* My Age *

Lilypie Kids Birthday tickers

* Selamat Hari Lahir *


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 25, 2010

Oooo God, gimme some strength..

"Doktor bagi Aisyah MC ya. Berapa hari Aisyah nak?"

Saya ternganga, berapa hari saya nak??!!

"Entah lah doctor. Kalau tak MC tak boleh ke?"

Dalam kepala saya terbayang buku-buku, especially buku Chemistry. Mid year term dah dekat ni. Aisyah, macam mana??

"Mana boleh, awak ada rasa lenguh-lenguh, tak larat, or backpain?"

Hati saya menjawab, semestinya YA!

"Ada lah juga..."

Saya melarikan mata daripada pandangan Doctor Syamsiah, doktor di sebuah klinik swasta, juga yang telah saya kenali lama.

"Doktor bagi MC seminggu ya?"

Hahhhh???!!! Statement yang benar-benar buat saya terkejut. Saya mula terawang-awang. Dah 2 minggu tak ke sekolah. Nak tambah seminggu lagi?

Allah, kuatkan aku.

Ketika itu, Doktor Syamsiah sedang menerangkan penyakit saya ini. Tapi, saya sudah tidak fokus. Jadi, sampai sekarang saya masih belum tahu banyak tentang penyakit ini.

Kejadian ini berlaku pada Khamis malam yang lalu. Masuk sahaja ke dalam kereta, saya maklumkan tentang ini kepada insan-insan pilihan Kekasih Hati (read : baca post sebelum ini), minta mereka doakan.

Saya, adik, dan mak singgah ke kedai makan. Saat ingin memesan makanan, saya terdiam. Tidak tahu hendak memesan apa. Daging, ayam, telur, minyak, seafood semuanya termaktub dalam pantang larang. Akhirnya saya cuma memesan nasi dan sup sayur.

Saya termangu seketika, sekejap sahaja ALLAH mahu menarik nikmat yang telah Dia berikan. Dahulu, bab makan-makan ni saya lah yang paling berselera. Sekarang, selera itu ada, malah bertambah-tambah, tapi ALLAH izin begini pula jadinya.

ALLAH, kuatkan aku.

Pulang sahaja ke rumah, saya terus ke bilik. Hakikatnya memang saya amat lemah ketika itu. Melihat mereka yang tidak jemu malah makin erat memberi semangat, saya diruntun rasa bersalah. Bersalah kerana menghadirkan kebimbangan dalam jiwa mereka untuk saya. Mereka juga ada sesuatu yang lebih besar untuk difikirkan, dilaksanakan.

Malam itu, saya menangis sehabis mahu...

Saat merasai kematian itu hampir, saya mula gelisah. Baru hendak tergeladah, amalan tak cukup lagi, dosa dengan manusia belum lagi selesai, sudah langsaikah hutang-hutangku?

Juga mula membayangkan keadaan diriku dalam kain kapan. Terbayangkan sahabat-sahibah di samping keranda, imbas muka cukup sempurna aku laksanakan.

ALLAH, kuatkan aku.

Rasa tidak mampu lagi untuk hadapi semua ini. Sesempurna mana saya bayangkan, saya tahu, penyusunan ALLAH lebih baik. Jika ALLAH takdirkan saya membuntuti jejak langkah Arwah Hadi (Late 6th Gen SMAKL and 3rd Batch SRIQ), aku redha ya ALLAH..

Malam itu juga saya ditemani seseorang yang amat saya hargai kehadirannya dalam hidup saya. Syukur ya ALLAH hadiahi aku hambaMu yang benar-benar sayang kepadaku.

"..........ana asyik pkirkan aisyah je.pkir aisyah y sakit.aisyah y kne jupe mudir,nangis lg ke aisyah tu...aisyah yang tgh blaja,meja dy lapik ngan sjadah..........."

(read : setiap kali saya baca "meja dy lapik ngan sjadah" saya akan menangis, mungkin kerana terharu ada yang care saya sebegini rupa)

Pukul 2 pagi sudah, air mata saya belum berhenti mengalir. Saya langsung tidak larat untuk bangun. Virus ini mengganas nampaknya. Saya bersyukur kerana virus ini cuma menyerang fizikal saya. Yang dibimbangi virus Jahiliyyah yang menyerang hati ini.

ALLAH, jagalah aku.

Pukul 2.15 saya sudah mula terlena. Saya sudah pasang alarm Pukul 3 pagi, saya perlu makan ubat ketika itu. Namun, penyusunan ALLAH adalah yang terbaik, saya hanya terjaga pukul 4.30 pagi. Lalu cepat-cepat saya bakar roti 2 keping, makan dan telan ubat. Saya termenung, sampai bila agaknya saya mahu begini?

Hari ini hari Jumaat. Saya bersiap-siap ke sekolah untuk sesi Ijtima', bersemangat sangat sebab mahu jumpa sahabat-sahibah saya. Saya sudah mula kerinduan. Baru 24 jam (Rabu malam+Khamis siang) bersama mereka, dah dapat MC, seminggu pula tu. Bagaimana ya nak hadapi seminggu tanpa sahabat-sahibah yang saya sayangi?

Dalam perjalanan ke sekolah, kami singgah di pasar Rusila, Marang. Saya sudah bekalkan roti dan air kotak soya (Soy Milk is my favourite), lalu terus menuju ke tikar makcik saya. Ada ceramah di situ.

"Angah, nampak macam sihat. Ok dah ke?"

"Sihat je, cuma dapat MC seminggu, kih kih.."

Saya tersenyum. Sepupu-sepupu saya menggelengkan kepala. Ya, saya memang teramat sihat di mata orang mungkin. Saya main-main dengan sepupu kecil saya, Hazimah namanya. Baru sahaja 10 bulan. Comel! Melihat baby-baby ini, rasa bahagia, ya mereka tiada dosa, masih suci bersih. Moga sakitku ini juga sebagai kifarah dosa. Sama juga melihat binatang-binatang, tenang sahaja melihat mereka kan?

Kami bergerak ke sekolah. Sampai di persimpangan ke sekolah, saya melihat gerombolan manusia di bawah atap yang bergerak.

"Ayah, budak SMAKL ke tu? Diorang bawa apa tu.."

Sampai sahaja dekat, saya terus membongkokkan diri. Ya saya tahu sahabat Tingkatan 5 mesti ada dalam projek relawan begini. Segan daa sebab selalu balik rumah. :)

"Dik, amik gambar. Angah nak tunjuk kat IKHLAS (Ikatan Lepasan SMAKL) nanti.."

Saya hulurkan handphone kepada adik saya.

Click!

Saya ke kelas. Bertemu Atiqah, sahibah kesayangan saya.

"Assalamualaikum..."

Atiqah mengangkat kepala. Sahabat menoleh. Saya lemparkan senyuman buat Atiqah.

"Atiqah, tak de kelas eh?"

"Entah, cikgu tak datang.."

"Alhamdulillah, tak rugi la ana.. Hehe. Tiqah, anti kena tengok ni!"

Saya keluarkan handphone saya dan tunjukkan kepada Atiqah video dan gambar yang adik saya ambil tadi.

"Oh, patutlah Fatmi dan Shaatibi lesap. Tolong angkat rumah baru rupanya. Haha. Syah, doktor cakap apa semalam..?"

"Tiada apa-apa, cuma dapat MC seminggu hehe.."

"SEMINGGU..???!! Anti sakit apa?"

Saya tersenyum lalu menitiskan air mata. Sahabat di hadapan senyap membatu. Saya sudah tidak mampu menahan dan menanggung sendiri. Mereka juga terpinga-pinga dan memandang sesama sendiri.

Saya pasang lagu Maher Zain di handphone saya untuk alih perhatian mereka. Ya, student Tingkatan 5 2010 amat minat lagu Maher Zain :) sehinggakan mereka memanggil Maher Zain, Abang Maher. (tersenyum kini, teringat gelagat sahabat-sahabat menyanyikan lagu Maher Zain ramai-ramai).

Atiqah menggosok belakang saya, lalu saya ceritakan kepada Atiqah tentang sakit saya, minta dia doakan dan rahsiakan. Atiqah membantu saya kemaskan barang-barang. Buku-buku semua saya angkut. Rasa sayu juga, lama sudah tidak berada di dalam kelas.

Tiba-tiba saya ternampak sebekas coklat yang saya bawa Rabu malam hari itu dari rumah.

"Haaa, yang ini penting sekali. Mesti bawa balik.."

Saya layangkan coklat itu di hadapan Atiqah.

"Yang ini mesti tinggal kat sekolah. Ingat coklat, ingat Aisyah..!"

"Yela-yela, amik je.."

"Just kidding Aisyah! Wat balik k.. Anti ni memang tak boleh dibawa bergurau."

"Memang, saya kan budak matang."

Saya mengenyit mata, lalu Atiqah tarik hidung saya.. (Wah, rindunya!)

Saya bahagikan coklat itu. 18 biji untuk sahibah, 22 biji untuk sahabat. Sekadar merasa. Kek coklat itu kek Muizz, dia berikan kepada sahibah sempena Hari Lahirnya 17 April lalu. Moga semakin matang ya, Muizz.

Sudah 9:45 pagi, Ijtima' akan bermula Pukul 10 nanti. Saya ke sana bertemankan Atiqah. Bimbang kena denda nanti :)

Kebiasaannya, saya akan berada di hadapan sekali, bersama makcik-makcik. Tapi kali ini, saya mahu berada di belakang. Saya meneropong satu-persatu wajah yang boleh temankan saya.

Yes, Kak Afifah ada! (Promote blog Sakinah 'Imaniyyah)

Saya berada di sebelahnya, bersebelahan juga dengan ustazah tercinta, Ustazah Masyitah bersama anak-anaknya, Mujahid 'Aqif and Baby Aliya Maritha. Bersembang dengan ustazah, bermain dengan Mujahid dan Baby Aliya yang baru berusia 40 hari.


Usai Ijtima', saya ke kelas kembali. Mengemaskan barang-barang dan masukkan ke dalam kereta. Hawa menyapa saya.

"Syah, balik lagi?"

"Aah, bubbye ye sume. Saya MC seminggu."

"Ya ALLAH, anti sakit apa? Kami semua bimbang tau.."

Sahabat-sahibah yang ada di dalam kelas ketika itu senyap menunggu jawapan.

"Agak-agak?"

"Kenapa mata anti bengkak tuu"

"Hihi, ada lah.. Biarlah rahsia. Secrets make woman woman. Assalamualaikum semua.."
(bengkak sebab menangis semalaman ^_^ )

Sahabat ke kereta saya, bersalaman dengan ayah saya. Saya garu-garu sahaja kepala. Tak tahu nak bereaksi apa. Saya tersenyum.

"Ketua, kirimkan Salam 'Always Be There' ana buat Form 5.."

Muizz mengangguk-angguk . Sahabat-sahibah saya semuanya masih belum ketahuan, masih lagi kebingungan. 3 minggu Aisyah tak ke sekolah memang perkara luar biasa.

Saya tutup pintu kereta, menoleh ke belakang, melihat sahabat-sahibah saya melambai. Saya tersenyum lalu menoleh ke hadapan kembali. Air mata menitis lagi.

ALLAH, kuatkan aku.

Sampai sahaja di rumah, saya terus menuju ke bilik. Penat yang teramat. Rasa sesak nafas. Dah betul-betul jadi puteri lilin saya. Ingat lagi dahulu, sahibah-sahibah saya pernah memanggil saya puteri lilin.

Dan hakikatnya memang saya tidak boleh berpanas. Saya pernah kemalangan dahulu. Tapi sejak kecil sehingga sekarang, setiap kali kem atau rehlah, apabila AJK Keselamatan ingin mengambil nama mereka yang ada masalah kesihatan, saya endahkan sahaja.

Lagipula, saya tidak pernah dapati apa-apa kesan yang teruk setelah saya beraktiviti lasak khususnya Jungle Trekking. Sejak Kem PeWaris 5 Mac lalu, saya mula sedar badan saya tidak boleh dijemur matahari.

Aktiviti Urban Ekspedisi begitu menyeronokkan, tapi pulang sahaja dari Bandar Kangar, saya bagaikan mahu pitam. Tapi bertahan sahaja. Saya bertahan hingga ke malam. Malam itu saya tidur, tak sedarkan diri. Bila ditanya, "Ana sakit kepala" itu sahaja jawapannya. Tiada siapa pun tahu ketika itu.

Namun, kini saya perlu akui, saya tak boleh berpanas, lasak-lasak, kena banyak hati-hati. Saya tak mahu susahkan orang lain. Mula terbayang-bayang.. Amal Islamiy? Medic? Sempatkah aku menyumbang tenaga dalam kebangkitan ummah?

ALLAH, kuatkan aku.

Sepanjang Jumaat itu, saya tidur sepanjang hari. Daripada Pukul 12 tengahari sampai Pukul 5.30 petang. Ya, saya terlepas Solah Zuhur.

Saya cepat-cepat bangun dan solah. Usai solah, saya menangis.

"Allah, baru sedikit Kau uji aku. Tapi aku sudah meninggalkan ibadah fardhu..."

Saya merintih sendirian. Saya teringat ubat yang perlu saya makan setiap 5 jam. Saya ke dapur. Panaskan nasi, panaskan lauk, panaskan ikan goreng. Rumit. Saya memang tak boleh makan makanan sejuk.




Usai makan, saya kemaskan bilik saya. Walaupun penat, saya gagahkan jua. Berselerak itu bukan cara hidup saya. Saya tukarkan cadar, saya sapu, saya lap, saya mop. Lega..


Saya minat PINK ke sekarang?? Oh tidak HIJAU masih menjadi pujaan.


Malam itu saya tidur dengan tenang. Sebelum tertidur, saya ada menghantar mesej kepada Ahli Jawatankuasa dan Peserta Hijrah Menara Gading 2010.

Jalan ini jalan para muliawan. Jangan rasa lemah!
Sama-sama memperingati, Jalan Dakwah wa Tarbiyyah bukanlah jalan yang senantiasa ditabur bunga, direnjis air mawar.
Bukan juga jalan yang membuatkan kita tersenyum sentiasa.
Ia merupakan jalan yang punya batuan, duri, malah di sepanjang perjalanan ada sahaja bertembung dengan masalah yang ALLAH titipkan sebagai ujian.
Adakah benar-benar kental iman kita untuk menghadapi ujian tersebut?
Meskipun begitu, yakinilah!
Hanya ini jalannya yang membuatkan kita tenang pabila sampai di penghujung perjalanan nanti.
Yang menghadirkan sekuntum senyuman saat melangkah kanan ke syurga Firdausi.
Salam Perjuangan daripada Aisyah Ulya buat Committee dan Peserta HIMEGA 2010.
Moga kalian beroleh SESUATU di penghujung saat HIMEGA tamay nanti.
Doa kaliam amat ana butuhkan kini.

Alhamdulillah. Hari Sabtu kemudiannya juga saya jalani dengan tenang. ALLAH telah kuatkan jiwa saya. Alhamdulillah. Syukran kepada semua yang menemani Aisyah ini.



Saya banyak habiskan masa di rumah dengan mengemas dan membaca. Saya akan mulakan sesi pembelajaran mengikut jadual sekolah.


Semalam saya tidur awal dengan hajat ingin bangun Pukul 12 malam untuk makan ubat. Tapi, ALLAH izin saya tak terkejut langsung, walaupun 3 orang cuba call dan message saya. Sehinggakan saya bangun Pukul 4.30 pagi tadi, ada 17 misscalls dan 8 message :)

Pagi tadi saya menggagahkan diri mengikut ayah saya ke masjid. Sedih bertamu, masjid sunyi sahaja. Mana entah perginya syabab-syabab di kampung ini? Dahulu ketika saya kecil, ramai seusia saya pergi ke masjid. Aisyah, you must transform it..!

Pulang dari masjid, saya terus jalankan tugasan saya sebagai kakak dan adik yang berwibawa. Saya kejutkan abang dan adik perempuan saya. Thanks to spray make my work easier :)

Kemudian, saya membuka warkah Kekasih Hati menyelak satu-persatu. Saya membaca Surah Al-Kahfi. Saya menangis...

Saya gosokkan dada saya..

Nafas saya tersekat-sekat. Saya tidak dapat pun habiskan satu baris ayat Al-Quran. Sampai separuh baris, saya sudah tercungap-cungap.

Saya cuba lagi. Tak dapat..

Saya menangis semahu-mahunya. Saya mula berdoa kepada Allah, dan ceritakan kepada insan-insan yang saya sayangi.

Saya sedar, ALLAH sedang menarik nikmat yang Dia anugerahkan kepada saya satu-persatu. Saya sedar itu. Amat-amat sedar. Saya cuba senyum. Kemudian, dicapainya Mathurat, saya baca di dalam hati sahaja. Air mata menitis, satu persatu gugur di atas Al-Quran. ALLAH, kuatkan aku.

Saya cuba menguatkan semangat. Hari ini saya perlu belajar, dan sebelum itu, saya perlu bersihkan meja saya. Saya gunakan mask kerana saya teramat alah dengan debu dan habuk. Sedikit sahaja bekerja sudah penat. Saya geleng-gelengkan kepala. Macam mana Aisyah ni, asyik penat..

Dan saya mula buat jadual.. Inilah hasilnya..










1. Sedang menggembirakan hari dengan kata-kata sendiri
2. Jadual Waktu Persekolahan 5 Ibnu Sina SMAKL 2010
3. Subjek di SMAKL




Jadual saya



Ubat saya






Allah sudah menarik nikmat saya satu persatu. Saya mula berkira-kira, bertanya-tanya apakah sudah tiada peluang langsung untuk saya bantu agama ALLAH, adakah mampu aku menyandang gelaran Doctor Aisyah nanti? ALLAH, kuatkan aku.


Kalian? Adakah melihat saja? Ambillah 'ibrah dan pengajaran ya!

Moga ALLAH sayang saya
Moga ALLAH sayang 10 insan pilihan Kekasih Hati yang banyak membantu saya kini

Moga ALLAH sayang kalian

P/S - Sedang mendengar Always Be There - Abang Maher. 9 hari tanpa sahabat-sahibah di sisi, mampukah aku?

P/S - Saya ada 99 orang follower. Siapa mahu menjadi yang ke-100? :)

P/S - Sebulan lagi birthday Abang Naim dan Ustazah Maisarah dan bermakna lagi 29 hari birthday saya.

ALLAH, kuatkan aku.

Aisyah Ulya
Ketinggian Sahsiah Matlamat Utamanya
Sunday 25 April 2010 2:35 pm

15 comments:

Anonymous said...

menitis air mata sahabat anti ni bila bace post ni syah...terkadang ana rase menyesal psl x dpt berjuang bersama ngan anti lagi..cam dulu...tp kte ttp kne troskan perjuangan kite ni...

MuNsYi SaMa said...

Syafakillah. Semoga Allah sembuhkan.jangan lupa jaga diri.

Aisyah Ulya said...

To Anonymous : Thanx Mirah! Salu doakan ana ya!

Aisyah Ulya said...

To MuNsYi SaMa : Syukran.. Terima Kasih.. Arigato.. :)

whiterose said...

semoga cepat smbuh....mungkin ini cara allah nk jadikan anti seorang yg mulia di sisiNya.....Kuatkan semangat...LAwan dgn tahajud....k....smg kita akn snts bersama dalam medan ini...

Aisyah Ulya said...

To whiterose : Thanx to akak.. Doakan saya sealu ya kak.. Rasa rugi sangat sebab tak dapat nak attend banyak program DnT. Akak ni yang mana ya? Hajat mahu taaruf :) May ALLAH love you

^_^

Anonymous said...

Aisyah,semoga cepat sembuh ya.Ingat nie adalah dugaan drpd Allah.Dia mahu melihat sejauh manakah kekuatan iman kita menempuh ujianNya....nti kena bangkit untuk mempertahankan Islam.Ana akn sntiasa doakan nti.Ukhuwwah fillah abadan abada....

aishah humaira..

Aisyah Ulya said...

To Anonymous : Thanx Aishah Humaira :) Doakan ana selalu...

syuib arrommi said...

aslkm kpd srikandi SMAKL...
semoga allah menyembuhkanmu dan menyihatkan kembali tubuh badanmu...

bg Allah org yg sakit ini bukanlah org yg hina di sisiNYA. akan tetapi, org yg sakit ini mempunyai kedudukan yg sgt mulia.

yg ke-2 : sakit merupakan bukti bahawa allah masih mencintaimu kerana allah menguji enti dengan sakit adalah utk menghapus dosa2 yg lalu dan utk mengankat darjat seorang hambaNYA...

yakinlah...

ana nak kongsi sedikit dgn enti...
sudah hampir sebulan lebih ana kemalangan di perlis sewaktu perkhemahan PEWARIS V...
4 hari ana d hospital kangar dan selebihnya d hospital besar pulau pinang. cukup 3 minggu ana berkampung d hospital...
allah izin sepanjang kemalangan hinggalah skrg ana tidak merasakan sedikit pon rasa sakit walaupun sedikit.ini adalah satu anugerah yg allah bg pd ana dan ana merasainya. sewaktu ana sedar ana tidak tahu bahawa allah sudah menarik satu nikmat yg dia pinjamkan kpd ana. lama-kelamaan ana tahu salah satu MATA ana tidak dapat melihat lagi.
ana menangis mengenangkan dosa2 yg lalu.
ana REDHA dgn apa yg terjadi keatas diri ana.
ini merupakan TARBIYAH dan ujian drpd ALLAH swt kpd ana.
begitu juga enti...

yakinlah...

sesuatu perkara yg terjadi kpd kita pasti ada hikmah disebaliknya.

ingatlah ALLAH SAYANG KAMU...

wslm...

Aisyah Ulya said...

To syuib arrommi : Air mata gugur lagi..

ALLAH, kuatkan aku seperti engkau kuatkan Saidatina Aisyah ketika menghadapi Hadis Ifki..

Syukran Abg Syuib ats perkongsian.. Really appreciate it!

"ALLAH sayang saya.." - booster!

terry bogart said...

semoga cepat sembuh.. pastu boleh makn choc semula yea

terry bogart said...

semoga cepat sembuh.. pastu boleh makn choc semula yea

Aisyah Ulya said...

To terry bogart : Memang makan choc n roti je skrg.. Sampai da nek muak da tgk roti n choc.. Mau fobia dgn roti n choc 6t.. Even roti n choc sebelum ni.. Mungkinkah?

Aisyah Ulya said...

To terry bogart : * Even roti n choc memang favo sebelum ni.. Mungkin kah?

whiterose said...

Wat ukhti...
Insya allah...
Tafaddul utk berta'ruf...

Salam perkenalan dari alam maya...
Akak ada di Terengganu....
Jumpa di Fb yer...