* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 19, 2010

Allah, kuatkan aku..

Aisyah telah menghitung tarikh lahirnya dalam tahun Islam.
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 2 Zulhijjah 1413 Hijrah iaitu jatuh pada hari Isnin.

Maksud : Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini,... haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Sifat : Jika anda jahat, anda akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, anda akan menjadi terlalu baik. Anda sering mendapat padah hasil dari perbuatan sendiri. Anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana anda tidak dapat memberikan garis pemisah, anda sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatan anda itu. Anda seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.

Abaikan yang SIFAT itu.. Jangan gadaikan aqidah anda semata-mata mempercayai horoskop ini. Cuma take note Hari Lahir saya dalam Hijrah itu :)

Sejak Isnin lagi saya terasa untuk menulis sesuatu di sini. Ya, di sini! Medan yang kadang-kadang memberi saya seribu malah sejuta kekuatan. Medan yang kadang-kdang tempat muhasabah dan koreksi diri. Medan berkongsi bersama sahabat. Medan saya menoleh ke memori indah (pahit pun ada) sambil mengambil seribu pengajaran daripada kenangan tersebut.

Ya, saya amat akui. Fitrah manusia mengatakan manusia amatlah lemah malah perlu akan sesuatu untuk bergantung. Maka siapakah yang selalu kita cari apabila masalah bertimpa-timpa hadir dalam hidup kita?

Kalau saya, memang Kekasih Hati yang dicari dahulu. Bukan niat untuk pamer kebanggaan, namun ingin menonjolkan rasa izzah, nikmat dan kepuasan apabila kita menghubungi Allah setiap masa. Daripada dahulu sehingga sekarang, saya memang dididik supaya tenang menerima masalah.

Tapi, kadang-kadang fitrah dhaief ini hadir, lalu membuatkan saya lupa seketika bahawa Kekasih Hati itu sentiasa ada untuk saya. Dan kini saya akui saya perlukan seseorang selain Kekasih Hati untuk mengadu. Ya, ini juga fitrah manusia..

Tapi, masih lagi hadapi kesukaran. Saya seorang yang 'happy go lucky' (ye? agaknya lah), jadi agak sukar untuk saya temui seseorang yang mampu saya luahkan masalah hati. Namun, lama-kelamaan Kekasih Hati hadirkan beberapa orang (dalam 10 orang mungkin) untuk temani saya hadapi sama-sama masalah ini.

Tapi, belum juga selesai. Saya jenis cepat rasa bersalah, dan tak suka susahkan orang. Maka, jaranglah saya ceritakan masalah saya kepada mereka yang Kekasih Hati pilih tadi. Hanya tinggal beberapa orang yang saya rasa mereka boleh uruskan emosi dan masalah mereka dengan baik, dan hanya orang-orang ini (hanya dua orang atau seorang sahaja - kurang pasti sebenarnya) saya akan ceritakan masalah apa yang menimpa saya.

Pernah sahibah saya bertanya, "Mak ayah anti tahu tak ni?" Lantas saya menjawab, "Masalah ummah lagi perlu mereka fikirkan."

Ya, saya tidak mahu menyusahkan mereka. Sudah terlalu amat menyusahkan mereka dengan sakit saya ini. Sakit apa? Biarlah rahsia...

Kadang-kadang ada juga yang mengatakan, "Nanti lagi susahkan mak ayah la.. Baik bagitahu." Saya cuma diam. Saya akui, tak pernah langsung terlintas untuk meluah masalah ini kepada mak ayah saya. Macam saya nyatakan tadi, masalah saya jauh lagi kecil daripada masalah ummah yang lagi menuntut mereka fikirkan.

Jadi, saya masih lagi setia dengan seorang atau dua insan terpilih daripada pilihan Kekasih Hati tadi.

Tapi, timbul lagi masalah. Disebabkan 'happy go lucky' saya ini, apabila saya menalifon sahaja mereka, masalah itu seakan-akan hilang begitu sahaja, terbang bersama suara mereka. Jadi, saya akan bersembang-sembang dengan mereka tentang perkara lain. Perkara yang membuatkan saya dan mereka gembira. Saya senyum. Saya gelak. Seakan-akan saya langsung tiada masalah dan bahagia.

Cuma pernah sekali sahaja saya menalifon seorang yang bukan dalam kalangan seorang atau dua insan terpilih daripada pilihan Kekasih Hati, saya menangis. Saya menangis dan langsung tiada kata yang terpacul keluar daripada mulut ini. Saya menangis mungkin kerana dia seorang perempuan.

Ya, saya ada satu sikap. Saya paling anti menangis di hadapan lelaki. Lebih tepat saya katakan, saya paling tak suka lelaki dengar saya menangis.

Dan sejak itu, saya tidak pernah menalifon dia untuk ceritakan masalah. Sekadar untuk bertanya khabar itu selalu. Biarlah tangisan saya di iTalk public phone hari itu yang pertama dan terakhir sepanjang hidup saya di SMAKL. Tambahan pula, kisah saya menangis di public phone tersebar dalam kalangan sahabat Gen 4, kerana kedudukan telefon awam sahibah itu berhampiran dengan laluan mereka dari surau ke kelas.

(Pelik kan? Mereka yang pernah ke sekolah saya mesti tahu di mana letaknya public phone itu.)

Disebabkan ini, saya selalu meronta-ronta hendak pulang ke rumah, saya cuma boleh sms semua masalah tadi dan ceritakan kepada seorang atau dua insan terpilih daripada pilihan Kekasih Hati tadi. Dan mungkin saya ada keterikatan yang kuat dengan badan saya, setiap kali saya ada masalah, maka tempat yang saya sakit itu mula menjalankan tugas.

Jadi, inilah sebabnya saya berada di rumah kini. Saya tenang kini. Kenapa tenang? Ya, banyak peristiwa tarbawi yang berlaku di rumah membuatkan saya tegar. Saya sudah pulang ke rumah sejak tengahari Ahad lalu. Ya, sudah 4 hari tidak ke sekolah. InsyaALLAH, pelajaran itu akan sempat saya cover. InsyaALLAH. Kekasih Hati, kuatkan aku.

Ahad malam lalu, mak saya ke sekolah kerana ada program bersama pelajar-pelajar. Saya kirimkan salam saya buat sahibah-sahibah dan memesan agar jangan lupa ambil buku karangan saya daripada Siti atau Atiqah. Banyak karangan yang perlu disiapkan.

Malam itu, pukul 11:30 baru mak pulang. Nampak mak keletihan. Yalah, ulang alik dari sekolah dan tempat kerja siang tadi semata-mata saya. Kemudian pulang ke rumah pula. Malam, terpaksa ke sekolah pula. Saya mula rasa bersalah. Jaraknya bukannya dekat. Dalam 20 minit perjalanan ke sekolah saya dari rumah, dan 10 minit ke tempat kerja daripada sekolah.

Sesampai sahaja di rumah, mak menghulurkan buku karangan tersebut. Saya menyelak-nyelak buku, lalu terperasan ada satu sticker. Saya membacanya, lalu rasa sebak. Siti telah menulis pesanan untuk saya. Prihatin dan sayangnya Siti kepada saya. Allah, sayangilah dia jua.



Lantas setelah itu, saya siapkan karangan tersebut. Malam itu, saya berjaya siapakan satu daripada 3 karangan dan saya ke katil tepat pukul 12 malam. Namun langsung tidak dapat melelapkan mata. Saya capai helaian kertas tentang Khalifah Umar Abdul Aziz yang baru sahaja saya print.

Saya baca kemudian saya keluar bilik dan mencari di rak milik keluarga saya, mencari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Sengaja mahu menelaah kembali. Saya membaca satu persatu dan ayat-ayat Quran yang dinyatakan saya baca satu-persatu hinggalah saya terlena.

Esoknya, saya bangun pada 4:30 pagi (selalu bangun awal di rumah) dan saya kemaskan bilik saya. Ayah mak saya sudah bersiap ke surau. Mahu sahaja ikut serta, tetapi ada halangan. Lain kali sahajalah. Saya tolong kemaskan buku adik saya. Berselerak.

Adik saya dah ke sekolah. Mak ayah saya juga. Saya mula kebosanan. Kerja sekolah sudah disiapkan. Handphone saya tidak tahu letak di mana. Saya sign in di Yahoo Messenger dan Blogger dengan harapan seorang atau dua insan terpilih daripada pilihan Kekasih Hati turut online.

Hampa, mereka tiada di sana. Tapi, Kekasih Hati hadirkan pula seseorang daripada 10 pilihan Kekasih Hati tadi. Saya ceritakan kepadanya..

Air mata laju menuruni pipi saya. Ya, memang saya amat lemah ketika itu.

Kemudian, saya undurkan diri, invisible kan YM saya. Saya menjejak ke Pewaris.Net dan Facebook. Saya abaikan Facebook. Ya, sudah lama saya tidak hiraukan Pewaris.Net, mungkinkah kerana terlalu aktif berfacebook?

(Aisyah, muhasabah sendiri!)

Saya ke ruangan comment di laman saya dalam Pewaris.Net, lalu saya dapati ada dua insan yang menghantar comment. Kedua-duanya lepasan sekolah saya. Daripada adik Fatin Nur Aliya dan Abang Saeed Zubair. Sudah lama comment ini dihantar. Tapi akibat kealpaan saya, inilah jadinya.

Tapi, ada hikmahnya Kekasih Hati susun begini. Ketika saya lemah dan butuh akan nasihat, Kekasih Hati hadirkan kata-kata tarbawi melalui teman-teman sekeliling. Terima Kasih Kekasih Hati.


Hari semalam saya habiskan masa dengan membaca kembali semua entry saya di blog Aisyah Ulya ini. Benar, saya bagaikan disuntik semangat. Kemudian saya ziarah rumah sepupu saya hanya 2 minit bermotor, abang saya hantarkan. Melihat saudara-saudara saya juga menjadi penguat semangat.

Makcik saya berikan air solah hajat yang dibacakan doa penerang hati. Alhamdulillah. Melihat wajah sepupu-sepupu saya dan berkongsi cerita dengan mereka, menjadikan saya lebih kuat insyaALLAH.














Subuh tadi, ayah saya bersuara, "Malam ni pergi sekolah ya Angah..". Saya diam, lalu mengangkat bahu. Ayah saya lantas memberi nasihat. Dan diakhiri dengan kata, "Nanti Angah pergi sekolah, mudir nak jumpa.."

Saya tersentak, lalu menggugurkan air mata. Ayahanda memang terlalu amat ambil berat terhadap pelajar-pelajarnya.

Saya menuju ke katil lalu menangis lagi..

"Aisyah, ramai yang sayang kamu.. Jangan bimbang!"


Saya bermonolog sendiri. Ya, benar! Saya kini terlalu rindu akan sahabat-sahibah saya, adik-adik saya, kelas saya, surau saya, ayahanda saya, ummi Sal saya, tetapi..... Herm, biarlah rahsia.

Saya on PC dan terus buka Blogger dan YM. Saya dapat kekuatan untuk berkongsi di sini. Handphone juga sudah saya temui Pukul 8 pagi tadi. Semacam satu tanda saya sudah bersedia ke sekolah kembali.

Saya on sahaja handphone, banyak miscall daripada public phone sekolah. Tak lain tak bukan mesti sahibah-sahibah saya.

Sedang saya menulis entry ini, dalam Pukul 10:50 tadi, Bazilah telefon saya. Mereka sedang rehat pagi. Rasa terharu dan agak terhibur. Mereka doakan saya dan selalu bertanya bila saya mahu pulang ke sekolah. Usai sahaja letakkan ganggang telefon, handphone saya berbunyi lagi. Sarah rupanya.

"Cah, kenapa tak dapat call pagi tadi? Lama lagi ke kat rumah? Rindu tau. Sunyi je kelas tak ada awak. Putera pun macam runsing je tak ada awak..."

Sempat sahaja Sarah mengusik. Lantaran syilingnya tidak mencukupi, perbualan kami terpaksa ditamatkan. Ya, saya ada mendengar suara riuh di belakang Sarah. Semacam mereka berebut mahu bersembang dengan saya. Nanti rehat tengahari, saya sudah janji akan telefon mereka di iTalk. Tak sabar rasanya.

Kekasih Hati, kuatkan kami, kerana hakikatnya masalah yang saya hadapi juga masalah mereka. Masalah yang perlu kami tanggung bersama dan perlu kami selesaikan sebelum kami graduate daripada sekolah kami yang tercinta!


(Gambar setelah Explore Science-Islamic Science Day 2 2009-Committee-Not in the picture : Atiqah)


Best..!

Kebetulan tadi bekas ustaz saya (walaupun tak pernah mengajar dan hanya kerani dahulu, dia tetap ustaz saya), Ustaz Mus'ab Ghazali ada memberi sedikit kata-kata dalam Group SMIQ a.k.a SMAKL di Pewaris.Net.


Hari ini memang adalah hari yang lebih baik daripada semalam. Saya lebih gembira, saya lebih semangat, dan saya lebih bersedia..


So, Aisyah..! Are you ready??!!



Kekasih Hati, tolong berikan Aisyah kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala ujian yang sengaja Engkau titipkan tanda kasih dan sayang kepadanya.


Moga ALLAH sayang blog Aisyah Ulya
Moga ALLAH sayang insan-insan pilihan Kekasih Hati
Moga ALLAH sayang insan terpilih daripada insan-insan pilihan Kekasih Hati
Moga ALLAH sayang mak dan ayah
Moga ALLAH sayang sahabat sahibah Generation 4
Moga ALLAH sayang adik-adik
Moga ALLAH sayang abang-abang, kakak-kakak
Moga ALLAH sayang SMAKL

MOGA ALLAH SAYANG AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Wednesday 21 April 2010 12:31 pm

14 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Aisyah.

Diharapkan agar Aisyah semakin sihat dan pulih sepenuhnya utk kembali ke sekolah physically and mentally. InsyaAllah..

Hamba Allah ini sekadar meluangkan masa utk menyampaikan tinta yg tidak seberapa semoga sedikit sbyk dpt membantu Aisyah.

Sebelum Aisyah bertolak ke sekolah nnt, Hamba Allah ini sedia meluangkan masa utk berkongsi masalah Aisyah. Walaupun Hamba Allah seorg lelaki, tidak salah utk Aisyah menangis meluahkan masalah terpendam dengan harapan dpt membantu Aisyah menenangkan diri.

Emosi yg sedang Aisyah lalui ini adalah perkara biasa bg seorg remaja. Dan ia sesuatu yg lumrah fitrah seorg manusia utk brkongsi masalah dgn kekasih hati yg dipilih oleh Kekasih Hati.

Jd kuatkan semangat dan gunakanlah sumber yg ada dgn sebaik2 nya utk membantu Aisyah meneruskan perjuangan Aisyah utk menuntut ilmu.

Peluang utk Aisyah berjaya bermula dgn SPM hanya datang sekali. Jd tingkatkan semangat supaya berkobar2 utk Aisyah berjuang atas nama Islam melalui pendidikan.

Hamba Allah ini x pasti sama ada tergolong dalam kekasih hati Aisyah pilihan Kekasih Hati.Tapi firasat lubuk hati ini yg sudah lama terpendam mengharapkan beliau tergolong utk menjadi seseorg yg dpt berkongsi masalah Aisyah dunia dan akhirat.

Hamba Allah ingin sangat utk berbual dgn Aisyah.Cuma beliau merasakan tidak patut utk berbual teros kerana jarang bertegur sapa dgn Aisyah lewat ini.Hamba Allah sedikit segan dan Aisyah mungkin dpt mengagak siapa Hamba Allah ini.

Semoga Aisyah bersedia sepenuhnya utk kembali menuntut ilmu.

Anonymous said...

Sekadar permintaan kecil.

Sebelum Aisyah ke sekolah, diharapkan Aisyah dpt misscall Hamba Allah jika Aisyah sudah dpt mengagak siapa Hamba Allah ini. (^.^)

Assalamualaikum

Bakal translator said...

semoga aisyah kuat selalu n cepat sembuh yee.
good luck to/
May ALLAH bless you.

saraH²amizah said...

walau apap pun masalah yang aisyah hadapi, akak yakin, Allah akan bantu untuk kuatkan semangat.

masalah hadir untuk menjadikan kita Muslimah yang lebih hebat!

moga Allah redha.
maaf akak tak dapat membantu Aisyah apa apa. hanya boleh terus mendoakan sahaja.

Aisyah Ulya said...

To Anonymous : Syukran. Moga ALLAH sayang kamu. Masih belum dapat mengagak siapa tuan hamba. Tapi mcm dapat pickup.. Tgk lah kite mskol ke x 6t.. Syukran ya..

Air mata jatuh lagi..

Aisyah Ulya said...

To Bakal Translator aka Zatul : Doakan saya zatul..! Jumpa kat Leeds!

Aisyah Ulya said...

To saraH²amizah : Thanx akak.. Doakan kite sallu..

Zinnirah Husna said...

so sorry, little one..
sy slalu tade mase syah sedih2..
but, mase sy kate syah kne blaja utk try handle sniri, i really mean it..
bukan spanjang mase ade sum1 yg boleh kuatkn syah kn? u hav 2 b stronger, emm?
n ingat ape yg sy gtau, jgn tlalu rase sgt yg syah nyusahkan sape2.. syah xsusahkn sape2 klu syah nak luahkn masalah or pape.. tade sape2 rase 'dsusahkn' klu syah cite ape yg syah rase.. so, JGN PENDAM sorg2.. emm? plz.. jgn dera lari prasaan tu.. jgn sakit lagi.. plz..

Aisyah Ulya said...

To Zinnirah Husna : Doakan saya kak biha...

Air mata sudah bergenang di kelopak..

ibnumuaz91 said...

semoga berjaya adik aisyah..

Aisyah Ulya said...

To ibnumuaz91 : Terima kasih walau siapa pun kamu. Moga ALLAH sayang kamu :) Selalu doakan saya ya..!

Aisyah Ulya said...

Kadang-kadang menangis sendirian membaca entry ini...

ALLAH, kuatkan AISYAH HUMAIRAH NAJIHAH..!

ibnumuaz91 said...

tabahkan hati adik.. kamu kenal sama sy.. di KMK tahun lps... setiap ujian mesti ade hikmah..

Aisyah Ulya said...

To ibnumuaz91 : Syukran.. May ALLAH love you.. Thanx 4 da dua'.. Setiap ujian yang ALLAH titipkan pasti ada hikmahnya..