* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 28, 2010

Agungnya Rasulullah melayani cemburu Saidatina Aisyah






Makin hari, makin ramai abang-abang dan kakak-kakak saya yang berkahwin dan akan berkahwin. Hari ni, saya nak kongsi satu perkara yang saya rasa amat-amat penting dalam sesebuah hubungan apatah lagi dalam institusi kekeluargaan. Semoga apa yang saya coretkan mampu menjadi satu pedoman.

Cemburu fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap makhlukNya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Sama saja, tiada bezanya, antara kita, pasti terselit sifat cemburu. Saya kira cemburu ini bukanlah suatu sifat ketidaksempurnaan seseorang, tapi, ianya satu sifat yang kita kena hargai dan semaikan di dalam hati kita.


Tapi, AWAS..!


Jangan biarkan cemburu itu melebihi batasnya. Andai kamu pernah cemburu terhadap pasanganmu, luahkan padanya, agar dia mengerti, agar dia mampu meraikan perasaan cemburu kamu dan mampu mengelakkan perkara-perkara yang mampu menimbulkan perasaan cemburu kamu.


Jujur sahaja dalam perhubungan, pasti kamu mengecapi nikmatnya perhubungan. Jangan semata-mata 'sayang' kepada pasangan kamu, kamu sanggup membiarkan pasangan kamu terus hanyut.


Buktikan kasih sayang kamu, dengan menegur pasangan kamu, dengan kebijaksanaan dan hikmah kamu.. !!


Jadi, hari ni, say mahu berkongsi sedikit sebanyak bagaimana baginda Rasulullah meraikan sifat cemburu isteri baginda. Tak kira samada kamu lelaki atau bergelar perempuan, raikanlah cemburu pasanganmu.


Aisyah radhiyallahu anha adalah seorang wanita pencemburu, hal ini terjadi karena begitu besar rasa cintanya kepada kekasihnya yaitu Rasulullah shalallahu alaihi wassalam.Nah, marilah kita hayati kisah baginda!

Dari Aisyah, bahwa Rasulullah shalallahu alaihi wassalam keluar dari rumahnya pada suatu malam. Aisyah menuturkan, "Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain. Kemudian beliau kembali lagi dan melihat apa yang terjadi pada diriku.

"Apakah engkau sedang cemburu?" tanya baginda.

"Apakah orang semacam aku ini tidak layak cemburu terhadap orang seperti engkau ?"

"Rupanya syaitan telah datang kepadamu", sabda baginda.

"Apakah ada syaitan besertaku?' tanyaku

"Tak seorangpun melainkan bersamanya ada syaitan" jawab baginda.

"Besertamu pula?" tanyaku.

"Ya, hanya saja Allah menolongku untuk mengalahkannya sehingga aku selamat", jawab baginda.(ditakrij Muslim dan Nasa'i)


Dari Aisyah, dia berkata, "Aku tidak pernah melihat orang yang pandai masak seperti halnya Shafiyah. Suatu hari dia membuatkan makanan bagi Rasulullah shalallahu alaihi wassalam, yang ketika itu beliau di rumahku. Seketika itu badanku gemetar karena rasa cemburu yang menggelegak. Lalu aku memecahkan bejana Shafiyah. Akupun menjadi menyesal sendiri.


Aku berkata,"Wahai Rasulullah, apa tebusan atas apa yang aku lakukan ini?"


Baginda menjawab, "Bejana harus diganti dengan bejana yang sama, makanan harus diganti dengan makanan yang sama", (ditakrij Abu Daud dan An-Nasa'i)


Sedangkan dalam riwayat lain dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, dia menceritakan, Nabi shalallahu alaihi wassalam pernah berada disisi salah seorang istrinya. Kemudian seorang dari ummul mukminin mengirimkan satu mangkuk makanan. Lalu istri Nabi yang berada dirumahnya memukul tangan Rasulullah sehingga mangkuk itu jatuh dan pecah.


Maka Nabi pun mengambil dan mengumpulkan makanan di dalamnya. Baginda berkata:"Ibumu cemburu, makanlah."


Maka mereka pun segera memakannya. Sehingga baginda memberikan mangkuk yang masih utuh dari istri dimana beliau berada, dan meninggalkan mangkuk yang telah pecah tersebut di rumah istri yang memecahkannya. (HR.Bukhari, Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah)


Hadits senada diatas dengan beberapa tambahan, yaitu di dalam Ash-Shahih, dari hadits Humaid dari Anas Radhiyallahu anhu, dia berkata," Ada di antara istri Nabi shalallahu alaihi wassalam yang menghadiahkan semangkuk roti dicampur kuah kepada baginda, ketika baginda berada di rumah istri beliau yang lain (Aisyah).


Aisyah menepis tangan pembantu yang membawa mangkuk, sehingga mangkuk itu pun jatuh dan pecah. Nabi Shalallahu alaihi wassalam langsung memunguti roti itu dan meletakkan kembali diatas mangkuk, seraya berkata, "Makanlah. Ibu kalian sedang cemburu."


Setelah itu baginda menunggu mangkuk pengganti dan memberikan mangkuk yang pecah itu kepada Aisyah".(diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i)


Begitupula kecemburuan Aisyah terhadap Shafiyah. Tatkala Rasulullah tiba di Madinah bersama Shafiyah yang telah dinikahinya, dan beliau berbulan madu bersamanya ditengah jalan, maka Aisyah berkata, "Aku menyamar lalu keluar untuk melihat.


Namun baginda mengenaliku. Baginda hendak menghampiriku, namun aku berbalik dan mempercepat langkah kaki. Namun baginda dapat menyusul lalu menahanku, seraya bertanya,"Bagaimana pendapatmu tentang dia?"


Aku menjawab, "Dia adalah wanita Yahudi di tengah para wanita yang menjadi tawanan" (ditakrij Ibnu Majah).


Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, "Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi Shalallahu alaihi wassalam seringkali menyebut namanya.


Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, "Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu".

Beliau bersabda, "Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku" (Diriwayatkan Bukhari)


Aduhai, kecemburuan yang sangat mendalam hanya karena kekasihnya menyebut wanita lain padahal wanita yang disebutnya telah kembali kepada Zat Yang Mulia tetap membuatnya cemburu.


Lihatkan sahabatku, betapa mulianya akhlak Rasulullah terhadap istrinya yang cemburu. Tidaklah baginda mengeluarkan perkataan yang kasar melainkan kata-kata yang haq.


Semoga para suami, para isteri dan yang bakal menjadi suami maupun bakal isteri, contohilah sikap dan akhlak baginda, shalallahu alaihi wassalam. Karena hanya bagindalah sebaik-baik manusia teladan yang patut untuk ditiru dan di contohi oleh semua umatnya. Sebagaimana dalam firman-Nya:


"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (Al-Ahzab:21).


* Kredit to Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi


*******************************************************************


Jangan fikir apa-apa. Saya cuma berkongsi, dan artikel ini juga muhasabah buat diri saya. Saya cuma terfikir, adakah saya sudah mencintai Rasulullah seperti mana Saidatina Aisyah? Dan juga, adakah saya rela menerima mangkuk yang retak daripada insan kesayangan saya? Bagaimana pula melihat Rasulullah melayani cemburu Saidatina Aisyah, saya berkira-kira bagaimana pula saya menjaga muamalah saya dengan manusia sekeliling. ALLAH, perbaikilah segalanya..


Semua sudah maklum bagaimana sifat peribadi Saidatina Aisyah r.a. Sejak kecil dahulu hinggalah kini, mak ayah saya, dan sahabat-sahabat mak ayah saya, sahabat-sahabat saya, juga adik-adik saya sering mendoakan saya berperibadi seperti serikandi ilmuan itu.

Adakah doa mereka makbul?

Adakah saya sudah berperibadi seperti Saidatina Aisyah?


Saya tersenyum sendirian. Terkenangkan peribadi Aisyah Humairah Najihah aka Aisyah Ulya.


P/S - Ayah saya izinkan saya ke Makan Malam Amal Talian Hayat Untuk Gaza. Saya melompat gembira. Malah, ditugaskan untuk menjadi 'cameragirl'. Namun, saya bukan larat ke sana ke mari. Kemudian, ALLAH izinkan ayah saya bertukar fikiran. Saya kena jadi tukang jual di sana. SERONOK!

Status saya di Facebook sebentar tadi - Charity's Dinner of Lineline For Gaza 30 April 2010 Primula Beach Resort "Nanti Angah jadi tukang jual di Makan Malam Amal ya..", saya tersenyum mendengar kata-kata ayah saya yang baru sahaja pulang daripada mesyuarat Charity's Dinner. "InsyaALLAH..", tenang sahaja saya menjawab. Padahal hati saya berbunga-bunga, melonjak gembira! ALLAH, redhailah usahaku yang sedikit ini :)

Moga ALLAH sayang Saidatina Aisyah
Moga ALLAH sayang Aisyah Humairah Najihah


Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya

Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya

Wednesday 28 April 2010 6:00 pm

Tuesday, April 27, 2010

Something to we concern about.. PALESTINE!





I can stop my tears watching these babies


I think all of you guys, should know what happen in Gaza now! No, no..! You all MUST know about it! Honestly, with my deep heart core, I want to say something. Yeah, what is happening in Palestine today, is actually a test for us all. Not a test for them, the Palestinians. Why do I say this?

Yes, they are very strong. Spiritually and even emotionally, they are really strong because they are always seeking the strength from their beloved God, The Most Merciful ALLAH. So, how can I say this is a test for us all, the peoples those who claim peace is a way of their life, always sovereign human rights, and whatever.

Have we felt they were also people, who also want to live and life with happiness beside their beloved family as the other people, always seeking for freedom and peace! Is our responsibility to help them, isn't we?

Absolutely YES and we MUST help them!
Surely with no doubt! Now I've been given some strength to write on an issue that quite 'hot' now, buzzing through the cyberspace. It is about...

LIFELINE FOR GAZA




What happen in Gaza now?


What is Lifeline For Gaza?


Lifeline For Gaza is the continuity of Viva Palestina 3 on 9th December last year, 2009. Let's visit LIFELINE FOR GAZA OFFICIAL SITE (MALAYSIA) and VIVA PALESTINA OFFICIAL SITE.


LIFELINE FOR GAZA in LOCAL NEWS





So touched looking at this cartoon (see : the two men hug each other)

Ask yourself! "What I've done to free Al-Quds and Palestine? How can I help them?" Did you want to be with the Palestinians, facing the Jews (La'natullah)? Honestly, I want so. But am I fully prepared? Oooo God, give me some strength to fight with them, HERE..!

But, all praise to The Most Merciful ALLAH, He give us (Malaysians) another opportunity. This' a golden opportunity. So, what do you think guys? Want to join with us? Or just prepared your eyes, just watching, watching and wait the others take your place in this opportunity?

Upcoming event at your local. Show your solidarity, you're disagree and not pleased with the cruelty in Palestine, in Gaza!

***********************************************************************************

Charity's Dinner of Life Line For Gaza
30 April 2010
Primula Beach Hotel
TERENGGANU DARUL IMAN


More information, click here

Interested? Contact them through hotline :-)
016-9803001 or 09-688088 or 019-9510101

***********************************************************************************

Palestine Prime Gathering
8 Mei 2010
Stadium Melawati Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN


More information, click here

* Important : No payment on the tickets. All is free for all ^_^

Interested? Let's us cheerish, tone up and rocked Melawati's Stadium. Don't come alone. Bring along your family, your friends, and the most important is bring your HEART along!

***********************************************************************************

Takbir...!!

Aisyah is in love for Palestine


May ALLAH love the peoples that care of globalization issues of Palestine
May ALLAH love Aisyah

May ALLAH love all of you

P/S - My condition getting worse. Please do pray for me.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Tuesday 27 April 20101:51 pm

Monday, April 26, 2010

Sakit bukan halangan..! Ini hanya ujian Yang Maha Esa!

Lifeline4Gaza merupakan usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusian ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada bulan April atau May 2010.

Projek ini diterajui oleh IHH dengan sokongan padu dari kerajaan Turki akan disertai relawan lebih dari 10 buah negara, termasuklah Malaysia, Turki, Ireland, Sweden dan juga Indonesia, yang mewakili pelbagai bangsa dan agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain.

Kita berharap untuk menghantar 2 buah kapal bagi menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap mereka yang ditindas Gaza.

Ayuh! Sahutlah panggilan rakyat Gaza yang sedang diganyang oleh Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka mebina semula segala yang telah dimusnahkan, dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras termasuk anda semua, menolak dan membenci kejahatan mereka.

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian seluruh pelusuk dunia, dan seterusnya rakyat Palestin terbebas dari kejahatan Zionis Israel.

2. Hulurkan bantuan bagi menyiapkan projek ini.

3. Sebarkan maklumat kepada setiap mereka yang anda kenali, tanpa mengira batasan bangsa, agama dan politik.

MORE INFORMATION

http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.ihh.org.tr/13572/en/

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=476370

http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249

* Sumber daripada ustaz yang dirindui (bila nak balik SMAKL ustaz), Ustaz Abu Ubaidah Musa (promote Damascene's Blog)

***************************************************************************

Baru sahaja tadi ustaz yang amat saya sayangi kerana ALLAH datang menjenguk ke blog saya dan meninggalkan pesanan di shoutbox yang amat berbekas di jiwa.

"Salam Ziarah. Semoga Allah tabahkan hati hadapi ujian ni.. And cepat2 sembuh.. "Kami perlukn tenaga muda utk Islam", kata-kata Ustaz Hadi masa ziarah Syria baru2 ni.."

Lantas setelah itu, terus saya menziarahi blog beliau. Air mata mencurah laju. Ustaz ada menulis tentang ni'mat kesihatan. Baca di sini. Ustaz Abu Ubaidah adalah ustaz saya, kem komanden saya sewaktu Kem Lepasan PMR 2009, juga komander kawad ketika saya kecil dahulu. Walaupun tidak pernah berguru secara formal di dalam kelas, tetapi peribadi beliau sungguh menjadi guru yang terbaik buat saya.

Saya sedari, sakit ini ujian ALLAH. Namun, ia bukanlah halangan untuk saya ber'amal Islamiy. Jangan kecilkan skop 'amal Islamiy itu.

Ya ALLAH, Engkau tahu apa yang terbaik buatku. Jika derita sakit ini yang terbaik, aku redha ya ALLAH. Jika maut yang terbaik untukku, Engkau permudahkanlah usahaku untuk menjadi hambaMu yang terbaik sebelum aku bertemu denganMu. Dan jika Doctor Aisyah menjadi gelaranku nanti, Engkau berilah aku kekuatan ya ALLAH.

Jumaat malam nanti, ada Makan Malam Amal Lifeline For Gaza 4 anjuran HALUAN Terengganu. Semestinya saya MAHU pergi. Mahu bertemu sahabat-sahibah saya yang juga membantu menjalankan projek besar ini. Cemburu melihat mereka semalam, nampak ligat untuk memberikan bantuan terbaik dalam projek ini.

Saya tunduk, terfikir. Saya MAHU sertai. Tapi, adakah ALLAH mengIZINkan saya?

ALLAH, Engkau tahu apa yang terbaik untukku.

Saya teringat entry saya pada 3 January 2009 lalu, bertajuk SMASKL Tercinta. Ada saya menulis untuk bumi Palestin.

# Special for Palestina

Maafkanku kerana hanya memandang dari jauh, hanya meratap dari jauh. Tapi, insyaALLAH dengan ilmu yang aku punya.. Aku akan tebus mu bersama sahabat-sahabat yang lain. Teruskan berjuang wahai penduduk Palestina. Sabar, kami akan menyertaimu. Sekarang mungkin hanya doa yang mampu aku panjatkan. Suatu hari nanti, dengan keizinan ALLAH. Kami akan menyertai saf Jihad kalian. Melempar batu ke arah kereta kebal besi. Melempar pensil tajam ke arah jet laju. InsyaALLAH. Kami ada bersamamu.....

(Mak dan Ayah saya antara penggerak Makan Malam Amal Life line For Gaza 4. Nanti mesti tiada orang di rumah, dan tiada orang yang boleh tengok-tengokkan saya. Juga saya tidak pernah ditinggalkan di rumah saudara-mara sejak kecil apabila ayah dan mak ada program sebegini. Jadi, firasat saya kuat mengatakan, saya MESTI boleh ikut serta. InsyaALLAH. Apa-apa pun, perancangan ALLAH adalah yang terbaik!)

ALLAH, berikanlah aku peluang..

P/S - Marilah semua! Jon turun padang. Tunjukkan keperihatinan kita kepada apa yang berlaku di Palestin. Mari! ALLAH sedang memberi peluang!

Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

Makan Malam Amal Talian Hayat Untuk Gaza - HALUAN Terengganu


Majlis Makan Amal Talian Hayat
GAZA PALESTINE

Tema :

Menerobos Tembok Kematian

Anjuran :

HALUAN Palestin

HALUAN Terengganu


Dengan kerjasama
HALUAN Malaysia


Tarikh / masa :

30 April 2010 ( Jumaat )

8.15 - 11.00 malam

Tempat :

Primula Beach Resort,
Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu


HALUAN Palestin akan menyertai Konvoi Kemanusiaan Talian Hayat Untuk Gaza 4 yang dianjurkan oleh Yayasan Hak Asasi Kemanusiaan, Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH Turki).

IHH turki menyasarkan untuk membawa bantuan kemanusiaan dengan 20 buah kapal yang akan melalui jalan laut Gaza dan usaha murni ini akan disertai oleh beberapa NGO antarabangsa termasuk dari Malaysia.


Majlis Makan Malam Amal Talian Hayat Gaza Palestin merupakan sebuah program anjuran bersama HALUAN Palestin dan HALUAN Terengganu dalam mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada penduduk gaza yang telah terpenjara untuk sekian lamanya.

Program tersebut akan diisi dengan persembahan multimedia isu Palestin dan persembahan nasyid .

Program


Bermula 9:00 malam hingga 11:00 malam
* Ucapan Aluan Pengerusi HALUAN Palestin Terengganu (Encik Mohd Jamil Muda)

* Ucapan Aluan Presiden HALUAN (Dr Haji Abdullah Sudin Abdul Rahman)

* Ucapan Pengerusi HALUAN Palestin (Tuan Haji Noorazman Shamsuddin)

* Jamuan dan Persembahan Nasyid


* Sumber daripada kakak yang selalu menguatkan, Kak Nur Afifah Zaki (promote Sakinah 'Imniyyah)


Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

Perhimpunan Perdana Palestin - 8 Mei 2010

Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian


Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik

- Persembahan Nasyid & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan

- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air

Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda

Kutipan dana akan turut diadakan

Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Nasyeed.com
* Mu'adz.com

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.lifeline 4gaza.org

603 7846 4146

info@lifeline4gaza. org

Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

*~Luahan Hati~*


Apa yang berlaku di Palestin bukanlah isu semasa yang ceritanya berkala dan bermusim. Tetapi ujian yang menimpa palestin adalah isu umat islam diseluruh dunia yang tidak pernah berkesudahan sehinggalah Palestin dan penduduknya dibebaskan daripada belenggu Zionis Israel. Sejauh mana kita mengambil tahu dan kisah, semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab dan kasih serta cinta kita kepada mereka.

Tidakkah kalian perasan bahawa ujian yang dihadapi penduduk Palestin, seakan Allah menjadikan mehnah itu sebagai sumber untuk mereka mengutip pahala dan gelaran syahid fi sabilillah. Mereka di sana berjuang sehabis tenaga, sekudrat upaya untuk mempertahankan Al-Quds. Sedangkan kita? Kita masih seperti ini. Tiada peningkatan diri malah tidak sanggup untuk berkorban wang ringgit walaupun sedikit demi Palestin.

Masih belum terlambat untuk saya memperkenalkan aktiviti penting yang berkaitan dengan Palestin. Ia adalah kempen Talian Hayat Untuk Gaza yang sedang hangat dijalankan seluruh dunia atau dikenali sebagai LIFELINE 4 GAZA. Kempen ini mensasarkan RM10 juta yang akan diperuntukkan untuk Palestin dengan menggunakan kapal sebagai pengangkutan utama.

Justeru, saya mengajak diri saya juga kalian semua untuk sedia berkorban sedikit wang ringgit demi rakyat Palestin. Di sana bayi-bayi menangis kelaparan, kanak-kanak yang hidup melarat dan menderita, pejuang-pejuang yang tiada bekalan ubat untuk dirawat juga ibu-ibu yang hilang sumber pendapatan apabila syahidnya sang bapa.

Ke mana hilangnya sifat kemanusiaan, simpati, empati dan kasih kita kepada mereka? Mahukah kita derita ini berterusan dan berpanjangan?

Aneh juga apabila kita mampu untuk menghadiri program dan berkempen untuk Palestin, namun kita masih tidak mampu mentarbiyah hati dan diri untuk mengeluarkan duit walaupun sesen untuk mereka.

Cukupkan keperluan hidup mereka dengan duit infak kita, nescaya Allah akan mencukupkan kehidupan kita. percayalah.

Sebelum kapal-kapal berlepas, sebelum peluang untuk berinfaq terlepas, maka berinfaqlah dengan hati yang ikhlas di..

Nama Akaun: Tabung Haluan Palestin

Nombor Akaun: 5-644-902-085-28

Bank: Maybank Berhad

ALLAHUAKBAR!

* Sumber daripada kakak yang disayangi (bila nak jumpa kakak), Kak Afeefah Saalihah Zainal Abidin (promote .:el youmiyah ley afeefah:.)

Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

Apa itu Lifeline For Gaza 4



Solat Hajat Perdana


Inilah dia kapal yang dibeli IHH

Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Kepungan

Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di dunia. Tembok yang setinggi 8-12 meter dan sepanjang 850 km itu menjadi senjata utama Rejim Zionis untuk “membunuh” penduduk Gaza serta mencengkam mereka secara perlahan-lahan. Tembok itu telah digunakan untuk menghalang kemasukan bahan-bahan keperluan asas kehidupan termasuk makanan, minyak, bahan perubatan dan lain-lain. Gaza tidak hanya menjadi penjara terbesar tetapi hak untuk hidup rakyat Gaza juga telah dinafikan. Zionis ganas ini telah menggunakan kekuatan lobi mereka untuk menyekat dan melaksanakan embargo ke atas Gaza dengan dokongan Amerika Syarikat, Britain dan kuasa-kuasa besar dunia.

Tidak cukup dengan embargo dan Tembok Kematian, pihak Zionis juga telah menyerang Gaza pada 27 Disember 2008 selama 23 hari. Serangan yang amat brutal itu telah menggunakan senjata-senjata terlarang seperti bom fosforus, peluru uranium dan lain-lain. Mereka telah menggugurkan lebih daripada 1.5 juta kilogram bom dari semua arah iaitu daratan, lautan dan udara.


Hampir keseluruhan infrastruktur utama bandar Gaza hancur. Banyak bangunan-bangunan penting seperti pusat pentadbiran kerajaan, hospital, universiti, masjid, gereja, sekolah, janakuasa elektrik, bekalan air bersih dan lain-lain telah hancur akibat serangan rejim Zionis tersebut yang jelas telah mensasarkan keperluan orang awam. Kapal kargo, Gazze yang baru dibeli oleh IHH dengan harga USD 850,000 dan berkapasiti 3150 tan.

Misi

Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-4 iaitu Lifeline4Gaza selepas kejayaan misi ke-3 konvoi Viva Palestina. Ia merupakan satu usaha besar-besaran yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 20 buah kapal dan bot.


Kempen ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-2 lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.


Konvoi ini amat penting kerana sekiranya ia berjaya maka kapal-kapal tersebut akan digunakan untuk menghantar semua barangan keperluan Gaza dari semasa ke semasa. Ini bermakna sekatan embargo Israel ke atas Gaza akan terangkat walaupun Tembok Kematian Israel masih berdiri utuh. Lifeline 4 Gaza mensasarkan untuk mengutip RM 10 juta bagi membiayai pembelian kapal,kargo, dan barang keperluan yang akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa keganasan Israel di Gaza.

Apa peranan kita?

1. Hulurkan sumbangan. Bantuan kewangan dan segala bentuk derma merupakan keutamaan ketika ini.

2. Sebarkan maklumat mengenai misi ini kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Dengan kemajuan teknologi hari ini, penyebaran maklumat menjadi perkara yang amat mudah.

Untuk mereka yang berada di Malaysia, sumbangan boleh disalurkan kepada mana-mana NGO yang bergabung di bawah Lifeline 4 Gaza, atau terus ke akaun bank Lifeline 4 Gaza:


Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Nombor akaun: 5-644-902-085- 28
Bank : Maybank Berhad


Diharapkan usaha seperti ini akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan, dan yang lebih penting dapat menginsafi nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

* Sumber daripada kakak yang menjadi inspirasi, Kak Sumayyah Musa (lama tak jumpa) - (promote
:::Syaheed Awwal:::)


Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

Sunday, April 25, 2010

Oooo God, gimme some strength..

"Doktor bagi Aisyah MC ya. Berapa hari Aisyah nak?"

Saya ternganga, berapa hari saya nak??!!

"Entah lah doctor. Kalau tak MC tak boleh ke?"

Dalam kepala saya terbayang buku-buku, especially buku Chemistry. Mid year term dah dekat ni. Aisyah, macam mana??

"Mana boleh, awak ada rasa lenguh-lenguh, tak larat, or backpain?"

Hati saya menjawab, semestinya YA!

"Ada lah juga..."

Saya melarikan mata daripada pandangan Doctor Syamsiah, doktor di sebuah klinik swasta, juga yang telah saya kenali lama.

"Doktor bagi MC seminggu ya?"

Hahhhh???!!! Statement yang benar-benar buat saya terkejut. Saya mula terawang-awang. Dah 2 minggu tak ke sekolah. Nak tambah seminggu lagi?

Allah, kuatkan aku.

Ketika itu, Doktor Syamsiah sedang menerangkan penyakit saya ini. Tapi, saya sudah tidak fokus. Jadi, sampai sekarang saya masih belum tahu banyak tentang penyakit ini.

Kejadian ini berlaku pada Khamis malam yang lalu. Masuk sahaja ke dalam kereta, saya maklumkan tentang ini kepada insan-insan pilihan Kekasih Hati (read : baca post sebelum ini), minta mereka doakan.

Saya, adik, dan mak singgah ke kedai makan. Saat ingin memesan makanan, saya terdiam. Tidak tahu hendak memesan apa. Daging, ayam, telur, minyak, seafood semuanya termaktub dalam pantang larang. Akhirnya saya cuma memesan nasi dan sup sayur.

Saya termangu seketika, sekejap sahaja ALLAH mahu menarik nikmat yang telah Dia berikan. Dahulu, bab makan-makan ni saya lah yang paling berselera. Sekarang, selera itu ada, malah bertambah-tambah, tapi ALLAH izin begini pula jadinya.

ALLAH, kuatkan aku.

Pulang sahaja ke rumah, saya terus ke bilik. Hakikatnya memang saya amat lemah ketika itu. Melihat mereka yang tidak jemu malah makin erat memberi semangat, saya diruntun rasa bersalah. Bersalah kerana menghadirkan kebimbangan dalam jiwa mereka untuk saya. Mereka juga ada sesuatu yang lebih besar untuk difikirkan, dilaksanakan.

Malam itu, saya menangis sehabis mahu...

Saat merasai kematian itu hampir, saya mula gelisah. Baru hendak tergeladah, amalan tak cukup lagi, dosa dengan manusia belum lagi selesai, sudah langsaikah hutang-hutangku?

Juga mula membayangkan keadaan diriku dalam kain kapan. Terbayangkan sahabat-sahibah di samping keranda, imbas muka cukup sempurna aku laksanakan.

ALLAH, kuatkan aku.

Rasa tidak mampu lagi untuk hadapi semua ini. Sesempurna mana saya bayangkan, saya tahu, penyusunan ALLAH lebih baik. Jika ALLAH takdirkan saya membuntuti jejak langkah Arwah Hadi (Late 6th Gen SMAKL and 3rd Batch SRIQ), aku redha ya ALLAH..

Malam itu juga saya ditemani seseorang yang amat saya hargai kehadirannya dalam hidup saya. Syukur ya ALLAH hadiahi aku hambaMu yang benar-benar sayang kepadaku.

"..........ana asyik pkirkan aisyah je.pkir aisyah y sakit.aisyah y kne jupe mudir,nangis lg ke aisyah tu...aisyah yang tgh blaja,meja dy lapik ngan sjadah..........."

(read : setiap kali saya baca "meja dy lapik ngan sjadah" saya akan menangis, mungkin kerana terharu ada yang care saya sebegini rupa)

Pukul 2 pagi sudah, air mata saya belum berhenti mengalir. Saya langsung tidak larat untuk bangun. Virus ini mengganas nampaknya. Saya bersyukur kerana virus ini cuma menyerang fizikal saya. Yang dibimbangi virus Jahiliyyah yang menyerang hati ini.

ALLAH, jagalah aku.

Pukul 2.15 saya sudah mula terlena. Saya sudah pasang alarm Pukul 3 pagi, saya perlu makan ubat ketika itu. Namun, penyusunan ALLAH adalah yang terbaik, saya hanya terjaga pukul 4.30 pagi. Lalu cepat-cepat saya bakar roti 2 keping, makan dan telan ubat. Saya termenung, sampai bila agaknya saya mahu begini?

Hari ini hari Jumaat. Saya bersiap-siap ke sekolah untuk sesi Ijtima', bersemangat sangat sebab mahu jumpa sahabat-sahibah saya. Saya sudah mula kerinduan. Baru 24 jam (Rabu malam+Khamis siang) bersama mereka, dah dapat MC, seminggu pula tu. Bagaimana ya nak hadapi seminggu tanpa sahabat-sahibah yang saya sayangi?

Dalam perjalanan ke sekolah, kami singgah di pasar Rusila, Marang. Saya sudah bekalkan roti dan air kotak soya (Soy Milk is my favourite), lalu terus menuju ke tikar makcik saya. Ada ceramah di situ.

"Angah, nampak macam sihat. Ok dah ke?"

"Sihat je, cuma dapat MC seminggu, kih kih.."

Saya tersenyum. Sepupu-sepupu saya menggelengkan kepala. Ya, saya memang teramat sihat di mata orang mungkin. Saya main-main dengan sepupu kecil saya, Hazimah namanya. Baru sahaja 10 bulan. Comel! Melihat baby-baby ini, rasa bahagia, ya mereka tiada dosa, masih suci bersih. Moga sakitku ini juga sebagai kifarah dosa. Sama juga melihat binatang-binatang, tenang sahaja melihat mereka kan?

Kami bergerak ke sekolah. Sampai di persimpangan ke sekolah, saya melihat gerombolan manusia di bawah atap yang bergerak.

"Ayah, budak SMAKL ke tu? Diorang bawa apa tu.."

Sampai sahaja dekat, saya terus membongkokkan diri. Ya saya tahu sahabat Tingkatan 5 mesti ada dalam projek relawan begini. Segan daa sebab selalu balik rumah. :)

"Dik, amik gambar. Angah nak tunjuk kat IKHLAS (Ikatan Lepasan SMAKL) nanti.."

Saya hulurkan handphone kepada adik saya.

Click!

Saya ke kelas. Bertemu Atiqah, sahibah kesayangan saya.

"Assalamualaikum..."

Atiqah mengangkat kepala. Sahabat menoleh. Saya lemparkan senyuman buat Atiqah.

"Atiqah, tak de kelas eh?"

"Entah, cikgu tak datang.."

"Alhamdulillah, tak rugi la ana.. Hehe. Tiqah, anti kena tengok ni!"

Saya keluarkan handphone saya dan tunjukkan kepada Atiqah video dan gambar yang adik saya ambil tadi.

"Oh, patutlah Fatmi dan Shaatibi lesap. Tolong angkat rumah baru rupanya. Haha. Syah, doktor cakap apa semalam..?"

"Tiada apa-apa, cuma dapat MC seminggu hehe.."

"SEMINGGU..???!! Anti sakit apa?"

Saya tersenyum lalu menitiskan air mata. Sahabat di hadapan senyap membatu. Saya sudah tidak mampu menahan dan menanggung sendiri. Mereka juga terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri.

Saya pasang lagu Maher Zain di handphone saya untuk alih perhatian mereka. Ya, student Tingkatan 5 2010 amat minat lagu Maher Zain :) sehinggakan mereka memanggil Maher Zain, Abang Maher. (tersenyum kini, teringat gelagat sahabat-sahabat menyanyikan lagu Maher Zain ramai-ramai).

Atiqah menggosok belakang saya, lalu saya ceritakan kepada Atiqah tentang sakit saya, minta dia doakan dan rahsiakan. Atiqah membantu saya kemaskan barang-barang. Buku-buku semua saya angkut. Rasa sayu juga, lama sudah tidak berada di dalam kelas.

Tiba-tiba saya ternampak sebekas coklat yang saya bawa Rabu malam hari itu dari rumah.

"Haaa, yang ini penting sekali. Mesti bawa balik.."

Saya layangkan coklat itu di hadapan Atiqah.

"Yang ini mesti tinggal kat sekolah. Ingat coklat, ingat Aisyah..!"

"Yela-yela, amik je.."

"Just kidding Aisyah! Wat balik k.. Anti ni memang tak boleh dibawa bergurau."

"Memang, saya kan budak matang."

Saya mengenyit mata, lalu Atiqah tarik hidung saya.. (Wah, rindunya!)

Saya bahagikan coklat itu. 18 biji untuk sahibah, 22 biji untuk sahabat. Sekadar merasa. Kek coklat itu kek Muizz, dia berikan kepada sahibah sempena Hari Lahirnya 17 April lalu. Moga semakin matang ya, Muizz.

Sudah 9:45 pagi, Ijtima' akan bermula Pukul 10 nanti. Saya ke sana bertemankan Atiqah. Bimbang kena denda nanti :)

Kebiasaannya, saya akan berada di hadapan sekali, bersama makcik-makcik. Tapi kali ini, saya mahu berada di belakang. Saya meneropong satu-persatu wajah yang boleh temankan saya.

Yes, Kak Afifah ada! (Promote blog Sakinah 'Imaniyyah)

Saya berada di sebelahnya, bersebelahan juga dengan ustazah tercinta, Ustazah Masyitah bersama anak-anaknya, Mujahid 'Aqif and Baby Aliya Maritha. Bersembang dengan ustazah, bermain dengan Mujahid dan Baby Aliya yang baru berusia 40 hari.


Usai Ijtima', saya ke kelas kembali. Mengemaskan barang-barang dan masukkan ke dalam kereta. Hawa menyapa saya.

"Syah, balik lagi?"

"Aah, bubbye ye sume. Saya MC seminggu."

"Ya ALLAH, anti sakit apa? Kami semua bimbang tau.."

Sahabat-sahibah yang ada di dalam kelas ketika itu senyap menunggu jawapan.

"Agak-agak?"

"Kenapa mata anti bengkak tuu"

"Hihi, ada lah.. Biarlah rahsia. Secrets make woman woman. Assalamualaikum semua.."
(bengkak sebab menangis semalaman ^_^ )

Sahabat ke kereta saya, bersalaman dengan ayah saya. Saya garu-garu sahaja kepala. Tak tahu nak bereaksi apa. Saya tersenyum.

"Ketua, kirimkan Salam 'Always Be There' ana buat Form 5.."

Muizz mengangguk-angguk . Sahabat-sahibah saya semuanya masih belum ketahuan, masih lagi kebingungan. 3 minggu Aisyah tak ke sekolah memang perkara luar biasa.

Saya tutup pintu kereta, menoleh ke belakang, melihat sahabat-sahibah saya melambai. Saya tersenyum lalu menoleh ke hadapan kembali. Air mata menitis lagi.

ALLAH, kuatkan aku.

Sampai sahaja di rumah, saya terus menuju ke bilik. Penat yang teramat. Rasa sesak nafas. Dah betul-betul jadi puteri lilin saya. Ingat lagi dahulu, sahibah-sahibah saya pernah memanggil saya puteri lilin.

Dan hakikatnya memang saya tidak boleh berpanas. Saya pernah kemalangan dahulu. Tapi sejak kecil sehingga sekarang, setiap kali kem atau rehlah, apabila AJK Keselamatan ingin mengambil nama mereka yang ada masalah kesihatan, saya endahkan sahaja.

Lagipula, saya tidak pernah dapati apa-apa kesan yang teruk setelah saya beraktiviti lasak khususnya Jungle Trekking. Sejak Kem PeWaris 5 Mac lalu, saya mula sedar badan saya tidak boleh dijemur matahari.

Aktiviti Urban Ekspedisi begitu menyeronokkan, tapi pulang sahaja dari Bandar Kangar, saya bagaikan mahu pitam. Tapi bertahan sahaja. Saya bertahan hingga ke malam. Malam itu saya tidur, tak sedarkan diri. Bila ditanya, "Ana sakit kepala" itu sahaja jawapannya. Tiada siapa pun tahu ketika itu.

Namun, kini saya perlu akui, saya tak boleh berpanas, lasak-lasak, kena banyak hati-hati. Saya tak mahu susahkan orang lain. Mula terbayang-bayang.. Amal Islamiy? Medic? Sempatkah aku menyumbang tenaga dalam kebangkitan ummah?

ALLAH, kuatkan aku.

Sepanjang Jumaat itu, saya tidur sepanjang hari. Daripada Pukul 12 tengahari sampai Pukul 5.30 petang. Ya, saya terlepas Solah Zuhur.

Saya cepat-cepat bangun dan solah. Usai solah, saya menangis.

"Allah, baru sedikit Kau uji aku. Tapi aku sudah meninggalkan ibadah fardhu..."

Saya merintih sendirian. Saya teringat ubat yang perlu saya makan setiap 5 jam. Saya ke dapur. Panaskan nasi, panaskan lauk, panaskan ikan goreng. Rumit. Saya memang tak boleh makan makanan sejuk.




Usai makan, saya kemaskan bilik saya. Walaupun penat, saya gagahkan jua. Berselerak itu bukan cara hidup saya. Saya tukarkan cadar, saya sapu, saya lap, saya mop. Lega..


Saya minat PINK ke sekarang?? Oh tidak HIJAU masih menjadi pujaan.


Malam itu saya tidur dengan tenang. Sebelum tertidur, saya ada menghantar mesej kepada Ahli Jawatankuasa dan Peserta Hijrah Menara Gading 2010.

Jalan ini jalan para muliawan. Jangan rasa lemah!
Sama-sama memperingati, Jalan Dakwah wa Tarbiyyah bukanlah jalan yang senantiasa ditabur bunga, direnjis air mawar.
Bukan juga jalan yang membuatkan kita tersenyum sentiasa.
Ia merupakan jalan yang punya batuan, duri, malah di sepanjang perjalanan ada sahaja bertembung dengan masalah yang ALLAH titipkan sebagai ujian.
Adakah benar-benar kental iman kita untuk menghadapi ujian tersebut?
Meskipun begitu, yakinilah!
Hanya ini jalannya yang membuatkan kita tenang pabila sampai di penghujung perjalanan nanti.
Yang menghadirkan sekuntum senyuman saat melangkah kanan ke syurga Firdausi.
Salam Perjuangan daripada Aisyah Ulya buat Committee dan Peserta HIMEGA 2010.
Moga kalian beroleh SESUATU di penghujung saat HIMEGA tamay nanti.
Doa kaliam amat ana butuhkan kini.

Alhamdulillah. Hari Sabtu kemudiannya juga saya jalani dengan tenang. ALLAH telah kuatkan jiwa saya. Alhamdulillah. Syukran kepada semua yang menemani Aisyah ini.



Saya banyak habiskan masa di rumah dengan mengemas dan membaca. Saya akan mulakan sesi pembelajaran mengikut jadual sekolah.


Semalam saya tidur awal dengan hajat ingin bangun Pukul 12 malam untuk makan ubat. Tapi, ALLAH izin saya tak terkejut langsung, walaupun 3 orang cuba call dan message saya. Sehinggakan saya bangun Pukul 4.30 pagi tadi, ada 17 misscalls dan 8 message :)

Pagi tadi saya menggagahkan diri mengikut ayah saya ke masjid. Sedih bertamu, masjid sunyi sahaja. Mana entah perginya syabab-syabab di kampung ini? Dahulu ketika saya kecil, ramai seusia saya pergi ke masjid. Aisyah, you must transform it..!

Pulang dari masjid, saya terus jalankan tugasan saya sebagai kakak dan adik yang berwibawa. Saya kejutkan abang dan adik perempuan saya. Thanks to spray make my work easier :)

Kemudian, saya membuka warkah Kekasih Hati menyelak satu-persatu. Saya membaca Surah Al-Kahfi. Saya menangis...

Saya gosokkan dada saya..

Nafas saya tersekat-sekat. Saya tidak dapat pun habiskan satu baris ayat Al-Quran. Sampai separuh baris, saya sudah tercungap-cungap.

Saya cuba lagi. Tak dapat..

Saya menangis semahu-mahunya. Saya mula berdoa kepada Allah, dan ceritakan kepada insan-insan yang saya sayangi.

Saya sedar, ALLAH sedang menarik nikmat yang Dia anugerahkan kepada saya satu-persatu. Saya sedar itu. Amat-amat sedar. Saya cuba senyum. Kemudian, dicapainya Mathurat, saya baca di dalam hati sahaja. Air mata menitis, satu persatu gugur di atas Al-Quran. ALLAH, kuatkan aku.

Saya cuba menguatkan semangat. Hari ini saya perlu belajar, dan sebelum itu, saya perlu bersihkan meja saya. Saya gunakan mask kerana saya teramat alah dengan debu dan habuk. Sedikit sahaja bekerja sudah penat. Saya geleng-gelengkan kepala. Macam mana Aisyah ni, asyik penat..

Dan saya mula buat jadual.. Inilah hasilnya..










1. Sedang menggembirakan hari dengan kata-kata sendiri
2. Jadual Waktu Persekolahan 5 Ibnu Sina SMAKL 2010
3. Subjek di SMAKL




Jadual saya



Ubat saya






Allah sudah menarik nikmat saya satu persatu. Saya mula berkira-kira, bertanya-tanya apakah sudah tiada peluang langsung untuk saya bantu agama ALLAH, adakah mampu aku menyandang gelaran Doctor Aisyah nanti? ALLAH, kuatkan aku.


Kalian? Adakah melihat saja? Ambillah 'ibrah dan pengajaran ya!

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang 10 insan pilihan Kekasih Hati yang banyak membantu saya kini

Moga ALLAH sayang kalian

P/S - Sedang mendengar Always Be There - Abang Maher. 9 hari tanpa sahabat-sahibah di sisi, mampukah aku?

P/S - Saya ada 99 orang follower. Siapa mahu menjadi yang ke-100? :)

P/S - Sebulan lagi birthday Abang Naim dan Ustazah Maisarah dan bermakna lagi 29 hari birthday saya.

ALLAH, kuatkan aku.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 25 April 2010 2:35 pm