* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 26, 2010

*~Luahan Hati~*


Apa yang berlaku di Palestin bukanlah isu semasa yang ceritanya berkala dan bermusim. Tetapi ujian yang menimpa palestin adalah isu umat islam diseluruh dunia yang tidak pernah berkesudahan sehinggalah Palestin dan penduduknya dibebaskan daripada belenggu Zionis Israel. Sejauh mana kita mengambil tahu dan kisah, semuanya bergantung kepada rasa tanggungjawab dan kasih serta cinta kita kepada mereka.

Tidakkah kalian perasan bahawa ujian yang dihadapi penduduk Palestin, seakan Allah menjadikan mehnah itu sebagai sumber untuk mereka mengutip pahala dan gelaran syahid fi sabilillah. Mereka di sana berjuang sehabis tenaga, sekudrat upaya untuk mempertahankan Al-Quds. Sedangkan kita? Kita masih seperti ini. Tiada peningkatan diri malah tidak sanggup untuk berkorban wang ringgit walaupun sedikit demi Palestin.

Masih belum terlambat untuk saya memperkenalkan aktiviti penting yang berkaitan dengan Palestin. Ia adalah kempen Talian Hayat Untuk Gaza yang sedang hangat dijalankan seluruh dunia atau dikenali sebagai LIFELINE 4 GAZA. Kempen ini mensasarkan RM10 juta yang akan diperuntukkan untuk Palestin dengan menggunakan kapal sebagai pengangkutan utama.

Justeru, saya mengajak diri saya juga kalian semua untuk sedia berkorban sedikit wang ringgit demi rakyat Palestin. Di sana bayi-bayi menangis kelaparan, kanak-kanak yang hidup melarat dan menderita, pejuang-pejuang yang tiada bekalan ubat untuk dirawat juga ibu-ibu yang hilang sumber pendapatan apabila syahidnya sang bapa.

Ke mana hilangnya sifat kemanusiaan, simpati, empati dan kasih kita kepada mereka? Mahukah kita derita ini berterusan dan berpanjangan?

Aneh juga apabila kita mampu untuk menghadiri program dan berkempen untuk Palestin, namun kita masih tidak mampu mentarbiyah hati dan diri untuk mengeluarkan duit walaupun sesen untuk mereka.

Cukupkan keperluan hidup mereka dengan duit infak kita, nescaya Allah akan mencukupkan kehidupan kita. percayalah.

Sebelum kapal-kapal berlepas, sebelum peluang untuk berinfaq terlepas, maka berinfaqlah dengan hati yang ikhlas di..

Nama Akaun: Tabung Haluan Palestin

Nombor Akaun: 5-644-902-085-28

Bank: Maybank Berhad

ALLAHUAKBAR!

* Sumber daripada kakak yang disayangi (bila nak jumpa kakak), Kak Afeefah Saalihah Zainal Abidin (promote .:el youmiyah ley afeefah:.)

Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

No comments: