* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 15, 2010

Warkah Cinta buat KAMI...

Saya tercari-cari pen dalam beg Bodyglove hijau.. Tiba-tiba, tangan saya mencapai sesuatu. Ya, sesuatu yang amat sinonim kepada semua orang. Kertas...

"Kertas apa ini?"

Getus hati saya.. Dakwatnya sudah luntur.. Dilipat-lipat. Berkerut-kerut dahi saya.

"Aisyah, kenapa duk berkerut-kerut dahi tu? Tengah buat apa?"

Sahabat saya mencelah.

"Tak, kertas apa entah ni?"

"Buka lah tengok apa isinya. Tapi ana nampak macam surat.. Ehem ehem.. Buka lah.."

Mereka tersenyum-senyum melihat dahi saya semakin berkerut-kerut. Ya, sejak akhir-akhir mereka semakin galak menyakat saya. Ada-ada sahaja yang mereka jadikan isu. Pantang melihat sebarang peluang, terus saya dikenakan. Entahlah kenapa...

Saya pula banyak berdiam diri bila diusik, paling kurang saya tersenyum. Melihat demikian mereka makin bertambah riuh menyakat saya. Pelik. Tapi diendahkan saja. Saya tersenyum teringat keletah mereka. Mata saya kembali tertumpu akan kertas tadi. Lipatannya masih belum saya buka. Tiba-tiba sahabat saya menghampiri.

"Buka lah. Kami nak tahu juga apa isinya. Ke takut?"

Kata dia sambil mencubit pipi saya. Saya senyum.

"Takut juga sebenarnya..."

Semua gelakkan saya.

"Aisyah Aisyah.. Jangan bimbang. Tak kan ada seorang pun berani mengutus warkah cinta buat anti kecuali kami..."

"Aik? Kenapa?"

Bingung saya dibuatnya.. Dahi yang tadi sudah mula tegang berkerut kembali..

"Sebab kami tahu si dia tak akan buat begitu. Lelaki yang pilih anti sebagai teman hidup bukan sembarang orang. Kan? Kan? Betul tak semua? Kita semua sudah maklum itu semua. Cuma anti tu.. EGOIS..!"

"Okay, okay, out of our topic. Sudah jauh tersasar ini.. Ana buka ya.."

Bimbang jika dibiarkan jadi terus saya membuka lembaran tersebut. Mata saya berkelip-kelip. Semacam ku kenal tulisan ini. Jantung saya berdegup lebih kencang dari biasa.

Mata saya mula beralih, dan mula meneliti setiap huruf itu. Terpamer di sana bahawa sang penulis mencoret dalam keadaan tergesa-gesa, gelabah mungkin.

********************************

"Bismillahirrahmanirrahim..

In The Name of Allah Most Gracious, Most Merciful

Alhamdulillahirabbil 'alamin wassolaatu wassalaamu 'ala asyrafil mursalin wa'ala aalihi wasohbihi ajma'iin.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah yang mengizinkan jemari ini menari di atas lembara-lembaran kertas. Bersyukur jua kerana ALLAH mengizinkan kita bertemu walau tanpa jasad dan suara. Cukuplah warkah-warkah ini sebagai bukti kami di sini tetap merindui kalian, merindui suasana tarbiyah di bumi wakafan SMAKL dan merindui murabbi-murabbi di sana.

Adik-adik yang dikasihi fillah,
Niat di hati untuk mencoret sesuatu kepada adik-adik sudah lama terpendam. Tuntutan masa dan kesibukan di alam kampus membataskan keinginan kami ini. Namun, akhirnya pada saat ini Allah memberi kesempatan kepada kami meluahkan hasrat yang telah kalian lama terpendam.

Dunia kampus... Tidak seindah dan semudah yang disangka. Semuanya sekadar indah khabar dari rupa. Benarlah kata-kata senior-senior sebelum ini terutama generasi pertama bahawa kehidupan di sini memerlukan kekentalan juwa yang cukup utuh. Bukan niat untuk menakutkan adik-adik tetapi inilah hakikat dan realiti yang harus diterima supaya adik-adik lebih bersedia.

Sesungguhnya, gelombang jahiliyah terlalu kejam dan sahsyat pada hari ini. Masyarakat mengalami kecederaan yang amat parah. Walau namanya Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains ISLAM Malaysia (USIM). Namun, nama hanyalah sekadar nama. Suasana di sini tidak mencerminkan 'ISLAM' yang dibawanya. Semuanya bergantung kepada TARBIYAH DAZTIYAH dalam diri.

Pada kesempatan yang singkat ini, Kak Nie dan Kak Nash mengharapkan kita bina kekuatan dalaman dari sekarang. Usah terlalu mengharapkan orang lain untuk membangunkan diri. Masing-masing perlu berusaha mencari kekuatan diri. Dan, kekuatan itu milik Allah, maka mohonlah padaNya.

Mungkin kita fikir semasa di SMAKL kita sudah cukup kuat bagi menempuh cabaran di IPT. Hakikatnya, bila menjejakkan kaki ke sini barulah kita tahu sejauh mana tahap IMAN dalam diri. Ramai sudah yang tercicir dari medan yang kita berada kini. Inilah pentingnya TARBIYAH DZATIYAH, ISTIQOMAH, dan UKUWAH ISLAMIYAH. Cukuplah 3 perkara ini sebagai booster dalam perjuangan menegakkan risalah Rasul.

Puteri-puteri kebanggaan ISLAM,
Kakakmu di sini mengharapkan kebangkitan dalam jiwa kalian. Teruslah ISTIQOMAH mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan keredhaanNya dalam setiap derap perjuangan kita. Bertahanlah kalian menghadapi setiap ujian di bumi wakafan kerana apakah kamu sudah beriman sedang kamu belum diuji. Cuba semak Surah Al Ankabut:2. Kelak kalian akan menghadapi cabaran yang lebih getir.

Ingatlah adik-adikku, jalan menuju Allah bukan jalan yang mudah dan indah. Lihatlah pejuang-pejuang ISLAM terdahulu. Asy Syahid Syed Qutb syahid di tali gantung, Asy Syahid Imam Hasan Al Banna syahid dibom musuh-musuh ISLAM dan ramai lagi yang menghadapi nasib yang sama. Usah dikira lagi di zaman Rasul. Walau perit di dunia tetapi mereka 'tersenyum' ketika pulang bertemu Rabbnya. Berdoalah agar kepulangan kita jua turut diterima di sisiNya.

"Semua insan akan menghadapi KEMATIAN, tetapi orang beriman itu akan mengolah seni KEMATIANNYA"

Mujahidah-mujahidah penerus risalah dakwah,
Akhir kalam, peliharalah jiwamu dan akhlakmu. Contohilah peribadi-peribadi mulia serikandi-serikandi ISLAM. Peribadi-peribadi ini sudah kian pupus dalam masyarakat dan mereka kehilangan qudwah. Kitalah yang akan menjadi qudwah-qudwah itu. Maka, persiapkanlah diri kalian. Kmai di sini berdoa semoga Allah thabatkan kita di atas jalanNya. Moga ALLAH memelihara ukhuwah kita. InsyaALLAh....

Sebelum pena ini berhenti, hayatilah kata-kata ini.
"Tentanglah bi'ah jahiliyah, tegakkan bi'ah solehah, dan di antaranya carilah mardhotillah".

Salam seindah ukhuwah, seerat mahabbah."

Kak Nash
CFS IIUM Nilai

Kak Nie
USIM Nilai

********************************

Air mata saya menitis satu-persatu. Sahibah saya menghulurkan tisu yang sudah sedia ada di atas meja saya.

Sengaja mereka kenakan saya tadi. Padahal sayalah orang terakhir membaca WARKAH CINTA ini setelah semua adik-adik dan sahabat-sahabat saya baca.

Ya ALLAH peliharakanlah mereka dan kami..

Alhamdulillah, kami syukur kepadamu Ya ALLAH kerana mengurniakan kami, mereka yang amat menyayangi kami.

Mereka ada kami sebagai penerus kerja-kerja mereka. Mereka sayang kami kerana kami pewaris mereka. Pewaris yang bakal meneruskan kerja-kerja para Nabi, Rasul, dan Daie fi sabilillah.

Sudahkan kalian menyayangi siapa yang kalian perlukan untuk meneruskan kerja ini? Kerja paling mulia, kerja menyeru manusia ke jalan kebenaran, mengajak mereka menjauhi jalan kemusnahan. Kerja para nabi dan rasul. Kerja insan-insan mulia. Kerja yang paling diredhai ALLAH..

Sayangilah mereka....

p/s - Bakal pulang ke sekolah petang ini. Doakan saya agar terus thabat di atas jalan ini dan berjaya menjadi wanita solehah. Mampukah aku? Ya ALLAH permudahkan..

Moga ALLAH sayang mereka
Moga ALLAH sayang kami
Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 15 February 2010 12:57 pm

9 comments:

MuNsYi^SaMa said...

Bertuah ade shbh2 yg slalu ingatkn diri bile alpa.mmg betul ape yg ditulis tu. Dunia IPT mmg penuh cabaran. Smoga diri ini dpt tabah dah kuat dlm hadapinya.

monolog said...

subhanallah.. amat hebat skali kata-kata kakak tu.. semuanya benar.. medan dakwah sebenar ialah apabila kita turun melihat manusia.. mungkin suasana luar dgn bi'ah di SMAKL jauh berbeza.. salam perjuangan..

terry bogart said...

thanx coz sanggup sanggup sharing this story..may it "booster" our Iman...

awazwa said...

semoga roh islam sebati dalam diri antunna semua..aminn

Ariffah9 said...

salam kak..
hu2. subhanallah, beruntungnya kak ada generasi kak2 yg hntar surat mcm tu..

erm, mmg tipu daya dunia itu trlalu plbgai.

Ariffah9 said...

salam kak sekali lagi..
ada sajak khas buat kak..
kat blog ana,

http://ariffah9.blogspot.com/2010/02/sudah-mencecah-angka-50.html

terimalah, ha2..

zamanislam said...

salam..boleh bg ym siddiq ke sy? sy kwn lama die..harap dpt tolong..-fuad-

qaseh um masyitah said...

salam aisyah
teruskan perjuanganmu
sayu hati membaca warkah di atas...

peNer0ka keTenaNgan said...

salam 'alaik..

sungguh,kamu benar2 beruntung..di didik dgn dakwah dan tarbiah sejak kecil..indahnya...kamu sudah mula mengenali Allah,sedangkan ramai lg yg masih leka dengan nikmat dunia...gunakan kesempatan ini sebaik mungkin..tiada bumi IPT yg seindah bumi SMAKL..akak tak pernah ke sana,tp mengenali sahabat2 yg ditarbiah di sana menyebabkan diri ini begitu teringin untuk menjejakkan kaki ke bumi SMAKL...takwa,berhati-hatilah dlm mengharungi khidupan dunia ni dik..krn kita tidak tahu,adakah esok kita msih mmpu berdiri segagah hari ini..jgn pernah tinggal kerja2 dakwah dan tarbiah.."tarbiah fi aidikum,fi aidikum fakhod"..

salam sayang dari:
pelajar Kolej Tarbiah & Dakwah (KTD)