* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, April 26, 2010

Sakit bukan halangan..! Ini hanya ujian Yang Maha Esa!

Lifeline4Gaza merupakan usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusian ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada bulan April atau May 2010.

Projek ini diterajui oleh IHH dengan sokongan padu dari kerajaan Turki akan disertai relawan lebih dari 10 buah negara, termasuklah Malaysia, Turki, Ireland, Sweden dan juga Indonesia, yang mewakili pelbagai bangsa dan agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain.

Kita berharap untuk menghantar 2 buah kapal bagi menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap mereka yang ditindas Gaza.

Ayuh! Sahutlah panggilan rakyat Gaza yang sedang diganyang oleh Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka mebina semula segala yang telah dimusnahkan, dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras termasuk anda semua, menolak dan membenci kejahatan mereka.

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian seluruh pelusuk dunia, dan seterusnya rakyat Palestin terbebas dari kejahatan Zionis Israel.

2. Hulurkan bantuan bagi menyiapkan projek ini.

3. Sebarkan maklumat kepada setiap mereka yang anda kenali, tanpa mengira batasan bangsa, agama dan politik.

MORE INFORMATION

http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.ihh.org.tr/13572/en/

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=476370

http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249

* Sumber daripada ustaz yang dirindui (bila nak balik SMAKL ustaz), Ustaz Abu Ubaidah Musa (promote Damascene's Blog)

***************************************************************************

Baru sahaja tadi ustaz yang amat saya sayangi kerana ALLAH datang menjenguk ke blog saya dan meninggalkan pesanan di shoutbox yang amat berbekas di jiwa.

"Salam Ziarah. Semoga Allah tabahkan hati hadapi ujian ni.. And cepat2 sembuh.. "Kami perlukn tenaga muda utk Islam", kata-kata Ustaz Hadi masa ziarah Syria baru2 ni.."

Lantas setelah itu, terus saya menziarahi blog beliau. Air mata mencurah laju. Ustaz ada menulis tentang ni'mat kesihatan. Baca di sini. Ustaz Abu Ubaidah adalah ustaz saya, kem komanden saya sewaktu Kem Lepasan PMR 2009, juga komander kawad ketika saya kecil dahulu. Walaupun tidak pernah berguru secara formal di dalam kelas, tetapi peribadi beliau sungguh menjadi guru yang terbaik buat saya.

Saya sedari, sakit ini ujian ALLAH. Namun, ia bukanlah halangan untuk saya ber'amal Islamiy. Jangan kecilkan skop 'amal Islamiy itu.

Ya ALLAH, Engkau tahu apa yang terbaik buatku. Jika derita sakit ini yang terbaik, aku redha ya ALLAH. Jika maut yang terbaik untukku, Engkau permudahkanlah usahaku untuk menjadi hambaMu yang terbaik sebelum aku bertemu denganMu. Dan jika Doctor Aisyah menjadi gelaranku nanti, Engkau berilah aku kekuatan ya ALLAH.

Jumaat malam nanti, ada Makan Malam Amal Lifeline For Gaza 4 anjuran HALUAN Terengganu. Semestinya saya MAHU pergi. Mahu bertemu sahabat-sahibah saya yang juga membantu menjalankan projek besar ini. Cemburu melihat mereka semalam, nampak ligat untuk memberikan bantuan terbaik dalam projek ini.

Saya tunduk, terfikir. Saya MAHU sertai. Tapi, adakah ALLAH mengIZINkan saya?

ALLAH, Engkau tahu apa yang terbaik untukku.

Saya teringat entry saya pada 3 January 2009 lalu, bertajuk SMASKL Tercinta. Ada saya menulis untuk bumi Palestin.

# Special for Palestina

Maafkanku kerana hanya memandang dari jauh, hanya meratap dari jauh. Tapi, insyaALLAH dengan ilmu yang aku punya.. Aku akan tebus mu bersama sahabat-sahabat yang lain. Teruskan berjuang wahai penduduk Palestina. Sabar, kami akan menyertaimu. Sekarang mungkin hanya doa yang mampu aku panjatkan. Suatu hari nanti, dengan keizinan ALLAH. Kami akan menyertai saf Jihad kalian. Melempar batu ke arah kereta kebal besi. Melempar pensil tajam ke arah jet laju. InsyaALLAH. Kami ada bersamamu.....

(Mak dan Ayah saya antara penggerak Makan Malam Amal Life line For Gaza 4. Nanti mesti tiada orang di rumah, dan tiada orang yang boleh tengok-tengokkan saya. Juga saya tidak pernah ditinggalkan di rumah saudara-mara sejak kecil apabila ayah dan mak ada program sebegini. Jadi, firasat saya kuat mengatakan, saya MESTI boleh ikut serta. InsyaALLAH. Apa-apa pun, perancangan ALLAH adalah yang terbaik!)

ALLAH, berikanlah aku peluang..

P/S - Marilah semua! Jon turun padang. Tunjukkan keperihatinan kita kepada apa yang berlaku di Palestin. Mari! ALLAH sedang memberi peluang!

Moga ALLAH sayang penggerak isu globalisasi Palestin
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Monday 26 April 2010 4:18 pm

2 comments:

ummiaisyah said...

Salam Ukhwah,
Saya doakan yang terbaik untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w.Semoga segala perjuangan diredhai Allah dan mendapat keberkatan dariNya..saya cukup kagum dengan semangat perjuangan anti.

Aisyah Ulya said...

To ummiaisyah : Salam Ukhuwwah kembali akak..

Syukran kak kerana doakan..

Ini sahaja yang mampu saya sumbangkan kak..

Actually, tadi saya nak comment kat post akak .:~~Wajah Baru~~:.

Tapi xdpt..

So I drop it here.

Hope akak dtg lagi n bca..

Betul2 berminat nak berkenalan :)

*******

"Comelnye baby..

Suprising me..

Cute baby, we've the same name!!

Tomey tomey nanti jadi anak solehah ya!

Tolong-tolong ummi :)

Tahniah Kak! ALLAH anugerahkan akak anak yang cukup comel, bersih, dan jernih wajahnya.

Moga hatinya turut sejernih itu :) Ameen..

Salam Taaruf daripada Aisyah Ulya

(aurora_pinkygirl22@yahoo.com.my)"