjerit sendirian, ingin lari daripada semua masalah yang timbul. Tak mahu ambil tahu apa yang berlaku. Menutup telinga. Menutup mata. Berhenti berkata-kata dalam memberi pandangan untuk menyelesaikan realiti masalah yang berlaku. Jiwa meronta-ronta untuk pulang ke rumah, laman untuk berehat sepenuhnya.

Namun, kadang-kadang terbit rasa insaf. Apatah lagi ketika meneliti ayat-ayat Al-Quran yang dibaca ramai-ramai setiap pagi ketika beratur di tepi kelas sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Aku tersedar. Masalah ini hanyalah ujian. Ujian untuk meningkatkan keimanan kami kepada ALLAH. Maka masalah ini bukanlah untuk diratapi, bahkan untuk diselesaikan. Tetapi, apabila teringat bahawa diri ini lemah, semuanya seakan-akan gelap.

"Bergantunglah pada yang Maha Kuasa, kamu bakal berkuasa sepenuhnya berterusan.."

Kepala diangkat. Memandang masa hadapan. Kepala diangkat lagi. Memandang ke langit, melihat kekuasaan ALLAH..

"Allah, berikan aku kekuatan..."

Ya, bergantung kepada ALLAH adalah penyelesaiannya!

p/s- Jagalah solah subuh!

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KAK RASYIDAH NUR AIN

Moga ALLAH sayang kita

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 30 October 2010 4:28 pm

Friday, October 29, 2010

Bagaimana wawasan kita..


Ada suatu kisah di sebuah negera yang ditadbir oleh seorang raja yang amat berjiwa rakyat malah amat soleh dan wara'.Pemerintahannya itu telah menjadikan suasana dalam masyarakatnya sungguh harmoni, tanpa sebarang kecelaruan. Namun, di sebalik itu, ada beberapa pihak tidak berpuas hati kerana dengkikan keharmonian dan ketenangan yang dicetuskan oleh raja tersebut termasuk menteri-menterinya.

Oleh sebab itu, pada suatu hari, para menteri yang boleh dilabel pembelot telah mengambil satu kata putus untuk membunuh raja tersebut. Maka diusahakan juga pelbagai cara untuk membunuh raja tersebut. Maka dengan izin Allah raja itu telah mangkat terminum racun sebagaimana yang telah dirancang oleh para menterinya. Rakyatnya sungguh sedih dan hiba akan pemergian raja yang mereka sayangi dan para menteri tadi bersorah riang dan gembira kerana apa yang telah dirancang oleh mereka berhasil.

Namun timbul satu lagi masalah kerana tampuk kepimpinan tetap tidak mereka warisi kerana raja tersebut mempunyai seorang anak kecil yang bakal memegang pucuk kepimpinan yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. 
Maka para menteri tadi telah melakukan satu diskusi tentang masalah ini.

"Apa yang kita perlu lakukan pada raja muda?", tanya salah seorang daripada mereka.

"Raja masih muda, dan sekarang pemerintahan adalah di bawah pembantu raja. Kita tak dapat buat apa-apa, dan langsung tidak akan dapat merampas pemerintahan dengan begitu sahaja."

"Saya rasa kita bunuh juga raja muda.", kata menteri yang paling muda dengan semangatnya.

Ada sebahagian menteri yang setuju. Namun, seorang menteri bangun bersuara.

"Sebaiknya kita jangan ambil tindakan drastik begitu. Rakyat sudah khuatir dengan kemangkatan raja dengan tiba-tiba. Jika kita bunuh juga raja muda, mesti kemangkatan raja terdahulu akan disiasat kembali dan kita akan dipersalahkan. Rakyat akan bangun memberontak.

Bilik mesyuarat mula gamat dengan suara-suara para menteri. Mereka sudah mati akal. Di dalam kekecohan itu, berdiri seorang menteri yang paling tua dan berkata:

"Sebenarnya saya ada idea yang paling bagus. Apa kata kita lalaikan raja muda dan buat dia lupa akan tanggungjawabnya sebagai raja. Kita berikan dia arak, wanita dan hiasi hidupnya dengan lagu-lagu. Dengan itu, jiwanya akan rosak dan lupa akan rakyat malah berfoya-foya setiap hari.."

"Saya setuju. Kita berikan makanan kepadanya agar dia mati kegemukan. Kita serang raja muda secara halus sehingga dia sendiri akan lepaskan jawatannya kepada kita"

"Ya, kami juga setuju."

Semua menteri yang hadir tersenyum girang.

Beberapa hari kemudian, rancangan mereka dilaksanakan. Mereka menghebah-hebahkan kepada masyarakat bahawa mereka ingin membawa raja muda ke kawasan terpencil untuk mengasah bakat kepimpinan sebagai persediaan untuk memerintah negara nanti.

Maka dibawalah raja muda itu, dengan wanita-wanita, arak-arak, dan lagu-lagu juga makanan yang lazat-lazat. Raja muda diberi kemewahan dengan hasrat agar dia lupa akan tanggungjawabnya sebagai pemangku raja.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Bertahun sudah raja muda ditinggalkan di kawasan terpencil dengan segala kemewahan dan kelalaian sebagaimana yang telah dirancang oleh para menteri bertahun yang lalu. Menteri-menteri tersebut teringin ingin melihat raja muda di kawasan terpencil itu.

Di dalam perjalanan, mereka bergelak ketawa ketika membayangkan raja muda yang dahulunya tegap kini menjadi gemuk, sentiasa mabuk-mabuk dan diiringi wanita-wanita yang telah diupah untuk melayaninya. Mereka sungguh berkeyakinan bahawa pemerintahan bakal berada dalam tangan mereka.

Namun, sebaliknya berlaku. Mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat. Raja muda membesar dengan baik malah semakin tampan, tegap dan tampak berilmu. Maka menteri yang tertua datang menghampirinya lalu bertanya.

"Bagaimanakah kehidupan kamu di sini?"

"Alhamdulillah. Saya dapat mendekatkan diri dengan Allah sebaiknya."

"Apakah kamu tidak melayani perempuan-perempuan itu?" kata menteri lain sambil melihat perempuan yang berada di satu sudut.

"Saya lebih takutkan azab Allah"

"Bagaimana pula dengan arak-arak yang tersedia?"

"Saya menahan diri daripada yang haram.."

"Apakah kamu tidak makan juadah-juadah enak yang tersedia?"

"Ya, saya makan tetapi dengan sekadarnya.."

"Adakah kamu tidak berhibur?"

"Saya berhibur dengan lagu-lagu yang dapat membangkitkan semangat dan mendamaikan jiwa sahaja.."

Para menteri yang ada tergamam.. Lalu mereka mengeluh..

"Kenapa kamu begitu kental? Langsung tidak hiraukan kemewahan dan langsung tidak lalai?"

"Ini adalah kerana saya faham dan sedar bahawa saya telah dilahirkan sebagai seorang raja. Saya seharusnya menghindarkan diri daripada segala kelalaian kerana saya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap negara dan rakyat. Saya perlu menjadi qudwah terbaik dari setiap segi. Maka masakan saya perlu lalai dengan apa yang tuan-tuan sediakan ini.."

******************************

Nah saudara-saudara sekalian! Lihat betapa jelas wawasan raja muda tadi hingga tidak terkalahkan oleh sistem-sistem yang sengaja direka untuk melalaikannya.

Jadi, bagaimana kita? Adakah tertanam utuh wawasan kita sebagai hamba Allah, yang sepatutnya terus gah berdiri biarpun hidup di tengah-tengah sistem jahiliyah?

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Wahai Aisyah, teguhkan jati dirimu untuk menghadapi saat-saat yang sukar

Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 29 October 2010 9:43 pm

Friday, October 15, 2010

Diterimakah amalan kita...



[[Hari makin berlalu... Maka SPM pun semakin hampir...]]

Saya menutup buku latihan Add Math setelah menyiapkan soalan tahun 2005. Saya melepaskan lelah. Saya menyandar kuat ke kerusi besar saya. Jam di tangan kiri ditatap. 

"Dah pukul 1..."

Pelajar-pelajar lain sudah berpusu ke math'am (dewan makan). Saya masih lagi termangu entah menunggu apa di dalam kelas. Mahu qailulah (nap), namun mata ini tetap celik. Celik mata dan minda jua hati setelah berlaku beberapa kejadian sepanjang persekolahan setelah Hari Raya Aidilfitri.

Bermula penerimaan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2010, sehinggalah saat ini, Allah banyak datangkan pelbagai ujian, lalu menyedarkan diri ini akan pelbagai perkara.

"Allah, berat benar tanggungjawab dan amanahku..."

******************************

Kelas Bahasa Arab Tinggi yang diajar oleh Ustaz Amali gamat apabila semua pelajar sungguh gigih menyiapkan latihan yang diberi. Saya juga sedang giat mencari perkataan baharu di dalam kamu biru yang sudah lama berjasa. Namun usaha kami terhenti, diganti dengan sembang ilmiah bersama ustaz.

Bilangan kami (read : pelajar puteri) seramai enam orang dalam kelas aliran Sains Tulen memudahkan lagi kami memberi padangan masing-masing tentang isu yang diketengahkan oleh salah seorang sahabat saya iaitu mengenai da'wah.

Semuanya bermula ketika ustaz menghampiri tempat duduk kami. Memantau kami menyiapkan latihan BAT yang telah diberikan pada awal sesi kelas tadi. Saya tersenyum melihat ustaz. Tidak sangka senyuman saya itu pada tadinya manis bertukar kelat apabila kami berdiskusi tentang amanah dan tanggungjawab.

Pada awalnya soalan kami tertumpu tentang sesuatu yang mungkin tiada kaitan dengan kami. Namun, maha suci ALLAH yang telah membuahkan mutiara-mutiara daripada kalimah yang telah dituturkan kepada ustaz. Ustaz mengingatkan kami kembali tentang tanggungjawab kami sebagai kakak-kakak TERTUA di sekolah, lalu mengimbas sedikit sebanyak bagaimana suasana dan keadaan di sekolah kini.

Sahabat di hadapan saya telah menitiskan air mata. Saya juga seakan-akan lenyap dalam nasihat yang telah ustaz berikan.

"Gunalah riwayat terakhir antum di sini untuk meninggalkan sesuatu yang berharga buat adik-adik".

Saya tergamam. Aku mahu tinggalkan apa???



******************************

Da'wah itu wajib

Ya, benar SPM sudah hampir, dan cemerlang itu impian setiap daripada kami. Namun kadangkala kita terlupa, di sebalik tanggungjawab belajar itu, terlindung satu lagi tanggungjawab yang maha agung, bahkan ia adalah core bussiness kita sebagai individu yang memahami apa ertinya mereka menganut agama Islam iaitu tanggungjawab berdakwah.

Malah pendapat saya, tanggungjawab menuntut ilmu itu adalah salah satu persediaan untuk membawa tugas da'wah itu. Maka, tanggungjawab kami bukanlah sekadar belajar, malah perlu meneliti setiap keperluan roh subjek da'wah kami iaitu pewaris-pewaris Islam di SMAKL.

Dan sesungguhnya, banyak yang kami saya abaikan dalam aspek itu. Jiwa adik-adik, saya biarkan kosong tanpa berkongsi fikrah yang saya ada. Ya ALLAH, berdosanya aku..

Malah, sejak akhir-akhir ini saya sering terlupa kalimat 'asbabun najah' (sebab-sebab kejayaan) ekoran terlalu asyik menumpu kepada SPM yang bakal tiba. Saya seakan-akan lupa bahawa ALLAH berhak menghijabkan kecemerlangan dalam SPM kepada saya akibat melekakan tanggungjawab saya terhadap adik-adik.

"Sebulan je lagi duduk dengan adik-adik. Macam tak percaya dah habis tempoh lima tahun kita duduk di sekolah......"

Rintihan-rintihan sebegini sentiasa terdengar, malah kadang-kadang saya sendiri menuturkan kata-kata sedemikian, tanda tidak percaya malah bimbang bukan sahaja kepada adik-adik yang akan ditinggalkan dan sahabat-sahibah yang bakal terpisah, bahkan kepada diri sendiri yang akan keseorangan nanti.

Namun, di hujung-hujung ayat tersebut akan ada sedikit keluhan dan kesalan tentang apa yang telah kami sumbangkan kepada adik-adik agar mereka dapat memahami Islam yang sebenarnya dan sentiasa mensyariatkan Islam dalam setiap tindak tanduk mereka. Dan sememangnya setiap dosa yang adik-adik lakukan, terpalit sedikit saham untuk kami dan saya kerana gagal menjadi qudwah hasanah yang terbaik untuk mereka.

Jadi, bagaimana?? Saya sendirian mengeluh di sini....

Maka, Ya ALLAH berikanlah kami sedikit kekuatan untuk mendaulatkan Islam dalam diri kami masing-masing agar sinarnya itu turut menerangi hidup adik-adik yang kami sayangi...

Semuanya dapat berlaku dengan izin Yang Maha Kuasa

"Allah boleh buat macam-macam. Contoh yang paling dekat, peperiksaan yang kita ambil ni. Boleh sahaja ALLAH nak padamkan semua jawapan kita atas kertas peperiksaan malah ALLAH jua maha berkuasa untuk mengisi tempat kosong yang kita tinggalkan dengan jawapan yang betul. ALLAH maha berkuasa untuk buat apa sahaja yang dia nak."

Sesuatu yang saya tuturkan dahulu, kini saya pun sudah terlupa akan kebenaran kata-kata ini..

Namun, hakikatnya memang begitu sama ada kita sedar atau tidak. Maka, itulah yang dikatakan asbabun najah penting dalam saat-saat genting sebegini. Seorang abid yang beramal beratus tahun pun tidak dapat melangkah ke syurga dengan amalannya, apatah lagi kita yang hendak berjaya dalam peperiksaan. Kononnya berkata, "Aku dapat mengecap kejayaan semata-mata dengan ilmu yang aku ada".

Siapa kata ianya sebegitu rupa? Setiap apa yang berlaku ke atas kita sebenarnya bergantung pada rahmat serta Rahman dan Rahim ALLAH S.W.T.

Takdir ALLAH di hujung usaha manusia

Namun, jangan kita lupa bahawa konsep tawakal itu bukan menyerah bulat-bulat. Akan tetapi, menyerah setelah berusaha sehabis mungkin!

Jadi, begitu juga dengan keadaan saya kini. Tanggungjawab belajar dan tanggungjawab sebagai kakak tertua di sekolah saya. Maka soalan bagaimana tadi itu terjawab apabila saya pandai membahagikan masa serta YAKIN dan PERCAYA kepada ALLAH yang maha berkuasa!

Maka dengan kesedaran ini, kami telah merancang dan telah melaksanakan rancangan sepanjang "Riwayat Akhir" kami ini, walaupun sibuk dengan kelas, latihan, dan sebagainya. Namun persoalannya, adakah diterima amalam kami sebagai amal Qawiey? Adakah berakar kemas elemen IKHLAS dalam jiwa kami?

Allah, bantulah hambaMu ini dalam menegakkan syariat Islam di muka bumi ini..

Moga ALLAH sayang adik-adik
Moga ALLAH sayang SMAKL
Moga ALLAH sayang sahabat-sahibah
Moga ALLAH sayang kalian





Status - Pulang ke rumah sebentar, menghirup oksigen kekuatan daripada insan-insan di rumah...

38 hari lagi SPM.. 11 A+ SPM insya ALLAH. Doa kalian amat saya butuhkan..

Moga ALLAH sayang saya

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 15 October 2010 5:33 pm

Tuesday, June 15, 2010

Futurkah aku...

PC dionkan...




* Hajat mencari volunteer untuk ekspo ni.. Ayah call tadi minta tolong buatkan banner. Saya mana reti :) *

Dibukanya blog.. Ingin melihat apa-apa yang terbaharu, namun tiba-tiba terjengah perasaan rindu akan memori. Ya, memori terdahulu..

Menekan butang play, menonton video-video yang dimasukkan tempoh hari.

Sayu, rindu, sedih, kelakar, duka...

Semuanya ada.. Entah macam mana mahu digambarkan.. Sungguh rindu akan sekolah, pada kakak-kakak dan abang-abang, sahabat-sahibah, juga adik-adik yang telah pergi..

Entah mahu digambarkan bagaimana..

Video#1 - Walaupun belum menyertai batalion SMASKLians ketika itu, namun ruh untuk bersama sekolah 'buruk rupa' itu ada..

Apa yang mahu saya 'describe' tentang SMAKL.. It's everything..!

Video tersebut mengingatkan saya.. Ya, ketika Generasi Pertama mendaftarkan diri, saya Darjah 4 ketika itu. Masih nakal-nakal. Gaduh-gaduh dengan kakak-kakak dan abang-abang SMAKL, dan mereka selalu dititlekan 'PENYIBUK' oleh kami lantaran mereka terpaksa menumpang di sekolah kami, SRIQ..

Saya tersenyum..

Acara lempar-lempar batu, menghambat mereka pulang.. Kami kurang berani dengan kakak-kakak dahulu, wanjah bengis-bengis belaka :) Tapi dengan abang-abang selalu kami kena.. I got a title 'Mak Ngah Monster' dahulu~

Saya tersenyum lagi..

Sebelum keputusan UPSR diumumkan, dan saya dengan konfidennya..

"Mesti masuk Kampung Laut!"

Entah kenapa, saya langsung tak berkenankan sekolah-sekolah lain.. Tapi saya sungguh terpikat dengan sekolah 'buruk' ini :) Malah sungguh bersemangat!
Buruk ini lawa bagi saya.. :) Ya, indah dengan pengisian dakwah dan tarbiyah sebagai persediaan bagi menyiapkan kader-kader dakwah. * KADERILESASI *

Video#2 - Ribut...! Ketika itu baru beberapa bulan setelah e-Group SMAKL ditubuhkan.. Kenangan itu bercampur baur. Kesiankan pakcik makcik, sedih, kelakar, semuanya ada..

Saya ketika itu baru sahaja Tingkatan 1. Lain kali saya ceritakan tentang ribut ini. Saya ada pengalaman tersendiri..

Namun yang mahu distress on di sini..

Kami, Gen 1, Gen 2, Gen 3, dan Gen 4 sempat merasa musibah ini.. Kadang-kadang inilah yang menguatkan kami untuk terus tegar dan tidak futur.. Saya tidak lagi menjejak keluar daripada Bumi Wakafan ini. Namun, bunyi guruh dan renyaian hujan sentiasa terngiang-ngiang di telinga ini. Saya sendiri sungguh sayu melihat video itu.. Memang kami ingat sudah Qiamat ketika itu.

** Tiang konkrit pun boleh terbang entah ke mana.. Memang betul-betul ribut**

Sungguh takut. Saya banyak kenangan dengan Ribut itu. Mana tidak, ia sudah banyak merosakkan buku-buku saya (I love my books). Terutamanya buku catatan tazkirah pertama milik saya yang saya empunyai sejak Darjah 3. Alhamdulillah, buku itu masih elok kini tersimpan walaupun sudah berkulat di sana sini. Tulisannya pun sudah kembang-kembang..

Kadang-kadang ingin lagi meminta ribut seperti itu.. :) *Mana boleh la Aisyah. Nanti kesian ALP sekolah nak kena cari duit lagi* :) Nauzubillah. ALLAH, berikan kami kefahaman dan kesedaran akan kepentingan untuk beramal dengan deen-Mu..

Video#3 - Sekadar penyegar emosi. Melihat tautan ukhuwwah kami, saya pun makin-makin rindu pada sekolah, pada IKHLAS (Ikatan Lepasan SMAKL), pada adik-adik dan tentunya pada Gen 4.. Sudah terlalu lama tidak bersama mereka.

Aisyah, be strong!

Video itu dirakam sebelum Cross Country 3 SMAKL. Saya sakit perut ketika itu, tak sempat pun habiskan 1 round. Sorry Rumah Merah..

Video#4 - Isk.. Isk.. No word to say.. Cuma manfaatkan masa yang berbaki ini.. Fuuu~

Saya meneropong lagi blog list di dashboard saya.. Saya membuka blog beberapa orang abang dan kakak, sekadar membaca..

Saya scroll down lagi.. Muncul sebaris perkataan.. ~KAHFI - Bukan Nama Biasa~

Terus saya klik ke blog itu. Ya, inilah yang saya tercari-cari. Pengalaman tentang East KAHFI. Syukran atas perkongsian.


Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) Timur
Mabit Ukhuwwah KeARAH Terengganu
 Kem Anak Soleh Terengganu


3 program sudah saya terlepas.. Sayu sedih.. Takpe, ada hikmahnye emm.. Kadang-kadang berada di rumah, macam bertambah-tambah pula dosa dan maksiat.. Then kena selalu ada yang temankan.. Alhamdulillah ada orang-orang yang berjasa.. Thanx emm..

Aisyah, terus berusaha untuk menjadi bidadari bagi ayah dan ibumu...

Jom kemas rumah!




Psst - Baru pulang dari Johor. Selamat Pengantin Baru Kak Chah.. *She's my cousin*

Selamat Pengantin Baru dan terus tabah em...

Tak silap hari ini birthday Umar Uthman.. Happy Birthday.

Abang-abang dan kakak-kakak IKHLAS, kalau free datang-datang la jenguk kami.
Kami dah terlampau rindukan antum ni.

Sahabat-sahibah Gen 4, terus kuatkan diri em.. Ana sayang antum sume.. Nanti buka sekolah kita celebrate birthday ana emm..

ANNOUNCEMENT
Sahibah Gen 4 - Jamuan kenduri kendara macam biasa Sabtu malam naik sekolah nanti nak tak?

Aisyah, jangan biarkan diri anda terus dibanyangi.. KEFUTURAN....

*This post totally for me.. Saja ingin menaikkan semangat sendiri... Terus QUAT budak tecit*

* Waiting for SOUTH and NORTH KAHFI news - All da best :)

* Kem Anak Soleh Terengganu sedang berlangsung. Adik saya Nabila pergi, apa pula perangainya di sana bila bertemu kawan-kawan baiknya (Read : Salma Shakirah, Anis Syafiqah, Mawaddah) Moga beroleh sesuatu di sana ye dik. *Jangan habiskan makanan di sana*

*SINUS and SANTAI MOOD*

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 15 June 2010 3:08 pm

Friday, June 11, 2010

8 Tahun SMAKL - Sekadar mencuit memori..

Tatapan untuk Sang Perindu Bumi Wakafan SMAKL :)











Ekspo Pendidikan SMAKL sempena 8 Tahun SMAKL
(A great gift for us~)

Kali pertama diadakan :)

Mari ramai-ramai meriahkah..

1 2 dan 3 July 2010



Khas untuk abang-abang dan kakak-kakak IKHLAS (Ikatan Lepasan SMAKL)
Jangan uzurkan diri tanpa sebab.. Adik-adik ini dah rindukan antum :)

 Khas untuk ILIK (Ikatan Lepasan Ibn Khaldun) dan Lepasan MATRI
Kami juga pewaris antum.. Tak salah datang ziarah :)

Khas untuk pelajar-pelajar MATRI dan SMIK
Mari ambil peluang ziarah SMAKL :)


Moga ALLAH sayang kita
Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Friday 11 June 2010 11:03 am

Saturday, May 15, 2010

Something to dropped here..

Nothing to write, nothing to say. I'm speechless. As my friend said, yeah, I'm really feel ashame as everything about me was written there in the recent post, and I really really want to vanish it from my site. But... I dunno who was her. I have to, I have to, I must know who is her, that really loves me very much. I can't stop my tears, scrolled down her writing, writing whole about me. Thanks a lot. I know everyone loves me..

Aisyah, kuatkan semangat! Ramai yang sayangkan Aisyah....

Tadi tengahari saya sudah ke sekolah. Fetching my brother for his outing. Juga melihat jadual peperiksaan.

* 19 May 2010 until 30 May 2010 - Mid Year Exam Tingkatan 5 SMAKL
1st subject is Bahasa Arab Tinggi (Rabu) - InsyaALLAH I can do it!
2nd day it will be Biology Paper 1 (Khamis) - Please do pray a lot for me. I've miss lot for this subject.

Commonly, I never struggled for any exam. But for this year, I know that I MUST study, and show my effort to get the exellent band.

Di sekolah tadi, saya sudah tanyakan kepada Fatonah dan Bazilah tentang post Warkah Rindu daripada Aisyah Ulya ini. They were shocked.. I can't say something. Yeah, Gen 4 ni pandai berlakon. Tak tahu nak teka siapa.. I can smell something fishy. Ada sesuatu yang ALLAH nak tunjuk ni. Masakan ALLAH takdirkan sesuatu yang sia-sia bukan?

Another a grand event this month..

Yeah, MY BIRTHDAY... It's on 24 May 2010..

Sebenarnya, niat nak publish di sini bukan nya nak dapat apa-apa, cuma saya mahu doa. Again, saya mahu DOA! Saya amat alu-alukan kalian membaca post saya tahun lepas tentang birthday saya.


Saya langsung tidak gembira menyambut hari lahir. Ya, kerana Hari Lahir juga adalah Hari Tua. Saya suka memandang sesuatu daripada sudut yang orang jarang fikirkan. Yeah, really love behaving diffrent than others. Apabila Hari Lahir menjelma, macam-macam yang saya fikirkan. Saya teringatkan kematian yang semakin hampir setiap hari. Saya terbayangkan kesukaran mak saya lahirkan Aisyah Humairah Najihah sebesar 3.5 kg pada 9.30 pagi 24 May 1993 dahulu. Imaginasi saya berpusar-pusar tentang satu perkataan.

WANITA SOLEHAH

ALLAH, permudahkanlah aku mencapai darjat itu. Agar aku dapat menjadi bidadari kepada ayah dan mak ketika ini dan dapat menjadi hamba Allah yang benar-benar menyerah.

Saya makin besar, dan kalian tahu apa yang patut doa untuk saya.. Doakan em.. Saya masih risaukan post di bawah ini. Perlukah saya delete? Or ini ujian untuk saya? Ya, ALLAH sedang mentarbiyah hati saya agar tidak takabbur atau riya'. Aisyah, you've to face it.

Ke macam mana? Please.. Gimme some suggestion and opinion please..

Malam ini saya ke sekolah lagi. Tak mahu ponteng-ponteng dah. Doakan fizikal saya kuat ya. Batin juga semestinya!

Doakan ya...! Saya terpaksa undur. Wajib berehat :-) AISYAH QUAT..!! ^_^

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Saturday 15 May 2010 6:07 pm

Friday, May 14, 2010

Warkah Rindu daripada Aisyah Ulya

* Maafkan saya. Saya terpaksa delete sebahagian daripada post ini. Demi menjaga hati-hati yang ada, khususnya hati saya sendiri. Buat sahibah yang saya sayangi, yang tidak saya ketahui siapa dia sehingga saat ini, maafkan saya ya. Saya sudah simpan apa yang kamu tulis. Simpan elok-elok dalam hardisk saya, dan paling special saya sudah simpankan dalam hati saya ini. :) Terima kasih sangat-sangat ya. Saya tahu benar sahibah-sahibah saya sungguh berlapang dada dan mereka amat memahami. Tak marah kan? :) Saaayang antunna semua.. Kalau marah, nanti balik cuti saya bawak banyak-banyak-banyak coklat untuk antum ya! Uhubbukunna fillah~

Alhamdulillah, setelah pelbagai ikhtiar akhirnya saya mampu mewakili Aisyah untuk menulis di sini. Saya merupakan salah seorang daripada sahibah beliau. Hari Rabu yang lepas, sebelum beliau pulang ke rumah, beliau ada serahkan sekeping surat dan amanahkan kepada mana-mana antara kami untuk menulis di blog beliau. Jadi, saya bersyukur kerana ALLAH telah memilih saya. Moga ALLAH menerima amalan saya ini sebagai amalan mulia di sisiNya. Ameen.

***********************************************************************************

12 May 2010
3:34 pm

Di Atas Katil
Dorm Iltizam
Blok A
SMAKL Tercinta

Allah, kuatkan aku. Rasululullah, terimalah aku sebagai umatmu.

Saya termenung, keseorangan.... Ya, keseorangan di satu sudut di dalam dorm ini. Rasa rindu, rindu yang teramat akan kelas dan sahabat sahibah Gen 4 khususnya. Saya amat dekat dengan mereka, akan tetapi saya langsung tidak mampu belajar bersama-sama mereka. Allah, musibah apa yang engkau timpakan ini. Aku sungguh rindu akan sahabat-sahibahku..

Semalam, saya berjalan-jalan di sekitar koridor kelas. Sudah lama tidak ke sekolah, ada juga perubahannya. Mata saya tertumpu pada sudut maklumat Hal Ehwal Murid di papan kenyataan sekolah. Ada gambar baru di situ. Ya, semestinya gambar sahabat-sahibah saya dan adik-adik Gen 5 di Perhimpunan Perdana Palestin  Lifeline For Gaza tempoh hari.

Saya tersenyum... Saya meneropong satu-persatu gambar. Melihat gambar sahibah-sahibah di hadapan bas (satu-satunya bas double decker yang ada), memegang banner HALUAN Terengganu, saya terkilan. Ya, saya tiada di situ. Saya memaksa diri saya untuk senyum. Sungguh! Saya berasa sungguh rugi.

"Aisyah, Aisyah. Sudahlah tahun terakhir, kurang pula bersama mereka. Herm.. Insya ALLAH ada hikmahnya."

Saya memujuk diri.

Saya tidak menyertai rombongan menaiki bas. Saya ke sana bersama keluarga dan ditemani seorang sahibah saya, Adibah dan dua orang sahabat adik saya, Azam dan Amjad.

Kemudian, mata saya beralih ke gambar bawah di papan kenyataan yang sama. Gambar sahabat-sahabat juga di hadapan bas, dan memegang berdera Palestin.... Saya tersenyum. Allah sedang memujuk hati saya. Saya tersenyum lebar kerana saya memang mempunyai memori indah bersama bendera Palestin tersebut. 

Sebenarnya, bendera itu Atiqah dan saya yang jahit, Atiqah, Wan Nursakinah, dan saya yang belikan kainnya. Kami bertiga berpeluh-peluh berjalan sekitar Bandar Bukit Payung petang itu hanya kerana Bendera Palestin tersebut. ALLAH tolong kami, pakcik itu bagi kami banyak diskaun. Alhamdulillah.

Bendera itu kami jahit sempena program Ruuhul Aqso Ruuhuna bulan Mac lepas. Program terakhir yang saya usahakan dengan serius. Waktu itu, sakit saya belum berat. Ruuhul Aqso Ruuhuna merupakan program selama seminggu di SMAKL. Tahun ini merupakan siri dua sebenarnya ekoran tahun lepas telah sempurna dijayakan. InsyaALLAH, nanti saya akan masukkan dalam blog cerita tentang Ruuhul Aqso Ruuhuna 2.

Pengalaman bersama bendera ini pengalaman yang agak kelakar sebenarnya. Menjahit bendera sebesar dan sepanjang itu bukanlah agak mudah dengan bantuan mesin jahit lama di sekolah. Benang putus, jarum patah, benang dalam koci habis. Aduhai, sungguh mencuit hati memori itu. Terkejar-kejar Atiqah mencari benang di asrama. Alhamdulillah, sahibah-sahibah SMAKL rajin menjahit semuanya. Banyak juga yang datang menyumbang. Alhamdulillah.

Dan yang paling membuatkan Atiqah dan saya tergelak besar, kami silap pasangkan part merah bendera itu di sebelah kanan.

(Saya tersenyum keseorangan di atas katil ini)

Saya sudah letakkan di bahagian kiri, tetapi apabila meneliti contoh bendera di muffler HALUAN Palestin yang saya beli di Perhimpunan Perdana Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan dahulu, dan juga mendapat teguran daripada ketua kelas saya, Muiz, saya pun tukarkan ke sebelah kanan. Jadi, Atiqah dan saya menjawab.

"Bukan salah kami.." :-)

Saya tersenyum. Ya, meskipun saya tiada dalam gambar itu, tetapi bendera yang Atiqah dan saya usahakan sampai terpaksa minum air sahaja, makan malam jadi makan lewat malam, ada di sana. Juga ada naik ke pentas sewaktu Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Malawati tempoh hari. Cukuplah bendera itu menjadi wakil saya. Maha pandai Kekasih Hati memujuk diri ini ketika itu.

Saya terkenangkan Aisyah Humairah Najihah yang dahulu...

Ya, dahulu saya seorang yang amat kuat! Masakan tidak, saya tidak pernah langsung demam malah terlalu aktif bersukan. Sehinggakan sewaktu Hari Sukan SMAKL saban tahun, sejak Tingkatan Satu lagi, saya tidak pernah tidak mendapat pingat emas (yang biasanya disarungkan ke leher saya oleh Ummi Sal) dalam apa-apa acara khususnya dalam kejuaraan Ping Pong.

Dan sehingga tahun ini, saya berjaya mendapat banyak pingat sama ada emas atau perak (gangsa tiada tahun ini), sebagai penghargaan menyertai dan menyumbang tenaga dalam skuad bola jaring, bola baling, dan ping pong (bola tampar tiada tahun ini kerana kesuntukan masa). Juga berjaya mendapat tempat kedua dalam Cross Country tahun ini. Fuuh~ Memori yang indah berkejar dengan juara Cross Country, dia seorang junior saya. Sewaktu tahun 2007, saya menjadi Ratu Pecut SMAKL Menengah Bawah, berjaya mendapat tempat pertama dalam Cross Country SMAKL yang julung-julung kali diadakan. Semua sahabat-sahibah dan adik-adik, cikgu-cikgu di SMAKL sudah maklum akan kondisi saya yang terlalu minat bersukan.

Itu sekolah menengah, jika sekolah rendah lagi banyaklah ceritanya. Gelaran olahragawati Sekolah Rendah Ibn Qayyim sudah saya sandang pada tahun 2005. Saya teringat dahulu, ketika saya Tingkatan Dua, saya demam. Tarikh itu 22 dan 23 June 2007. Saya mampu ingat tarikh itu kerana pada 22 June, hari Khamis, sahibah-sahibah dan adik-adik ada datang ziarahi saya tidak putus-putus. Pada mulanya, mereka langsung tidak percaya.

Ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu semuanya kehairanan, "Aisyah demam?? Betul ke??", (saya tersenyum). Menjadi satu keanehan saya demam atau jatuh sakit ketika itu. Sehinggakan ayahanda mudir sendiri menyampaikan salam syafakillah buat Aisyah ini. Saya tersenyum sendiri.

Sekejap sahaja kan ALLAH nak tarik ni'mat kesihatan? Sama-sama muhasabah ya.

Pada saat ini, saya sungguh merindui insan-insan pilihan Kekasih Hati. Mahu menalifon mereka, saya tidak mampu. Public phone jauh di sebelah sana. Tak apa, petang ini ayah saya akan datang untuk bawakan saya pergi berubat. Pinjam sekejap handphone ayah. Moga-moga mereka mampu kuatkan saya.

Saya tersenyum. Sungguh, menghadirkan diri di Perhimpunan Perdana Palestin Sabtu lalu dalam keadaan tidak berapa sihat sungguh menguatkan saya. Ramai yang saya jumpa ^_^ Seronok! Ramai juga yang bertanya, "Sudah sihat Aisyah Ulya?", semestinya saya menjawab "Alhamdulillah.." :-)

Ramai kakak-kakak, sahibah-sahibah, dan adik-adik dapat saya jumpa. Kak Izzah Kamaruddin, Kak Safiyyah Zahari, Kak Widad, Kak Fatimah Adi, Kak Atiyah, Kak Nashrah, Kak Khalilah, Kak Sarah Hamizah, Kak 'Aqilah Mahyiddin, kakak-kakak Khassah MATRI, sahibah-sahibah SMIK dan MATRI, sahibah-sahibah yang sekumpulan ketika Pewaris V, Tuan Atiqah dan Hidayah, juga Aisyah dan Maryam Badri, dan yang paling special Kak Afeefah ZA walaupun saya tidak menegur si kakak cumil saya itu. Cuma tersenyum sahaja. Sorry ye kak.

Sebenarya, seminggu sebelum bergerak ke KL, mak dan ayah berkira-kira hendak mebawa saya bersama atau tidak oleh kerana melihat kondisi saya yang agak kritikal. Saya, semestinya ingin pergi! Tapi, saya diamkan diri sahaja. (Aisyah memang macam tu). Lagipula, naluri saya ada berkata, "InsyaALLAH, kita akan pergi Aisyah!". Dan naluri saya tepat. Pukul 6.30 petang, saya sudah berada di sana dengan berbaju kurung pink, berjalan-jalan ditemani Adibah.

Sampai-sampai di sana, terus saya ke kawasan penyorak perempuan. Saya letakkan handbag saya dan beg kertas yang berisi hadiah ke tepi, dan sahibah-sahibah saya terus meraikan saya. Mereka menyuruh saya memegang banner, dan memberi amaran, "Sekejap sahaja, pastu duduk tau,". Mereka tahu saya ini degil orangnya. "Alah, ana lagi duduk lagi sakit laa. Baik saya berdiri pegang banner ni. Sekurang-kurangnya boleh masuk camera,".

Saya tersenyum riang ketika itu. Keseronokan itu telah mejadi pain-killer bagi sakit saya ini. Setelah usai sesi petang itu, saya dan Adibah bergerak ke kereta, mahu berpakaian t-shirt labuh seperti teman-teman yang lain. Setelah dibelanja mee sup (thanks a lot), saya menuju ke stadium.

Di sana, saya pada mulanya hanya duduk di atas kerusi di kawasan hadapan stage bersama kepimpinan HALUANITA seluruh Malaysia. Ya, ada sebahagian mereka mengenali saya, khususnya Mak Cik Alfiah (Pengerusi HALUANITA Nasional). Mana tidaknya, saya selalu menyemakkan diri dalam program HALUANITA sehinggakan sahibah-sahibah menggelar saya Mak Cik Aisyah.

Di sebelah saya merupakan kepimpinan HALUANITA Terengganu yang sudah maklum saya kurang sihat.  Saya tersenyum melihat sahabat-sahabat saya, dengan bendera itu, mampir berdekatan pentas bersama-sama, menyarungkan baju Palestin yang giat Muizz jualkan sebelum 8 May itu. Saya melihat sekeliling, saya kenal ramai yang ada di sana, khususnya kakak-kakak. Biarlah mereka dengan kerja mereka, saya akan menegur kemudian.

Sungguh, saya tidak dapat duduk lama. Apabila sahibah-sahibah saya mula bergerak berdekatan stage dengan membawa banner mereka, seakan-akan ada satu force menolak saya bangun dan menarik tangan Adibah untuk turut serta bersama angkatan mujahidah itu.

"Aisyah, anti larat ke?"
"Alah, peluang ini hanya sekali! Relax-relax sudah Dibah. Lagipun sakitlah duduk lama-lama. Kalau bangun-duduk ok jugak. Tapi tak kan la nak bangun-duduk kat makcik-makcik tu, wat malu je. Kan?"
"Haah kan. Nanti kalau tak larat, bagitau k.."
"Ya, Adibah sayang. InsyaALLAH malam ni saya janji saya rehat k!"

Adibah menyerah kalah kerana tahu saya degil orangnya. Tanpa muffler (tertinggal di rumah), dan tanpa bendera, hanya menyarungkan baju KeARAH, baju rasmi Pewaris V, saya berusaha untuk melawan rasa sakit.

Malam itu, saya memang kepenatan.... Saya tidur awal dan melihat keadaan saya, ayah tidak terus bertolak balik ke Terengganu malam itu. Saya ponteng lagi sekolah..

Rasa lega dapat menyertai.. Moga semangat Jihad ini terus dapat menguatkan saya untuk menambah keyakinan diri, menghadapi hari-hari yang lemah fizikal! Kuatkan batinmu wahai Mujahidah Muda!

Terasa sayu tidak dapat bersama adik-adik di surau, di math'am, mengaminkan doa makan sama-sama.. Juga sedih merindukan sahabat-sahibah saya walaupun mereka berada dekat. Tahun terakhir... Ini pula jadinya. InsyaALLAH ada hikmahnya..

Teringat akan kakak-kakak dan abang-abang.. Moga ALLAH berikan tenaga kepada fizikal, mental, emosi dan terutamanya rohani mereka untuk terus mendaulatkan kalimah tauhid di muka bumi ini.

Special to Abang Siddiq, maafkan saya andai tidak dapat membantu banyak dalam KMK Timur 4 nanti. Doakan saya dapat hadir.

Herm.. Dahulu saya aktif ke sana ke mari, menghadiri pelbagai program. Kadang-kadang program untuk kakak-kakak dan makcik-makcik pun saya hadir, cuma untuk menemani. Termenung... Allah, cepat-cepat sembuhkan aku.. Aku juga ingin menyumbang sesuatu dalam kebangkitan ummah..

Saya sedari, sakit saya ini lambat untuk sembuh, dan terlalu lama untuk kembalikan fizikal Aisyah Humairah Najihah yang kuat seperti dahulu. Saya sedari, apabila menghadiri program-program nanti, khususnya yang membutuhkan tenaga, saya mesti tidak dapat membantu sepenuhnya.

Saya sedari, saya tidak dapat lagi menjalankan aktiviti lasak di mana-mana kem nanti dan tidak dapat berlagak seperti di Kem Minda Kreatif (KMK) Timur Siri 3 tahun lalu, membuntuti Abang Munzir dan membuatkan Abang Munzir kagum dengan kumpulan saya yang cergas-cergas belaka, sehingga kami dan Abang Munzir sentiasa perlu berhenti menunggu kumpulan lain.

Saya sedari, saya sudah tidak dapat memegang title komander KRS Sahibah lagi, lantaran saya tidak dapat berjemur di tengah panas lama-lama. Saya sedari, saya bisa dan mampu lakukan semua di atas jika saya bertahan dan buat-buat tidak sakit. Tetapi, saya sedari, badan saya juga mempunyai haknya.

Dan yang paling saya sedari ialah saya mesti menguatkan batin dan mengukuhkan jambatan hati saya dengan Kekasih Hati, juga tidak lupa langsung untuk sentiasa berdoa kepadaNya agar sakit ini cepat sembuh kerana tiada yang mustahil bagiNya..... Dan.....

***********************************************************************************


Aisyah mesti berhenti menulis ketika itu. Saya tiada di situ, kalau saya ada mesti mengalirkan air mata. Aisyah cakap sudah lama tidak memberi sesuatu di blog. Sudah lama beliau tidak berkongsi di sini.

Aisyah ingin sambung lagi.. Aisyah ingin tulis tentang pengorbanan ayahnya. Tulis tentang sahabat-sahibah yang sentiasa memberi bantuan dan semangat. Tentang abang-abang dan kakak-kakak yang sentiasa menemani dan tidak jemu dengan kerenah dia.

Tapi, keadaan Aisyah ketika itu, saya dapat bayangkan. Ya, kertas kajang di tangan saya kini ada 3 helai. Dan di kertas hujung, tulisannya memang sukar difahami. Mesti Aisyah sedang sakit sangat sehingga dia berhenti. Aisyah tidak sempat pun menulis waktu saat dia berhenti menulis. Kerana Aisyah suka menulis waktu beliau mulakan menulis dan waktu beliau berhenti menulis.

Aisyah juga memesan kepada kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap ni'mat yang ALLAH berikan, dan dia tegaskan ni'mat itu hanyalah pinjaman. Kita perlu sentiasa sedar bahawa bila-bila masa sahaja ALLAH akan tuntut. So, kena sentiasa bersedia ya.

Dengan air mata tadi yang menjadi saksi, saya ingin mengungkapkan, UHUBBUKI FILLAH, Aisyah.

(Aisyah sedang berada di rumah. Agak mustahil Aisyah akan online dalam kondisi begini. Tetapi, kalau dia terlampau rindukan orang, dia akan tetap lakukan apa sahaja. Jadi, sebelum Aisyah yang bertanya khabar kalian, pergilah dahulu tanya khabarnya. InsyaALLAH, handphone nya sentiasa di sisi.)

(Sedang mendengar Aicha - Outlandish. Aisyah selalu cakap dan ulang yang beliau nak jadi macam Saidatina Aisyah dan Aicha dalam lagu Outlandish) - Allah, kabulkan permintaan sahibahku ini..

Tadi saya menangis, tapi apabila menulis tentang Aisyah, saya sentiasa tersenyum. Sungguh, Aisyah memang dilahirkan untuk membahagiakan orang.

Updated :- Baca ini daripada blog Kak Maisarah Ghazali - Tak tahu apa yang berlaku, tapi saya menangis ketika membacanya.. ALLAH, kuatkan Aisyah. Aisyah, cepat-cepat balik sekolah...

Saya sayang Aisyah
Kami sayang Aisyah

ALLAH laaaaagi sayang AISYAH..

Hadapan Laptop
Di atas muka bumi ALLAH
14 May 2010 2:49 pm